Syarikat nutrisi global utama, Herbalife, secara rasmi melancarkan Pusat Perkhidmatan Bersekutu Asia Pasifik (SSC) yang pertama di Kuala Lumpur.
PUSAT SSC yang baru itu adalah pusat kelima yang akan dilancarkan secara global sebagai sebahagian daripada strategi Pusat Perkhidmatan Perniagaan Global (GBSC) Herbalife, menempatkan lebih 100 pekerja bagi menyokong permintaan nutrisi yang semakin meningkat di rantau Asia Pasifik, dan di seluruh dunia.
“Pusat Khidmat Bersekutu yang baru itu terletak berdekatan dengan majoriti tapak operasi ahli syarikat di Asia Pasifik dan memainkan peranan yang penting dalam memacu perkembangan berterusan perniagaan nutrisi di rantau ini,” kata Stephen Conchie, Naib Presiden Kanan dan Pengarah Urusan Asia Pasifik, Herbalife.
SSC yang terbaru di Kuala Lumpur bersama dengan pusat-pusat lain di seluruh dunia iaitu di Guadalajara, Mexico; Queretero, Mexico; Krakow, Poland; dan Bangalore, India, mempunyai matlamat untuk memperkemaskan operasi perniagaan, menyeragamkan piawaian perkhidmatan dan meningkatkan kemampanan perniagaan nutrisi Herbalife yang semakin berkembang.
SSC Kuala Lumpur mempunyai pasukan yang mahir dan mampu bekerja di seluruh lokaliti dalam apa jua pengkhususan untuk memacu peningkatan kecekapan perniagaan serta keberkesanan kos untuk operasi yang lebih lestari dalam jangka masa yang panjang bagi menyokong operasi belakang tabir seperti kewangan dan perakaunan, sumber global, teknologi maklumat, amalan perniagaan ahli dan pematuhan serta Teknologi dan Strategi Ahli (MTS).
“Pelancaran Pusat Khidmat Bersekutu Herbalife di Kuala Lumpur, memberi kelebihan dan
keupayaan untuk memberikan khidmat balas dengan lebih pantas serta memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada ahli dan pelanggan di seluruh rantau ini,” kata Neil Spiers, Naib Presiden Perkhidmatan Perniagaan Global, Herbalife.
Dengan persekitaran perniagaan yang bertaraf dunia, kos persaingan yang kompetitif, ditambah pula dengan tenaga kerja yang mahir, serta kekuatan pemasaran dan infrastruktur teknologi komunikasi maklumat, Kuala Lumpur telah mendapat reputasi sebagai salah sebuah hab perniagaan terbaik di rantau ini.