Ketika sedang hangat diperkatakan mengenai rakan niaga PROTON iaitu Geely dan apa akan bakal diperoleh melalui rakan niaga tersebut, pengedar-pengedar PROTON turut berkesempatan untuk bertemu dengan pengedar Geely.

DALAM lawatan kali ini, mereka berpeluang melawat cawangan Jualan dan Servis Shanghai Jinxi Automobile, iaitu pusat pengedar Geely bertaraf 4S.

Jinxi dealer welcomed PROTON dealers

Sudah tentunya hubungan yang terjalin antara kedua-dua negara bukanlah sesuatu yang baharu, tetapi lawatan pengedar PROTON ke sana sememangnya pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Ia adalah satu peluang yang berharga dapat berkunjung ke pusat pameran mereka dan merupakan landasan bagi mereka menyaksikan apa yang terbaik dan boleh diambil sebagai contoh bagi memberi sentuhan baharu pada cawangan PROTON pada masa hadapan.

Satu sesi taklimat telah diadakan bagi menyambut kedatangan para pengedar dari PROTON. Xu Zhi Ming, Pengurus Besar dan ketua pengedar, mengalu-alukan lawatan tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada para pengedar kerana melawat ke cawangannya dan berniat ingin menjadikan cawangannya sebagai contoh.

lobby area of the Jinxi dealer outlet

Beliau turut berkongsi pendapat dan idea mengenai cawangan pengedar serta pengalamannya sepanjangan berada di dalam industri auto. Beliau turut menyatakan bahawa model Boyue mendapat penerimaan yang baik daripada penguna dengan memperoleh jualan lebih 30,000 unit sebulan, dan bagi mereka yang telah menempah, mereka perlu menunggu selama enam bulan untuk mendapatkan kereta dan mereka sememangnya sanggup untuk menunggu.

Permintaan SUV Boyue di China.

Selain itu, terdapat juga sesi soal jawab dimana pelanggan boleh yakin bahawa Boyue adalah model yang dibangunkan dengan kerjasama Volvo, oleh itu seseorang dapat melihat keistimewaan kereta tersebut dari segi reka bentuknya yang bergaya, bertaraf 5 bintang keselamatan NCAP China serta memenuhi piawaian peraturan yang tinggi, seperti SUV yang bakal dipertingkatkan yang akan menggunakan enjin yang mematuhi Euro-6, menggantikan enjin sedia ada iaitu Euro-5.

car charging area at the Jinxi outlet

Pada masa ini, Boyue telah diterima dengan baik dan jualannya melepasi SUV lain dalam segmennya. Boyue telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada orang ramai, di mana ia telah menjadi salah satu jenama yang paling berkembang pesat di China dan berharap agar rakyat Malaysia dapat merasai keseronokan dan pengalaman sama seperti pengguna di China.

Tidak kira wanita moden mahupun berkeluarga, SUV ini pastinya sesuai untuk pengguna yang ingin menarik perhatian orang melalui rupa dan rasa yang kontemporari, rekaan dalaman yang moden serta dipenuhi dengan ciri keselamatan yang tinggi dan semestinya berciri kecerdasan buatan (“AI”).

 

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini