Ketika ini sebahagian besar produk ini digunakan oleh syarikat utiliti dan transformer buatan Malaysia ini dieksport ke Australia, sub-benua India, Asia Barat dan sebahagian Eropah.
SGB MY Sdn Bhd (SGB MY) dalam penampilan pertama kali bagi Transformer Aluminium di Malaysia dijangka menyumbang kepada pertumbuhan tambahan yang ketara kepada pendapatan semasanya menjelang akhir tahun ini.
Pengarah Urusan SGB MY Sdn Bhd, Franz Hierz berkata, syarikat menjangkakan konduktor Transformer Aluminium Oval itu dapat diterima secara meluas di negara lain di rantau ini, sub-benua India, Australia dan Asia Barat.

“Aluminium telah digunakan bagi menggantikan tembaga, yang mana menawarkan pelanggan dengan pilihan alternatif berikutan kelebihannya menawarkan kos yang lebih signifikan berbanding tembaga.
“Transformer Aluminium Oval ini memberi impak besar kepada pasaran Eropah dan kini sudah bersedia untuk membuat penampilan sulungnya yang memberangsangkan di Malaysia dan rantau Asia,” katanya ketika berucap semasa pengenalan Transformer Aluminium Oval pada Persidangan Memperkasa Kecekapan Tenaga di Petaling Jaya, semalam.

Persidangan itu dihadiri lebih daripada 250 peserta dari syarikat utiliti tempatan dan luar negara, minyak dan gas, EPC dan pelanggan swasta. Dua penceramah utama dari Jerman, Achim Huebner sebagai E.ON Global Category Lead Transformer dan Dr Jan Declercq, Pengurus R&D Kumpulan SGB-SMIT, berkongsi kejayaan penggunaan Transformer Aluminium Oval di beberapa negara di Eropah dan juga di Amerika Syarikat (AS) semasa persidangan itu.
H.E. Dr. Rashid Alleem, Pengerusi Sharjah Electricity & Water Authority (SEWA) dari Kerajaan UAE, turut dijemput untuk berkongsi pengalaman pihak berkuasa kerajaan dalam pemulihan SEWA.

Beliau berkata, tembaga dan aluminium telah digunakan sebagai konduktor elektrik dan mempunyai sejarah yang panjang penggunaannya sebagai gulungan konduktor untuk transformer.
“Gulungan aluminium terbukti dan dipercayai dengan prestasinya yang setara dengan tembaga, tetapi beratnya kurang daripada tembaga menjadikan aluminium sangat sesuai untuk penggunaan khusus menjadikan Transformer Aluminium Oval dipasang di grid,” kata Hierz.
SGB MY Sdn Bhd, ditubuhkan pada 1994 dan berpangkalan di Nilai, Negeri Sembilan, kini mengeluar dan menjalankan pengedaran minyak, resin balang serta transformer kuasa.
Syarikat induknya, SGB-SMIT Group, berjaya menghasilkan beribu-ribu transformer dengan lilitan aluminium dan unit-unit ini telah berada dalam rangkaian pasaran selama bertahun-tahun.
Setiap tahun, loji di Nilai mempunyai keupayaan untuk menghasilkan kira-kira 2,400 pengagihan minyak dan transformer yang dipasang pada dengan kapasiti 50 – 5,000 Kva seunit, 60 transformer kuasa sehingga 40 MVA dan 72.5 Kv seunit, 1,800 transformer resin balang dengan kapasiti daripada 150 – 6,300 kVA dan sehingga 36kV seunit dan 300 pencawang padat sehingga 3,000kVA seunit.
“Kilang kami di Malaysia juga menawarkan perkhidmatan selepas jualan, antaranya seperti pembaikan, pengubahsuaian dan baik pulih di seluruh Malaysia serta pasaran eksport Malaysia.

“Produk SGB MY dijual kepada syarikat utiliti, EPC, kontraktor di Malaysia dan juga di pasaran eksport meliputi Asia, AS, Asia Barat dan sebahagian Eropah,” katanya.
Hari ini, Kumpulan SGB-SMIT telah menjadi pengilang transformer bersaiz sederhana di Eropah dan mempunyai banyak kilang pembuatan di Regensburg, Jerman; Neumark/Sachsen, Jerman; Nijmegen, Belanda; Louisville/OH, AS dan Sibiu Romania dan Nilai, Malaysia.
Ia mempunyai lebih daripada 100 tahun pengalaman, telah menghasilkan sejumlah besar transformer dan beroperasi dari sembilan tapak di lima negara dengan lebih daripada 2,500 pekerja. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web www.sgb-smit.com.