Raikan cinta bersama AirAsia X dengan tawaran tambang untuk terbang berdua selama seminggu ke Bali, Jaipur, Jeju, Taipei, Seoul, Osaka, Hokkaido dan Hawaii dari RM288* sehala termasuk cukai, tersedia untuk tempahan dari sekarang hingga 18 Februari 2018 di airasia.com, perjalanan serta-merta sehingga 31 Julai 2018.

KETUA Kumpulan Komersial AirAsia X, Barry Klipp berkata, “ Kami memilih beberapa laluan
paling popular untuk promosi sepanjang Hari Valentine dan Tahun Baru Cina untuk mengucapkan terima kasih kepada tetamu kami atas sokongan mereka.

Pilihlah dari istana merah jambu romantik di Jaipur, keajaiban musim sejuk bersalji di Jeju atau di pantai Waikiki terkena yang terletak di Honolulu. Dengan tambang termasuk semua dari serendah RM288* untuk dua orang tetamu dan tambahan penjimatan sebanyak 50 peratus Pilihan Tempat Duduk, ini pastinya salah satu promosi terbaik kami, sesuai untuk percutian romantis atau bulan madu kedua.

Sepanjang tempoh promosi ini, tambang promosi untuk dua orang tetamu bagi tempahan yang sama ke Bali (hanya kod penerbangan AK dan D7) adalah dari serendah RM288* sehala, Jaipur dari RM388* sehala, Jeju dari RM588* sehala, Taipei dari RM638* sehala, Seoul dari RM727*, Osaka dari RM868* sehala, Hokkaido dari RM888* sehala dan Hawaii dari RM1,988* sehala.

Fakta Menarik

  • Tambang untuk terbang berdua ke destinasi terpilih dari RM288** sehala termasuk cukai
  • Diskaun sebanyak 50% untuk pilihan tempat duduk agar berada di sebelah orang tersayang dalam pesawat
  • Tempah mulai sekarang sehingga 18 Februari untuk perjalanan serta-merta
    sehingga 31 Julai 2018

Sempena Hari Valentine dan sambutan Tahun Baru Cina, para tetamu yang berlepas dari klia2 serta para tetamu dalam penerbangan terpilih pada 14 Februari 2018 bakal menerima pelbagai kejutan manis di lapangan terbang dan dalam pesawat memandangkan AirAsia X memberi hadiah biskut, barangan niaga sebagai tanda cinta serta aktiviti menyeronokkan untuk menghiburkan mereka.

Disamping itu, semasa tempoh promosi ini, 500 ahli Program Kesetiaan BIG pertama yang menebus penerbangan untuk dua orang atau lebih dengan menggunakan Aplikasi Program Kesetiaan BIG akan berpeluang menerima rebat sebanyak 1,000 mata ganjaran BIG. Tertakluk kepada terma dan syarat.

ROKKIshop.com, portal bebas cukai atas talian syarikat penerbangan ini juga menawarkan diskaun sehingga 83%** bagi produk bebas cukai daripada barang wangian, barang kemas, jam tangan dan banyak lagi. Para tetamu juga boleh memberi kejutan istimewa buat yang tersayang dengan membeli hadiah melalui pra-tempahan produk bebas cukai di www.ROKKIshop.com sehingga 48 jam sebelum menaiki pesawat untuk penerbangan AirAsia (kod penerbangan AK) atau sehingga 72 jam untuk penerbangan AirAsia X (kod penerbangan D7).

Barang-barang yang dibeli akan dihantar ke tempat duduk tetamu semasa penerbangan untuk keselesaan mereka, sesuai untuk kejutan Hari Valentine. Untuk maklumat lanjut berkenaan promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila layari Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini