Sime Darby Property lancar promosi ‘Yin Xiin Xhun’ sempena Tahun Baru Cina. Rebat istimewa bersama ganjaran pencadang untuk hartanah terpilih.

SIME Darby Property melancarkan promosi istimewa bagi para pelanggan sempena sambutan Tahun Baru Cina tahun ini. Bertemakan ‘Yin Xiin Xhun’ yang membawa maksud sambutan permulaan musim bunga dan permulaan baharu, promosi Tahun Baru Cina Sime Darby Property ini menyediakan rebat sehingga 8%* bagi pembelian hartanah terpilih, pemilikan kediaman yang mudah, fi tempahan serendah RM5,000* dan ganjaran pencadang
sehingga RM38,000* melalui program “refer & earn”. Promosi istimewa ini bermula
dari sekarang sehingga 31 Mac 2018.

Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Property Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata,
“Penawaran promosi istimewa kepada semua pelanggan kami sempena Tahun Baru
Cina ini bertemakan “Yin Xiin Xhun”, tanda ucapan daripada kami agar masa depan
yang cemerlang menjadi milik semua.

Casira 1 facade

Kesemua pembangunan Sime Darby Property adalah unik dan direka untuk disesuaikan dengan gaya hidup yang berbeza, kemudahan dan julat harga yang pelbagai bagi memenuhi keperluan dan jangkaan para pelanggan yang bervariasi. Kami berharap promosi ini, yang meliputi lebih daripada 1,500 unit kediaman di perbandaran-perbandaran kami, dapat membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada para pelanggan kami sepanjang tempoh
perayaan ini, lebih-lebih lagi kepada mereka yang berhasrat untuk memiliki rumah
pertama.”

Hartanah yang disediakan untuk para pelanggan sepanjang promosi ini terletak di
perbandaran-perbandaran Sime Darby Property di Bukit Jelutong, City of Elmina, Ara Damansara, ALYA Kuala Lumpur, Bandar Bukit Raja, KL East, Melawati, Putra Heights, dan Saujana Impian, termasuk yang berada di luar Lembah Klang seperti Bandar Universiti Pagoh, Bandar Ainsdale, Chemara Hills, Nilai Impian and Planters’ Haven.

Rimbun Sanctuary, sebuah pembangunan seluas 5.42 ekar menyediakan pilihan apartment dan rumah bandar yang sesuai bagi pembeli rumah pertama seperti individu yang belum berkahwin atau mereka yang berkeluarga kecil, serta pesara atau mereka yang inginkan ruang peribadi yang lebih kecil dan eksklusif, dengan pengawasan 24 jam dan kemudahan yang tersedia. Rimbun Sanctuary terletak bersebelahan rizab hutan dan dipertingkatkan dengan ciri-ciri keselamatan 3 peringkat.

Rimbun Sanctuary – Living room

Ia adalah sebuah santuari kehidupan moden yang terlindung dari kesibukan bandar. Elmina Valley fasa 3 terletak di gerbang utama ke City of Elmina, sebuah perbandaran bertema seluas 5,000 ekar. Kedudukannya di dataran tinggi lembah Elmina bersebelahan dengan sungai Elmina, ia direka dengan jalan berkonsep “cul-de-sac” bagi persekitaran yang selamat dan mesra pejalan kaki. Kediaman Elmina Valley fasa 3 dilengkapi dengan ciri-ciri kelestarian dan kesejahteraan, seperti penggunaan rockwool, bahan penebat untuk keselesaan terma dan menyediakan suhu dalaman yang nyaman.

Kediaman teres dua tingkat Casira 1 di Bandar Bukit Raja (BBR), sebuah perbandaran
bersepadu dan lestari di Klang, menyediakan pendekatan yang moden. Casira 1 direka bukan hanya untuk mencetus kekaguman, tetapi meyediakan fungsi yang praktikal seperti jendela yang luas yang memberikan pemandangan luar yang mengagumkan dan pengudaraan yang terbaik.

SERINI Melawati

SERINI Melawati merupakan pangsapuri tertinggi di Melawati, memaparkan dua menara 38 tingkat yang menyediakan pemandangan terbaik dan terletak kurang dari 1km dari pusat beli-belah Melawati Mall. SERINI Melawati lebih daripada sekadar kediaman; ia merupakan lanjutan gaya hidup urban moden dan kontemporari dikelilingi kehijauan yang indah di sekitar Melawati, sebuah perbandaran 900 ekar yang terletak kurang daripada 15km dari KLCC.

Kediaman Superlink Siphonia di Chemara Hills, pembangunan puncak bukit eksklusif seluas 43.68 ekar yang terletak di Seremban, direka untuk mewujudkan ruang kediaman yang luas untuk memaksimumkan pencahayaan semulajadi. Siphonia 2 pula adalah komuniti kediaman eksklusif rumah Superlink bersebelahan taman pusat Chemara Hills, yang terletak berdekatan dengan kemudahan komersial.

Siphonia @ Chemara Hills

Perbandaran-perbandaran Sime Darby Property menawarkan lebih daripada sekadar kediaman. Kesemua perbandaran dibina untuk melengkapkan gaya hidup yang pelbagai serta menyediakan lokasi, reka bentuk, perancangan perbandaran, inovasi, keselamatan yang terbaik dan akses kepada lebuh raya utama, persekitaran semula jadi dan pelbagai kemudahan.

“Matlamat kami di Sime Darby Property adalah untuk menjadi pemaju yang prihatin terhadap keperluan dan jangkaan para pelanggan kami, kerana mereka adalah keutamaan dan fokus kami. Oleh itu, kami berusaha untuk menyediakan para pelanggan dengan bukan hanya kediaman, tetapi juga pembangunan komuniti dan kawasan kejiranan yang kondusif serta kediaman yang dekat di hati,”

Amrin berkata, Perbandaran Sime Darby Property yang terpilih akan menjadi lokasi Rumah Terbuka Tahun Baru Cina, di mana angpau edisi terhad Sime Darby Property akan diberikan
kepada para tetamu. Selain itu, 500 pelanggan pertama yang membeli mana-mana hartanah Sime Darby Property sepanjang tempoh Tahun Baru Cina ini akan menerima Kotak Hadiah edisi terhad Sime Darby Property, yang disediakan khas sempena perayaan ini.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut promosi dan rumah terbuka Tahun Baru Cina
Sime Darby Property, hubungi 1800-88-1118 atau layari facebook.com/SimeDarbyProperty.
Perkembangan perihal aktiviti dan pembangunan Sime Darby Property boleh didapati
melalui simedarbyproperty.com, Facebook (facebook.com/SimeDarbyProperty),
Instagram (instagram.com/SimeDarbyProperty) dan Aplikasi Mudah Alih Sime Darby
Property (boleh dimuat turun di App Store dan Google Play).

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini