Pengeluar kereta nasional, Proton ingin membuat penjelasan terhadap artikel-artikel yang tersebar di media sosial berkenaan penggunaan Bitcoin untuk pembelian kereta Proton.

PROTON tidak mengiktiraf transaksi atau tawaran sedemikian dan gambar yang tular di media sosial menunjukkan bahawa transaksi tersebut dimulakan secara bebas oleh sebuah pusat jualan PROTON.

Operasi oleh pusat jualan tersebut telah digantung sementara siasatan lanjut dilakukan.
PROTON mengalu-alukan kaedah inovatif untuk jualan kereta Proton untuk mengekalkan minat pelanggan kepada kereta kami, kata syarikat itu dalam kenyataannya.

Proton Ertiga

“Walau bagaimanapun, kami ingin mengingatkan rangkaian jualan agar berhati-hati serta memberi pertimbangan yang sewajarnya dalam menjalankan aktiviti promosi yang tidak mendapat pengesahan syarikat,” katanya lagi.

Mengenai PROTON

PROTON Holdings Berhad kini dimiliki oleh DRB-HICOM Berhad sebanyak 50.1% dan sebanyak 49.9% lagi oleh Zhejiang Geely Holding Group Co. Ltd. Ditubuhkan pada tahun 1983, ia adalah satu-satunya pengeluar kereta OEM sepenuhnya yang lengkap dengan kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Asia Tenggara dan telah ditubuhkan dengan tiga objektif dasar kebangsaan utama iaitu untuk menerajui pembangunan industri pembuatan komponen, untuk memperoleh dan meningkatkan teknologi serta kemahiran industri dalam industri pembuatan automotif dan untuk mengukuhkan daya saing
antarabangsa serta keupayaan perindustrian di Malaysia.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini