Uber dan AirAsia menjalin kerjasama menyediakan perkhidmatan mudah, selesa dan seamless khusus kepada pengembara.

KERJASAMA itu bakal menyaksikan tawaran berinovasi seperti kod promosi dan diskaun serta usaha sama pemasaran dan integrasi teknologi.

Ketua Pegawai Perniagaan Asia Pasifik Uber, Brooks Entwistle berkata, pihaknya teruja bekerjasama dengan AirAsia untuk menawarkan apa yang pelanggannya inginkan.

Beliau berkata, Uber dan AirAsia berpeluang menyediakan perkhidmatan iaitu pelanggan menempah servis Uber ke lapangan terbang dan apabila mendarat ke destinasi pilihan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata, pihaknya sentiasa mencari perkhidmatan di luar dalam mencapai standard tertentu syarikat.

Dua syarikat itu bekerjasama membantu penumpang pulang ke rumah atau bergerak ke tempat kerja atau dari lapangan terbang di 52 bandar untuk 16 pasaran merentasi Asia Pasifik dan Amerika Syarikat.

AirAsia akan menampilkan ciri deeplink yang membolehkan pelanggan Uber menempah atau merancang perjalanan apabila tempahan atau daftar masuk penerbangan sudah mendapat pengesahan.

Malah, pengguna Uber yang baru juga dapat menikmati kod promosi secara percuma apabila mendaftar akaun serta menggunakan kod promosi AIRASIA.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini