LBS tumpu kepada projek perbandaran, jamin lebih banyak kediaman bertanah mampu milik pada tahun ini
LBS Bina Group Berhad (LBS) telah membuktikan daya ketahanannya dalam sektor hartanah apabila mencapai RM1.4 bilion dalam hasil jualan untuk tahun 2017, meningkat sebanyak 15 peratus dari 2016.
LBS pastinya akan meneruskan momentum ini sepanjang tahun 2018, dengan kekal fokus menawarkan lebih banyak rumah mampu milik dan perbandaran serba lengkap, selari dengan keperluan para pembeli rumah masa kini.
“Kami menamatkan tahun 2017 dengan cemerlang dan kami terus menjadi penanda aras
dengan menyasarkan untuk mencapai RM1.8 bilion dalam hasil jualan menjelang hujung tahun 2018. Kami meramalkan permintaan terhadap rumah-rumah mampu milik akan terus menjadi keperluan utama di kalangan para pembeli rumah. Kekuatan kami terletak di sini..
LBS telah terlibat dalam pembinaan rumah-rumah mampu milik sejak dari awal lagi, Oleh sebab itulah kami mempunyai rekod pencapaian yang cemerlang selama 35 tahun. Kami percaya strategi kami dalam menyediakan penawaran yang diingini, pada harga yang berpatutan dan pada masa yang sesuai akan terus mengekalkan momentum kami,” kata Pengarah Urusan Kumpulan, Tan Sri Lim Hock San.
LBS telah menyenaraikan BSP21 di Bandar Saujana Putra, LBS Alam Perdana dan Midhills
sebagai penyumbang utama kepada pencapaian jumlah jualannya yang luar biasa pada 2017.
LBS telah mengumumkan senarai projek-projek untuk 2018 dengan lapan pelancaran projek
baharu, dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM 2.19 billion. Tahun ini,
sebanyak 3,139 buah unit rumah dari LBS akan terdiri daripada rumah-rumah mampu milik
berharga di bawah RM500,000, mewakili 60 peratus daripada nilai jualan RM1.8 bilion yang
disasarkan pemaju perbandaran tersebut.
Untuk tahun 2018, portfolio LBS akan melibatkan 40 peratus pembangunan kediaman bertanah khususnya di Lembah Kelang, dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM884 juta. Ini berikutan wujudnya keperluan terhadap lebih banyak rumah-rumah mampu milik yang mudah diakses kerana lokasinya yang terletak di Lembah Kelang.
Sejajar dengan tumpuannya untuk tahun 2018 dan didorong oleh kejayaan perbandaran Bandar Saujana Putra, LBS optimis dengan kemajuan dan penerimaan terhadap projek-projek perbandarannya yang masih dalam pembangunan iaitu LBS Alam Perdana di Puncak Alam, D’Island Residence di Puchong, Bandar Putera Indah di Batu Pahat dan Cameron Golden Hills di Cameron Highlands serta projek perbandarannya yang akan datang iaitu LBS CyberSouth di Dengkil.
LBS juga telah mengenalpasti projek LBS Alam Perdana, Projek Perumahan Awam 1
Malaysia (PPA1M) dan Residensi Bintang Bukit Jalil, dan LBS CyberSouth sebagai kawasan
sasaran utama yang dijangkakan bakal menyaksikan pertumbuhan pesat. Pada masa ini, LBS mempunyai bank tanah sebanyak 4,110 ekar dengan jumlah Nilai Pembangunan Kasar (GDV) masa hadapan sebanyak RM29.04 bilion.
Ini termasuk projek-projek pembangunan yang sedang berjalan melibatkan 304 ekar dan baki 3,806 ekar sebagai simpanan untuk projek pembangunan masa hadapan. Plot-plot tanah ini terletak di Lembah Kelang (43%) Johor (40%) Perak (11%) Pahang (5%) dan Sabah (1%). Setakat 27 Disember 2017, jualan belum dibil LBS ialah RM1.523bilion.