KEDAI Ayamas kembali menemui peminat pada musim perayaan ini dengan ayam panggang Stuffed Roaster yang pastinya menjanjikan keunikan rasa yang hebat.

Dijual hanya RM25 bersempena dengan tarikh sambutan hari Krismas,  produk ini menampilkan ayam panggang pepper yang lazat, bersama campuran kentang, lobak merah, serbuk roti, biji bunga matahari, bawang putih, daun saderi, cendawan shiitake dan herba, yang menghasilkan keunikan rasa yang pasti menambat selera.

“Kami yakin produk baru ini akan menjadi pilihan setiap keluarga untuk bersama-sama menikmati hidangan di musim perayaan dan cuti sekolah,” kata Rafiq Moosa, Ketua Pegawai Operasi, KARA Holdings Sdn Bhd.

Ayam panggang Stuffed Roaster boleh didapati dalam dua gabungan nilai hebat. ‘Meal for Four’ yang terdiri daripada seekor ayam panggang dengan kuah, empat mangkuk sup cendawan, empat minuman ringan, dua salad jagung, kentang goreng rangup dan coleslaw yang boleh digantikan dengan nasi ayam, kesemuanya hanya RM46.90.

‘Meal for Two’ terdiri daripada setengah roaster dengan kuah, dua mangkuk sup cendawan, dua minuman ringan, satu salad jagung, kentang goreng rangup dan coleslaw yang boleh digantikan dengan nasi ayam, kesemuanya hanya RM28.90.

Stuffed Roaster boleh didapati mulai 25 November 2017, di semua kedai Ayamas, restoran Rasamas, Ayamas Roaster Express dan Deli Ayamas, sementara stok masih ada. ‘Meal for 4’ dan ‘Meal for Two’ boleh didapati di restoran Rasamas, dan Ayamas Roaster Express sahaja. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati Stuffed Roaster hari ini!

* Promosi ini tidak sah untuk promosi 15&30. Untuk pra-tempahan, sila hubungi 1-300-88-2323 atau pesan di kedai.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini