Kelab Pemilik MPV Citra Kelantan dilancarkan secara rasmi pada 15 Disember lalu oleh Presiden Persatuan Permotoran Negeri Kelantan (PPNK) Nazri Zakuan di Dataran Muhammadi, Kota Bharu.

Kelab Pemilik MPV Citra Kelantan (KMCC)

KELAB Pemilik MPV Citra Kelantan (KMCC) ditubuhkan baru-baru ini bagi mengumpulkan pemilik kenderaan pelbagai guna (MPV) Naza Citra di negeri Kelantan. Ia bertujuan untuk merapatkan talian silaturrahim di antara pemilik serta dalam masa yang sama dapat berkongsi maklumat, pendapat dan idea seperti alat ganti dan tips penjagaan kenderaan masing-masing.

Kelab yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) kini merancang pelbagai aktiviti berkonsepkan kekeluargaan dengan program-program konvoi, riadah, ilmu dan kebajikan yang bakal memberi manfaat kepada ahlinya.

Untuk menjadikan KMCC sebagai sebuah kelab permotoran yang aktif mereka kini sedang membuka keahlian kepada semua yang memiliki Naza Citra, Kia Carens dan Rondo dalam memeriahkan setiap aktiviti yang dijalankan kelak.

Setiap pendaftaran ahli baru akan mendapat pelekat kereta logo KMCC edisi terhad secara percuma melalui yuran keahlian (Seumur hidup) berjumlah RM50. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web KMCC di www.kelantanmpvcitra.blogspot.com atau emel [email protected].

Simbolik perasmian dengan memotong pulut kuning oleh Presiden PPNK, Nazri Zakuan dan Presiden KMCC Yamin Yaacob

KMCC

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini