SETIAP insan yang dijemput ke Tanah Suci pasti akan merebut apa sahaja peluang untuk mempertingkatkan amalan dan memperkukuhkan ketakwaan kepada Allah SWT.

Bagi penyanyi dan pelakon popular Alif Satar, kunjungan ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah sangat istimewa apabila berpeluang untuk turut sama mengusung jenazah keluar dari Masjidil Haram.

Pelakon drama Red Velvet itu turut berkongsi video berkenaan lima hari lalu, dan ketika berita ini ditulis, video terbabit sudah mencecah 1.5 juta tontonan.

Menerusi video itu, dapat dilihat bukan sahaja Alif malah beberapa lagi jemaah tidak mahu melepaskan peluang untuk mengiringi jenazah insan terpilih itu.

Perkongsian Alif itu mengundang sebak netizen, dan menyifatkan peluang yang dimiliki Alif itu bukan sesuatu yang mudah untuk diperoleh.

Ramai juga dalam kalangan netizen berkongsi kisah pemergian orang tersayang yang dijemput di Tanah Suci. Alif berangkat menunaikan umrah bersama ibu dan bapanya pada 23 November lalu. Gambar Instagram Alif Satar

 

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini