SIAPAKAH bintang yang bakal tersingkir pada minggu suku akhir Gegar Vaganza 4 (GV 4) malam ini.
Menerusi tema ‘Jangan Kata Tak Tahu’, 8 bintang yang akan membuat persembahan adalah Aqasha, Hazami, Liza Hanim, Aishah, Syura, Lan Kristal, Tia Jinbara dan Firman Siagian.
Konsert suku akhir ini bakal menyaksikan kehebatan bintang-bintang GV 4 menyanyikan lagu-lagu popular tahun 90-an sehingga kini.
Ayuh kita buat ramalan untuk konsert malam ini menerusi lagu yang bakal mereka sampaikan.
1. Aishah – Tergantung Sepi
2. Hazami – Jampi
3. Firman Siagian – Terakhir
4. Liza Hanim – Warkah Untukmu
5. Lan Kristal – Pahit akan Manisnya Akhirnya
6. Syura – Kau Tetap Dalam Anganku
7. Aqasha – That’s Why You Go Away
8. Tia Jinbara – Bayang
GV 4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil, setiap Ahad jam 9 malam.