DALAM pada orang bercerita mengenai majlis pernikahan pelakon Mawar Rashid dan Raf Yaakob semalam, hari ini kecoh pula mengenai kejadian misteri pada majlis itu.
Sekeping gambar tular di media sosial apabila memperlihatkan tangan asing pada tangan kanan Mawar.

Timbul persoalan tangan itu milik siapa kerana tidak ada seorang pun berdiri di sebelah Mawar.
Malah tidak kurang juga yang beranggapan ia teknik photoshop atau suntingan semata-mata untuk mensensasikan cerita.
Ada juga mengatakan tangan itu milik anak tiri Mawar, iaitu anak hasil perkahwinan pertama Raf. Gambar dari Instagram Mawar Rashid