Datuk Seri Siti Nurhaliza rasai pengalaman baru mengandung anak sulung

ORANG selalu cakap, wanita mengandung ragam mereka berbeza terutama dari segi alahan dialami.

Ada yang mengalami alahan teruk pada tiga bulan pertama kehamilan, tidak kurang juga yang berterusan sehingga bersalin.

Semalam, pengurus penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Rozi Abdul Razak berkongsi ragam ‘comel’ dilalui Siti sepanjang lima bulan kehamilannya itu.

Berikut apa yang dikongsikan Rozi menerusi laman Facebook dan Instagram miliknya.

“Menginjak ke usia 5 bulan kehamilan @ctdk, semakin hari semakin hilang alahan, mual, tidak selera makan dan fasa dari bulan ke bulan berubah dan akan terus berubah.

“Setiap wanita yang sudah bergelar ibu, pasti melalui pengalaman hamil tersendiri serta berbeza pengalaman pula bagi setiap seorang anak yang dikandung.

“Saya tahu ini adalah pengalaman baru bagi @ctdk dan tentunya beliau memerlukan sokongan daripada ramai pihak terutama keluarga terdekat. Saya pula sudah seperti anggota polis dengan slogan ‘Setia Berkhidmat’.

“Kadangkala memang lucu membaca mesej-mesej beliau sewaktu hamil tetapi saya faham perasaan itu kerana saya juga telah dikurniakan tiga orang zuriat sebelum ini.

“Sekadar perkongsian dengan para peminat @ctdk yang seronok mendengar cerita serta pengalaman saya bersama @ctdk.

Alhamdulillah, ramai yang mendoakan, menitip nasihat, berkongsi tips dan pengalaman, tak kurang yang menghantar pelbagai hadiah, barangan, makanan dan sebagainya buat @ctdk, ramai yang sayang sebenarnya. Terima kasih semua,” tulis Rozi.

Apa-apa pun, Prebiu.com mendoakan semoga Siti dan kandungannya berada dalam keadaan sihat selalu. Gambar dari Instagram Rozi Abdul Razak

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini