ALHAMDULILLAH, segala yang dirancang berjalan lancar. Tahniah Prebiu.com ucapkan kepada pelakon Mawar Rashid, 22, yang kini sah bergelar isteri kepada Raf Yaakob atau nama sebenarnya, Raden Ahmad Faizal Yaakob, 32, dengan sekali lafaz pada jam 3.20 petang semalam.

Pada majlis itu, Mawar yang juga peserta Dewi Remaja 2015 menerima mas kahwin RM900 serta tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki, dan dibalas sembilan dulang daripada pihak perempuan.
Majlis akad nikah yang berlangsung di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur itu bertemakan tradisional Jawa.
Majlis akad nikah itu juga dimeriahkan dengan kehadiran 500 tetamu terdiri daripada sanak saudara, rakan artis dan media.
Sebelumnya, pasangan itu mengadakan majlis pertunangan pada 7 Julai lalu selepas melalui dua majlis kecil iaitu merisik dan melamar pada 7 Mei dan 7 Jun lalu.
Kelmarin, di lokasi sama berlangsungnya majlis berinai yang dihadiri keluarga terdekat kedua-dua pihak serta rakan artis antaranya Emma Maembong, Datin Eina Azman, Ruhainies, Elvina Mohamad, Syamim Farid dan ramai lagi.
Ini adalah perkahwinan pertama Mawar manakala perkahwinan kedua buat Raf yang sebelum ini dikurniakan dua cahaya mata hasil daripada perkahwinan pertamanya.
Raf juga adalah adik kepada penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob. Gambar dari Instagram Mawar Rashid