PAMERAN Auto Malaysia 2017 (Malaysia Autoshow 2017) yang berlangsung selama empat hari, bermula 9 November hingga 12 November ini menyaksikan lebih 100 jenis kereta dan motosikal dipamerkan di Taman Pameran Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor.

Anjuran Institut Automotif Malaysia (MAI),pelbagai jenis aktiviti diadakan termasuk pandu uji kenderaan untuk kereta biasa, kereta automasi dan laluan lasak, karting slalom, persidangan industri dan konsert oleh artis terkenal tanahair.

Ketua Pegawai Eksekutif MAI, Datuk Madani Sahari, berkata penganjuran Pameran Auto Malaysia kali ini adalah tiga kali ganda lebih besar berbanding sebelumnya, dengan memanfaatkan MAEPS yang memiliki kawasan pameran paling luas di negara ini.

“Lebih menarik di MAEPS juga membolehkan kita mewartakan laluan khas untuk pandu uji yang lebih selamat, selain menyediakan peluang pengunjung memandu uji kereta automasi tahap tiga dan laluan lasak.

“Untuk menarik pengunjung, pengeluar kereta turut menawarkan pelbagai tawaran khas dan pakej menarik ketika membuat tempahan model kenderaan, selain kehadiran trak makanan, pameran jualan fesyen dan barangan untuk keluarga,” katanya.

Saksikan jenis-jenis kenderaan dan motosikal yang dipamerkan di Malaysia Autoshow 2017 sehingga Ahad ini (12 November 2017).

 

 

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini