Siti Nurhaliza terima kunjungan selebriti terkenal Indonesia, Hetty Koes Endang

SEJAK mengumumkan berita kehamilannya bulan lalu, penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza terus dihujani ucapan tahniah.

Tidak cukup dengan itu, pelantun lagu Bukan Cinta Biasa ini turut menerima kunjungan daripada sahabat baiknya yang juga selebriti terkenal Indonesia.

Jika minggu lalu, pelakon filem Ketika Cinta Bertasbih iaitu Oki Setiana Dewi sempat menziarahi Siti, Ahad lalu penyanyi Hetty Koes Endang juga turut meluangkan masa makan tengah hari di rumah Siti.

Siti Nurhaliza menerima buah limau yang dihadiahkan Hetty Koes Endang. Gambar dari Instagram Rozi Abdul Razak & Datuk Seri Siti Nurhaliza

Istimewanya pada pertemuan itu, Hetty turut menghadiahkan Siti buah limau yang begitu diidamkan olehnya seperti yang dimuat naik menerusi Instagram miliknya.

Malah, menerusi catatan di Instagram milik pengurus Siti iaitu Rozi Abdul Razak, Siti sempat menyediakan roti keca dan swedish meatball buat tetamu istimewanya itu.

Siti Nurhaliza teruja melihat kek yang diterima dari Hetty Koes Endang. Gambar dari Instagram Rozi Abdul Razak & Datuk Seri Siti Nurhaliza

Pertemuan yang berlangsung selama tiga jam itu pastinya disulami dengan pelbagai cerita. Apatah lagi, kali terakhir mereka berjumpa ketika mengadakan persembahan bersama dua tahun lalu pada Konsert Satu Suara Volume 2 di Istana Budaya.

Hetty menerusi video yang dimuatnaik Siti berkata, dia tidak puas jika hanya bercakap dengan Siti di telefon.

Siti Nurhaliza sedang makan tengahari bersama Hetty Koes Endang. Gambar dari Instagram Rozi Abdul Razak & Datuk Seri Siti Nurhaliza

Pertemuan manis di antara @ctdk dan ibu Hetty @hke57 .

A post shared by Rozi Abdul Razak (@rozisangdewi) on

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini