Tawaran rebat tunai bagi pembelian kenderaan Ford baru

SIME Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia, akan merealisasikan impian anda untuk mengakhiri tahun ini dengan tawaran dan ganjaran hebat sambil mewarnai hidup anda dengan penuh kebiruan!

Kini tiba masanya untuk mempamerkan semangat percutian anda di jalanan dan menghiaskan kenderaan dengan dekorasi perayaan bagi memeriahkan lagi suasana. Dapatkan hidung biru dan tanduk rusa eksklusif Ford apabila anda memandu uji kenderaan Ford di mana-mana pengedar sah Ford di seluruh negara.

Ford Tawar Rebat 2017

Dapatkan lebih daripada hanya sebuah kenderaan baru untuk mengakhiri tahun ini! Bagi setiap pembelian Ranger WildTrak, anda akan menerima rebat tunai sebanyak RM5,000, sementara Ranger XLT akan menawarkan anda kos penyelenggaraan sifar untuk lima tahun atau 100,000 km (tertakluk kepada terma dan syarat) di samping rebat tunai yang menawan. Untuk perjalanan yang menyeronokkan, anda boleh memilih untuk memiliki sebuah Focus atau Fiesta bersama rebat tunai sebanyak RM23,000, penyelenggaraan percuma selama tiga tahun dan waranti selama lima tahun.

“Di samping kita memeriahkan suasana gembira perayaan dan percutian, keselamatan harus diutamakan. Bawa kenderaan anda untuk pemeriksaan 27-peringkat percuma oleh para juruteknik yang diperakui Ford, dan terima diskaun sebanyak 20 peratus bagi alat-alat ganti terpilih, termasuk pelincir, brek, tali sawat pemasaan dan pakej-pakej lain dan diskaun buruh sebanyak 10 peratus bagi pakej-pakej pelincir, brek dan tali sawat pemasaan pada model-model Ford terpilih*,” kata Ford dalam kenyataan.

Promosi tersebut boleh didapati di seluruh negara mulai 18 Disember 2017 sehingga 17 Februari 2018.

“Kami teruja untuk menawarkan pakej-pakej perkhidmatan dan penyelenggaran menarik ini untuk memastikan agar kenderaan-kenderaan para pelanggan kami berada di dalam keadaan terbaik untuk perjalanan yang selamat,” kata Pengarah Urusan SDAC Syed Ahmad Muzri Syed Faiz.

Ford Tawar Rebat 2017

“Mari jadikan musim perayaan ini penuh bermakna bersama keluarga yang tersayang.”

Para pelanggan yang berbelanja melebihi RM350 di dalam satu invois cukai sah, akan turut menerima cenderamata Ford hanya di pengedar-pengedar sah Ford di seluruh negara, sementara stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut, layari www.sdacford.com.my atau kunjungi pengedar sah Ford yang berdekatan.

1 Tertakluk kepada terma dan syarat
* Model Ford Ranger, Ford Everest, Ford Fiesta dan Ford Focus terpilih

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini