Cik Gayah

Hi semua, sebelum Cik Gayah mulakan gosip pertama mengenai selebriti tempatan yang tidak pernah kering dengan cerita panas izinkan Cik Gayah ucapkan tahniah kepada portal Prebiu.com kerana berjaya membina sebuah portal yang menghidangkan berita terkini dari dalam dan luar negara meliputi semua aspek khususnya buat rakyat Malaysia. Meletop!

Haaa…. Masa yang ditunggu-tunggu dah tiba. Cik Gayah sebenarnya tak sabar nak bergosip dengan korang mengenai perangai seorang penyanyi lelaki ini yang dikatakan tidak kisah jika pondan yang menjadi sebutan masa kini mahu ‘memikatnya’ .

Ayooo… Mengucap Panjang Cik Gayah apabila ada teman menelefon malam-malam buta memberitahu mengenai sikap penyanyi muda ini. Dah hilang akal ke kau dik?

Memanglah pondan yang dimaksudkan itu mempunyai rupa paras yang menawan dan sering belanja video dan gambar seksi di Instagramnya tapi tak payah la sampai cair dan mempunyai perasaan.

Banyak lagi wanita jelita di luar sana yang tergila-gilakan kau dik! Tak payah nak merelakan diri sangatlah!

Macam-macam perangai artis muda sekarang. Dalam pada Cik Gayah terkejut dengan cerita yang disampaikan, Cik Gayah tidak henti ketawa memikirkan perangai penyanyi ini yang dilihat bodoh dan tidak tahu membezakan antara lelaki dan wanita.

Bukankah fitrah lelaki adalah untuk wanita. Jadi mengapa perlu tergamak untuk menyerah diri kepada pondan.

Cik Gayah sungguh tak faham dengan manusia zaman sekarang ini. Barangkali sudah hilang pedoman.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini