Fizo dan Mawar sibuk membuat persiapan menyambut kelahiran bayi perempuan
BAGI kebanyakan pasangan suami isteri, selain melayari bahtera perkahwinan, satu perkara yang paling ditunggu-tunggu adalah apabila tugas dalam urusan rumah tangga bertambah kepada tanggungjawab lebih besar iaitu menjadi ibu dan bapa.
Fasa terbabit jugalah yang sedang dilalui pasangan selebriti Fizo Omar dan Mawar Karim yang sedang menunggu saat penuh bermakna dan terindah dalam melengkapkan istana bahagia mereka sebagai sebuah keluarga.
Mawar kini sedang sarat hamil anak pertama mereka. Pada wajahnya sudah terserlah cahaya teruja untuk menyandang tugas sebagai seorang ibu apabila dijangka melahirkan bayi perempuan awal tahun depan.

Namun ada satu hal yang membuatkan pasangan ini ‘pusing kepala’ apabila buntu untuk memilih keperluan bagi kelahiran bayi pertama mereka.
Selain terpaksa Google di internet, Fizo juga meminta pendapat peminatnya dalam membeli pakaian yang sesuai untuk anaknya itu.
Rata-rata peminat memberikan tips-tips menarik buat pasangan bahagia ini. Ikuti komen-komen peminat dalam Instagram Fizo:
lizadidiey: Kalau beli baju baby beli saiz 6m-12m banyak-banyak. Untuk kelahiran baru beli 5 helai je dah cukup sebab selepas seminggu pasti baju dah tak muat.
noraini_joe: Kalau boleh jangan beli ikut jantina sangat.
rami_usni_hilmi: Anak sulung macam-macam kena beli .
bibi_fadzilah: Stokin dan sarung tangan
Diharapkan Mawar dan bayi di dalam kandungan diberi kesihatan yang baik dan segala urusan dipermudahkan Allah swt. Fizo atau Wan Hafizul Wan Omar, 32, berkahwin dengan Mawar Abdul Karim, 28, pada 10 November 2013.
