Utama Blog Halaman 904

AirAsia Mansuhkan Fi Klia2 Untuk Kekal Tambang Rendah

AirAsia memansuhkan caj RM3 fi klia2 bagi kesemua penerbangan yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) bermula, semalam.

FI klia2 yang diperkenalkan pada Mei 2014 adalah bagi menampung kos tambahan yang terhasil dari penggunaan fasiliti mandatori yang dikenakan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) di klia2 seperti penggunaan jambatan udara, sistem daftar masuk SITA dan sistem menaiki pesawat, yang tiada di Teminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata, “Selaras dengan pengumuman kami minggu lepas, kami telah memansuhkan fi klia2.

“Sejak dari mula, kami telah mengatakan yang klia2 adalah tidak sesuai untuk operasi syarikat penerbangan tambang rendah dan kami akan terus ke Malaysia Airports untuk segala kos tambahan yang mereka kenakan ke atas kami.”

Untuk berita, aktiviti dan promosi terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

LBS Capai Pertumbuhan Empat Tahun Berturut-turut

LBS terus mengutamakan perbandaran dan rumah mampu milik pada 2019

LBS Bina Group Berhad (LBS), mengekalkan trend pertumbuhan yang terus meningkat dengan peningkatan jualan melebihi RM1.4 bilion pada 2017, kepada lebih daripada RM1.5 bilion pada 2018.

Ini menandakan bahawa LBS telah mencapai peningkatan selama empat tahun berturut-turut, dari 2014 hingga 2018 dengan kadar pertumbuhan tahunan dikompaun (CAGR) sebanyak 25%.

Pengarah Urusan Kumpulan, Tan Sri Lim Hock San berkata, “LBS sekali lagi mencapai pertumbuhan positif walaupun persekitaran pasaran yang mencabar.

“Mencapai hasil yang lebih baik selama empat tahun berturut-turut mengesahkan strategi yang telah kami laksanakan.

“Kami mempunyai rekod prestasi yang baik dalam menawaran produk yang memenuhi keperluan pembeli rumah, pada masa tepat dan yang lebih penting, pada lingkungan harga tepat,” katanya dalam kenyataan.

Pada tahun 2018, kebanyakan jualan diperolehi melalui pelancaran projek baru di LBS Alam Perdana di Puncak Alam, Residensi Bintang Bukit Jalil, Zenopy Residences di Seri Kembangan dan Kita @ Cybersouth di Dengkil.

Selain itu, perkembangan projek perbandaran termasuk Bandar Saujana Putra, D’ Island Residence di Puchong, Bandar Putera Indah di Batu Pahat dan Cameron Golden Hills di Cameron Highlands, turut menyumbang kepada hasil jualan yang baik.

Menuju ke 2019, meskipun prospek pasaran yang mencabar kerana sentimen waswas
pasaran yang berterusan dan pertumbuhan ekonomi global yang lebih perlahan, LBS yakin dapat mencapai hasil jualan bernilai RM1.5 bilion yang didorong oleh strategi penawaran produk yang betul dan pelancaran baru yang tertumpu di Lembah Klang.

Ini termasuk perbandaran LBS Alam Perdana dan perbandaran Kita @ Cybersouth di Dengkil yang dijangka memberi sumbangan besar kepada pendapatan LBS pada 2019.

“Masih terdapat permintaan tinggi untuk perumahan yang berkualiti pada harga berpatutan. Strategi kami untuk memberi tumpuan lebih kepada rumah yang mampu dimiliki di dalam perbandaran yang mapan dan matang, dengan reka bentuk yang baik, kemudahan serta akses mudah; terus diterima dengan baik oleh pasaran, ” katanya.

LBS tetap optimis dengan prospek pertumbuhannya dengan jumlah jualan belum dibilkan pada RM 1.745 bilion setakat 31 Disember 2018. LBS telah merancang pelancaran projek-projek baru yang dianggarkan mempunyai Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM1.82 bilion.

Hartanah yang akan dilancarkan pada tahun 2019 termasuk rumah teres dua tingkat di LBS Alam Perdana, kondominium Residensi Bintang Bukit Jalil, rumah teres dua tingkat di Bandar Putera Indah, Batu Pahat, serta lebih daripada 1,000 unit rumah yang
mampu dimiliki di Kita @ Cybersouth.

Kedutaan Arab Saudi Sumbang Karpet Masjid Kepada NGO Antarabangsa

Kedutaan Arab Saudi di Malaysia menyumbangkan lima gulung karpet berukuran 15 meter setiap satu, kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Antarabangsa bagi kegunaan lima masjid di Kemboja yang telah dibangunkan oleh pertubuhan berkenaan.

SUMBANGAN itu diserahkan oleh Penasihat Islam Kedutaan Arab Saudi di Malaysia, Sheikh Abdul Rahman M Al-Herfi kepada Ketua NGO Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican dalam satu majlis baru-baru ini.

Sheikh Abd Rahman berkata, sumbangan tersebut bagi menghargai kesungguhan, daya usaha dan keazaman NGO Antarabangsa membantu umat Islam sejagat khususnya dalam pembinaan perigi, masjid, surau dan sekolah-sekolah agama di negara itu.

“Usaha membangunkan umat Islam di Kemboja selama 20 tahun bukan sesuatu yang mudah tetapi berkat kesabaran dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican ini patut dicontohi dalam perjuangan agama Islam.

“Kita berharap umat Islam mempunyai kesungguhan, keazaman dan daya usaha untuk terus berjaya dan bukan sekadar berserah kepada Allah semata-mata,” katanya.

Sheikh Abd Rahman turut mengagumi usaha dan pencapaian Mustapha dalam membantu umat Islam yang dipimpin oleh individu bukan Islam sehingga mendapat pengiktirafan oleh kerajaan dan pemimpin masyarakat di negara tersebut.

Sementara itu, Mustapha berkata pihaknya berterima kasih kepada Kedutaan Arab Saudi di Malaysia khususnya Sheikh Abdul Rahman yang telah banyak membantu NGO Antarabangsa termasuk menerusi tajaan 1,000 naskhah al-Quran sebelum ini.

“Sumbangan karpet ini dapat saya gunakan di masjid-masjid yang dibangunkan oleh NGO Antarabangsa iaitu sebanyak lima buah. Diharapkan sokongan yang diberikan pihak Sheikh Abdul Rahman berterusan dalam program yang dijalankan oleh NGO Antarabangsa,” katanya.

Samsung’s New 2019 Monitors – Modern And Innovation

Samsung offers minimalist Space Monitor for modern workspaces, super ultra-wide 49-inch CRG9 monitor for the ultimate gaming experience and slim design 4K UHD curved monitor for content creators

SAMSUNG Electronics Co., Ltd. announced three new monitors: the modern and minimalist Space Monitor, the CRG9 designed for an unparalleled gaming experience and the UR59C, a stunning 4K UHD curved monitor ideal for content creators.

Each monitor offers the best in technology, ranging from ultra-wide screens and lifelike colors for immersive gaming to space-saving designs to increase productivity.

“Samsung’s latest monitor lineup is incredibly versatile, and demonstrates our commitment to continued innovation and leadership in the category,” said Seog-gi Kim, Executive Vice President of Visual Display Business at Samsung Electronics.

“All of these monitors are part of our larger strategy this year, to keep giving you choices so you can get what you want— beautiful, hardworking devices that inspire you to do more.”

Samsung Space Monitor leverages its sleek design and functionality to allow users to focus on what’s on the screen and not what’s around it.

Its unique built-in space saving solution, a minimalist fully-integrated arm, clamps to the desk and frees up desk space for ultimate user productivity.

Samsung Space Monitor is easy to set up and adjust when you aren’t using it, and simple to push back and store flat against the wall. Through easy ergonomic adjustment, port access and a discreet cable management system, Space Monitor improves the form and function of any workstation or home office.

Beyond aesthetics, Space Monitor is a feature-rich, high-performance monitor. The 27-inch model offers QHD resolution for incredibly detailed, pin-sharp images, while the 32-inch model presents content in 4K UHD.

Space Monitor gives users a unique arm stand, which can disappear into the back of the monitor’s slim-bezel.

When using the stand, Space Monitor can be easily tilted or extended from the wall. It can also be lowered to the desk surface, and Samsung’s Zero Height Adjustable Stand feature provides the ultimate versatility for any type of viewing preference.

The stand not only makes viewing more comfortable, but also eliminates the hassle of cable management by integrating power and HDMI cords through the arm for a clean, flexible look.

The CRG9 is the world’s first high-resolution super ultra-wide gaming monitor with 32:9 aspect ratio.

It offers a 120Hz refresh rate with a fast 4ms response time on a 49-inch display that minimizes image lag and motion blur to effortlessly keep up with fast-paced games.

Built for a superior gaming experience, the monitor also features AMD Radeon FreeSync™ 2 HDR technology to reduce stutter, screen tearing and input latency to ensure the best possible frame rate and smoothest gaming experience.

Content truly comes alive on the CRG9, with dual QHD resolution (5120×1440) and HDR10 with a peak brightness of 1,000 nits, providing superfine detail in the brightest and the darkest parts of an image.

HDR10 delivers outstanding local dimming, and high-contrast HDR offers advanced spectacular highlights not available in non-HDR monitors.

The monitor also leverages Samsung’s revolutionary Quantum dot technology for an exceptionally wide range of accurate color reproduction, and a 1,800mm screen curvature and an ultra-wide field of view for complete visibility.

Equivalent to two 27-inch QHD 16:9 monitors placed side-by-side, the 32:9 super ultra-wide screen also provides ultimate multitasking flexibility assisted by PBP (Picture-by-Picture) functionality to allow two video sources to be viewed on the same screen.

The CRG9 includes one HDMI port, two Display Ports, USB 3.0 and headphone connectivity options. Samsung also designed the CRG9 with a smaller stand size for convenience and flexibility in every gamer’s space.

Ideal for content creators that seek both versatility and performance, the new UR59C 32-inch monitor features a UHD curved display with a 2,500:1 contrast ratio and a full 3840×2160 4K UHD resolution with support for up to one billion colors.

The 1500R curvature delivers a truly immersive experience that shines while creating content and art, watching videos or gaming while reducing the eye strain typically associated with long periods of traditional monitor use.

Available in Dark Blue Gray, the UR59C has a super-slim design, with a depth of only 6.7mm with a fabric-textured rear casing.

Its 3-sided bezel-less screen is attached to a slender yet sturdy V-slim metal stand with two-prong base that encases cables and reduces its footprint on work space.

Experience all three monitors at Samsung’s CES booth #15006 at the Las Vegas Convention Center from January 8-11, 2019.

AirAsia Tawar 1.9 Juta Tempat Duduk Promosi Sambut Tahun Baru 2019

AirAsia menyambut kedatangan 2019 dengan 1.9 juta tempat duduk promosi tersedia untuk ditempah!

TAMBANG promosi termasuk semua untuk ahli bermula dari serendah RM19* untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Johor, Kuantan dan Labuan, Kota Kinabalu ke Bintulu dan Sibu, Kuching ke Bintulu dan Miri, Pulau Pinang ke Langkawi; RM49* dari Kuala Lumpur ke Silangit – Danau Toba, Phuket dan Krabi; RM69* dari Kuala Lumpur ke Padang dan Bandar Ho Chi Minh.

Penerbangan AirAsia X dari Kuala Lumpur ke Tianjin, Melbourne, Jeju, Amritsar dan Osaka juga tersedia dengan tambang termasuk semua untuk ahli bermula dari RM319*, atau terbang dengan lebih selesa dengan tempat duduk Premium Flatbed yang telah memenangi pelbagai anugerah dari Kuala Lumpur ke Bali, Taipei, Amritsar dan Jaipur dari hanya RM599*.

Tempah sekarang di airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia dari 7 Januari (0001h GMT+8) sehingga 20 Januari 2019 (2400h GMT+8) untuk perjalanan segera hingga 31 Julai 2019.

Ahli AirAsia BIG boleh menebus tempat duduk promosi bermula dari serendah 920 mata ganjaran BIG di airasiabig.com atau applikasi BIG Loyalty.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Penerbangan) AirAsia Bo Lingam berkata, “Kami amat teruja memulakan tahun 2019 dengan tawaran yang menakjubkan ini dan kami berharap para tetamu kami turut teruja.

“Tiada siapa yang tahu apa yang akan terjadi pada tahun ini, tetapi kami berharap dengan promosi tambang ini kami memberikan anda ketenangan fikiran kerana anda telah memperoleh tawaran terbaik untuk percutian yang akan datang,” katanya.

Tetamu juga boleh menempah edisi terhad hidangan dalam pesawat Santan Combo Meal** yang termasuk hidangan ayam teriyaki dengan nasi, salad kentang dan snek manisan dengan hanya pada RM13 (kod penerbangan AK) atau RM23 (kod penerbangan D7) semasa menempah penerbangan mereka.

*Tambang sehala sehala termasuk cukai dan bayaran untuk ahli AirAsia BIG sahaja. Tertakluk kepada terma dan syarat.

** Promosi Santan Combo Meal tertakluk semasa tempahan penerbangan pada mula sahaja. Penjimatan dan pemilihan hidangan adalah tertakluk kepada kod penerbangan.

Beli Kereta Nissan Dan Menang Rumah

Sempena menyambut ketibaan tahun baru, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd. (ETCM) memberi peluang kepada pelanggan Nissan untuk memiliki sebuah kondominium 2+1 bilik baharu dengan dua tempat letak kereta dalam peraduan ‘Beli Kereta Menang Rumah’*.

PERADUAN ini merupakan satu kolaborasi unik di antara ETCM dan JKG Land Berhad, di mana pelanggan Nissan berpeluang memenangi sebuah kondominium bernilai RM665,000* di The ERA, Duta North Kuala Lumpur, bagi sesiapa yang membeli dan mendaftarkan sebuah kenderaan Nissan mulai 1 Disember 2018 hingga 31 Disember 2019.

Bagi menambah keterujaan Tahun Baharu, ETCM juga menawarkan rebat menarik sehingga RM12,000* untuk model-model terpilih Nissan.

Bagi meraikan Tahun Baru Cina, ETCM juga menambah warna merah (Imperial Red) baharu dalam model popular Nissan Serena 2.0L S-Hybrid Premium Highway Star, ia hadir dengan tema dua tona bersama reka bentuk bumbung terapung, spoiler belakang dan cermin sisi berwarna hitam.

Serena 2.0L S-Hybrid menawarkan penjimatan bahan api yang terbaik dalam kelasnya iaitu 14.2 km/L (NEDC R101). Ia juga hadir bersama pelbagai ciri inovatif seperti Pintu Gelongsor Kembar Berkuasa Dengan Pengesan Kaki (Hands-Free Dual Power Sliding Door), Pintu Belakang Dwi-Bukaan (Dual Back Door), 7 Saluran USB, Intelligent Around View Monitor (I-AVM) bersama Intelligent Moving Object Detection (I-MOD) dan ketersambungan telefon pintar melalui Apple CarPlay™.

Bukan itu sahaja, ETCM sekali lagi memperkenalkan Nissan X-Trail X-Tremer dalam warna merah (Passion Red), serta dua pilihan warna tambahan iaitu putih (Brilliant White) baharu dan perak (Tungsten Silver) baharu bersama komponen-komponen yang digelapkan termasuklah bumbung dengan siluet hitam, rel bumbung, spoiler belakang, cermin sisi dan rim aloi lima jejari bersaiz 17” hitam berkilat.

X-Trail X-Tremer juga dilengkapi dengan kemasan X-Face pada bahagian hadapan, pelindung bampar belakang krom dan tempat duduk kulit Nappa mewah berwarna hitam.

Nissan Serena 2.0L S-Hybrid berwarna Imperial Red baharu dan X-Trail X-Tremer akan membuat penampilan di Karnival Pandu Uji Nissan 2019 pada dua hujung minggu dari 5 hingga 6 Januari dan 11 hingga 13 Januari masing-masing yang diadakan di bilik pameran ETCM terpilih, bermula pada jam 10 pagi hingga 8 malam.

Orang ramai dijemput untuk mengunjungi karnival untuk menikmati tawaran hebat dan pelbagai aktiviti-aktiviti Tahun Baru Cina yang menarik.

‘Michael 50’, Schumacher Exhibition Opens At Ferrari Museum

Fans and representatives of Scuderia Ferrari Clubs from all over Europe are flocking to the Ferrari Museum for the opening of the ‘Michael 50’ exhibition on the occasion of the champion’s 50th birthday.

MARANELLO has put together a special exhibition telling the story of Michael Schumacher’s extraordinary record-breaking F1 career: the German champion won an as yet unequalled seven world titles, 91 victories, and 155 podiums.

The Hall of Victories displays some of the most important Ferrari single-seaters driven in his eleven years with the Scuderia.

They range from the F310 of 1996, with which Schumacher won three GPs in his first season with the Prancing Horse, to the F399, the car that won the Constructors’ title in 1999 to set Formula 1’s oldest team off on an exceptional run of victories.

There is also the F1-2000 of the legendary ‘Alba Rossa’ (‘Red Dawn’), when at Suzuka Michael secured Ferrari its first the world title since Jody Scheckter 21 years before.

Then of course there are the record-breaking F2002 and F2004, and the 248 F1 of 2006, in which he triumphed at the Chinese GP for his 72nd and final victory with Ferrari.

Fans will also be introduced to a lesser-known side of Schumacher, that of developer. Indeed, after leaving Formula 1, the German driver remained at Ferrari not only to help the Scuderia but also to contribute to the development of various road cars, such as the 430 Scuderia in 2007 and the Ferrari California in 2008.

The exhibition will run alongside ‘Driven by Enzo’ and ‘Passion and Legend’, which are already open at the Maranello Museum. ‘Michael 50’ has been organised in partnership with the Keep Fighting Foundation.

Penduduk Kampung Onoh, Kemboja Bina Perigi Untuk Air Bersih

Sempena Tahun Baru 2019 ini, NGO Antarabangsa melakukan kerja pecah tanah bagi membina telaga atau perigi untuk kegunaan penduduk kampung yang daif dan miskin bagi mendapatkan bekalan air bersih.

PENGERUSI dan Ketua NGO Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican berkata, penduduk itu yang kebanyakan petani bekerja mengambil upah menoreh getah, menanam gajus dan ubi.

Mustapha memegang bendera Malaysia di atas tapak pembinaan telaga bersama Razak Mat wakil penduduk Kg Onoh

Kampung itu juga terletak jauh di pedalaman dan terpencil malah tiada kemudahan bekalan elektrik dan jalan masuk yang sempurna tetapi keazaman serta tekad yang kuat membuatkan NGO Antarabangsa ke kampung berkenaan bagi membantu 30 keluarga Islam dan 10 keluarga bukan Islam.

“Kehadiran NGO Antarabangsa ini adalah bagi menyampaikan sedikit keperluan ssas seperti beras dan membina telaga kerana kebanyakan penduduk di sini bergantung kepada air sungai serta air hujan bagi keperluan harian termasuk dijadikan minuman seharian tanpa dimasak terlebih dahulu.

“Atas sebab prihatin akan nasib penduduk ini, kami sanggup menderma dua buah perigi dengan kos US$500 sebuah. Telaga ini dibina kerana kawasan ini sukar untuk dimasuki oleh kenderaan disebabkan jalan raya yang sempit dan berlubang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis pecah tanah bagi membina dua buah telaga di Kg Onoh, Kemboja. Turut hadir NGO tempatan dan lebih 100 penduduk tempatan.

Mustapha berkata, harga biasa bagi sebuah telaga atau perigi adalah sekitar US$350 atau US$400 bergantung kepada kawasan seperti pembinaan telaga di kawasan pergunungan lebih mahal sehingga US$1,000 sebuah.

Menurutnya, sejak projek telaga dimulakan pada 1999 dan sehingga kini sebanyak 3,500 buah telaga dibina dibeberapa kawasan dan daerah di sekitar Kemboja.

Contoh perigi yang bakal dibina kerana jalan ke kawasan pedalaman adalah sukar dan kemudahan untuk membawa peralatan perigi menjadi faktor utama perigi terbuka perlu dibuat.

“Ada telaga yang dibina secara terbuka dan telaga yang menggunakan pam namun bagi kebiasaannya di kawasan pedalaman, telaga yang terbuka lebih baik dan tahan lama.

“Kualiti air pun baik dan banyak manakala telaga pakai pam ini sesuai di kawasan yang padat penduduk dimana ruang tanah yang sempit manakala tanah berbatu sukar untuk mengoreknya.

“Apa yang penting telaga ini dapat membekalkan air yang bersih kepada penduduk kerana ketika saya datang ke Kemboja, masalah utama penduduk adalah bagi mendapatkan air bersih,” katanya.

Mustapha mencangkul tanah sebagai simbolik majlis pecah tanah pembinaan perigi di Kg Onoh

Beliau berkata, ramai kanak-kanak menghidap penyakit kerana meminum air yang tidak bersih manakala air telaga dijual oleh pemilik dengan harga tertentu untuk satu baldi menyebabkan golongan miskin tidak mampu memiliki air bersih untuk diminum melainkan air sungai dan air hujan sahaja.

“Saya berharap gunakanlah telaga ini dengan sebaik mungkin dan jaga keselamatan anak- anak dari terjatuh. Kewujudan perigi ini juga boleh memupuk perpaduan sesama penduduk dan digunakan untuk tujuan bercucuk tanam yang akan memberi hasil tambahan kepada penduduk.

“Hasil jualan ini boleh digunakan untuk membeli generator atau lampu yang menggunakan bateri bagi kampung yang tiada bekalan elektrik,” katanya.

Majlis doa selamat dan solat hajat selepas Asar diadakan bersama 40 anak-anak yatim piatu di Kg Islam, Kemboja

Mustapha juga menyeru sukarelawan agar turun ke kampung membantu mengajar kanak-kanak yang tidak bersekolah pendidikan formal termasuk ilmu agama atau mengaji al-Quran supaya mereka tidak buta huruf jika berhijrah ke bandar satu hari nanti.

Usher In Chinese New Year With Samsung

Here comes the moment to celebrate this Chinese New Year with full of happiness, by bringing home Samsung TVs and digital appliances to your loved ones, designed to fit all their festive needs!

THROUGH its Auspicious Treats campaign starting from 1st January until 28th February 2019, Samsung Malaysia Electronics expresses its utmost appreciation for its customers’ loyalty, putting together a special festive deal with instant rewards and fabulous free gifts worth up to RM 2,599!

Wait no more and head over now to any Samsung authorised outlet to enjoy these irresistible festive deals this Chinese New Year! For more information about the Samsung Auspicious Treats campaign, please visit: https://www.samsung.com/my/cny2019

Over 1,000 Units Of Huawei Matebook Series Sold Within Two Months

Huawei announces that the award-winning notebook, the Huawei Matebook series has exceeded 1,000 units sold in the last two months.

LAUNCHED in February 2018, Malaysia is proud to be the most successful country that had
launched the HUAWEI MateBook X Pro, achieving all-time best sales record to-date, thanks to its world’s first FullView touch-able display, quad-speakers system and recessed camera.

In addition, the HUAWEI MateBook X Pro is already available in 60 countries all over the globe, covering the areas of Europe, North and South America, Pacific Ocean and Africa.

As of now, this world’s first FullView display notebook has already earned a significant number of recognitions and awards from industry players, leaders and prominent magazines.

‘We are thrilled to hear that the HUAWEI MateBook Series is well-received in Malaysia.
Launched along with the HUAWEI Mate 20 Series and Watch GT, the introduction of Huawei
notebooks is part of our efforts to extending portfolio, helping more business elites to revolve their daily issues when it comes to communication and business preparations, as well as leading a healthy lifestyle,’ said Matthew Ng, Deputy Country Director, Huawei Consumer Business Group.

The HUAWEI MateBook X Pro was named the ‘Best of MWC 2018’ by PCMag for its world’s
first FullView touch-able screen display and super-slim design with a recessed camera that can protect users’ privacy from leaking via the camera lens.

It provides users a theatre-like experience yet still relatively affordable – making every price point possible with HUAWEI.

Other than PCMag, the HUAWEI MateBook X Pro has accumulative earned over 35 recognitions from noteworthy media across the globe.

Pricing and availability

The HUAWEI MateBook D, HUAWEI MateBook X Pro i5 processor, and HUAWEI MateBook X
Pro i7 processor are retailing at the price of RM2,999, RM4,999 and RM6,999 respectively, and can be purchased at all Huawei Experience Stores as well as SenQ Online Store.

Post Menarik