Utama Blog Halaman 786

Yayasan Peneraju Rai 210 Pelajar Tajaan Anugerah TRuST ’20

PNGK 3.0 ke atas – lonjakan dari 87.4% pada tahun 2018 kepada 90.9% pada tahun 2019.

Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) bersama rakan kerjasama Metropolitan Corridor hari ini meraikan kejayaan 210 pelajar tajaan Yayasan Peneraju pada majlis penyampaian anugerah Rising Star Award 2020 (TRuST ’20).

Ain Najwa Arbain (left) the most outstanding achivement award

Para pelajar tajaan itu menamatkan pengajian dari pelbagai institusi pengajian tinggi di
bawah program Peneraju Tunas Potensi.

Kejayaan yang diraih mereka hari ini merupakan manisfestasi kepada kecekalan dan
kesungguhan mereka dalam mendepani rintangan dan cabaran demi mencipta masa depan
cerah.

Sejak penubuhannya pada tahun 2012, Yayasan Peneraju yang berada di bawah bidang
kuasa Kementerian Hal Ehwal Ekonomi telah mendaftar seramai 2100 pelajar untuk
mengikuti program Peneraju Tunas Potensi, di mana seramai 599 pelajar telah menamatkan pengajian dan mendapat pekerjaan dengan syarikat dan organisasi yang disegani di seluruh negara.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju Mohd Ariff Ithnin berkata, secara
keseluruhannya pelajar tajaan Yayasan Peneraju sentiasa menunjukkan pencapaian
membanggakan saban tahun.

“Setakat ini, daripada 599 pelajar, 40% merupakan penerima anugerah dekan dan 90.9%
mendapat PNGK 3.00 dan ke atas. Mengukur pencapaian mereka berdasarkan PNGK 3.0
ke atas, kita melihat lonjakan dari 87.4% pada tahun 2018 kepada 90.9% pada 2019.

Yayasan Peneraju Acting CEO Mohd Ariff Ithnin

Sebagai organisasi yang meletakkan penambahbaikan berterusan sebagai salah satu
penekanan utama, kami berharap untuk terus meningkatkan tahap sedia ada dan
menggandakan usaha untuk menghasilkan lebih ramai tenaga kerja yang berdaya saing
untuk memenuhi keperluan negara,” katanya.

Yayasan Peneraju sentiasa memberi penekanan kepada usaha terbaik dalam persekitaran
yang sangat kompetitif dan mencabar ini.

“Kepada belia harapan negara, sambil kami meraikan kejayaan anda, ingatlah bahawa
perjalanan anda masih jauh. Anda perlu terus mengharungi rintangan dan cabaran di
hadapan dan merubahnya menjadi peluang untuk mencipta kejayaan.

Dalam dunia yang sentiasa berubah, bakat muda seperti anda memerlukan gabungan
kemahiran yang tepat untuk berkembang maju dalam kehidupan. Walaupun kelayakan
akademik masih penting, anda masih perlu mengembangkan kemahiran dengan
menerapkan pengetahuan dengan cara yang memenuhi permintaan baharu landskap sosial
dan ekonomi yang berubah-ubah,” katanya lagi.

Oleh itu, Program Pemupukan dan Pembangunan (NDP) sentiasa menjadi sebahagian daripada pembelajaran berterusan Yayasan Peneraju untuk menghasilkan pelajar yang
berkebolehan, mengimbangi tiga aspek iaitu Minda (Pengetahuan), Tangan (Kemahiran)
dan Jantung (Kebijaksanaan). Kemahiran seperti komunikasi, kerja berpasukan, pemikiran
kritikal, dan fleksibiliti sentiasa penting dalam pekerjaan dan kehidupan.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Metropolitan Corridor Sdn Bhd, Sandra Ong, TruST’20
bertujuan bukan sahaja untuk meraikan pencapaian akademik pelajar tajaan Yayasan
Peneraju, tetapi juga untuk memberi inspirasi kepada para pelajar lain untuk cemerlang
dalam kerjaya masing-masing.

Beliau berharap semua graduan ini akan menjalani hidup mereka dengan baik ke arah masa depan yang cerah dan memberi kesan positif kepada masyarakat.

Anugerah pencapaian cemerlang tahun ini jatuh kepada Ain Najwa Arbain yang menerima ANUGERAH GRIT atas keberanian, semangat, tekad yang kuat dan kekuatan karakter.

Beliau menerima anugerah pencapaian akademik yang konsisten di bawah kategori teknologi serta anugerah kecemerlangan pelajar. Beliau menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang pengajiannya di bawah program Peneraju Tunas Potensi.

Ain Najwa meraih pelbagai kejayaan meskipun sedang berdepan cabaran peribadi. Ain
Najwa membuktikan bahawa cabaran hidup bukan halangan untuk berjaya. Beliau dibesarkan oleh seorang ibu tunggal dengan tiga adik-beradik lain dan hidup dalam serba
kekurangan disebabkan kekangan kewangan.

Tetapi beliau tekad dan lulus dengan PNGK 3.94 dalam Sarjana Muda Sains Komputer (kepujian kelas pertama) pengkhususan dalam Data Analytics. Beliau juga memenangi Anugerah Pelajar Terbaik dari Universiti Asia Pasifik dan kini bekerja sebagai Penganalisis Data di AirAsia Sdn Bhd.

Mohd Ariff juga menggesa para graduan untuk terus memperbaiki diri dan mengubah diri
menjadi pemimpin yang memberi inspirasi kepada orang lain dan mencapai kegemilangan.

Tema tahun ini Menginspirasi Kecemerlangan menekankan kepada ketabahan dan
kesungguhan para pelajar untuk bangkit dari kesukaran dan menjadi seorang graduan
cemerlang hari ini.

Ada yang mereka berasal dari latar belakang yang kurang bernasib baik dan mempunyai impian untuk berjaya dalam kehidupan dengan kekuatan pendidikan. Dan Yayasan Peneraju merubah impian mereka menjadi realiti.

Setakat ini, Yayasan Peneraju telah membangunkan seramai 29,500 bakat Bumiputera sejak penubuhannya pada tahun 2012 di bawah tiga program teras: Peneraju Tunas,
Peneraju Skil dan Peneraju Profesional.

HUAWEI Mate30 Pro 5G Is Now Available With Attractive Major Telco Packages

The time has arrived as the HUAWEI Mate30 Pro 5G is available nationwide starting today. The iconic smartphone retails at RM4,199 and you can experience it first through major mobile operators packages or at HUAWEI Experience Stores.

The uniqueness of HUAWEI Mate30 Pro 5G lies within the software which is powered by the Kirin 990 5G SoC that can support 2G, 3G, 4G and 5G full net communication, 5G non-standalone network (NSA) and standalone network (SA).

The flagship smartphone also supports (5G+4G) dual SIM where both SIMs can be switched with an ease, covering a wide range of 5G frequency bands that are available for future use.

With an iconic design, powerful 40MP dual main camera, a large long-lasting battery and solid security features, the HUAWEI Mate30 Pro 5G is the most powerful 5G smartphone in the market that is now made available nationwide.

HUAWEI Mate30 Pro 5G Mobile Operator Packages

Get the amazing HUAWEI Mate30 Pro 5G ahead of everyone else through major mobile operators from Celcom, Digi, Maxis and UMobile. Check out these telco plans below that best suits you:

Celcom

Grab yours from RM 99 per month* with Celcom EasyPhone
Celcom EasyPhone allows you the flexibility to choose the best option that suits your need. Own it or rent it, the choice is yours.
*terms and condition applied

Digi

Grab yours from RM 68 per month* with Digi PhoneFreedom 365
Digi PhoneFreedom 365 is a new device programme that offers you an easier way to enjoy the latest flagship phones. It is a device programme that comes with (A) a Digi Postpaid™ Rate Plan (“Mobile Service Plan”) and (B) a 24-month Device Instalment plan.
*terms and condition applied

Maxis

Grab yours from RM 99 per month* with Zerolution
Maxis Zerolution is a smart device ownership program that allows you to purchase a device with RM0 upfront payment and pay it over 24 months at 0% interest.
*terms and condition applied

Umobile

Grab yours from RM 1,599* with Umobile
Check out the range of available plans here: https://www.u.com.my/
*terms and condition applied

HUAWEI Experience Stores

Consumers who want to buy the HUAWEI Mate30 Pro 5G outright can also purchase the iconic smartphone at RM4,199 at HUAWEI Experience Stores nationwide starting 7 February 2020.

In addition to owning the iconic smartphone ahead of everyone else, you can also enjoy exclusive gifts worth RM537 which includes HUAWEI Wireless In-car SuperCharge charger and HUAWEI care that provides 1-year extended warranty for users.

Reason to Own the HUAWEI Mate30 Pro 5G

1. HUAWEI Mate30 Pro 5G is your gateway to unlocking a global 5G experience
47 countries in the world have commercialised 5G and support 5G networks with many of them provided by HUAWEI themselves including China, the UK, Germany, Italy and Dubai.
This means that when you use the HUAWEI Mate30 Pro 5G, you can enjoy a more stable 5G network connection. Faster and more stable, what’s not to love?

2. HUAWEI is an end-to-end 5G supplier from smartphones to the core network technologies
HUAWEI provides 5G technology from end-to-end solutions from the 5G base stations, to the various services that power it all the way down to the Huawei Mate30 Pro 5G.

3. HUAWEI Mate30 Pro 5G is the first SIRIM-certified 5G phone in Malaysia
HUAWEI is taking the lead, standing at the pinnacle of the advent of 5G with the introduction of the 5G smartphone. Worthy mention is that the HUAWEI Mate30 Pro 5G is the first 5G SIRIM certified smartphone that is able to use all 5G bands globally, so you can own, and it use it anywhere in the world.

4. Powered by the powerful Kirin 990 5G SoC chipset
Powering the HUAWEI Mate30 Pro 5G is the Kirin 990 5G SoC chipset, the world’s first flagship-class processor with an integrated 5G baseband capable of supporting both SA and NSA 5G networks that ensures stability of 5G transmission and low power consumption.

5. The HUAWEI Mate30 Pro 5G integrates full multi-directional 5G antenna
As compared to other competing 5G smartphones, HUAWEI’S Mate30 Pro 5G is rated to offer 50% faster connectivity times while consuming less power on top of having a more stable signal connection. This is because the phone integrates a whopping 21 antennas into its chassis, 14 of which are 5G antennas.

6. The HUAWEI Mate30 Pro 5G occupied the top spot of DxOMark with four Leica cameras.
The camera mounted on the HUAWEI Mate30 Pro 5G is one of the best which scores a top point of 123 from industry authority DxOMark.
Equipped with Super Sensing CineCamera quad camera array which uses Leica lens and consists of a 40-MP F/1.6 camera, an ultra-wide 40-MP camera, an 8-MP camera with 3x optical zoom and a depth sensor along with the potent AI in the Kirin 990 5G SoC processor to produce better videos and stills.

7. Premium sleek design and powerful performance all wrapped into one beautiful smartphone.
HUAWEI Mate30 Pro 5G has the same ultra-curved screen extends the horizon for an ultimate immersive viewing experience. The encircled glass with 88-degree ultra-curves, gives you a natural touch and hold in the palm of your hand.
But the magic of it all is the back. Unlike the usual glass back, the HUAWEI Mate30 Pro 5G sports the Vegan Orange Leather. The leather back is practical scratch-resistant and easy to clean.

HUAWEI Rethinks Smartphone With HUAWEI Mate 30 Pro 5G; Retailing At RM4,199

HUAWEI recently unveiled its ground-breaking HUAWEI Mate 30 Pro 5G smartphone in Langkawi at the testbed site for 5G demonstration project.

Setting new standards in every area from aesthetic design to hardware engineering and software innovation, the HUAWEI Mate 30 Pro 5G is Malaysia’s first certified SIRIM 5G smartphone and the pinnacle of mobile technology development.

HUAWEI Mate 30 Pro 5G retailing at RM4,199, will be made available nationwide via HUAWEI Experience Stores and mobile operators starting 7 February 2020.

To be amongst the first to own the device in Malaysia, consumers can purchase the HUAWEI Mate 30 Pro 5G through Maxis, Celcom and UMobile from 7 February 2020 while the HUAWEI Mate 30 Pro 5G will be made available soon at Digi.

Purchase the HUAWEI Mate 30 Pro and enjoy exclusive gifts worth RM537, including HUAWEI Wireless In-car SuperCharge charger and HUAWEI care that provides 1-year extended warranty for users.

The HUAWEI Mate 30 Pro 5G is the ultimate expression of what is possible and to rethink smartphone technology in advent of the 5G era. It is the perfect example of how aesthetic design fuses with technology. Its powerful chipset, the Kirin 990 5G SoC – the first to integrate processing units and a 5G modem on the same chip using the 7nm+EUV process – affords unrivalled level of performance and efficiency.

Boasting powerful 5G capabilities, the HUAWEI Mate 30 Pro 5G is equipped with 21 antennas in which 14 5G antennas are included to achieve industry leading performance, ensuring high-speed and stable 5G signal connection.

Powered by Kirin 990 5G SoC that can support 2G, 3G, 4G and 5G full net communication, 5G non-standalone network (NSA) and standalone network (SA), the flagship also supports (5G+4G) dual SIM. Both SIMs can be switched at ease, covering a wide range of 5G frequency bands that are available for future use.

Renault Lancar E-Store, Tawar Pembelian Dan Melanggan Kereta Secara Digital

Promosi ‘Beli Satu, Percuma Satu’ menawarkan langganan Captur secara percuma untuk mana-mana pembelian sebuah Renault baharu menerusi www.renault.com.my

TC Euro Cars (TCEC), pemegang francais tunggal kenderaan Renault di Malaysia melancarkan Renault E-Store baharu dengan ciri ‘Buy a Renault’ dan ‘Subscribe’ pada laman web Renault Malaysia.

Langkah ke arah e- dagang itu merupakan yang pertama dalam industri automotif. Selain tidak perlu pergi ke bilik pameran dan memandu uji kenderaan Renault selama tiga
jam yang ditawarkan menerusi GoCar, pelanggan kini boleh memiliki kemudahan untuk
membeli atau melanggan sebuah Renault secara digital yang revolusionari.

Membeli atau melanggan kereta boleh menjadi satu proses yang memakan masa dan memenatkan. Pertama di Malaysia, Renault E-Store membuatkan seluruh proses pembelian lebih mudah dengan pengalaman digital sepenuhnya.

Daripada mendapatkan sesi pandu uji hinggalah penyerahan kereta Renault, pelanggan boleh memulakan perjalanan pemilikan mereka secara dalam talian dari rumah dan pada bila-bila masa sahaja.

Bagi meraikan pelancaran Renault E-Store, TCEC turut melanjutkan tawaran ‘Beli Satu, Percuma Satu’ untuk 50 pelanggan pertama yang membeli secara dalam talian.

Special Edition Renault CAPTUR+

Semua pelanggan ini akan menerima langganan selama enam bulan crossover gaya hidup Captur yang versatil secara percuma. Langganan itu boleh dipindahkan kepada ahli keluarga.

Apa lagi hadiah lebih baik untuk yang tersayang daripada menikmati pemanduan mengujakan dengan crossover terlaris di Eropah dalam segmennya sepanjang tempoh
berkenaan?

“Kami berbangga untuk menjadi jenama automotif pertama yang terlibat dalam e-dagang.
Menerusi Renault E-Store dan lebih banyak tawaran baru pada masa akan datang, kami
menjadi perintis dalam pendigitalan pengalaman pelanggan.

“Pada masa yang sama mengubah industri ini,” kata Pengerusi TC Euro Cars, Nicholas Tan.

Membeli sebuah Renault – bagaimana ia berfungsi

Terbuka kepada semua model Renault di Malaysia, tawaran ‘Beli sebuah Renault’ menawarkan pelbagai ciri mudah sepanjang proses membeli sebuah kenderaan baharu.

Dengan hanya melayari laman web Renault Malaysia (www.renault.com.my), pelanggan
boleh melengkapkan penyelesaian yang menyeluruh ini:

  • Pilih model dan warna yang mereka mahukan
  • Buat bayaran tempahan
  • Hantar dokumen-dokumen berkaitan
  • Hantar perincian penilaian trade-in
  • Sediakan pinjaman bank yang dimahukan
  • Periksa status kenderaan baharu mereka
  • Nyatakan lokasi penyerahan sama ada di bilik pameran Renault atau dihantar ke
    lokasi pilihan (tambahan kos)

Bagi memastikan kemudahan yang optimum kepada pelanggan, agen-agen Renault yang
komited akan membantu pelanggan melalui setiap proses pembelian.

Langgan sebuah Renault – kini digital sepenuhnya

Dilancarkan pada Ogos 2019, Renault telah membawa Renault Subscription selangkah ke
hadapan bagi membolehkan pelanggan melengkapkan transaksi mereka secara dalam
talian.

Pelanggan hanya perlu melayari laman web Renault Malaysia. Di sana mereka
boleh:

  • Memilih kenderaan yang ingin dilanggan
  • Memuat naik dokumen-dokumen sokongan
  • Melihat status permohonan
  • Membuat bayaran dan deposit sekuriti
  • Menguruskan bayaran bulanan langganan mereka

Pelanggan boleh memandu pulang kereta Renault serba baharu mereka dalam tempoh 14
hari dari tarikh pembayaran (bergantung kepada model).

Sebagai tambahan, pelanggan yang memiliki Switch Plan boleh memohon dan menguruskan kenderaan Switch mereka secara dalam talian. Subscription Switch Plan
menawarkan fleksibiliti dan membolehkan pelanggan untuk bertukar di antara model-
model Renault bergantung kepada keperluan mereka.

Pandu uji tanpa perlu pergi ke bilik pameran

Pelanggan boleh memohon sesi pandu uji di mana-mana pameran Renault yang mereka
inginkan secara dalam talian melalui laman web Renault Malaysia.

Khas untuk model Captur, pelanggan boleh mendapatkan sesi pandu uji selama tiga jam
tanpa sebarang tekanan dan tidak ditemani oleh jurujual. Dijayakan dengan kerjasama di
antara TCEC dan GoCar, pengalaman pandu uji yang unik ini boleh didapati di lebih 250
lokasi di seluruh negara.

Renault E-Store dibangunkan untuk pelanggan masa kini dan menjadi bukti kepada
tawaran nilai ‘Kehidupan yang Mudah’ daripada Renault. Ia merupakan komitmen Renault
untuk memudahkan kehidupan pelanggan melalui rangkaian kenderaan kontemporari dan
aspek lain pemilikannya.

Renault E-Store merupakan sebahagian daripada proses transformasi Renault dengan
matlamat mejadikan sejumlah kecil bilik pameran Renault berfungsi sebagai galeri dan
pusat maklumat di mana pelanggan boleh mengetahui tentang produk syarikat,
menyelenggara kenderaan serta membeli barangan eksklusif Renault.

Rangkaian kenderaan moden Renault di Malaysia terdiri daripada sports hatch ikonik
berprestasi tinggi Megane R.S. 280 CUP, SUV premium Koleos dan crossover gaya hidup
yang versatil, Captur.

Maklumat lanjut mengenai Renault Online Store dan Renault di Malaysia, sila layari laman
web www.renault.com.my atau hubungi talian 1800-18-8663 (Isnin – Ahad, 8am – 8pm).

More Than 50 Percent Of Phase 1 Sime Darby Property XME Business Park Taken Up

Sime Darby Property Berhad has kickstarted the first project under the Malaysia Vision Valley 2.0 development with the groundbreaking of XME Business Park in Nilai Impian, Negeri Sembilan.

Set amidst a gated and guarded environment with ample green lungs and versatile designs, XME Business Park sprawls over 69.72 acres of prime, freehold land in the
mature and established township of Nilai Impian.

The business park will be the first Managed Industrial Park in Negeri Sembilan, with
a Gross Development Value of RM520mil. It is gated and guarded with 24-hour security, providing a secure environment to the user and a well-maintained common area.

The ceremony was officiated by Negeri Sembilan Menteri Besar Dato’ Seri Aminuddin Harun. State Speaker Dato’ Zulkefly Mohamad Omar, State Secretary Dato’ Dr Razali Ab Malik, and State Investment, Industry, Entrepreneurship, Education and Human Capital committee chairman Dato’ Dr Mohamad Rafie Ab Malek were also at the event.

Sime Darby Property Acting Group Chief Executive Officer Dato’ Wan Hashimi Albakri
said the XME Business Park is strategically located at the gateway of Negeri Sembilan
and Malaysia Vision Valley 2.0.

“The MVV development begins in earnest with the XME Business Park. We are confident of the park doing well due to its great location and the impending enhancements to the infrastructure with major projects such as the East Coast Railway Line,” he said.

The XME Business Park is a pioneer managed industrial development in MVV 2.0 and it will set the standard for industrial parks in Negeri Sembilan. Comprising of 149 units, the park will be developed over two phases.

Phase 1, launched in December 2019, consists of 75 units of semi-detached and detached types with built up ranging from 5,600 sq ft up to 29,000 sq ft to cater to the different needs of users with pricing from RM2.5mil to RM18.5mil. Phase 1 has a Gross Development Value of RM307mil and is targeted to complete by November 2021.

So far, half of the first phase has been taken up within a month of its soft launch with interest pouring in from different business industries from logistics and warehousing, food & beverage (central kitchens), engineering, food processing and packaging and metal fabrication.

The business park is also connected to major highways like the North-South Expressway, Elite Highway and LEKAS Highway, with easy access to KL up north, KLIA and Putrajaya to the east, Seremban, Johor, and Singapore down south.

It is also located in a prominent location with high visibility from the North South Expressway, which is one of the busiest highways in the country.

For details on Sime Darby Property XME Business Park, visit https://www.simedarbyproperty.com/nilai-impian/xme-business-park

Ducati Malaysia Launches Second Largest Ducati Showroom In Southeast Asia

The second largest Ducati showroom in Southeast Asia opened its doors to Ducatistis with a ribbon-cutting ceremony hosted by Next Bike Sdn Bhd, the official distributor for Ducati in Malaysia.

Housing one of the largest service areas for Ducati in Asia, the Ducati PJ Showroom has an inmpressive build-up of 16,339 square feet, while its service area spans 5,009 square feet. and is equipped with eight working bays, servicing up to 450 bikes per month.

With an investment of RM1.5 million, visitors are also promised a holistic premium purchase experience as the new showroom incorporates the latest Ducati signature brand Corporate Identity (CI) with several experiential sections including separate areas for Ducati Apparel Tech and Ducati Accessories, as well as a dedicated Scrambler Camp, complete with its own Apparel Tech and Accessories areas.

Patrons can choose from a wide range of ride protection gear such as helmets, jackets, boots and other official Ducati and Scrambler merchandises.

“The Ducati brand was made for those with a passion for speed, self-expression and love living life on the edge. As every Ducati model is designed to exude its own aura and
character, we want Ducatistis to be able to have a 360˚ holistic Ducati experience,” said Dato’ Nik Hamdam Nik Hassan, Deputy Group CEO, Automotive Group, Naza Corporation Holdings.

“Incorporated with the Ducati signature brand CI, we believe that the new Ducati PJ showroom will enhance the customers’ experience to interact with the latest products and technology, and at the same time elevate the Ducati brand image,” he added.

Placing high importance on its customers, the state-of-the-art facility has a dedicated service reception as well as a larger and more comfortable social area for patrons while waiting for the skilled technicians to work on their bikes.

The new Ducati PJ Showroom also showcases Ducati’s finest models including the Ducati Panigale V4 S, 916 Anniversario, Monster 821 and fan-favourites Hypermotard 950 and Diavel 1260 S, as well as popular Scrambler models Scrambler Café Racer and Icon.

Speaking about Next Bike’s future plans, Nik mentioned “Apart from the opening of the new Ducati PJ flagship showroom at a prominent location, there are expansion plans in the pipeline to elevate the Ducati brand nationwide.

“This also includes a new dealership in the Southern region by the second half of the year.”

MotoGP riders Andrea Dovizioso and Danilo Petrucci were also present at the event to join in the festivities after the 2020 MotoGP World Championship preliminary test, in preparation for the 2020 MotoGP World Championship season which will begin 8 th March 2020 in Qatar.

Relocated to the entrance of Naza Automall, the iconic red and white colours of the Ducati PJ Showroom is highly visible from the Federal Highway and is now open to visitors.

Pos Malaysia Lancar Koleksi Setem Seni Khat Malaysia Siri 2

Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan mengeluarkan koleksi setem terbaharu berjudul ‘Seni Khat Malaysia Siri 2’.

Para pengumpul dan peminat setem boleh mendapatkan koleksi setem ini mulai Khamis, 6 Februari 2020 di pejabat pos seluruh negara.

Kaligrafi merupakan seni visual lama dan saluran komunikasi tertua yang masih digunakan secara meluas di dunia pada hari ini. Malaysia, sebagai negara yang berbilang kaum dan budaya ini amat bertuah kerana dikurniakan pelbagai jenis kaligrafi moden dan klasik termasuk Jawi, Tamil dan Cina.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Syed Md Najib berkata, “Pos Malaysia berasa bangga mengeluarkan siri ke-2 koleksi setem Seni Khat Malaysia dengan tiga rekaan setem yang memaparkan ciri seni khat Jawi, Tamil dan Cina yang bertemakan Keamanan, Kemakmuran dan Kebahagiaan.

Ketiga-tiga reka bentuk ini dipersembahkan bersama bagi menonjolkan aspek-aspek berbilang budaya dan kaum yang dibanggakan rakyat Malaysia.”

Pos Malaysia akan menghasilkan sejumlah 800,000 keping setem dengan nilai 60sen, 80sen dan RM1.00 bagi koleksi ini.

Bersama-sama dengan isu ini, Pos Malaysia juga akan mengeluarkan Lembaran Mini
(MS) khas yang menampilkan gabungan ketiga-tiga kaligrafi tersebut. Hanya 30,000
salinan MS akan dihasilkan dan ia boleh didapati pada harga RM3.00 sehelai.

Bagi para pengumpul tegar, penerbitan ini dilengkapi dengan tanda pembatalan eksklusif dengan menggunakan alat kaligrafi reka bentuk yang melengkapkan nilai estetika koleksi yang dibeli.

Sebanyak 30,000 salinan Sampul Surat Hari Pertama (FDC) boleh didapati pada harga 50sen setiap satu manakala FDC bersama MS boleh didapati pada harga RM5.90 setiap satu.

Sebanyak, 1,800 folder juga dijual pada harga RM6.00 setiap satu. Set folder lengkap boleh dibeli pada harga RM39.40.

Setem dan produk filateli ini tersedia untuk pembelian di semua Pejabat Pos di seluruh negara, dan pembelian dalam talian di eziemall.com, di bawah pautan “Setem & Koleksi”.

Untuk pertanyaan lanjut mengenai setem dan produk filateli lain, Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia boleh dihubungi di 03-2267 2267 (sambungan 2000) atau melalui e-mel di [email protected].

BMW Group Malaysia Serah 11,567 Kenderaan Pada Tahun Lalu

Pengeluar kenderaan premium terus menerajui pasaran kenderaan elektrik di seluruh dunia
dan di Malaysia, justeru membuktikan komitmennya untuk membentuk industri automotif
tempatan.

BMW Group Malaysia berjaya menyerahkan 11,567 unit kenderaan BMW, MINI dan BMW Motorrad pada 2019, ia disumbangkan oleh pengenalan 32 model baharu daripada jenama BMW dan MINI – empat daripadanya ialah kenderaan elektrik.

Pengeluar kenderaan premium terus memperkukuhkan kedudukannya sebagai pembekal e-
mobiliti yang terkemuka di Malaysia, sebanyak 3,148 unit kenderaan elektrik BMW dan MINI telah diserahkan pada 2019.

Ia menyumbang kepada penyerahan yang berjumlah lebih daripada 17,000 kenderaan elektrik oleh BMW Group Malaysia sejak tahun 2015. Kejayaan ini bukan sahaja mengukuhkan penapakan mobiliti elektro di dalam negara, malah turut mencerminkan janji yang ditunaikan dalam skala global.

Sejumlah 145,815 unit kenderaan elektrik BMW dan MINI telah diserahkan di seluruh dunia pada 2019, ia menyumbang kepada setengah juta kenderaan elektrik yang berjaya diserahkan setakat ini.

Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, “Berlatarbelakangkan
cabaran yang wujud dalam sektor automotif pada tahun lalu, kami berbangga untuk melakar kejayaan ini dalam segmen kenderaan elektrik di Malaysia dan di seluruh dunia – yang menegaskan harapan kami untuk tahun ini.

“Kami komited untuk terus menerajui arena mobiliti elektro di Malaysia, khususnya menjelang pengumuman Polisi Automotif Nasional yang bakal melihat kenderaan elektrik memainkan peranan yang penting untuk mendorong sektor automotif ke aras yang lebih tinggi.”

Tahun 2019 juga menandakan tahun ketiga secara berturut-turut di mana BMW Group
Malaysia menyebarluaskan infrastruktur mobiliti elektro di dalam negara. Hanya dalam tempoh tiga tahun, pengeluar kenderaan premium ini telah merungkaikan lebih daripada 30 Fasiliti Pengecasan BMW i.

Jenama BMW juga telah menyaksikan 9,300 pemilik baharu di Malaysia pada tahun lalu. Ia
diterajui oleh penyerahan berjumlah 2,514 unit kenderaan BMW 3 Series, kira-kira 1,000 unit daripadanya ialah BMW 330e M Sport.

Satu lagi penyumbang utama kepada jumlah penyerahan yang dicatat oleh BMW ialah BMW 5 Series yang menyaksikan lebih daripada 2,000 pemilik baharu.

Famili BMW X berjaya mencatat jumlah penyerahan yang memberangsangkan sepanjang
tahun 2019, ia terdiri daripada 3,985 unit. BMW X3 merupakan model penyumbang yang
tertinggi dengan penyerahan berjumlah 1,354 unit, diikuti rapat oleh BMW X1 dengan penyerahan mencecah 1,331 unit pada tahun 2019.

Jentera elektrik BMW X5 xDrive40e turut menyumbang kepada penyerahan berjumlah 24% (975) dalam Famili BMW X, lantas menjadikannya model BMW X yang ketiga terlaris pada tahun 2019.

MINI telah menyerahkan 1,142 unit kenderaan pada tahun lalu, ia diterajui oleh MINI Countryman yang menyumbang kira-kira separuh daripada jumlah penyerahan yang dicatat (685 unit).

Sementara itu, BMW Motorrad berjaya menyerahkan 1,125 unit motosikal kepada
pemilik-pemilik baharu. Penyumbang utama kepada pertumbuhan jenama ini masih kekal
dalam segmen Pengembaraan (Adventure) yang menyaksikan 600 lebih pemilik baharu pada tahun 2019.

Secara global, BMW Group telah memecah rekod buat tahun yang kesembilan secara
berturut-turut setakat tahun 2019, dengan jumlah penyerahan mencecah 2,520,307 unit.

Jenama BMW telah merekodkan angka tertinggi pada tahun lalu, dengan penyerahan
berjumlah 2,168,516 unit di seluruh dunia.

Di persada antarabangsa, jenama MINI turut berjaya menyerahkan 346,639 unit kenderaan pada tahun lalu, sementara BMW Motorrad mencatat 175,162 unit motosikal yang diserahkan kepada pemilik baharu.

Tahun 2020 telah membuka tirai, dan BMW Group Malaysia akan terus menerajui Mobiliti
Bervisi ke hadapan; dengan komitmen yang jelas dan berterusan untuk memacu daya inovasi, keupayaan pemasangan di peringkat domestik, kesedaran terhadap teknologi yang baharu dan bersih bagi industri automotif, serta untuk mengubah infrastruktur kenderaan premium di Malaysia.

Pengeluar kenderaan premium berkenaan juga akan membawa Malaysia ke aras kecemerlangan kesukanan yang baharu menerusi “Story of Thrilling Sportiness” untuk
mencabar status quo dalam semua arena.

Manakala “Story of Independent Style” akan menjadi pendorong utama bagi jiwa keindividualan jenama BMW, mendefinisikan semula aspek kemewahan dengan estetika yang mencetus inspirasi dan inovasi perintis yang dapat memahat tanda aras baharu dalam segmen kenderaan mewah.

Volkswagen Kembali Sebagai Penaja Kenderaan Rasmi LTDL 2020

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengumumkan bahawa ia kembali menjadi rakan automotif rasmi bagi acara Le Tour de Langkawi (LTDL).

Tahun ini menjadi edisi ke-25 LTDL dan kali ketiga Volkswagen bertindak sebagai
Penaja Kenderaan Rasmi sejak tahun 2016.

Sebagai rakan automotif rasmi, VPCM menyediakan 120 unit Tiguan Highline yang akan digunakan sepanjang perlumbaan oleh pelumba, marshal keselamatan dan para pegawai.

Tiguan merupakan SUV Volkswagen yang paling berjaya. Ia dilihat telah mendefinisikan semula standard baharu dari segi reka bentuk, keselesaan dan fungsi.

Direka dengan sempurna bermula daripada milimeter pertama hinggalah yang terakhir, menawarkan ruang yang luas dan fleksibel – Tiguan nyata menarik minat pemandu dan mereka yang sudah berkeluarga sebagai sebuah kenderaan serba guna.

Sehingga kini, lima juta unit Tiguan telah terjual di seluruh dunia. Tiguan menggabungkan enjin turbo pancitan terus 1.4L TSI dengan kotak gear klac basah direct shift (DSG) untuk memberikan output luar biasa 150PS dan tork 250Nm di antara 1,500 hingga 3,500rpm.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata, pihaknya berbesar hati kerana sekali lagi dapat menjadi sebahagian daripada pertandingan lumba basikal paling terkenal di dunia.

“Kami gembira kepada dapat kembali menjadi sebahagian dari LTDL pada tahun ini ketika perlumbaan itu meraikan jubli peraknya. Kami yakin Tiguan cukup sesuai untuk memberi sokongan kepada pasukan operasi daripada segi keselamatan, ketahanan, pemanduan lincah dan laju.

“Bagi pihak Volkswagen, kami ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelumba yang akan bersaing dalam pertandingan tahun ini,” katanya.

Le Tour de Langkawi merupakan perlumbaan basikal pelbagai peringkat yang telah menerima banyak pengiktirafan. Ia kini dikenali sebagai antara acara penting dalam kalendar perlumbaan basikal yang sentiasa menarik penyertaan pelumba terbaik dunia.

Pencapaian Kukuh Proton Bagi Permulaan Tahun 2020

Kenaikan jualan sebanyak 20% menjadikannya pencapaian terbaik bagi Januari dalam tempoh empat tahun

PROTON membuka tirai tahun ini dengan jualan yang kukuh, meneruskan prestasi cemerlang yang dicatatkan pada 2019. Syarikat merekodkan sebanyak 8,506 pendaftaran baharu, iaitu kenaikan sebanyak 20.2% berbanding tempoh sama tahun lepas.

Jumlah ini juga menunjukkan pencapaian terbaik bagi bulan Januari dalam tempoh selama empat tahun. Pegangan pasaran turut memperlihatkan pertumbuhan di mana kedudukan syarikat kini meningkat sebanyak 4.9% kepada 19.5%, berbanding tempoh sama tahun lepas.

Meskipun tempoh operasi bulan Januari adalah singkat disebabkan sambutan tahun baharu cina, syarikat tetap catat jualan seperti yang dijangkakan dan terus berada di kedudukan kedua.

“Ini adalah satu permulaan yang baik bagi tahun ini selepas mencatat prestasi cemerlang pada tahun 2019. Kebiasaannya, Januari adalah bulan yang mencabar namun, kami masih berjaya menunjukkan prestasi terbaik berbanding tempoh empat tahun,” kata Ketua
Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong.

Proton X70 turut kekal sebagai pemimpin segmen apabila mencatat pendaftaran baharu sebanyak 1,367 unit.

Saga terus menjadi tulang belakang Syarikat dengan mencatat hampir separuh daripada jumlah jualan bulanan iaitu sebanyak 3,871 unit. Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan 72% berbanding tempoh sama tahun lepas.

Model Persona, Iriz dan Exora juga menunjukkan prestasi yang baik. Persona catat jualan sebanyak 2,109 unit iaitu dua kali ganda berbanding 2019. Jumlah ini mewakili peningkatan 84% berbanding tempoh sama.

Selain itu, jualan Iriz berkembang hampir lima kali ganda, dengan 785 unit diserahkan kepada pelanggan, iaitu peningkatan sebanyak 465%.

“Kini sudah jelas bahawa pelanggan kini lebih memilih nilai lebih baik yang ada pada barisan produk kami terutamanya Saga, Persona, Iriz dan Exora yang dilancarkan tahun lepas.

“Kami percaya bahawa penekanan kami pada teknologi, keselamatan dan kualiti menjadi pemacu pada kenaikan jualan Syarikat,” katanya.

Post Menarik