Utama Blog Halaman 69

Menangi Penerbangan, Penginapan Hotel Percuma, Hadiah Menarik Sepanjang Musim Cuti Sekolah Ini!

Cuti sekolah kali ini jadi lebih berbaloi! AirAsia rewards dan PETRONAS Mesra Rewards bergabung tenaga melancarkan kempen baharu yang menarik: Tukarkan Mata Ganjaran Anda kepada Keriangan Cuti Sekolah!, berlangsung dari sekarang hingga 31 Ogos 2025.

Sama ada anda merancang percutian bersama keluarga atau mahu memaksimumkan penggunaan mata ganjaran, kempen ini menawarkan peluang kepada ahli kedua-dua program untuk menikmati keistimewaan eksklusif, mata ganjaran bonus dan hadiah hebat.

Khas di AirAsia Xchange, ahli boleh menikmati ganjaran menarik dengan memautkan akaun PETRONAS Mesra Rewards mereka dan menukar mata ganjaran Mesra Rewards kepada AirAsia points (dan sebaliknya) serta-merta.

Ganjaran yang anda tidak boleh lepaskan:

  • 🔗Pautkan akaun Mesra Rewards anda dengan akaun ahli AirAsia buat kali pertama dan nikmati 100 mata AirAsia + 1,000 mata Mesra Rewards — secara percuma!

  • 🔄 Tukarkan mata ganjaran anda dan dapatkan sehingga 2X mata sepanjang tempoh kempen.

  • 🏆 Dua penukar tertinggi akan memenangi penerbangan dan penginapan hotel percuma untuk dua orang ke Kuching atau Kota Kinabalu, bernilai RM3,400.

  • 🎁 30 penukar bertuah yang layak akan masing-masing memenangi baucar tunai PETRONAS bernilai RM200.

Sepanjang tempoh kempen, ahli akan menikmati kadar penukaran yang dipertingkatkan. Dengan menukar 2,000 mata Mesra Rewards kepada mata AirAsia, ahli akan menerima 1,000 mata AirAsia, iaitu dua kali ganda daripada kadar biasa 500 mata AirAsia.

Begitu juga, penukaran 1,250 mata AirAsia kepada mata Mesra Rewards akan memberikan 1,000 mata Mesra Rewards, berbanding kadar biasa 600 mata Mesra Rewards.

Bersedia untuk menukar mata ganjaran anda kepada pelbagai keistimewaan! Hanya buka aplikasi AirAsia MOVE, pergi ke bahagian Points Exchange, dan pautkan akaun Mesra Rewards anda untuk menukar mata.

FlexWindow, Fresh Perspective – How the Galaxy Z Flip7 is Redefining Foldable Use and Everyday Productivity

The Samsung Galaxy Z Flip7’s FlexWindow isn’t just a design flourish—it’s a breakthrough in how we interact with our devices. With a larger 4.1” screen (up from 3.4”) and ultra-slim 1.25mm bezels, the FlexWindow transforms the folded state into a highly usable interface.

It’s no longer just a glance-and-go screen; it’s a true extension of your smartphone experience. In many ways, it feels like having two phones in one.

And it’s not just about looks—it’s about productivity.
With Galaxy AI and Gemini Live now available directly on the FlexWindow, the Z Flip7 becomes an on-demand pocket assistant that works even when the phone is folded. Need to send a message, check your schedule, or ask a quick question? Just tap, speak, or swipe—it’s all right there. No more unfolding your phone every time you need something small but important.

Gemini Live gives you conversational, real-time assistance for tasks, information, and planning. It helps you get things done faster, whether you’re setting reminders, dictating ideas, checking travel info, or managing your day on the fly. It’s like having a full AI-powered productivity suite, all on your cover screen.

Meanwhile, Galaxy AI’s Now Brief offers smart, timely updates at a glance—like weather, calendar events, and more—making it easier than ever to stay organized without interruption.

This kind of passive intelligence keeps you in control without demanding your attention. But it doesn’t stop there.

Thanks to Good Lock, you can even launch apps like messaging, email, social media, or productivity tools right from the FlexWindow. Need to quickly respond to a Slack message? Check a document? Start a timer? You can do all of that without ever opening the phone. In a pinch, the Flip7 is quicker and smarter than ever before.

Samsung is redefining what foldables can be. This isn’t just a new form factor—it’s a new workflow. The Z Flip7 makes staying productive feel natural, intuitive, and always within reach. The folded phone is no longer idle; it’s actively working for you.

Once, flip phones were all about compromise. Now, they’re about efficiency, customization, and intelligence on demand—all powered by the future-ready pairing of FlexWindow and Galaxy AI.

HONOR Perkenal Komputer Riba, Tablet Flagship Terbaharu di Malaysia Pada 20 Ogos

HONOR yang menjadi jenama tablet Android nombor satu di Malaysia selama 12 bulan berturut-turut, bakal meningkatkan prestasi pengguna menyiapkan kerja, mencipta karya dan bermain permainan dalam talian dengan perkenalan dua peranti baharu yang amat dinanti-nantikan iaitu HONOR MagicPad 3 dan HONOR MagicBook Art 14 2025 pada 20 Ogos ini.

Dikenali di peringkat global melalui rangkaian telefon pintarnya, HONOR terus memperluaskan jejak inovasinya melalui ekosistem peranti AI yang semakin berkembang dengan menyediakan peranti yang menghubungkan dan bersepadu lancar dalam kehidupan harian pengguna.

Sejak beberapa tahun lalu, rangkaian tablet HONOR telah mendapat pujian yang meluas dan keluaran flagship tahun ini membawa legasi itu ke tahap lebih tinggi.

HONOR MagicPad 3 – Tablet Flagship Terbaik Tahun Ini

Menjelang pelancaran, HONOR telah memuat naik gambar mengacah MagicPad 3 di media sosial memberikan gambaran reka bentuk yang rapi dan sekata. Ini mencetuskan keterujaan ramai yang menantikan tablet sesuai bagi hiburan, produktiviti, dan permainan dalam talian.

Bukan sekadar peranti mudah alih bagi menonton filem, HONOR MagicPad 3 adalah tablet serba lengkap yang boleh menggantikan komputer riba, berfungsi sebagai studio kreatif dan mengendalikan permainan berprestasi tinggi dengan mudah.

Tablet ini menawarkan Paparan Keselesaan Mata HONOR bersaiz 13.3 inci dengan resolusi 3.2K dan kadar segar semula 165Hz yang tertinggi dalam industri. Ciri-ciri tersebut memberikan visual yang tajam dan gerakan ultra lancar sesuai sama ada untuk suntingan video atau sesi permainan intensif.

Seterusnya, HONOR MagicPad 3 dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 8 Gen 3, menerima pensijilan IMAX Enhanced dan dilengkapi lapan pembesar suara sekeliling untuk pengalaman hiburan yang imersif.

Tablet ini didatangkan bersama papan kekunci pad sentuh Bluetooth pintar dan pensel pintar. Dua aksesori tersebut mengubah HONOR MagicPad 3 berfungsi seperti komputer riba untuk menyiapkan kerja. Dipadankan dengan paparan warna sebenar, tablet ini adalah alat sempurna untuk golongan kreatif melakar, menghasilkan karya, dan merealisasikan idea di mana sahaja mereka berada.

HONOR MagicBook Art 14 – Inovasi Bertemu Fesyen

Turut dilancarkan bersama tablet, HONOR MagicBook Art 14 2025 adalah pengganti kepada generasi terdahulu yang telah diiktiraf di peringkat global kerana memperkenalkan kamera magnetik pertama dalam industri, satu inovasi dalam perlindungan privasi pengguna.

Mengekalkan ciri ikonik dalam model 2025 tersebut, komputer riba ini didatangi pemproses yang dinaik taraf untuk prestasi lebih baik. HONOR MagicBook Art 14 2025 merupakan ‘aksesori’ fesyen yang harus dimiliki kerana tampil dengan warna baharu yang diinspirasi oleh ‘Color of the Year 2025’.

Butiran Penuh Diumumkan Pada 20 Ogos Ini

HONOR MagicPad 3 dan HONOR MagicBook Art 14 2025 bakal mendefinisikan semula produktiviti dan hiburan, digayakan dengan inovasi tersendiri HONOR. Nantikan spesifikasi penuh, harga dan ketersediaan yang akan diumumkan pada 20 Ogos 2025. Untuk maklumat lanjut, ikuti laman Facebook HONOR Malaysia rasmi atau kunjungi www.honor.com/my

No Lag, No Limits with Samsung OLED TV

As part of our Beyond Black campaign series, this is the second drop, diving into the NVIDIA G-Sync feature and why it’s a game-changer for gamers, sports fans, and action lovers alike.

By synchronizing the TV’s refresh rate with your GPU output, NVIDIA G-Sync delivers ultra-smooth, tear-free visuals — even in the most intense, fast-paced scenes. If you live for adrenaline, crave high-speed action, or can’t resist just one more game, then Samsung’s latest OLED TV is made for you!

Designed for those who play hard and watch harder, this is the entertainment machine that keeps up with your every move. With Motion Xcelerator 165Hz, you’re no longer just a spectator — you’re in the game.

This ultra-high refresh rate delivers buttery-smooth motion and razor-sharp clarity, even during the fastest on-screen sequences. Whether you’re racing through a high-speed track, battling it out in an open world, or catching every frame of a last-minute goal, you’ll experience zero lag, no blur, just seamless motion that never misses a beat.

And here’s something gamers will love: Samsung OLED also features NVIDIA G-Sync compatibility making it a top-tier choice for serious players. This ensures tear-free visuals, and silky-smooth frame rates.

For gamers, that means more wins. For sports lovers, it means never missing a crucial moment. And for action movie fans? Every explosion, chase, and fight scene will feel more real than ever before.

AirAsia X Kini Terbang Ke Istanbul

AirAsia X (AAX) terus terbang tinggi dengan pelancaran laluan baharu yang dinanti-nantikan ke Istanbul, Türkiye.

Perkhidmatan terus baharu antara Kuala Lumpur dan Istanbul ini akan bermula pada 14 November 2025 dengan empat penerbangan mingguan sekali gus menandakan satu lagi langkah penting dalam pengembangan rangkaian global AAX.

Pelancaran strategik ini menandakan kemasukan AAX ke Eropah yang telah lama dinantikan dan membuka pintu masuk penting untuk menghubungkan Asia Tenggara ke Eropah melalui salah satu destinasi yang kaya dengan sejarah dan keunikan dari segi geografi di dunia.

Terletak di antara dua benua yang dipisahkan oleh Selat Bosphorus, Istanbul menawarkan peluang unik kepada para pengembara untuk merasai pengalaman terbaik dari dua dunia berbeza.

Syarikat penerbangan ini akan beroperasi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gökçen (SAW) di Istanbul yang merupakan hab utama yang menawarkan sambungan ke lebih 117 destinasi antarabangsa dan 40 destinasi domestik.

Ini menawarkan lebih banyak pilihan perjalanan seterusnya kepada tetamu dari Asia Tenggara, di samping membolehkan para pengembara dari Istanbul dan destinasi lain menikmati akses mudah ke rangkaian 130 destinasi AirAsia dengan lebih nilai.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail berkata: “Istanbul merupakan destinasi impian bagi para ramai tetamu kami dan pelancaran ini menandakan satu lagi detik membanggakan dalam perjalanan kami untuk kembali terbang lebih tinggi.

Selepas kejayaan pengembangan terbaru ke Asia Tengah, laluan yang telah lama dinantikan ini membawa kami selangkah lebih dekat untuk menawarkan sambungan perjalanan yang lebih jauh merentasi benua. Sebagai satu-satunya bandar di dunia yang terletak di dua benua, Istanbul merealisasikan visi kami untuk menghubungkan Asia dan destinasi lain melalui perjalanan berpatutan jarak sederhana.

Ini adalah keputusan strategik yang memperkukuh rangkaian kami, menawarkan lebih banyak laluan untuk kerjasama perniagaan, serta memperluas akses kepada pengalaman baharu bagi para pengembara di seluruh dunia.

Laluan baharu ini juga membuka peluang kepada pakej Umrah Plus Istanbul ditawarkan oleh ikhlas.com yang merupakan anak syarikat gaya hidup Islamik di bawah Capital A, memberikan peluang kepada tetamu Muslim kami untuk menggabungkan perjalanan mereka dengan lawatan ke salah satu bandar paling ikonik di dunia.

Dari Istanbul, para tetamu kami boleh menikmati perjalanan dengan mudah ke pelbagai destinasi di seluruh Asia termasuk Indonesia, Australia, Singapura, China, Thailand dan banyak lagi melalui perkhidmatan Fly-Thru tanpa perlu mendaftar masuk bagasi semula. Para pengembara dari Eropah dan destinasi lain kini boleh menikmati keindahan Asia Tenggara dengan mudah melalui rangkaian luas kami.”

Duta Besar Republik Türkiye ke Malaysia, Emir Salim Yüksel berkata, laluan baharu antara Kuala Lumpur dan Istanbul ini merupakan satu langkah nyata dalam memperkukuh Perkongsian Strategik Komprehensif antara Malaysia dan Türkiye.

“Ia bukan sahaja akan meningkatkan aliran pelancongan, malah memperluaskan hubungan perniagaan, memupuk kerjasama industri, serta membuka laluan baharu dalam bidang pendidikan, inovasi dan hubungan rakyat. Dengan mempertingkatkan kesalinghubungan udara, kita membawa kedua-dua rantau ini lebih dekat dengan cara yang memberi manfaat kepada pengembara, komuniti dan ekonomi secara keseluruhannya,” katanya.

Samsung Expands Tizen OS Licensing Program with New Global Partners and Enhanced Offerings

Samsung Electronics today announced a significant expansion of Samsung Tizen OS Licensing Program, reinforcing its position as a leading provider of smart TV operating systems.

Tizen OS Continues To Grow As Reliable Smart TV Platform
Following the launch of Samsung Tizen OS 8.0, the licensing program now includes prominent original design manufacturers (ODMs). This marks an important milestone in the evolution of the Tizen ecosystem and demonstrates strong global demand for Samsung’s acclaimed smart TV platform.

In its licensing program, Samsung continues to build strategic partnerships with companies that prioritize high-quality products and reliable support throughout the entire value chain.

Additionally, Samsung Tizen OS will be embedded in new TVs from well-known brands in key markets, enhancing its presence across Europe, North and Latin America, and Australia.

Notable new additions include EKO and QBELL (Ayonz) in Australia and Europe, RCA (Kayve Groupo) in Mexico, RCA (Treasure Creek) in the United States and Canada, and Axdia in Germany.

Many more brands are expected to join in the second half of 2025 as Samsung continues to expand its strategic partnerships into new markets.

“We are proud to expand our RCA TV portfolio across Mexico and Latin America through our partnership with Samsung’s Tizen OS,” said Jonathan Vera, Head of Marketing & Communications, Grupo Kayve.

“The Tizen team provides comprehensive technical and marketing support, enabling an agile go-to-market process.

“Partnering with Samsung on Tizen OS allows us to deliver high-quality and competitive smart TV solutions to our global brand customers,” said Gerard Louis, Chief Operating Officer (COO) at Axdia.

Perodua, Maybank Islamic Lancar Pembiayaan Fleksibel Patuh Syariah Pertama Di Malaysia

Perodua dan Maybank Islamic Berhad berganding bahu menawarkan pelan pembiayaan fleksibel patuh Syariah pertama di negara ini, iaitu Perodua Flexiplan yang dikuasakan oleh
Maybank Islamic myimpact Drive Financing-i.

Julung kali buat kedua-dua syarikat, pelan kewangan ini merupakan inisiatif baharu yang memacu inovasi, bertujuan memperkasa pelanggan dengan mewujudkan pengalaman pemilikan kenderaan yang lancar dan inklusif. Pelan inovatif ini membolehkan pelanggan menikmati:
 Tawaran Pembiayaan Kenderaan Murabahah Bertempoh yang sangat kompetitif, dengan bayaran bulanan yang lebih berpatutan untuk tempoh lima tahun pertama.
 Perodua akan membeli semula kenderaan pelanggan pada harga yang kompetitif berbanding nilai pasaran bagi pembelian model baharu Perodua – tertakluk kepada terma dan syarat.
 Fleksibiliti pemilikan di mana pelanggan boleh menukar kenderaan mereka kepada model baharu atau mengekalkan kenderaan sedia ada dengan pelan bayaran yang disemak semula.

Pelanggan boleh memilih antara empat model di bawah Perodua Flexiplan, iaitu Myvi, Axia (tidak termasuk Axia E), Ativa, dan Aruz. Pada tahun kelima pelan ini, pelanggan mempunyai pilihan untuk menukar kenderaan Perodua sedia ada kepada yang baharu, dengan nilai tukar beli yang terjamin digunakan untuk mengurangkan bayaran pendahuluan dan memulakan semula tempoh lima tahun tersebut.

Sebagai alternatif, pelanggan boleh memilih untuk mengekalkan kenderaan sedia ada dengan melunaskan baki tertunggak atau melanjutkan pembiayaan sehingga empat tahun lagi di bawah pelan bayaran baharu.

Melalui mekanisme inovatif ini, pelan ini bukan sahaja meningkatkan akses kepada pemilikan kenderaan, malah mewujudkan struktur yang membolehkan pelanggan menukar kenderaan mereka dengan mudah mengikut keperluan kehidupan mereka.

“Hari ini, Perodua dan Maybank Islamic telah mencipta sejarah baharu apabila bergabung tenaga menawarkan pakej pembiayaan terbaik bagi memastikan semua pihak mendapat manfaat – Perodua, Maybank Islamic, dan terutamanya pelanggan kami yang dihargai,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad.

“Kami percaya bahawa dengan sokongan daripada bank terbesar di Malaysia, digabungkan dengan kepercayaan yang telah kami bina daripada rakyat Malaysia; Perodua Flexiplan akan diterima dengan baik,” tambah Dato’ Sri Zainal.

“Kami di Kumpulan Maybank sentiasa komited untuk memperkasa pelanggan dengan penyelesaian kewangan yang fleksibel, telus, inklusif, dan mampan, dan Maybank Islamic myimpact Drive Financing-i adalah cerminan pendekatan berteraskan nilai kami,” kata Syed Ahmad Taufik Albar, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Perkhidmatan Komuniti dan
Kewangan, Maybank.

“Kami berbangga dan teruja untuk memperkenalkan pendekatan inovatif ini kepada seluruh rakyat Malaysia bersama Perodua – satu langkah yang memenuhi citarasa pembeli kereta moden dan memperkasa pelanggan dengan pilihan pemilikan yang fleksibel,” tambahnya.

Pelan pemilikan kereta baharu ini mengukuhkan kedudukan Maybank Islamic sebagai bank Islam terkemuka di Malaysia, yang sentiasa berkembang untuk memenuhi keperluan pelanggan melalui penyelesaian inovatif dan berorientasikan matlamat.

Ia turut memperkayakan ekosistem penyelesaian patuh Syariah untuk pemilik kenderaan Perodua, termasuk Perodua Total Protect Plus iaitu perlindungan takaful komprehensif yang dilindungi oleh Etiqa, dilengkapi dengan perlindungan tambahan bencana bernilai RM5,000, serta Takaful Perlindungan Baki Pinjaman (Credit Reducing Term Takaful) sebagai lapisan perlindungan tambahan untuk pelanggan.

Kesemuanya mencerminkan komitmen Kumpulan Maybank terhadap perbankan berteraskan nilai dan mengutamakan pelanggan. Dengan menawarkan penyelesaian kewangan yang telus, fleksibel, dan berfokus kepada pelanggan, Perodua dan Maybank Islamic menyasarkan untuk menetapkan penanda aras baharu bagi pemilikan kenderaan di
Malaysia – satu langkah bagi memperkasa pelanggan dan menyokong kesejahteraan kewangan jangka panjang.

Untuk maklumat lanjut mengenai terma dan syarat Perodua Flexiplan dan Maybank Islamic myimpact Drive Financing-i, sila rujuk kepada mana-mana penasihat jualan sah Perodua dan cawangan Maybank di seluruh negara.

Samsung Bespoke Laundry AirDresser Dual JetSteam: Your Smart Solution for Refreshed, Hygienic Clothes

Doing laundry in Malaysia has its fair share of challenges: unpredictable weather that leaves clothes damp for days, limited drying space in high-rise apartments, and that constant battle against humidity.

For families who value hygiene, efficiency, and a bit of peace of mind, the Samsung Bespoke Laundry AirDresser with Dual JetSteam technology offers a smarter approach to keeping clothes clean and fresh without the usual headaches.

Whether it is a school uniform that has been worn just once, a work suit that needs refreshing between wears, or your everyday baju kurung, this sleek appliance gives you a modern way to manage your wardrobe that actually fits into real life.

The Heart of It: Dual JetSteam Technology
At the core of the AirDresser is Dual JetSteam : high-temperature steam released from two outlets that eliminates up to 99.9% of bacteria, viruses, and allergens. This is especially valuable for households with sensitive skin or anyone who is still being extra cautious about germs these days.

The steam also works to relax wrinkles and remove those stubborn odors from sweat, smoke, or haze that seem to cling to everything here.

Gen Rise : Menyerlah Di Puncak Kegemilangan

Terjual sepenuhnya sejak dilancarkan – Majestic Gen tonjol era baharu kehidupan bandar.
Johor Bahru, yang terkenal sebagai pintu utama Malaysia ke Singapura, melalui transformasi ekonomi progresif dengan populasi bandar yang semakin pesat berkembang.

Kemajuan pembangunan infrastruktur yang luar biasa, dan jaringan hubungan antarabangsa yang kukuh telah menyaksikan bandar ini semakin teguh menempatkan dirinya sebagai hab utama yang berpotensi tinggi di Asia Tenggara.

Di tengah-tengah perubahan yang memacu kemodenan ini, berdiri megah Gen Rise – sebuah pembangunan kediaman bercampur perdana dan apartmen servis berstatus pegangan bebas, yang terhasil menerusi inovasi Majestic Gen.

Konsep íni bukan sekadar pembangunan hartanah, tetapi visi untuk menakrif semula gaya hidup moden di sebuah bandar yang menjadi ikon kemajuan Malaysia.

Dibangunkan di kawasan seluas 1.14 ekar dengan anggaran Nilai Pembangunan Kasar (GDV) yang mencecah RM563 juta, Gen Rise berdiri megah sebagai simbol aspirasi komuniti masa hadapan.

Dilancarkan secara rasmi pada Januari 2025, Gen Rise mencatat kejayaan luar biasa apabila habis terjual sepenuhnya, membuktikan tahap keyakinan tinggi pembeli terhadap projek ikonik yang menggabungkan lokasi premium, gaya hidup bandar dan seni bina unggul.

Bangunan ikonik setinggi 47 tingkat ini bukan sahaja memanfaatkan lokasi strategiknya di
tengah-tengah bandar, malah menyerlah dengan reka bentuk kontemporari yang
menggabungkan inovasi dengan ciri-ciri gaya hidup holistik yang inovatif.

Direka sebagai mercu tanda moden, pembangunan ini merangkumkan visi kehidupan bandar yang dinamik, progresif, dan penuh inspirasi.

Hasilnya adalah sebuah struktur yang mempesona, berdiri megah di latar langit Johor Bahru, mencerminkan transformasi pesat bandar ini menuju status hab metropolitan yang dinamik.

Pembangunan yang direka untuk memenuhi pelbagai keperluan gaya hidup moden ini
menawarkan 732 unit kediaman dengan keluasan antara 497 hingga 1,930 kaki persegi, pada harga bermula RM563,000.

“Affiliate”, AI dan Ekonomi Pencipta: Kemunculan Tenaga Kerja Digital Baharu

Seiring dengan ekonomi Malaysia yang sedang berkembang pesat secara digital, pemasaran “affiliate”  kini tidak lagi asing dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Malah, ia kini muncul sebagai sebuah kerjaya yang berpotensi untuk dijalankan dalam skala yang besar berasaskan teknologi, sekali gus menjadikan ia sebagai pilihan utama oleh pelajar, pempengaruh mikro dan usahawan digital yang ingin menjana pendapatan dan menerajui ekonomi penciptaan kandungan.

Pada 22 Julai 2025, Xamble Academy telah berkolaborasi bersama GlobalNxt University dalam penganjuran bengkel “The Ultimate Starter Guide to Affiliate”. Bengkel ini bertujuan untuk melengkapi para peserta dengan intipati untuk menjana pendapatan melalui aktiviti penciptaan kandungan, membina jenama sendiri, dan menggunakan teknologi AI bagi meningkatkan penghasilan kandungan secara efisien.

Bertempat di Kuala Lumpur, bengkel  ini telah menarik minat golongan belia Malaysia dari pelbagai latar belakang seperti pempengaruh sepenuh masa dan pemasar baharu sehingga ke selebriti tanah air yang berminat untuk mendalami ilmu pemasaran “affiliate” sebagai sumber pendapatan sampingan.

“Kami melihat minat yang semakin ketara daripada rakyat Malaysia yang ingin menyertai ekonomi digital — bukan sekadar sebagai pengguna, tetapi sebagai usahawan dalam industri penciptaan kandungan. Kami ingin memberi akses kepada pendidikan, ilmu dan bahan yang betul untuk mereka,” kata Iv Ho, Ketua Pemasaran Xamble Group Limited.

Pemasaran “Affiliate” di Malaysia: Sektor yang Sedang Meningkat Naik

Anggaran terkini meletakkan nilai sektor pemasaran “affiliate” di Asia Tenggara pada RM80.34 bilion setahun, didorong oleh peningkatan transaksi e-dagang, perbelanjaan jenama dalam pemasaran digital, serta kredibiliti yang semakin tinggi terhadap cadangan daripada rakan sebaya.

Jika dahulu pasaran pempengaruh biasanya dikuasai oleh selebriti, ekosistem “affiliate” hari ini lebih menghargai keaslian, kesesuaian dan penglibatan dalam bidang tertentu. Hal ini membuatkan penyertaan dalam bidang penciptaan kandungan tidak lagi terhad, terutamanya bagi individu yang mungkin tidak mempunyai jumlah pengikut yang besar, tetapi mampu menghasilkan impak yang bermakna.

“Pemasaran ”affiliate” menggabungkan strategi perniagaan dengan kepercayaan yang dibina oleh pencipta kandungan,” kata Prof. Dr. Chinmoy Sahu, Naib Canselor, GlobalNxt University. “ Sempena sambutan ulang tahun ke-25 yang bakal tiba, kami ingin memperkasakan para pelajar kami dengan kebolehan untuk memulakan kerjaya yang berteraskan ekonomi digital melalui peluang pembelajaran yang unik ini.”

Bagi selebriti seperti Khayrisyah Kemal dan Natasha Elyzza yang menyertai sesi temu bual dalam bengkel tersebut, “affiliate”  bukan sekadar peluang untuk menjana pendapatan tetapi ia diklasifikasikan sebagai perubahan mentaliti.

“Teruskan usaha! Konsistensi akan menjadikan usaha sebagai  pencapaian,” kata Khayrisyah, sambil memberi semangat kepada pempengaruh yang baharu agar kekal komited dalam membina kandungan walau apa jua cabaran.

“Biar mereka berkata-kata. Fokus, teruskan melangkah dan buktikan tanggapan mereka adalah tidak benar,” kata Natasha, menggambarkan ketabahan yang diperlukan untuk berjaya dalam ruang yang sering dipenuhi dengan keraguan diri dan perhatian umum.

Kandungan Generasi Baharu: Bagaimana Alat AI Berkembang Seiring dengan Perdagangan Sosial

Antara sorotan utama bengkel tersebut ialah penerapan alat kandungan berasaskan AI, yang kini dapat mengubah cara pencipta menghasilkan, menerbit dan menjana pendapatan melalui kandungan.

Peserta telah menerima demonstrasi secara langsung dan pengalaman praktikal dengan:

  • Menukar imej statik kepada video pendek
  • Alih suara yang dijana oleh AI
  • Penceritaan gaya sinematik berdasarkan arahan
  • Sistem permulaan “affiliate”  Xamble, yang membolehkan peserta mengaktifkan pautan afiliasi pertama mereka serta memantau prestasi mereka sekaligus

Bagi kebanyakan peserta, ini merupakan kali pertama mereka mendapat pendedahan terhadap kandungan berasaskan AI seperti ini, namun proses pembelajarannya ternyata tidaklah sesukar yang dijangka.

“Saya hasilkan video produk pertama saya dalam masa kurang daripada 30 minit, lengkap dengan peralihan suara,” kata Lau, peserta berusia 26 tahun. “Hal ini  membuat saya sedar bahawa dengan alat yang betul, penciptaan kandungan tidak lagi terhad oleh bajet atau kemahiran teknikal.”

Menyatukan Dunia Akademik dan Industri

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada kerjasama yang lebih luas antara Xamble dan GlobalNxt Universiti untuk menyelaraskan pendidikan dengan keperluan ekonomi digital Malaysia. Melangkaui teori, program ini turut menyediakan peluang kerjasama bersama jenama sebenar dan penjanaan pendapatan kepada para peserta.

Jenama seperti FSG dan Numinara yang kedua-duanya sedang menjalankan kempen “affiliate” aktif melalui Xamble — turut menyumbang kepada bengkel ini dengan menaja sampel produk, sekali gus memberikan pencipta kandungan aset sebenar untuk digunakan.

“Bengkel seperti ini membolehkan pencipta kandungan dan afiliasi terus mengaplikasikan apa yang telah mereka pelajari,” kata Anthony, pengasas FSG. “Ia bukan sekadar ilmu akademik tetapi merupakan sumber pendapatan yang baik.”

Menyediakan Tapak untuk Evolusi Dunia Pekerjaan

Dengan permintaan yang tinggi dan maklum balas yang positif, kedua-dua organisasi merancang untuk memperkembangkan program ini melalui pensijilan yang berstruktur, sesi susulan, dan inkubator pencipta berasaskan platform.

“Kami sedang membina infrastruktur untuk ekonomi pempengaruh berasaskan prestasi di Malaysia,” kata Iv.  “Daripada kemahiran kandungan ke pematuhan, daripada alat AI ke model afiliasi yang telus, matlamat kami adalah untuk menjadikan ini satu laluan kerjaya yang berdaya maju — bukan sekadar kerja sambilan.”

Tinjauan Masa Depan

Seiring dengan evolusi tenaga kerja digital dan pencipta kandungan Malaysia yang mentakrifkan semula aspirasi kerjaya, inisiatif seperti ini semakin merapatkan jurang antara pendidikan dan peluang ekonomi.

Pemasaran “affiliate”, yang dulunya dianggap sebagai pendapatan sampingan secara santai, kini dilihat sebagai satu sektor berasaskan kemahiran dan didayakan oleh teknologi — dengan potensi jangka panjang.

“Kerjasama ini membuktikan bahawa pendidikan boleh bersifat tangkas dan responsif terhadap trend pasaran,” kata Dr. Dalwinder Kaur, Ketua Program (Sekolah Pendidikan), GlobalNxt University.  “Ia juga menunjukkan bahawa pelajar hari ini tidak lagi menunggu peluang pekerjaan — mereka menghasilkannya sendiri.”

Post Menarik