Utama Blog Halaman 379

Setel dilantik penyedia perkhidmatan e-Dompet untuk eBeliaRahmah 

Setel ingin merakamkan penghargaan kepada Kementerian Kewangan kerana dilantik sebagai salah satu penyedia perkhidmatan e-Dompet untuk program eBeliaRahmah, bagi menyokong usaha Kerajaan untuk meringankan beban kewangan serta membudayakan pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia.

Mulai 26 Jun hingga 31 Ogos 2023, belia Malaysia berumur 18 hingga 20 tahun atau pelajar Malaysia sepenuh masa yang berdaftar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia layak menuntut kredit eBeliaRahmah RM200 secara ‘one-off’ melalui aplikasi Setel.

“Setel berbesar hati untuk menyokong program eBeliaRahmah, selari dengan tujuan kami untuk memupuk budaya masyarakat tanpa tunai dan mempromosikan transaksi kewangan yang lebih selamat dan efisien.

Diperkasa dengan penerimaan di lebih 1.6 juta kedai runcit di seluruh negara dan di rangkaian stesen minyak terbesar Malaysia yang merangkumi lebih 1,000 stesen PETRONAS di seluruh negara, belia yang layak memohon eBeliaRahmah melalui aplikasi Setel boleh membeli-belah di kedai runcit yang memaparkan kod QR Setel, DuitNow, dan di mana-mana stesen PETRONAS.

Setel berharap dapat membantu meringankan beban kewangan belia melalui insentif tambahan kami dan seterusnya menyumbang kepada perkembangan ekonomi bagi perniagaan tempatan dan menyokong peralihan mereka ke arah pembayaran tanpa tunai dengan lancar.” kata Mazlin Erawati Ab Manan, Ketua Pegawai Eksekutif Setel.

Untuk memohon RM200 kredit e-tunai mulai 26 Jun 2023, belia yang layak perlu memuat turun atau mengemas kini kepada versi terkini aplikasi Setel dan melengkapkan pengesahan akaun melalui e-KYC.

Insentif ini akan dikreditkan ke Dompet eBeliaRahmah pengguna dalam aplikasi selepas permohonan berjaya, dan akan dimaklumkan melalui notifikasi semerta dan mesej peti
masuk aplikasi. Insentif ini boleh digunakan untuk pembelian di mana-mana kedai runcit yang menerima kod QR Setel dan DuitNow, dan di stesen PETRONAS di seluruh negara.

Insentif eBeliaRahmah perlu digunakan sebelum 31 Ogos 2023 dan tidak boleh dipindahkan ke akaun e-Dompet lain.

Sukarelawan Perodua tanam 1,700 pokok bakau di Taman Alam Kuala Selangor

Perodua meneruskan komitmennya terhadap pemuliharaan alam semula jadi dengan menganjurkan Program Penanaman Pokok Perodua di Taman Alam Kuala Selangor di Kuala Selangor baru-baru ini.

Program tanggungjawab sosial korporat ini adalah kesinambungan daripada Inisiatif Pucuk Hijau UMW (UGS) yang diperkenalkan pada suku keempat 2021, dengan sasaran untuk menanam sebanyak 300,000 pokok menjelang akhir 2023.

Sejak pelancaran inisiatif berkenaan sehingga kini, kira-kira 174,000 pokok telah ditanam dan baki 133,000 pokok lagi dijangka akan ditanam menjelang akhir tahun ini.

“Pokok bakau adalah bahagian penting di dalam ekosistem Malaysia kerana ia membantu melindungi tebing sungai daripada risiko alam sekitar, terutamanya daripada banjir dan tsunami.

“Selain itu, pokok bakau melindungi kualiti air dengan menyingkirkan nutrien dan bahan pencemar daripada aliran air ribut sebelum sampai ke habitat rumput laut dan terumbu karang. Ia juga menjadi tempat habitat buat ikan-ikan komersial dan kerang-kerangan, sekali gus menyumbang kepada limpahan makanan laut tempatan.

“Memandangkan banyak manfaat yang ada pada pokok bakau, Perodua memutuskan untuk bekerjasama dengan Persatuan Pencinta Alam Malaysia bagi aktiviti penanaman pokok sebagai sebahagian daripada aktiviti tanggungjawab sosial korporat kami,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad.

Beliau menambah Perodua kini sedang melaksanakan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) dan program seumpama ini adalah penting kerana ia mencerminkan komitmen syarikat ke arah mencapai matlamat itu.

“Acara penanaman pokok ini juga berkaitan dengan salah satu matlamat SDG iaitu matlamat nombor 15, Hidupan Atas Darat. Objektifnya adalah untuk mencegah
kehilangan biodiversiti, menghentikan degradasi tanah, menghentikan penggurunan,
melindungi, memulih, dan menggalakkan penggunaan mampan ekosistem darat
serta mengurus hutan secara mampan.

“Justeru, aktiviti penanaman pokok anjuran Perodua ini dapat membantu menyebarkan lebih banyak kesedaran untuk memulihara bumi,” katanya.

Kira-kira 120 sukarelawan Perodua terlibat di dalam program yang berlangsung selama sehari itu. Turut hadir dalam program tersebut ialah Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Cik Noor Zakiyah Hasan dan Pengurus Besar Divisyen Perhubungan dan Komunikasi Korporat, Puan Sulasi Haji Mahadi.

Johor Plantations Memanfaatkan SD-Wan Maxis Untuk Rangkaian Operasinya

Johor Plantations Berhad (Johor Plantations) telah menghubungkan keseluruhan rangkaian operasinya dengan penyelesaian Maxis. Langkah itu didayakan oleh SD-WAN (Rangkaian Kawasan Luas Ditentukan Perisian) bagi memastikan ketersambungan yang pantas, selamat dan stabil di seluruh ladang, kilang, loji biogas, loji biometana dan makmal agroteknya, merangkumi kawasan seluas 60,339 hektar.

Pencapaian penting ini berpokok pangkal daripada kerjasama Johor Plantations dengan Maxis, syarikat telekomunikasi bersepadu terkemuka di Malaysia, di mana Maxis telah mereka bentuk dan memasang infrastruktur yang terdiri daripada lebih 27 pemancar gelombang mikro dan menara komunikasi di seluruh unit operasi Johor Plantations bagi menyokong pelbagai keupayaannya, terutamanya Akses Internet Khusus berkelajuan tinggi Maxis untuk ketersambungan awan.

Infrastruktur ini akan membantu Johor Plantations dalam pelbagai aspek, termasuk menambah baik pengurusan tanaman kelapa sawit, perancangan sumber pekerja serta
pemantauan pengurusan alam sekitar.

Selain daripada itu, SD-WAN yang diuruskan oleh Maxis kini turut berhubung dengan 11 tapak lain di seluruh rangkaian Johor Plantations, bagi memastikan persekitaran yang selamat dan akses yang lebih baik.

Pemangku Ketua Perniagaan Perusahaan Maxis, Claire Featherstone

“Kerjasama ini dijalinkan tepat pada masanya dan kami berbesar hati kerana peneraju industri seperti Maxis bersedia untuk membantu kami mencapai kesalinghubungan yang lebih tinggi dan komunikasi stabil yang telah dikenal pasti sebagai teras penting untuk operasi kami dalam jangka pendek dan panjang.

“Ketersambungan berkelajuan tinggi adalah penting untuk perkembangan dan kemajuan perniagaan kami, dan kami berharap untuk meraih faedah daripada persekitaran yang berhubung sepenuhnya membolehkan operasi kami berkomunikasi dan berintegrasi dengan
lebih baik,” kata Pengarah Urusan Johor Plantations, Mohd Faris Adli Shukery.

“Kami berbesar hati kerana dapat menyokong Johor Plantations selaras dengan cita-cita digital mereka. Rangkaian luas penyelesaian ketersambungan berskala kami yang didayakan oleh teknologi terbaik di dalam kelasnya akan memastikan perniagaan dan tenaga kerja mereka kekal berhubung sepanjang masa.

“Kerjasama kami menunjukkan magnitud di mana kami mampu menangani sepenuhnya keperluan telekomunikasi operasi berskala besar dengan kawasan liputan yang luas,” kata Pemangku Ketua Perniagaan Perusahaan Maxis, Claire Featherstone.

Spritzer Perkenal Botol Tanpa Label 

Spritzer melancarkan inisiatif kelestarian terbaharu iaitu botol air mineral tanpa label dan 100 peratus boleh dikitar semula, sebagai langkah ke arah mengurangkan penggunaan plastik dan meminimumkan impak terhadap alam sekitar.

Spritzer dalam kenyataannya berkata, dengan pengenalan botol baharu itu, kualiti air mineral dari punca air tetap dipelihara di kawasan Taiping, Perak.

“Air Mineral Semulajadi Spritzer yang kaya dengan mineral silika mempunyai rasa yang lebih baik dan telah diiktiraf oleh Institut Rasa Antarabangsa yang berpangkalan di Brussels dengan pengiktirafan tiga bintang dalam Anugerah Rasa Unggul 2022,” katanya di sini hari ini.

Air mineral semulajadi Spritzer berkualiti seimbang dan sesuai untuk membancuh kopi, teh dan digunakan untuk memasak.

Sempena pelancaran ini, botol tanpa label akan diperkenalkan secara terhad di peringkat permulaan dan boleh didapati di kedai dalam talian Spritzer dan Spritzer EcoPark.

“Manakala para pelanggan diberi pilihan air mineral Spritzer 1.25 liter dan 550 mililiter yang terdapat dalam pilihan tanpa label,” kata Spritzer.

Inisiatif terbaharu pembungkusan lestari ini adalah jejak langkah terhadap komitmen Spritzer untuk menjadi jenama sekular sepenuhnya menjelang tahun 2030.

Kesemua botol Spritzer dihasilkan daripada bahan plastik kitar semula yang boleh dikitar semula selepas diminum dan mengambil tanggungjawap untuk menyelamatkan bumi dengan membekalkan produk dengan pembungkusan yang lebih lestari kepada para konsumer.

Sebagai jejak langkah usaha ESG, Spritzer juga menggalakkan para konsumer yang bertanggungjawab mengambil langkah kecil bersama munuju ke arah kelesterian alam sekitar seperti memilih produk mesra alam untuk memastikan planet terus terjaga demi kesejahteraan masyarakat dan generasi akan datang.

Avanade Memperkenalkan Perkhidmatan Kurangkan Emisi Karbon IT

Pengarah urusan Avanade Asia Tenggara, Bhavya Kapoor

Penyedia penyelesaian Microsoft global, Avanade, telah melancarkan perkhidmatan kelestarian baru yang bertujuan membantu organisasi mengautomasi pemantauan dan mengambil tindakan praktikal untuk mengurangkan impak karbon dari infrastruktur dan operasi teknologi maklumat (IT) mereka.

Dinamakan ‘Avanade Green IT Enabler’, inisiatif ini berasal dari kajian Avanade Trendlines yang menunjukkan bahawa 65 peratus organisasi mengutamakan pengurangan tenaga dan sumber dalam awan, rangkaian, dan peranti mereka dalam tempoh 12 – 18 bulan seterusnya.

“Dengan mempertingkatkan kuasa Percepatan Teknologi Lestari dan Perkhidmatan Quick-Start Lestari Avanade yang sedia ada, perkhidmatan baru ini memberdayakan organisasi untuk membenamkan kesedaran kelestarian dan sumber ke dalam proses pembangunan dan pengoptimuman teknologi mereka,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Laporan terkini dari Forum Ekonomi Dunia menunjukkan bahawa pusat data sahaja mempunyai jejak karbon yang lebih besar (2.5 peratus) daripada industri penerbangan (2.1 peratus). Selain itu, menurut kajian yang dipetik dalam penemuan terkini dari Laporan Perisian Hijau Yayasan Perisian Hijau, perisian pada sendirinya akan menyumbang kepada 14 peratus jejak karbon dunia pada tahun 2040.

Penyelidikan Avanade juga menemukan bahawa hanya 30 peratus responden yang sedang melaksanakan prinsip perisian hijau, menunjukkan ruang yang luas untuk peningkatan.

“Dengan mengoptimumkan sumber fizikal dan mengurangkan keperluan elektrik, Avanade Green IT Enabler membolehkan perniagaan membuat impak yang besar terhadap matlamat kelestarian mereka,” kata kenyataan itu.

Penasihat global Avanade dan penaja eksekutif kelestarian, Jillian Moore mengatakan dengan menyelaraskan cita-cita kelestarian dengan matlamat organisasi, organisasi dapat membuka nilai perniagaan yang lebih besar dan efisiensi operasi.

“Avanade Green IT Enabler membolehkan organisasi untuk terus mengoptimumkan teknologi, peranti, dan proses mereka, membolehkan mereka menggunakan lebih sedikit sumber dan membina tahap ketelusan dan kepercayaan melalui penggunaan teknologi yang etika dan lestari. Ini mengubah kelestarian dari pusat kos yang berasingan menjadi sebahagian integral daripada operasi mereka,” tambahnya.

Avanade Green IT Enabler merangkumi alat perakaunan karbon yang membolehkan organisasi mengesan dan menilai kemajuan kelestarian mereka.

Dengan integrasi yang lancar dengan pelbagai sistem IT, alat ini mengenal pasti sistem yang tidak efisien dalam karbon dan mengoptimumkannya melalui tindakan seperti penulisan semula kod dan melatih pembangun perisian dalam amalan kejuruteraan perisian hijau.

Objektif utama adalah untuk mencapai kecekapan sumber dan mengurangkan emisi karbon, membuka jalan untuk masa depan yang lebih hijau.

Sementara itu, Pengarah Urusan Avanade Asia Tenggara, Bhavya Kapoor (gambar) berkata bahawa rantau ini telah mencapai titik kritikal dalam perjalanan kelestariannya.

“Kerajaan dan sektor swasta membuat matlamat kelestarian mereka menjadi umum, dan mengambil langkah-langkah untuk mencapainya. Organisasi lebih sedar dari sebelumnya tentang mengurangkan jejak karbon mereka, namun mengubah ambisi hijau menjadi tindakan masih menjadi cabaran bagi banyak pihak,” katanya.

“Avanade Green IT Enabler kami menawarkan peluang transformasi bagi organisasi ini untuk mengambil langkah pertama yang bermakna dalam mewujudkan matlamat kelestarian mereka.

“Ia membolehkan mereka mengesan, memahami, dan menguruskan jejak karbon mereka – memberikan asas yang kukuh untuk inisiatif kelestarian masa depan. Ini menempatkan mereka dengan kuat untuk mengambil keuntungan dari ekonomi hijau yang berkembang pesat di rantau ini,” katanya.

DearTime Lancar Insurans Tajaan, Meluaskan Akses Insurans buat Golongan yang Memerlukan

DearTime, pengendali insurans hayat pertama di Malaysia di bawah Pengawalseliaan Teknologi Kewangan Bank Negara Malaysia (Sandbox), secara rasminya telah mengumumkan penawaran program Insurans Tajaan.

Seperti manifestonya yang mengungkap ‘Touching One More Life’, inisiatif yang pertama seumpamanya ini membolehkan pemegang polisi DearTime berkongsi keihsanan melalui polisi-polisi insurans mereka, sekali gus membantu meningkatkan kadar penembusan perlindungan insurans di kalangan komuniti B40 di Malaysia.

Menerusi Insurans Tajaan DearTime, para pelanggan boleh memperuntukkan sehingga 10% daripada premium mereka kepada Dana Kebajikan DearTime (DearTime Charity Fund).

Dana yang diperuntukkan ini akan digunakan secara automatik untuk menaja individu yang
berkelayakan dalam kumpulan B1-B2 dengan produk-produk insurans DearTime yang serba
komprehensif.

Jon Ng, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif DearTime Berhad berkata, “Manifesto kami menyatakan komitmen kami untuk membolehkan setiap insan mengambil bahagian dalam misi dan visi DearTime, dengan melindungi setiap insan dengan insurans hayat.

Bagi merealisasikan matlamat ini, kita tidak boleh mengendahkan golongan yang mungkin
sebenarnya paling memerlukan produk dan juga perkhidmatan seperti ini, tetapi tidak
mempunyai keupayaan kewangan untuk memilikinya.”

“Kuasa yang dimiliki oleh masyarakat dan sokongan kolektif adalah ramuan yang penting
bagi mencetus sesuatu perubahan. Melalui Insurans Tajaan DearTime, anda bukan sahaja
dapat membeli perlindungan insurans untuk diri anda sendiri, tapi juga menaja insan lain
yang mungkin tidak berkemampuan untuk memilikinya. Bersama-sama, kita dapat mencetus impak dalam kehidupan seorang lagi insan,” simpul Jon.

Inisiatif yang pertama seumpamanya ini membolehkan pemegang polisi DearTime memperuntukkan sehingga 10% daripada premium insurans mereka kepada Dana Kebajikan DearTime, tanpa sebarang pengurangan pada amaun perlindungan mereka, semuanya dapat dibuat dengan mudah melalui aplikasi DearTime yang serba intuitif serta 100% digital.

Dana Kebajikan DearTime, ditujukan kepada golongan yang memerlukan, dan secara
automatik akan menaja individu dalam kumpulan B1-B2 mengikut turutan dengan Insurans
Tajaan. Insurans Tajaan DearTime adalah terbuka kepada individu dalam kumpulan pendapatan B1-B2, yang didefinisikan sebagai individu dengan pendapatan isi rumah bulanan kurang daripada RM3,170.

Aco Tech, Proton Open Malaysia’s First Automotive Digital Experience Centre

ACO Tech, a company within the PROTON Group that is also jointly owned by Altel and ECARX, today unveiled the country’s first automotive digital experience centre, PROTON Digital Xperience (PROTON DX).

Its opening was officiated by the Minister of Science, Technology and Innovation, Chang Lih Kang. Also in attendance were Tan Sri Syed Faisal Albar, Chairman of PROTON, Dr. Li Chunrong, Chief Executive Officer of PROTON, Roslan Abdullah, Deputy Chief Executive Officer of PROTON, Li Pu, Chief Executive Officer of ACO Tech, and Wang Qijie, Chief Executive Officer of China Construction Bank Malaysia.

Located in the heart of Kuala Lumpur in Quill City Mall, PROTON DX is a centre for car and
technology enthusiasts of all ages to gather and be immersed in the latest innovations in the automotive industry.

It also aspires to serve as an engaging platform for Science, Technology, Engineering & Mathematics (STEM) education and spark interest in the field among the younger generation.

PROTON DX spans 5,275 square feet, housing a blend of interactive technology, leisure, and lifestyle elements to create a unique experiential centre. The centre comprises six zones.

The main highlight of PROTON DX is the Virtual Cockpit[1], where visitors can enjoy a virtual drive in an enclosed theatre-like dome to experience smart mobility. In addition to showcasing the latest automotive technologies in the market, the Virtual Cockpit also serves as a platform for conceptual experiences that incorporate future mobility innovations.

The carefully planned layout of PROTON DX will also take visitors to the Activity Zone an
interactive space where visitors can enjoy stimulating motion sensing games individually or
with family and friends.

The Activity Zone will also be utilised as a space for collaborative events that align with the tagline on the wall: “Let’s Shape the Future of Mobility”.

After experiencing the virtual drive and motion sensing games, visitors can exchange notes
and experience at Aico Café, an area curated for visitors to relax and unwind with their
favourite beverages and pastries.

The café is designed to be an ideal location to host social gatherings for PROTON owners and like-minded communities.

Immerse Yourself in the Newest Innovation: Senheng x Samsung Premium Experience Store Awaits!

Samsung Malaysia Electronics and Senheng showcases the latest range of Neo QLED TVs and BESPOKE Top Mount Freezer Refrigerators in its full suite of colour combinations at the Senheng x Samsung Premium Experience Store.

The store aims to provide customers with an immersive experience and an opportunity to explore the Samsung cutting-edge innovations.

Located in the prestigious Four Seasons Place, the Senheng x Samsung Premium Experience Store offers six distinct experiential zones, under the Mobile eXperience, Visual Displays, and Digital Appliances category.

Each zone features Samsung’s latest products, including the Neo QLED TVs, BESPOKE Refrigerators, The Wall, Odyssey Ark, Galaxy S23 Ultra, and more. Visitors can witness the
integrated connected living experience that seamlessly extends from the couch to the kitchen, all managed and controlled through the convenience of a powerful handheld device.

Visual Display Zone @ Senheng x Samsung Premium Experience Store

BESPOKE Top Mount Freezer Refrigerator latest lineup @ Senheng x Samsung Premium Experience Store

The recent media showcase at Senheng x Samsung Premium Experience Store

To celebrate the launch, Samsung Malaysia Electronics and Senheng are pleased to offer exclusive benefits to customers making purchases at the Premium Experience Store. With RedeemPLUS+, customers can enjoy up to 10% S-Coin Redemption and take advantage of the 0% Easy Payment Plan for up to 60 months.

In addition to the said savings, customers will also receive the following benefits below:
 FREE Extra 1 Year Warranty for PlusOne Member
 Program to trade-in Samsung products with up to 14,000 S-Coin worth RM140
 S-Coin Cashback up to 10%
 Add-on RM9.90 for Extra 1 Year Warranty for New Users
 Buy Now Pay Later 0% up to 4 Months

Visit the Senheng x Samsung Premium Experience Store today at Shoppes at Four Seasons Place, Lot G-01, Ground Floor, Kuala Ampang, 50450 Kuala Lumpur, to explore and experience Samsung’s premium line of products.

Alliance Bank and SJPP Partner to Extend RM1 Billion Financing to SMEs

Alliance Bank Malaysia Berhad (Alliance Bank) strengthened its strategic partnership with Minister of Finance Incorporated’s wholly-owned Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (“SJPP”) to extend another RM1 billion in financing through guarantee schemes to accelerate the growth of small-and-medium enterprises (“SMEs”).

The guarantee schemes covered in this partnership include the PEMULIH Government Guarantee Scheme (“PGGS”) which will allow businesses without collateral to access financing of up to RM20 million to fund their capital expenditure, daily business operations and trade activities.

Other schemes that will also be offered include the Working Capital Guarantee Scheme (“WCGS”) and Working Capital Guarantee Scheme – Start Up (“WCGS-SU”), which aim to help SMEs across all sectors meet different business requirements as they grow.

“Alliance Bank has always been focused on helping SMEs grow through the development of fast, convenient and personalised solutions to meet the dynamic needs of this segment.

The result is that the Bank successfully widened its market share over the last few years. Under the Acceler strategy, we continue our velocity within this segment and this extended partnership with SJPP allows us to enable the growth of local SMEs through targeted financing solutions.

We look forward to participating actively in SJPP schemes to provide unique value propositions to meet SMEs’ needs at every stage of their life cycle, and help them achieve their business goals,” said Raymond Chui, Group Chief SME & Commercial Banking Officer of Alliance Bank.

Juanita Rusmini Abdul Jalil, Chief Operating Officer of SJPP said that SJPP on the other hand, via the guarantee schemes, is also complementing the Government’s effort to boost the economic growth especially the SME sector.

“Our Government has implemented many strategic initiatives and policies to enhance inclusivity in SMEs’ growth while continuing to pursue its endeavours in creating a well-
laid platform to initiate and encourage businesses for the SMEs. To support these noble initiatives by  the Government, the private sectors especially the financial institutions and other related players should also play their part.

Rakyat Malaysia Nikmati Perjalanan 15km Lebih Jauh Dengan FuelSave 95

Pengenalan Shell FuelSave 95 baharu pada Februari lalu telah menggalakkan rakyat Malaysia untuk bersama-sama membuktikan perjalanan 15 kilometer (KM) lebih jauh bagi setiap tangki.

Hasilnya? Ia ternyata memberi penjimatan lebih jauh kepada para pengguna. Shell Malaysia telah memperkenalkan formulasi bahan api gred utama terbaiknya setakat ini melalui pelancaran Shell FuelSave 95 baharu, yang direka khas untuk memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah.

Pelancaran ini juga merupakan sebahagian daripada komitmen kami untuk terus berinovasi dan membangunkan penyelesaian mobiliti yang lebih baik.

Berdiri teguh dengan usaha kami untuk terus menjadikan perjalanan hidup para pelanggan kami lebih baik, Shell secara aktif mendekati pengguna jalanraya di seluruh negara melalui ‘Shell FuelSave 95 Challenge 2023’ bagi menggalakkan mereka untuk menikmati perjalanan 15KM lebih jauh tanpa gangguan untuk setiap tangki yang diisi dengan bahan api gred utama baharu ini.

Usaha untuk memenangi hati rakyat Malaysia dari Utara ke Selatan Semenanjung Malaysia,
hinggalah ke Sabah dan Sarawak (Malaysia Timur) telah berjaya apabila orang ramai berkongsi pengalaman mereka menikmati penjimatan dan perbatuan bahan api yang lebih baik menjadikan setiap RM2.05 seliter yang dibelanjakan untuk Shell FuelSave 95 baharu ini amat berbaloi.

“Kini, kami bukan sahaja dapat mengukur penjimatan bahan api yang diperoleh pelanggan bagi setiap tangki penuh Shell FuelSave 95, tetapi juga dapat menyaksikan pelanggan kami mencapai perbatuan yang menakjubkan seterusnya membuktikan Shell FuelSave 95 baharu kami ternyata lebih jauh,” kata Seow Lee Ming, Pengurus Besar Mobiliti, Malaysia.

“Melalui keputusan Shell FuelSave 95 Challenge 2023, bahan api kami terbukti memberikan
perbatuan lebih jauh. Saya menyeru agar lebih ramai rakyat Malaysia mencuba dan alami
penjimatan bahan api kami yang lebih baik serta kongsikan pengalaman anda sama ada ia Biar Benar, Lebih KM!”

Selepas sebulan pencarian seorang rakyat Malaysia yang dapat merekodkan perbatuan terbaik merentasi 5 wilayah, Shell FuelSave 95 Challenge 2023 telah menutup tirai dengan Chin Li Qin, 26 dari Johor dinobatkan sebagai Pemandu Paling Efisien di Malaysia.

Li Qin memecahkan rekod sebelumnya sebanyak 25.45 KM/L dengan mencatatkan perbatuan bahan api yang menakjubkan sebanyak 28.23 KM/L, menjadikan beliau sebagai juara keseluruhan Shell FuelSave 95 Challenge 2023.

Post Menarik