DearTime, pengendali insurans hayat pertama di Malaysia di bawah Pengawalseliaan Teknologi Kewangan Bank Negara Malaysia (Sandbox), secara rasminya telah mengumumkan penawaran program Insurans Tajaan.

Seperti manifestonya yang mengungkap ‘Touching One More Life’, inisiatif yang pertama seumpamanya ini membolehkan pemegang polisi DearTime berkongsi keihsanan melalui polisi-polisi insurans mereka, sekali gus membantu meningkatkan kadar penembusan perlindungan insurans di kalangan komuniti B40 di Malaysia.

Menerusi Insurans Tajaan DearTime, para pelanggan boleh memperuntukkan sehingga 10% daripada premium mereka kepada Dana Kebajikan DearTime (DearTime Charity Fund).

Dana yang diperuntukkan ini akan digunakan secara automatik untuk menaja individu yang
berkelayakan dalam kumpulan B1-B2 dengan produk-produk insurans DearTime yang serba
komprehensif.

Jon Ng, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif DearTime Berhad berkata, “Manifesto kami menyatakan komitmen kami untuk membolehkan setiap insan mengambil bahagian dalam misi dan visi DearTime, dengan melindungi setiap insan dengan insurans hayat.

Bagi merealisasikan matlamat ini, kita tidak boleh mengendahkan golongan yang mungkin
sebenarnya paling memerlukan produk dan juga perkhidmatan seperti ini, tetapi tidak
mempunyai keupayaan kewangan untuk memilikinya.”

“Kuasa yang dimiliki oleh masyarakat dan sokongan kolektif adalah ramuan yang penting
bagi mencetus sesuatu perubahan. Melalui Insurans Tajaan DearTime, anda bukan sahaja
dapat membeli perlindungan insurans untuk diri anda sendiri, tapi juga menaja insan lain
yang mungkin tidak berkemampuan untuk memilikinya. Bersama-sama, kita dapat mencetus impak dalam kehidupan seorang lagi insan,” simpul Jon.

Inisiatif yang pertama seumpamanya ini membolehkan pemegang polisi DearTime memperuntukkan sehingga 10% daripada premium insurans mereka kepada Dana Kebajikan DearTime, tanpa sebarang pengurangan pada amaun perlindungan mereka, semuanya dapat dibuat dengan mudah melalui aplikasi DearTime yang serba intuitif serta 100% digital.

Dana Kebajikan DearTime, ditujukan kepada golongan yang memerlukan, dan secara
automatik akan menaja individu dalam kumpulan B1-B2 mengikut turutan dengan Insurans
Tajaan. Insurans Tajaan DearTime adalah terbuka kepada individu dalam kumpulan pendapatan B1-B2, yang didefinisikan sebagai individu dengan pendapatan isi rumah bulanan kurang daripada RM3,170.