Utama Blog Halaman 234

Zoo Negara Agih Bubur Lambuk Daging Rusa, Program ‘Sinar Ramadan- Kongsi Rezeki’

Zoo Negara sekali lagi berkolaborasi bersama Adabi dan juga 99 Speedmart bagi menjayakan program memasak bubur lambuk bertemakan ‘Sinar Ramadan- Kongsi Rezeki’.

Menariknya, proses menyediakan juadah bubur lambuk dan bubur jagung ini dilakukan sendiri oleh warga kerja Zoo Negara dan pihak Adabi. Chef Adabi juga turut serta dalam memperkenalkan resepi khas bagi penyediaan bubur lambuk dan mengadakan sesi demonstrasi memasak secara lansung dan berkongsi teknik-teknik memasak dengan betul.

Bagi menjayakan program ‘Sinar Ramadan- Kongsi Rezeki’, penaja utama, Adabi Sdn Bhd telah menaja sebanyak RM100,000 sempena Sambutan Jubli Intan Ulang Tahun ke-60 Zoo Negara dan 99 Speedmart pula menyumbangkan 1,200 biji telur masin bagi melengkapkan lagi hidangan bubur lambuk.

Selain bubur lambuk ayam dan daging lembu, kali ini Zoo Negara tampil dengan resepi unik dengan menyediakan hidangan bubur lambuk daging rusa.

Sebanyak 1,200 bekas bubur lambuk dan 300 bekas bubur jagung diagihkan secara berperingkat kepada seluruh kakitangan yang terlibat serta pusat tahfiz, pertubuhan kebajikan, surau dan masjid yang terletak berhampiran Zoo Negara.

HONOR Magic6 Pro – Miliki Sistem Kamera Hebat Falcon

Setiap kali jika kita ingin membeli telefon pintar sama ada yang ditawarkan pada harga yang premium mahupun pertengahan perkara pertama yang ingin diketahui tentunya ciri kamera ditawarkan.

Selain sistem kamera yang canggih dan berkuasa, perkara kedua pula ialah aplikasi sedia bina yang ada untuk mengedit gambar yang dihasilkan agar ia benar-benar memberikan kepuasan dan menyeronokkan.

Apa yang menariknya kedua-dua ciri yang dicari ini ada pada peranti terbaharu keluaran HONOR iaitu HONOR Magic6 Pro yang kali ini hadir dengan Sistem Kamera Falcon HONOR untuk menangkap objek pantas dengan lebih jelas dan menghasilkan gambar dalam definisi ultra-tinggi.

Sistem kamera peranti ini dikuasakan dengan AI yang mempunyai pangkalan data 28 kali ganda lebih besar dari generasi sebelumnya. Sistem kamera ini lebih canggih dari generasi sebelumnya dan mampu menangkap pelbagai aktiviti bersukan seperti melompat, menari dan seni bela diri.

HONOR Magic6 Pro dilengkapi Sistem Kamera Tele-falcon 180MP hebat (f/2.6, OIS) dengan zoom optik 2.5X dan zoom digital sehingga 100X. Peranti ini mempunyai Kamera Ultra Lebar 50MP (f/2.0, EIS) dan Kamera Utama 50MP berkuasa dengan keupayaan apertur berubah (f/1.4 dan f/2.0, OIS), untuk menangkap momen pantas dengan kejelasan yang terbaik manakala lensa swafoto 50MP dengan sensor TOF 3D.

Ciri swafoto bokeh akan meningkatkan pencahayaan pada imej dan secara automatik menjadikan latar belakang kabur.

Peranti seberat 225 gram dan setebal 8.9mm ini juga memiliki rekaan luaran yang menarik apatah lagi skrin jenis kuad lengkung manakala lensa tri-kamera belakangnya dibaluti kerangka ala kulit yang lengkap dengan lampu flash.

Ciri menarik pada peranti ini tentu sekali fungsi AI Motion Sensing Capture disediakan untuk menghasilkan gambar pegun dalam gerakan yang drastik. Ciri ini juga merakam gambar pada sisi terbaik menjadikan imej itu tidak kabur tetapi cukup jelas dan terang.

Bagaimana nak menggunakan fungsi ini? Mudah sahaja. Anda hanya perlu menggunakan tripod (jika berseorangan) dan tekan butang Motion Sensing Capture On.

Lakukan aksi seperti melompat atau berlari dan fungsi ini akan terus merakam pergerakan yang anda lakukan secara automatik dengan pantas tanpa perlu menekan sebarang butang untuk mengambil foto. Lihat foto di atas. Hebat bukan!.

Inilah kelebihan sistem kamera pada HONOR Magic6 Pro yang benar-benar magis yang dikuasakan dengan beberapa sensor pintar iaitu SMA actuator (AF+OIS 2 in 1), Multi-spectrum color temperature sensor dan Flicker Sensor.

Fungsi lain pada sistem kamera ini yang sudah terbina terdiri daripada Night, Portrait, Photo, Video, Movie, Slo-mo, High resolution, Time-Lapse, Pano, Pro dan Story.

Untuk melakukan suntingan pada gambar juga mudah kerana ciri yang terbina memberikan pelbagai pilihan gaya suntingan daripada pilihan penapis (filter), teks tulisan, stiker dan rekaan frame boleh dipilih bagi menjadikan gambar anda benar-benar kreatif serta mendapat pujian rakan-rakan.

Anda bebas menggunakan kreativiti untuk melakukan suntingan pada gambar yang dirakam tanpa perlu memuat turun mana-mana aplikasi dengan mudah.

Peranti ini turut menggunakan sistem operasi MagicOS 8 berasaskan Android 14 yang hadir dengan pelbagai ciri kecerdasan buatan (AI) MagicLM terbina dalam peranti. Ini membolehkan tugasan AI dilakukan tanpa sambungan internet.

Antaramuka juga diberikan nafas baharu dengan kustomasi pada skrin kunci lebih pelbagai, dan mod paparan maklumat ketika dicas. Peranti itu juga memperoleh tangga pertama dalam pengujian peranti DXOMark dengan skor 157 markah.

Ia adalah peranti kelas perdana serta memberi penekanan kepada kecanggihan fotografi, paparan, prestasi dan pengalaman pengguna berkuasa AI.

Ciri Magic Capsule dan Magic Portal

Peranti ini juga menawarkan pengalaman lebih peribadi dan intuitif kepada pengguna menerusi Magic Capsule dan Magic Portal.

Pengguna hanya perlu menyentuh pada ‘banner’ pemberitahuan di bahagian atas skrin dan peranti akan membesarkan Magic Capsule seterusnya mengakses maklumat penting tanpa perlu melayari beberapa aplikasi.

Lebih menarik, pengguna kini boleh mengucapkan selamat tinggal kepada penukaran aplikasi yang membosankan dengan sistem pengendalian MagicOS 8.0 yang menampilkan Magic Portal.

Ciri Magic Portal pada HONOR Magic6 Pro menampilkan AI yang memahami mesej dan tingkah laku pengguna. Ciri ini memudahkan tugas yang rumit menjadi satu langkah sahaja. Sebagai contoh, Magic Portal segera mengenali alamat dalam mesej teks dan mengarahkan pengguna ke Google Map untuk navigasi mudah.

Bagi media sosial seperti TikTok dan Facebook, Magic Portal juga memudahkan akses dan perkongsian maklumat. Pengguna boleh menghantar butiran tempahan atau carian online dengan seret yang mudah. Selain itu, Magic Portal meningkatkan pengalaman membeli-belah dengan membawa pengguna ke platform untuk mencari dan membeli barang yang diingini.

MYDIN, SPayLater Galak Pembayaran Digital Untuk Membeli-belah 

MYDIN, rangkaian pemborong dan peniaga runcit Halal terbesar di Malaysia, mengumumkan berkolaborasi dengan SPayLater sebagai rakan kongsi rasmi Beli-Dulu-Bayar-Kemudian (BNPL) mereka sepanjang Kempen Hari Raya.

Dengan pelancaran kempen “Happening Raya” bermula dari 7 Mac 2024, MYDIN menjalinkan kerjasama dengan SPayLater bagi menawarkan pelanggannya pilihan kaedah pembayaran yang fleksibel serta diskaun untuk persiapan Ramadhan dan Hari Raya mereka.

Sebagai inisiatif bersama untuk meningkatkan penggunaan e-wallet dan pembayaran digital di kedai fizikal MYDIN seluruh negara, SPayLater menawarkan pelbagai kaedah pembayaran bagi pelanggan-pelanggan MYDIN. Pilihan kaedah pembayaran ini membawa fleksibiliti kepada pengguna dan memberi mereka pilihan untuk menguruskan aliran tunai individu semasa membeli barangan keperluan dan untuk persediaan Hari Raya.

Kaedah ini termasuk pilihan pembayaran baharu SPayLater “Bayar Bulan Depan, 0 Kos”, di mana pengguna boleh memilih untuk menyelesaikan pembayaran mereka pada bulan berikutnya tanpa kos  atau caj tambahan. Pilihan ansuran juga terdapat untuk pelanggan dengan pilihan tempoh pembayaran 3, 6, atau 12 bulan dengan yuran pemprosesan sebanyak 1.5%.

Sepanjang tempoh kempen, pelanggan yang membeli-belah di kedai fizikal MYDIN juga layak untuk mendapatkan diskaun RM5 apabila membuat pembelian minimum RM50 menggunakan SPayLater.*

“Musim perayaan merupakan waktu puncak pelanggan membeli- belah dan mencatatkan perbelanjaan tertinggi. Rebat kepada pelanggan adalah salah satu inisiatif untuk membawa lebih banyak kebahagiaan dan kegembiraan pada Aidilfitri ini, selaras dengan kempen MYDIN ‘Happening Raya’ kami.

“Dengan bekerjasama dengan SPayLater, kami berharap dapat membawa kegembiraan kepada persiapan Aidilfitri pelanggan dan pada masa yang sama menggalakkan lebih banyak penggunaan e-wallet. Kami berharap usaha ini dapat  harap akan memenuhi keperluan pelanggan semasa tempoh perbelanjaan puncak, serta meningkatkan kesetiaan pelanggan,” kata Datuk Wira (Dr) Hj Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan MYDIN.”

Untuk menyertai kempen dan menikmati ganjaran-ganjaran ini, pelanggan dengan akaun SPayLater yang aktif hanya perlu menyelesaikan pembelian mereka di kedai fizikal MYDIN menggunakan kaedah pembayaran SPayLater.

Balik Kampung bersama Continental Tyres dan Nikmati Touch ‘n Go E-Wallet sehingga RM200

Dengan Hari Raya semakin berdekatan, Continental Tyres Malaysia, antara perintis dan pengeluar tayar terbesar di dunia, teruja untuk meraikan sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang dengan promosi istimewa untuk pelanggan yang dihargai.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan tayar baharu sempena perayaan ‘balik kampung’,
Continental Tyres akan menawarkan sehingga RM200 dalam bentuk kredit Touch ‘n Go e-
wallet bagi pembelian tayar daripada jenama terpilih Continental, Dunlop & Viking di seluruh negara.

Pelanggan akan layak secara automatik untuk menikmati promosi eksklusif Hari Raya dengan mendaftar Total Confidence Plan (TCP) melalui aplikasi Conti TCP. Memandangkan tawaran istimewa ini diberikan kepada pelanggan baharu serta sedia ada sepanjang tempoh Ramadan dan Aidilfitri.

Kredit Touch ‘n Go e-wallet tersebut hanya akan diterima oleh pelanggan selepas proses pengesahan dan status penebusan.

Total Confidence Plan (TCP), suatu pelan unggul yang menawarkan jaminan tambahan serta pakej komprehensif yang membolehkan pelanggan mendapatkan penggantian tayar satu untuk satu sekiranya berlaku kerosakan tayar berpunca daripada keadaan jalan yang tidak dijangka dalam tempoh satu tahun selepas pembelian.

Pengguna Continental, Dunlop & Viking boleh mendaftar dan memfailkan tuntutan waranti pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja melalui aplikasi Conti TCP yang tersedia di Apple App Store dan Google Play Store.

Tawaran terbaharu Continental akan tersedia dari 15 Mac hingga 30 April, dengan pembelian minimum dua (2) tayar berjenama Continental dari 15” dan ke atas, atau dua (2) tayar berjenama Dunlop & Viking dari 17” dan ke atas. Khas untuk kereta penumpang, SUV, MPV dan 4×4 daripada mana-mana peniaga yang mengambil bahagian di seluruh negara atau di Shopee dan Lazada rasmi Continental, kedai e-dagang untuk menebus kredit Touch ‘n Go e-wallet sehingga RM200.

Proton X90 Dilancarkan Secara Rasmi Di Bangladesh

Model SUV terulung PROTON, Proton X90, telah dilancarkan di Bangladesh pada 29 Februari lalu yang dirasmikan oleh Haznah Md. Hashim, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia
ke Republik Rakyat Bangladesh, Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON dan Romo Rouf Chowdhury, Pengarah Urusan Kumpulan, RANCON Holdings Berhad, pengedar eksklusif dan rakan kongsi perniagaan PROTON di Bangladesh.

Dua varian X90, Flagship dengan enam tempat duduk dan Premium dengan tujuh tempat duduk, ditawarkan kepada pembeli dalam pasaran eksport keempat untuk model itu dan sehingga kini, 25 unit telah didaftarkan dalam tempoh kurang daripada dua minggu selepas pelancarannya.

Bersama-sama dengan Proton X70 yang juga ditawarkan di Bangladesh dan dengan lebih banyak tempahan yang telah disahkan dalam perancangan, PROTON yakin bahawa Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) pertama mereka dapat mencipta pasaran khusus sebelum operasi pemasangan tempatan (CKD) bermula akhir tahun ini.

Dr Li Chunrong berkata, PROTON yakin RANCON Holdings adalah rakan kongsi yang sempurna untuk PROTON berjaya di Bangladesh dan mereka sudahpun menubuhkan rangkaian jualan dan selepas jualan dan akan melabur untuk membina barisan pembuatan untuk memasang kenderaan Proton secara tempatan pada masa hadapan.

Selain daripada membenarkan produknya layak untuk kadar cukai yang lebih rendah, kilang baharu juga menggalakkan pembangunan pekerja tempatan mahir sambil membangkitkan ekosistem vendor melalui pemindahan teknologi.

Operasi disasarkan bermula seawal 2024, dengan piawaian pengeluaran yang ketat
dikuatkuasakan bagi memastikan output sepadan dengan kualiti kenderaan yang dibina di Tanjung Malim.

Maxis, Nokia Perkukuh Kerjasama Pacu Ketersambungan Generasi Akan Datang

Maxis Berhad (Maxis), penyedia telekomunikasi bersepadu terkemuka Malaysia, dan Nokia telah memperkukuhkan kerjasama mereka untuk memacu ketersambungan generasi akan datang.

Perluasan kerjasama jangka panjang antara Maxis dan Nokia ini memfokuskan kepada dua bidang: kolaborasi untuk meningkatkan keselamatan dan kebolehpercayaan rangkaian, serta pelantikan Nokia oleh Maxis sebagai sebuah rakan untuk membina sebahagian daripada ekosistem Teras 5G Maxis bagi memenuhi keperluan ketersambungan masa
hadapan.

Kolaborasi tersebut telah dimeterai di sebuah majlis Memorandum Persefahaman (MoU) di Pavilion Malaysia sempena Mobile World Congress 2024 yang diadakan di Barcelona baru-baru ini, disaksikan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. Turut hadir Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

Sebagai sebahagian daripada kolaborasi tersebut, Maxis akan bekerjasama dengan Nokia untuk menerokai pelaksanaan teknologi yang lebih baharu bagi mengukuhkan lagi rangkaian Maxis, meningkatkan keselamatan dan kebolehpercayaan.

Ini termasuk rangkaian optik selamat kuantum (quantum-safe optical networking) yang melindungi daripada ancaman kedua-dua komputer klasikal dan kuantum.

Tambahan pula, kedua-dua syarikat akan meneroka inovasi yang boleh memudahkan keterhubungan yang cekap dan boleh diskala merentas persekitaran awan untuk memperkukuh keselamatan rangkaian, turut memanfaatkan pelanggan perusahaan dengan keselamatan yang diperkukuh.

Langkah-langkah ini adalah sejajar dengan peningkatan dalam keperluan untuk infrastruktur rangkaian yang boleh menyokong kesalinghubungan yang teguh dan pertukaran data rentas sempadan yang lancar, disokong oleh pusat data optik yang lebih selamat.

Maxis baru-baru ini telah memilih Nokia sebagai sebuah rakan utama untuk membina sebahagian daripada ekosistem Teras 5G Maxis bagi memenuhi keperluan ketersambungan masa hadapan.

Ini termasuk penggunaan penyelesaian berasaskan awan yang akan
membolehkan Maxis memanfaatkan sepenuhnya keupayaan 5G, dengan kefungsian, kebolehpercayaan dan kecekapan yang lebih baik dalam memacu penawaran 5G generasi akan datang.

Menangi Tesla, Vespa Dalam Kempen ‘Dimensi Raya Paling Unik’ Watson

Watsons Malaysia telah melancarkan kempen ‘Dimensi Raya Paling Unik’ bagi memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri pada tahun ini.

Kempen yang berlangsung pada 14 Mac sehingga 22 April ini menawarkan pelbagai hadiah menarik terutamanya kepada semua ahli watsons bernilai RM5,888,888 termasuk sebuah kereta elektrik, Tesla model Y dan sebuah motosikal Vespa.

Bersempena pelancaran kempen ini, turut dipersembahkan sebuah filem pendek yang diterajui oleh artis yang juga duta Watsons, Ayda Jebat dan personaliti terkenal Malaysia lain seperti Sabri Yunus, Angeline Tan, Nadhir Nasar, Catriona Ross, Nazruddin Rahman, Ropie dan COEX.

Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh berkata, kempen raya tahun ini menekankan komitmen pihaknya untuk menyatukan rakyat Malaysia ketika musim perayaan.

“Filem kami yang diinspirasikan oleh dimensi pelbagai dunia, menceritakan perjalanan Ayda ketika beliau meneroka pelbagai alam dimensi demi mencari makna sebenar ikatan kekeluargaan.

“Pada awalnya, Ayda ingin mengalami dinamik keluarga yang berbeza dalam menyambut raya, tetapi akhirnya beliau sedar bahawa kebahagiaan sebenar semestinya bersama keluarga, dan ini membawa beliau bersatu semula dengan keluarganya yang tersayang”

“Kami berharap cerita yang menyentuh hati ini akan membangkitkan rasa penghargaan dan menginspirasi rakyat Malaysia untuk menghargai dan membina hubungan yang lebih baik dengan orang tersayang ketika menyambut perayaan yang istimewa ini,” katanya.

Watsons Malaysia juga telah menyumbangkan produk kesihatan, kecantikan dan keperluan asas kepada 17 buah organisasi kebajikan bernilai lebih RM160,000 dan mendermakan 10 alatan bantuan pendengaran kepada Persatuan Orang Pekak Malaysia berjumlah RM24,000.

Caryn berkata, pemberian sumbangan ini diharapkan dapat memberi kegembiraan dan impak besar kepada mereka yang memerlukan sempena Aidilftri tahun ini.

Sempena kempen ini Watsons menawarkan diskaun sehingga 60% untuk barangan kedua bagi pembelian di outlet dan dalam talian. Ahli Watsons juga berpeluang memenangi beg jinjing edisi terhad, sampul raya, bekas makanan seramik dengan pembelian bermula RM80 dan ke atas.

Bagi ahli Elit Watsons, setiap pembelian dalam talian bernilai RM280, ahli berpeluang mendapatkan set dari Naturals by Watsons secara percuma. Unik Plushie edisi terhad berharga RM30.88 atau dengan satu eStamp pada harga RM23.90 dan hasil jualan akan disalurkan kepada Pertubuhan Kebajikan Pusat Jagaan Mesra.

Selain daripada promosi dan tawaran menarik ini, #KakiWatsons juga boleh menantikan Resipi Raya Sihat yang dihasilkan oleh pencipta kandungan makanan @hichizarai, tip dan rahsia kecantikan dan kesihatan di edisi Glow TV Raya, Dimensi Raya E-Bazaar yang berlangsung antara 18 Mac dan 28 Mac, dan Jualan Dalam Talian Watsons 4.4 yang istimewa yang berlangsung dari 29 Mac hingga 7 April.

Cipta kenangan unik bersama orang tersayang anda di hari raya dan lawati www.watsons.com.my atau muat turun aplikasi mudah alih Watsons di Apple Store, Google Play Store, dan Huawei AppGallery.

Kembalikan Nostalgia Balik Kampung Bersama Chef Wan Ramadan Ini

Menjelang bulan Ramadan yang mulia, De.Wan 1958 oleh Chef Wan di Bangi Resort Hotel hari ini melancarkan Bufet Ramadan bertemakan “Balik Kampung” yang amat dinanti-nantikan, menjanjikan perjalanan kulinari yang dipenuhi dengan rasa dan tradisi Melayu asli.

Tema “Balik Kampung” mengimbau nostalgia balik ke kampung halaman dan akan menyaksikan chef kesayangan ramai, Chef Wan mempamerkan kepakaran kulinarinya melalui seleksi hidangan tradisional yang disusun rapi.

Setiap hidangan telah disediakan dengan teliti untuk membawa tetamu mengimbau kembali memori “Balik Kampung” di Bangi Resort Hotel. Di samping itu, di The Linc KL dan Pusat Membeli-belah Bangsar, tetamu De.Wan 1958 akan dapat menikmati hidangan tema Juadah Desa yang menampilkan pengalaman kulinari unik yang menyerlahkan kepelbagaian rasa desa.

Hidangan bufet di ketiga-tiga lokasi itu akan menampilkan pilihan hidangan tradisional Melayu yang pelbagai, hasil rekaan oleh pakar iaitu Chef Wan dan pasukan kulinarinya.

Chef Wan yang juga dikenali sebagai Datuk Redzuawan Ismail meluahkan rasa terujanya, Ramadhan ini, kami menjemput anda untuk memulakan perjalanan kulinari dengan meraikan tradisi kita pulang ke kampung halaman dan bertemu dengan orang tersayang.

Hidangan popular yang boleh didapati di bufet termasuk Peha Kambing dan Lemang Pulut Hitam yang lazat, dihidangkan bersama Seruding Daging & Ayam. Hidangan bufet boleh dinikmati dari 15 Mac – 8 April 2024, setiap petang dari 6:30 petang hingga 9:30 malam.

Pelanggan terawal boleh merebut peluang untuk menikmati pengembaraan gastronomi ini pada harga eksklusif bermula RM138 di Bangi Resort Hotel dan RM158 di The Linc KL dan Bangsar Shopping Centre. Harga biasa ditetapkan pada RM158 untuk Bangi Resort Hotel dan RM188 untuk The Linc KL dan Bangsar Shopping Centre Mall.

HONOR Akan Buka Pusat Perkhidmatan Eksklusif Pertama di Pavilion Embassy

HONOR akan melancarkan pusat perkhidmatan eksklusif yang pertama di Pavilion Embassy, Kuala Lumpur pada 17 Mac ini. Kemudahan ini menjanjikan perkhidmatan pelanggan yang terbaik.

Pengguna HONOR yang mengunjungi pusat perkhidmatan eksklusif HONOR pada hari pelancaran akan mendapat beberapa tawaran istimewa seperti di bawah:
a) Untuk tempoh satu minggu dari 17 Mac, perkhidmatan penggantian pelindung skrin adalah percuma bagi mana-mana peranti HONOR;
b) Untuk tempoh tiga hari dari 17 Mac, pembaikan percuma diberikan untuk mana-mana peranti HONOR yang telah tamat jaminan; dan
c) Pada 17 Mac, pengguna HONOR akan membawa pulang satu hadiah misteri, sementara stok masih ada.

Bayar Deposit RM66 untuk Dapatkan HONOR Magic6 Pro

Sementara itu, HONOR menawarkan bayaran deposit sebanyak RM66 untuk menempah HONOR Magic6 Pro menerusi tawaran awal Early Bird Special dan tawaran ini sehingga 20 Mac.

Nikmati hadiah eksklusif bernilai sehingga RM2,259 terdiri daripada HONOR SuperCharge Wireless Charger Stand, HONOR Watch 4, HONOR Earbuds X6, Setahun Jaminan Tambahan dan Gantian Retak Depan dan Belakang 365 Hari.

Selain itu, pembeli Early Bird Special layak mendapatkan 5 kali ganda rebat deposit ketika membuat pembayaran penuh.

Nantikan Pelancaran HONOR Magic6 Pro Pada 20 Mac

Jangan lupa menyaksikan pelancaran rasmi HONOR Magic6 Pro pada 20 Mac ini. Siaran langsung pelancaran boleh disaksikan menerusi laman Facebook HONOR Malaysia pada jam 3 petang. The HONOR Magic6 Pro akan menjadi peneraju dalam dunia telefon pintar, inovasi dan teknologi.

Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Magic6 Pro, sila layari https://bit.ly/HONORMagic6ProPR

LG Rent-Up Upgrades And Transforms The Future Of Living In Malaysia

LG Electronics (M) Sdn Bhd is proud to announce the launch of LG Rent-Up TM , marking the debut of the first comprehensive home appliance rental service in Malaysia.

This innovative rental programme offers Malaysians unprecedented flexibility and affordability in owning or upgrading their homes with the latest smart home appliances from LG.

Gone are the days of daunting upfront costs and outdated appliances. LG Rent-Up empowers Malaysians to elevate their living spaces with peace of mind and convenience, all while maintaining financial stability.

With a diverse selection of LG home appliances available across nine LG product lines including water purifiers, air purifiers, air conditioners, washing machines, refrigerators, TVs and more, Malaysians can now effortlessly upgrade their homes with a minimum flexible rental period of 5 years to a maximum period of 7 years, depending on the range of products chosen.

“We are thrilled to introduce our comprehensive LG Rent-Up rental programme to fellow Malaysians. With LG Rent-Up, we aim to redefine the rental experience by equipping Malaysians with our innovative products and services, without the weight of extravagant upfront payments,” said Justin Choi, Managing Director of LG Malaysia.

To ensure that consumers have access to high-quality smart home appliances, LG products come with a comprehensive service package encompassing self-service and regular visits from LG technicians, along with seamless integration with the LG ThinQ app, enabling users to
monitor their rented product status effortlessly.

Alongside expert consultation, free delivery and installations, and dedicated customer support, LG Rent-Up TM offers a standard warranty throughout the rental period.

Post Menarik