ZENSO, jenama pelangsingan badan terkemuka, sangat teruja untuk mengumumkan kerjasamanya dengan pelakon Melayu ternama tanah air, Diana Danielle sebagai Rakan ZENSO.
Kerjasama yang menarik ini bertepatan dengan pelancaran produk berperisa baharu ZENSO, KURO DAITTO Matcha yang dihasilkan menggunakan serbuk matcha premium Niko Neko.
Diana Danielle menerajui kempen Zenso Cafe yang berlangsung dari 21 Mac hingga 30 April 2024 di Elephant Resort Cafe, One Utama, dengan slogan “Let’s ZEN-SO Confident with Diana Danielle!”
Mesej ini sangat bermakna bagi Diana, yang sentiasa menyokong ”body positivity” dan mencapai bentuk tubuh badan yang sihat dan cergas. Melalui platform media sosialnya, Diana berhasrat untuk memperkasakan individu tanpa mengira umur atau kerjaya dalam berusaha untuk menambahkan keyakinan diri.
Sebagai ibu dan wanita berkerjaya yang sibuk, Diana memahami cabaran yang dihadapi oleh kalangan wanita dalam pengurusan berat badan. Kerjasama yang terjalin antara ZENSO dan Diana dianggap bagai bulan jatuh ke riba kerana tepat dengan jadualnya yang ingin mendapatkan bentuk tubuh badan yang langsing demi projek penggambaran terbarunya dan di dalam bulan Ramadan.
Selepas mencuba produk ZENSO selama dua minggu, Diana berjaya menurunkan berat badan sebanyak 3-4kg dan bercadang untuk meneruskan penggunaan produk ke dalam rutin harian bagi mengekalkan kelangsingan tubuh dan juga mengelakkan berat dari bertambah semula.
Diana berjaya menggunakan pelbagai produk ZENSO di dalam rutin kehidupan hariannya,
termasuk KURO SHUGA, KURO OIRU, KURO DAITTO dan KURO MIZU. Beliau menyukai
pendekatan komprehensif ZENSO, termasuk aplikasi pelangsingan yang boleh disesuaikan
mengikut individu dan akses kepada pakar pemakanan yang mana telah memudahkan
perjalanan penurunan berat badannya.
realme, jenama teknologi terkemuka yang terkenal dengan komitmennya terhadap inovasi dan reka bentuk yang mengutamakan pengguna, teruja untuk melancarkan realme 12 5G sebagai sebahagian daripada siri 5G realme 12.
Penambahan terbaharu ini menetapkan penanda aras baharu dengan menampilkan keupayaan potret yang ultra-jelas dan fungsi yang tiada tandingan, yang dijayakan dengan kamera utama 108MP, storan sangat besar dan Butang Dinamik (Dynamic Button) Pertama Android.
realme 12 5G dijual serendah RM1,099 dan boleh didapati untuk pembelian di seluruh negara sekarang.
Memahami keperluan generasi muda, realme 12 5G menyediakan pengalaman teknologi yang melebihi jangkaan menerusi pelbagai aspek.
Kamera Potret 108MP Ultra-jelas dengan Zum Sehingga 20x
Dari zum tanpa-hilang 3X sehingga zum 20X, realme 12 5G mencabar kebiasaan dengan membawa kamera utama 108MP ultra-jelas yang berkemampuan fokus ultra panjang tidak seperti yang lain dalam segmennya.
Dibangunkan dengan kerjasama ahli sinematografi pemenang Oscar Claudio Miranda, pengguna boleh menikmati kesan kabur latar belakang peringkat DSLR yang sangat menonjolkan subjek.
Selain itu, ia meningkatkan pengalaman fotografi dengan Mod Potret Kumpulan – mampu mengecam sehingga 10 individu – yang menghalang herotan, serta Penapis Kamera Induk di mana pengguna boleh meneroka tiga penapis filem unik — Journey, Memory, dan Maverick — direka oleh sinematografer terkemuka, memastikan setiap tangkapan menghasilkan potret berkualiti sinematik.
Storan Besar 512GB, Boleh Menyimpan Sehingga 120,000 Gambar
Pengguna telefon pintar moden sering berhadapan dengan isu storan ROM, dan itu bukan masalah dengan realme 12 5G. Telefon pintar ringan ini dilengkapi dengan storan 512GB yang luas yang boleh menyimpan sehingga 120,000 gambar. Sementara itu, ia disokong oleh RAM Dinamik 16GB untuk operasi selicin sutera, walaupun untuk berbilang tugas.
Bermula pada RM1,099, realme 12 5G menawarkan pengalaman yang tidak terlawan pada nilai yang tiada tandingan. Selain daripada semua ciri yang dinyatakan di atas, peranti tersedia NFC 360° mempunyai pemproses Dimensity 6100+ 5G yang berkuasa, menampilkan seni bina 8-teras dan teknologi proses 6nm untuk memenuhi permintaan pengguna dengan mudah.
realme 12 5G yang diuji rapi didatangkan dengan gabungan 5000mAh dan pengecasan pantas 45W, rintangan habuk dan air IP54 serta pembesar suara dwi stereo.
Dr. Kasuma Satria, Ketua Pegawai Sumber Manusia dan Pengarah Komunikasi
Korporat AEON (tiga dari kiri) sama-sama menyediakan bubur lambuk
bersama wakil rakan niaga yang lain
AEON menyemarakkan suasana sambutan Ramadan tahun ini dengan mengedarkan lebih 30,000 pek bubur lambuk di 34 cawangan seluruh negara. Acara yang dilaksanakan secara berperingkat ini bermula dari 23 Mac hingga 31 Mac 2024.
Program bubur lambuk AEON ini merupakan acara tradisi yang telah dilaksanakan oleh AEON sejak sekian lama. Ia bertujuan mendekati masyarakat di samping berkongsi kemeriahan dengan orang ramai khasnya pengunjung pasar raya AEON dan juga kepada mereka yang memerlukan.
Menurut Dr. Kasuma Satria Mat Jadi, Ketua Pegawai Sumber Manusia dan Pengarah Komunikasi Korporat AEON, “Di samping mendekatkan diri kami dengan masyarakat, aktiviti ini juga mampu menceriakan silaturrahim di kalangan warga AEON.
Sukarelawan AEON sibuk menyediakan bubur lambuk
“Kami amat bersyukur kerana tahun ini merupakan tahun ke-40 AEON berada di hati pengguna negara ini. Jadi kami ingin menyambut Ramadan tahun ini dengan lebih kesyukuran. Program ini merupakan tanda terima kasih AEON kepada semua pelanggan yang telah bersama AEON selama ini.” katanya.
Setiap proses penyediaan dan agihan bubur lambuk untuk program ini dilakukan sendiri secara gotong royong oleh warga AEON bersama komuniti setempat dan pihak berkuasa tempatan.
Antara program yang telah berlangsung ialah Program Kembara Ramadan yang diadakan di AEON Mall Kota Bharu Kelantan pada 23 Mac 2024. Di dalam program ini, AEON Mall Kota Bharu telah mengagihkan 1,500 pek bubur lambuk kepada pengunjung dan juga keluarga yang memerlukan.
Dr. Kasuma Satria, Ketua Pegawai Sumber Manusia dan Pengarah Komunikasi Korporat AEON turut sama membantu mengagihkan bubur lambuk kepada pengunjung AEON Mall Kota Bharu
Program ini merupakan kolaborasi AEON Mall Kota Bharu bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan, Koperasi Pengilang Produk F&B Berhad, Kelab KB Underground dan beberapa rakan niaga AEON yang lain.
Sementara itu, Yayasan AEON Malaysia (MAF) juga akan mengagihkan 1,000 pek bubur lambuk kepada pesakit, pelawat, dan petugas barisan hadapan di Hospital Tunku Azizah di Kuala Lumpur melalui program AEON Mesra Ramadan.
MAF merupakan cabang tanggungjawab korporat AEON yang melaksanakan pelbagai program bantuan dan sokongan untuk komuniti yang memerlukan.
“DI AEON kami sentiasa mengutamakan kesejahteraan masyarakat sekiling kami. Kami ingin menjadikan AEON bukan sahaja sebagai tempat membeli belah tetapi juga sebuah syarikat yang sentiasa menyantuni ekosistemnya melalui program kelestarian dan kemasyarakatan yang sihat. Kami amat bersyukur kerana dapat terus beroperasi selama 40 tahun dan ingin meraikan kejayaan ini bersama pelanggan dengan terus mengukir senyuman dan mengikat hati.” katanya.
Produk CeraVe kini kian mendapat tempat di hati wanita, tidak pelajar universiti, wanita bekerjaya mahupun suri rumah, rata-rata ramai yang berpuas hati menggunakan produk ini.
CeraVe mempunyai pelbagai jenis produk untuk kegunaan harian dan kecantikan wanita masa kini, mengandungi bahan terbaik semestinya sesuai untuk semua jenis kulit.
CeraVe diperkenalkan pada tahun 2005 untuk menangani masalah dermatologi kulit yang sering berasal daripada penurunan kadar ceramide dalam kulit. Masalah ini turut menyebabkan penghalang kulit terganggu seterusnya mengakibatkan masalah kulit seperti dehidrasi kulit, kekeringan, dan kerengsaan.
Berdasarkan pemahaman saintifik ini, satu panel pakar dermatologi bertauliah telah memformulasikan CeraVe dengan ceramide yang sama dengan kulit manusia (Ceramide 1,3 dan 6-II), asid lemak dan lipid lain, dan disalurkan secara berkesan melalui MultiVescular Emulsion Technology (MVE).
Teknologi inovasi MVE ini bukan sahaja dapat memulihkan fungsi penghalang kulit, malah juga memberikan kelembapan berpanjangan serta mengekalkan kulit yang sihat dan selesa dengan satu kali aplikasi sahaja.
Pengurus Besar L’Oreal Malaysia Dermatological Beauty, Ashlee Ng berkata, pihaknya menekankan kepentingan aksesibiliti kepada produk-produk yang disyorkan oleh pakar dermatologi.
“Dengan hanya satu pakar dermatologi untuk setiap 241,000 orang di Malaysia, ramai individu tidak mempunyai akses kepada cadangan penjagaan kulit profesional. Dikenali secara global kerana keberkesanannya dalam mengembalikan penghalang kulit semulajadi, CeraVe menyasarkan untuk merapatkan jurang akses ini kepada rakyat Malaysia.”
“Berbanding dengan pelembap dengan formulasi pelepasan tunggal yang lazim, Teknologi MVE unik CeraVe dapat menyalurkan dan melepaskan ceramides yang penting sepanjang hari selepas hanya satu aplikasi lantas dapat memberikan penghidratan berpanjangan. Ini membantu memastikan kulit sentiasa lembap serta memastikan kesihatan kulit meningkat.
“Kami komited dalam meluaskan rangkaian produk penjagaan kulit dicipta khas seperti CeraVe di Malaysia, di samping memperkasa seseorang individu dengan pengetahuan menjaga kulit, yang akan menyumbang kepada peningkatan kesihatan kulit untuk lebih ramai orang” katanya.
Formulasi CERAmides dengan teknologi MVE telah membawa kepada penciptaan CERAVE, yang mampu dimiliki, mudah diakses dan memberi penjagaan kulit terapeutik untuk semua.
Produk utama CeraVe yang diperkenalkan di Malaysia adalah:
Krim Pelembap – Sesuai untuk pengguna yang mempunyai kulit kering sehinggalah kulit yang sangat kering, krim pelembap CeraVe ini memberikan penghidratan selama 48 jam.
Losyen Pelembap – Sesuai untuk pengguna yang mempunyai kulit normal atau kering, formulasi bebas minyak CeraVe yang ringan ini memberikan penghidratan selama 24 jam.
Pembersih Berbuih – Pembersih berbuih lembut CeraVE menanggalkan kotoran, minyak, dan solekan tanpa menjadikan kulit terasa tegang atau kering.
Pembersih Hidrasi – Pembersih hidrasi CeraVE membersih secara mendalam, menanggalkan minyak berlebihan dan menyegarkan kulit tanpa mengganggu penghalang semulajadi kulit.
Losyen Pelembap Muka AM – Losyen Pelembap SPF 30 dengan spektrum luas CeraVe memberikan penghidratan berterusan dan pelindungan harian terhadap kerosakan UV.
Losyen Pelembap Muka PM – Menghidrasi, mereda dan melegakan kulit sambil melindungi penghalang semulajadi kulit.
Selepas dilancarkan bersama telefon pintar flagship baharu Siri Magic HONOR pada minggu lalu, HONOR Pad 9 boleh dibeli di kedai seluruh negara mulai hari ini.
Tablet terbaharu ini mempunyai reka bentuk menawan dan memberi pengalaman audiovisual menakjubkan. Ia adalah peranti terbaik untuk melakukan kerja dan berhibur.
HONOR Pad 9 tersedia dalam dua warna menarik iaitu Space Gray dan Cyan Lake. Tablet ini didatangi dalam dua versi iaitu Wi-Fi sahaja dan 5G. Model Wi-Fi ditawarkan pada harga RM1,499 dan akan mula dijual seluruh negara pada 28 Mac.
Turut disertakan adalah hadiah percuma bernilai RM698, termasuk papan kekunci pintar HONOR Pad 9 Smart Bluetooth Keyboard dan pen HONOR CHOICE Pencil. Dengan aksesori tersebut, HONOR Pad 9 pasti melancarkan tugasan pengguna sama ada untuk belajar, kerja atau menghasilkan seni.
HONOR Pad 9 boleh dibeli di pelbagai platform seperti laman web rasmi HONOR, Kedai HONOR, Shopee, Lazada, TikTok Shop, dan juga pengedar sah Harvey Norman, Senheng, SenQ, dan Urban Republic.
Sementara itu, HONOR Pad 9 edisi 5G akan mula dijual pada 19 April ini. Berikut beberapa ciri menarik tentang tablet tersebut.
Paparan Keselesaan Mata 2.5K 12.1 inci
Pengguna pasti terpesona dengan Paparan Keselesaan Mata 2.5K 12.1 inci yang menakjubkan. HONOR Pad 9 mempunyai kadar segar semula 120Hz dan nisbah skrin ke badan adalah 88%, menghasilkan imej yang jelas dan terang. Menampilkan resolusi 2560×1600 piksel dan menyokong 1.07 bilion warna, tablet ini menjanjikan pengalaman visual menyeronokkan.
HONOR Pad 9 turut mengutamakan kesihatan mata dengan menyertakan ciri-ciri keselesaan mata Pemalapan Dinamik dan Paparan Malam Sirkadia. Kini pengguna tidak perlu bimbang keletihan mata selepas menggunakan tablet ini untuk tempoh lama. Paparan peranti ini turut menerima pensijilan daripada TÜV Rheinland untuk Cahaya Biru Rendah dan Bebas Kerlipan yang meghasilkan warna lebih warm bagi tontonan lebih selesa.
Lapan Pembesar Suara Keliling
Tablet ini didatangi dengan lapan pembesar suara dengan dua di bahagian bawah peranti untuk menghasilkan audio 360 darjah bertenaga dan dinamik dari pelbagai arah untuk menghasilkan bunyi keliling yang sinematik.
Teknologi penalaan bunyi HONOR Histen dan Bidirectional Vocal Enhancement menghasilkan bunyi yang sangat jelas, sesuai untuk membuat panggilan audio atau strim video.
Storan Besar 256GB
HONOR Pad 9 hadir dengan HONOR RAM Turbo 8GB yang boleh dipertingkatkan kepada 16GB dan mempunyai 256GB untuk menyimpan lebih banyak koleksi gambar, dokumen atau video. Pada masa sama, memberi prestasi melakukan pelbagai tugas dengan lancar.
Sambungan Sepantas Kilat
HONOR Pad 9 menawarkan dua versi iaitu Wi-Fi sahaja dan 5G. Tablet ini menjanjikan penyambungan sepantas kilat bagi membolehkan muat turun yang lebih pantas dan penstriman lancar.
Dikuasakan oleh cipset mudah alih Qualcomm® Snapdragon® 6 Gen 1, HONOR Pad 9 dimuatkan bateri berkapasiti besar 8300mAh untuk kegunaan sepanjang hari. Dengan sekali cas, HONOR Pad 9 mampu bertahan sehingga 11 jam penstriman video, 11 jam melayari media sosial atau 15 jam penstriman muzik. Ia disokong pengecas pantas berwayar HONOR SuperCharge 35W.
Produktiviti Tahap PC
Kebolehan HONOR Pad 9 dipertingkatkan dengan dua aksesori pintar iaitu papan kekunci pintar HONOR Pad 9 Smart Bluetooth Keyboard yang memberi pengalaman seperti menggunakan laptop. Papan kekunci tersebut mempunyai sudut lebar ergonomic untuk keselesaan.
Manakala pen HONOR CHOICE Pencil memberikan ketepatan dan kelancaran dalam setiap seretan. Pen ini mempunyai aliran dakwat dan kepekaan tekanan responsif yang mencapai tahap 4096 yang mengagumkan, sekaligus melancarkan pengalaman menulis.
Pengalaman Pintar
HONOR Pad 9 menawarkan pengalaman pengguna yang canggih dengan akses kepada ciri-ciri pintar dan diperibadikan. Antaranya ialah HONOR Connect yang menyelaraskan kerjasama antara peranti untuk perkongsian rangkaian yang lancar, panggilan, pemberitahuan dan mengakses aplikasi merentas tablet dan telefon pintar. Ciri ini menyokong kolaborasi multi skrin, memperkasakan pengguna untuk menggunakan sehingga empat aplikasi serentak dengan mudah di satu skrin.
Keupayaan pintar ini digabungkan dengan ciri keselesaan mata, kecekapan dan paparan sinematik terbaik untuk mengimbangi kerja dan berhibur.
Telefon pintar flagship terbaharu Siri Magic HONOR yang dinanti-nantikan, HONOR Magic6 Pro mula dijual di seluruh negara esok.
Selepas pelancaran pada minggu lalu, telefon pintar terkemuka dalam industri ini menjadi bualan hangat ramai kerana menawarkan inovasi terkini. Peranti ini berjaya mencapai lima rekod DXOMARK bagi kategori Kamera, Paparan, Audio, Swafoto dan Bateri. Malah, HONOR Magic6 Pro turut menerima lima Gold Label bagi kesemua kategori tersebut.
HONOR Magic6 Pro hadir dengan 12GB RAM dan storan besar 512GB. Ia ditawarkan dalam warna hijau cair Epi Green dan hitam Black pada harga RM4,499. Dengan setiap pembelian, pelanggan akan membawa pulang hadiah percuma bernilai sehingga RM1,197 merangkumi HONOR Earbuds X6, Satu Tahun Jaminan Tambahan serta Gantian Retak Depan dan Belakang 365 Hari.
Mulai 28 Mac, HONOR Magic6 Pro tersedia di pelbagai platform, termasuk laman web rasmi HONOR, Kedai HONOR, Shopee, Lazada, TikTok Shop dan pengedar sah Harvey Norman, Senheng, SenQ, dan Urban Republic.
HONOR Magic6 Pro DXOMARK
HONOR turut menawarkan pilihan pembayaran lebih mudah dengan pelan ansuran 0% selama 6 hingga 24 bulan. Pelanggan kini boleh membeli HONOR Magic6 Pro dengan bayaran serendah RM187 sebulan*.
*Berdasarkan pelan ansuran 24 bulan dan tersedia untuk bank terpilih. Sila semak dengan kedai berkaitan atau bank anda mengenai ketersediaan pelan ansuran.
Kamera Magis: Kamera Tele-falcon 180MP
Tangkap gambar jarak jauh yang jelas dan terang dengan Kamera Tele-falcon 180MP, sekaligus menjadikan HONOR Magic6 Pro peranti terbaik untuk fotografi sukan. Ia turut didatangi Kamera Utama Super Dynamic Falcon 50MP dan Kamera Ultra Lebar 50MP untuk menghasilkan gambar menawan.
Skrin Magis: Pelindung NanoCrystal HONOR, 10 kali ganda lebih rintangan jatuh
Mengenai ketahanan pula, skrin HONOR Magic6 Pro sangat tahan lasak kerana diperbuat daripada Pelindung NanoCrystal HONOR yang adalah 10 kali ganda lebih rintangan jatuh berbanding kaca biasa. Skrin ini turut menerima pensijilan Overall Glass Drop Resistance Ability lima bintang daripada SGS dalam pelbagai senario.
Bateri Magis: Bateri Karbon Silikon 2.0 5600mAh
HONOR Magic6 Pro dimuatkan dengan bateri karbon silikon generasi kedua 5600mAh yang mampu bertahan sepanjang hari. Ia turut disokong dengan pengecas pantas berwayar HONOR Wired SuperCharge 80W dan mencapai bateri penuh dalam tempoh kurang daripada 40 minit.
Pengalaman Magis: MagicOS 8.0 dan Magic Portal
Peranti ini dikuasakan dengan Android 14 dan cip mudah alih terbaharu Snapdragon 8 Gen 3, menjadikan HONOR Magic6 Pro telefon pintar berkuasa yang menyampaikan prestasi luar biasa dan kebolehan kecerdasan buatan (AI) untuk keterhubungan lancar.
Menerusi sistem operasi MagicOS 8.0, seret, kongsi maklumat dan berhubung kini di hujung jari sahaja. Ciri Magic Portal menggunakan teknologi AI untuk memahami apa yang ingin dilakukan pengguna dan memudahkan tugas tersebut.
Sebagai contoh, sekiranya pengguna menerima mesej mengenai alamat ke sesuatu lokasi, hanya perlu menekan lama pada teks tersebut dan menarik ke aplikasi pilihan dalam menu di kanan peranti. Selain itu, teks atau imej juga boleh diseret ke dalam emel atau memuatnaik di media sosial dengan mudah. Perkongsian kandungan kini lebih pantas dan cekap.
Auto Bavaria, rangkaian pengedar bertauliah BMW terbesar di Malaysia, mempersembahkan bilik pameran terbaharunya yang telah ditambah baik, menampilkan kemudahan yang dinaik taraf dan perkhidmatan yang diperbaharui bersesuaian dengan pelanggan yang peka pada kemodenan.
Terletak di Chan Sow Lin (CSL), bilik pameran yang dipertingkat ini akan mempamerkan
kenderaan daripada portfolio BMW Premium Selection (BPS) serta MINI Used Car Next (MUCN).
Pengarah Urusan di BMW Group Malaysia, Benjamin Nagel berkata, “Pembaharuan Auto Bavaria CSL mencerminkan komitmen BMW Group Malaysia untuk memajukan mobiliti individu premium melalui penambahbaikan dan peningkatan yang berterusan.
Komitmen ini termasuklah penambahbaikan terhadap perkhidmatan dan kemudahan bilik pameran, serta penambahan infrastruktur pengecas kenderaan elektrik.
Auto Bavaria CSL memperlihatkan dedikasi kami untuk menawarkan pengalaman mewah kepada pelanggan dalam perjalanan pemilikan premium mereka, serta mengukuhkan komitmen kami yang tidak berbelah bahagi untuk memberikan Sheer Driving Pleasure.”
Vi Thim Juan, Pengarah Urusan Auto Bavaria berkata, “Dengan transformasi bilik pameran terkini ini, kami amat teruja untuk mengalu-alukan kehadiran pelanggan ke ruang pengedar yang telah dinaik taraf, dalam memberikan pengalaman pemilikan premium kepada mereka.
Auto Bavaria CSL yang diberi nafas baharu ini menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang canggih sejajar dengan pengalaman kami selama 36 tahun dalam menyampaikan Sheer Driving Pleasure, serta menegaskan komitmen kami untuk memberikan kecemerlangan tertinggi dalam khidmat pelanggan.”
Introducing Samsung Knox Vault, your Guardian in the Digital Realm, now available on the new Galaxy A55 5G and A35 5G. Seamlessly integrated, Knox Vault fortifies your device against sophisticated threats, safeguarding personal data during web browsing, emailing, and app usage.
In today’s digital age, the risks of mobile security breaches are ever-present. When your phone gets stolen, unauthorized access to personal information like contacts, emails, and social media accounts becomes a concern.
Without proper protection, these data may be exploited for fraudulent activities. However, with Knox Vault, your data remains secure and inaccessible to unauthorized users, offering
you a peace of mind.
Knox Vault provides robust protection against hardware attacks, ensuring your device and personal information are shielded from potential threats. Certified with a prestigious high evaluation assurance level (EAL 5+), Knox Vault creates a fortified environment that prioritizes your data privacy and security.
Furthermore, the Galaxy A55 5G and A35 5G redefine awesome by introducing advanced Knox security features and delivering an unparalleled mobile experience. With features like
Nightography, you can capture stunning low-light photos with exceptional clarity.
Whether you’re streaming music, gaming, or watching shows, Knox Vault operates in the background, safeguarding your device without compromising your data or device integrity.
The Galaxy A55 5G and Galaxy A35 5G have made their debut in Malaysia, now available
nationwide! These devices represent the next level of awesome, featuring advanced Knox security features and delivering an unparalleled mobile experience.
To celebrate their arrival, customers can enjoy special promotions worth up to RM828. Don’t miss out on this awesome opportunity to elevate your mobile experience with Samsung’s latest smartphones!
Did you know, Samsung’s wide range of devices and technology can help every student not just get work done, or to play how they want, but also rule the school year?
Check out how products like the Galaxy Buds FE, Galaxy S23 FE, Odyssey OLED G9 and more can help you up-rank your school life and also make 2024 your era for artistic passions, active living or even content creation.
realme, a prominent technology brand known for its commitment to innovation and user-centric design, is thrilled to announce its limited-time sales campaign from 24 March, where shoppers can bring home the newly launched realme 12 Pro+ 5G, realme Smart TV and more at discounts of up to 57% on top of vouchers worth up to RM200.
From 24 March (8pm) to 27 March, Lazada shoppers can get Lazada Bonus, and Lazada vouchers of up to RM120 for select realme devices.