Utama Blog Halaman 199

Balai Seni Negara Anjur Pameran Sunyi, Simposium Bakat Mudah Sezaman 2024

Orang ramai dijemput untuk melawat Pameran Sunyi yang berlangsung bermula 15 hingga 24 November 2024, jam 5.00 petang hingga 10.00 malam di Hospital Lama Kuah, Langkawi dan menyertai Simposium Bakat Muda Sezaman 2024 bermula pada 15 hingga 17 November 2024 di Hotel Grand Continental Langkawi

Balai Seni Negara akan menganjurkan sebuah pameran seni kontemporari bertajuk Pameran Sunyi, yang akan berlangsung dari 15 hingga 24 November 2024 di Hospital Lama Kuah, Langkawi dan Simposium Bakat Muda Sezaman 2024 yang dijadualkan pada 15 hingga 17 November 2024 di Hotel Grand Continental Langkawi.

Pameran dan simposium ini merupakan sebahagian daripada program sokongan di bawah Program Residensi Bakat Muda Sezaman 2024, yang bertujuan untuk memberi ruang kepada perkembangan serta pendedahan lebih mendalam kepada bakat muda dalam seni kontemporari.

Pameran Sunyi mengajak pengunjung untuk meneroka tema “sunyi” melalui pelbagai perspektif dalam dunia seni visual, yang lahir daripada persoalan-persoalan sosial dan alam sekitar di Langkawi pasca-pandemik COVID-19.

“Sunyi” juga menggambarkan ketenangan yang terhampar dalam keindahan alam semula jadi Langkawi, serta gaya hidup yang lebih damai, jauh dari hiruk-pikuk kehidupan kota besar.

Dalam konteks ini, “sunyi” dilihat dari sudut yang positif, memberikan ruang untuk refleksi serta penghargaan terhadap nilai-nilai kehidupan yang lebih luhur, seperti perayaan “Nyepi” di Bali, Indonesia yang disambut dalam suasana sunyi, penuh dengan makna spiritual yang mendalam.

Pameran ini menggabungkan seramai 11 artis muda yang aktif dalam menghasilkan seni instalasi site-specific. Antara artis yang terlibat adalah Alvin Lau, Arikwibowo Amril, Azam Aris, Fauzan Fuad, Hannah Moujing, Khabir Roslan, Ng Yi Kee, Ryan Tang, Sim Hoi Ling, Teo Wey Yinn, dan Ahmad Rajaie.

Sementara itu, Simposium Bakat Muda Sezaman 2024 akan menghimpunkan pakar rujuk terdiri daripada kurator dan seniman seperti Azzad Diah Ahmad Zabidi, Wong Hoy Cheong, Moelyono, Dr. Tisna Sanjaya, serta Muhammad Hazrin Abdul Malek @ Moktar, yang juga merupakan kurator merangkap Pengarah Balai Seni Negara Langkawi.

Simposium ini bakal mengupas hala tuju Bakat Muda Sezaman serta kepentingan memahami konsep seni di lokasi dan seni komuniti. Ia bertujuan untuk menjadi pendorong kepada seniman muda dalam menghasilkan karya seni yang relevan dan seiring dengan tema yang ditetapkan, sebagai persediaan untuk Pertandingan Bakat Muda Sezaman yang akan datang.

Justeru, pameran dan simposium ini bukan sahaja menyediakan platform bagi pengembangan bakat muda dalam seni kontemporari, tetapi juga menjadi langkah penting dalam mempersiapkan mereka untuk menghadapi cabaran dunia seni yang lebih luas.

Ia mengukuhkan komitmen Balai Seni Negara dalam menyediakan ruang kepada artis muda untuk berkarya, berinteraksi dengan komuniti seni, serta mengembangkan kreativiti yang mampu memberi impak besar dalam landskap seni tempatan dan antarabangsa.

Orang ramai dijemput untuk melawat Pameran Sunyi dan menghadiri Simposium Bakat Muda Sezaman 2024 bermula pada 15 November 2024. Untuk maklumat lanjut, ikuti media sosial rasmi Balai Seni Negara dan Balai Seni Negara Langkawi, atau layari laman sesawang www.artgallery.gov.my.

Zurich Takaful Malaysia Melancarkan MediAfya+

Zurich Takaful Malaysia Berhad (ZTMB) memperkenalkan MediAfya+, pelan perubatan berinovatif yang direka untuk menawarkan perlindungan komprehensif, memastikan rakyat Malaysia bersedia menghadapi masalah kesihatan yang tidak dijangka.

Pelan ini, apabila digabungkan dengan Takaful Term 80, menyediakan perlindungan jangka panjang dan ketenangan fikiran dengan had perlindungan tahunan sehingga RM1,000,000.
Sempena pelancaran tersebut, ZTMB telah menganjurkan acara “Power Up Hidupmu dengan MediAfya+” pada 2 November 2024 di Marina Putrajaya.

Acara ini menampilkan pelbagai aktiviti menarik, termasuk sesi tinju kardio, gerai interaktif, dan nasihat oleh pakar kesihatan, menjadikannya menyeronokkan dan berinformasi buat para hadirin. Tetamu juga berpeluang memenangi kredit Touch
‘n Go eWallet bernilai RM100 menerusi cabutan rezeki.

Dalam landskap penjagaan kesihatan yang pesat berubah hari ini, MediAfya+ menangani
kebimbangan rakyat Malaysia dengan menyediakan perlindungan yang merangkumi rawatan kecemasan dan keperluan penjagaan jangka panjang, memastikan pelanggan bersedia menghadapi apa jua situasi.

Dengan Takaful Term 80, pelanggan akan diberikan perlindungan perubatan yang lebih panjang sehingga 80 tahun, menjadikannya ideal untuk individu yang mencari keseimbangan antara kemampuan dan perlindungan komprehensif.

Ketua Pegawai Eksekutif ZTMB, Fatihah Mustafa berkata, “Perlindungan penjagaan kesihatan bukan sekadar menampung bil perubatan. ia adalah kunci untuk menikmati kehidupan dengan yakin, dengan mengetahui mereka bersedia menghadapi situasi yang tidak dijangka.

MediAfya+ mencerminkan komitmen Zurich Malaysia untuk menyediakan penyelesaian yang benar-benar melindungi segala perkara yang bermakna, menawarkan perlindungan komprehensif dengan fleksibiliti yang diinginkan oleh pelanggan hari ini.

Mercedes-Benz launch new Regional Hub in Puchong, Selangor and a new Regional Logistics Center in Senai Airport City, Johor

Mercedes-Benz has strengthened its Asia-Pacific footprint with the launch of a new Regional Hub in Puchong, Selangor, and a state-of-the-art Regional Logistics Center in Senai Airport City, Johor.

The newly inaugurated Regional Logistics Center Malaysia (RLCM), operated by Mercedes-Benz Parts Logistics Asia Pacific Sdn. Bhd., marks a significant investment in enhancing after-sales service efficiency across 20 Asia-Pacific countries.

This milestone highlights Malaysia’s role as a strategic logistics hub and aligns with Mercedes-Benz’s long-term commitment to the region’s growth and sustainability.

YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Chief Minister of Johor, praised the Regional Logistics Center Malaysia as a landmark in Johor’s economic landscape, underscoring its impact on local talent development and job creation.

Positioned in Senai Airport City’s Free Zone, the center will leverage Johor’s strong infrastructure, boosting regional efficiency while offering substantial career opportunities.

HONOR X9c 5G Pecah Rekod Jualan Pra-Tempahan Dalam Seminggu, Dua Kali Ganda Berbanding Model Terdahulu

Telefon pintar terbaharu, HONOR X9c 5G yang dinanti-nantikan ramai mencapai jualan pra-tempahan cemerlang dalam tempoh seminggu selepas pelancaran rasmi dan stok kini semakin terhad. Jualan pra-tempahan peranti yang dikenali dengan Perlindungan Tiga Tahap Ultra Kukuh ini telah mencecah lebih dua kali ganda berbanding model sebelumnya iaitu HONOR X9b 5G.

Pada tahun lalu, HONOR X9b 5G telah mencatatkan jualan pra-tempahan sebanyak RM10 juta di Malaysia dalam tempoh seminggu. Bagi tahun ini, HONOR X9c 5G berjaya memecahkan rekod tersebut, sekaligus mengukuhkan lagi reputasinya sebagai telefon pintar pilihan teratas dalam kalangan pengguna yang mahukan peranti kelas pertengahan yang tahan lasak, bernilai, dan berprestasi.

Momentum jualan awal ini mendorong HONOR menghampiri matlamatnya dalam meletakkan HONOR X9c 5G sebagai telefon pintar kelas pertengahan yang terlaris di Malaysia.

Jualan Pertama HONOR X9c 5G Bermula Pada 15 November! 

Penantian bakal berakhir! HONOR X9c 5G akan mula dijual di kedai seluruh negara mulai 15 November 2024. Berikutan stok untuk pra-tempahan semakin berkurangan, orang ramai diminta rebut peluang menempah HONOR X9c 5G idaman mereka sekarang untuk menikmati faedah pra-tempahan istimewa bernilai RM1,486.

Pakej hadiah premium ini didatangkan dengan Jaminan Tiga Tahap Yang Pertama Dalam Industri, terdiri daripada Penggantian Retak Depan & Belakang 365 Hari, Penggantian Satu Sama Satu 180 Hari, dan Jaminan Bateri 36 Bulan. Selain itu, pembeli pra-tempahan akan menerima jam tangan pintar HONOR Choice Haylou Watch dan rebat segera RM99 setelah pembayaran penuh dilakukan.

Pra-tempahan boleh dilakukan melalui HONOR Stores di seluruh negara, laman sesawang HONOR, Lazada, Shopee, Harvey Norman, Senheng, SenQ, dan Urban Republic.

Pra-tempahan HONOR X9c 5G dengan Maxis

Selain itu, HONOR X9c 5G juga tersedia untuk pra-tempahan dengan Maxis sehingga 14 November 2024. Lebih istimewa, HONOR X9c 5G boleh didapati secara PERCUMA menerusi pelan Maxis Postpaid 139 dengan kontrak 24 bulan! Untuk maklumat lanjut mengenai pelan ini, layari laman web rasmi Maxis

HONOR X9c 5G akan tersedia dalam dua konfigurasi bagi memenuhi keperluan pengguna yang pelbagai iaitu storan 12GB+256GB berharga RM1,499 dan RM1,699 bagi storan 12GB+512GB. Peranti ini didatangkan dalam tiga pilihan warna yang elegan iaitu Titanium Purple, Jade Cyan, dan Titanium Black.

Apa Yang Menjadikan HONOR X9c 5G Amat Popular?

HONOR X9c 5G menarik tumpuan ramai dengan penambahan peningkatan yang mengagumkan dari segi ketahanan lasak dan ciri-cirinya yang canggih. Dengan memperkenalkan Teknologi HONOR Ultra-Bounce Anti-Drop 2.0, peranti ini boleh bertahan daripada jatuhan sehingga setinggi 2 meter, menunjukkan peningkatan sebanyak 90% dalam serapan hentakan dan penambahbaikan sebanyak 67% dalam keanjalan, memastikan perlindungan yang lebih baik untuk komponen-kompenen penting telefon ini.

Selain itu, kaca waja dua lapisan super dan perisai rintangan inovatifnya menawarkan perlindungan daripada calar atau goresan. Keutuhan ini diperkasakan lagi dengan sistem perlindungan air dan debu 360°, dan penarafan IP65M, membolehkan peranti ini menahan apabila terdedah kepada air semasa bergerak, selain boleh bertahan dalam rendaman air sehingga sedalam 25cm selama 5 minit.

Sifat-sifat ini menyumbang kepada peningkatan HONOR X9c 5G sebanyak 166% dalam keunggulan keseluruhan berbanding model sebelumnya, selain mendapat pengiktirafan Pensijilan Kebolehpercayaan Komprehensif SGS yang pertama dalam industri.

Kuasa Bateri Lebih Lama 

Dilengkapi dengan Bateri Karbon Silikon 6,600mAh, HONOR X9c 5G memiliki jangka hayat bateri yang lebih lama, dengan pengiktirafan Label Bateri Emas 2025 daripada DXOMARK. Pengecasan peranti lebih pantas dengan HONOR SuperCharge 66W yang melengkapi pengurusan bateri yang dikuasakan oleh AI untuk kecekapan dan keselamatan.

Ciri-ciri Baharu Magic AI 

Dikuasakan oleh MagicOS 8.0, HONOR X9c 5G merupakan model pertama dalam siri X yang menampilkan perisian AI seperti Magic Portal, AI Eraser, dan Magic Capsule untuk fungsi multitugas dan kemudahan pengguna secara lancar. Ciri AI Blur Private Info memastikan kerahsiaan pengguna, manakala Parallel Space membolehkan keseimbangan kehidupan kerja dalam satu peranti.

Visual dan Audio Dipertingkatkan 

HONOR X9c 5G menawarkan pengalaman visual yang mengagumkan dengan  Paparan Keselesaan Mata OLED 6.78 inci , yang menyokong 1.07 bilion warna dan resolusi 1.5K. Kadar segar semulanya pada 120Hz memastikan kelancaran menatal dan respons interaksi, manakala kecerahan HDR puncak 4000nits yang pertama dalam industri juga memastikan visual dialami secara lebih jelas dan nyata.

Teknologi keselesaan mata seperti Pemalapan PWM Bebas Risiko 3840Hz , Paparan Malam Sirkadia, dan Pemalapan Dinamik yang menghebatkan lagi pengalaman pengguna.

Seterusnya, telefon ini menawarkan sistem dwi-pembesar suara yang menguatkan lagi bunyi sehingga ke 300% berbanding model sebelum ini. Dari segi fotografi, HONOR X9c 5G dilengkapi dengan Kamera Pengesan Ultra 108MP, dengan pengesan 1/1.67 inci dan Penstabilan Imej Optik (OIS), memastikan imej berkualiti tinggi dengan kekaburan yang minimum, walaupun semasa dalam pergerakan.

Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR X9c 5G, layari laman sesawang HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my/.

AEON Mall Tebrau City Unveils AEON Tebrau City Food Hall and Johor’s First Tsutaya Bookstore

AEON Mall Tebrau City is thrilled to announce the opening of an exciting new area, designed to bring “food and lifestyle for the whole family” to its visitors. This dynamic space will feature 20 new specialty shops, including restaurants, a lifestyle bookstore, and entertainment facilities, aiming to offer an unparalleled shopping and dining experience.

The AEON Tebrau City Food Hall will take visitors on a culinary journey across Asia, introducing Johor Bahru’s first all-you-can-eat Japanese Shabu-Shabu restaurant.

Additional dining options include Maruki Ramen, Oiso, and Kyochon, complemented by 11 outlets dedicated to sweets, snacks, and bakeries, featuring popular brands like Cinnabon, Royce, Eat Pizza, and O’Briens.

In conjunction with the opening of AEON Tebrau City Food Hall, various opening promotions are being offered by selected outlets. There will also be an all-new indoor gym, STAR KIDS, an innovative “learning through play” concept, focusing on physical activity for children.

The highlight of this new area is undoubtedly the much-anticipated Tsutaya Bookstore, Japan’s largest retail bookstore. Opening on 15 November, this lifestyle bookstore will debut in Johor Bahru, spanning an impressive 2,500 square meters.

It seamlessly combines literature, lifestyle goods, and a Japanese café-inspired experience, creating a unique cultural and recreational space.

Tsutaya Bookstore will offer a comprehensive selection of books in English, Malay, Chinese, and Japanese, with genres that cater to readers of all ages, from children’s literature to manga and lifestyle titles.

It is a bookstore combined with a Japanese café ambience. The Book & Cafe, reminiscent of an urban Japanese kissaten, will serve espresso-based drinks, homemade beverages, and a variety of Japanese and Western snacks, creating a serene space for browsing books.

As part of its commitment to community engagement, Tsutaya Bookstore will offer a series of family-friendly events, including workshops where parents and children can create memories together on the opening day.

To celebrate the opening, Tsutaya Bookstore is offering a range of exclusive promotions for early visitors:

 The first 100 customers will receive a complimentary goodie bag.
 Purchase a book to receive a free Lelierre bookmark.
 Spend RM150 and above to enjoy a free homemade lemonade.
 Spend RM250 and above to take home a stylish Lelierre Tote Bag.
 Spend RM500 and above to receive an exclusive Lelierre Stainless Steel Flask 500ml.

Immerse yourself in the best of family entertainment, gourmet dining, and lifestyle retail. This new space reflects AEON’s vision of creating engaging and community-centred experiences that bring families closer together through food, books, and memorable moments.

This year marks a special milestone as AEON celebrates its 40th anniversary in Malaysia. As the company reflects on its journey with pride and gratitude, AEON also look forward to creating more memorable experiences with cherished customers.

The goal is to continue spreading joy, creating smiles, and connecting hearts for many years to come.

LG’S NEW 32HR734S 4K SURGICAL MONITOR WITH MINI LED TECHNOLOGY

LG Electronics (LG) is launching its new 31.5-inch surgical monitor (model 32HR734S) featuring advanced Mini LED display technology.

Designed to provide colour video displays of images from surgical endoscopes, laparoscopic camera systems and other compatible medical imaging systems, LG’s monitor has received 510(k) clearance from the U.S. FDA, indicating it can now be sold in the U.S.

The 32HR734S’s Mini LED technology enables precise brightness control and provides a wide colour range, optimising image clarity and colour, making it an ideal choice for a variety of surgical applications, including laparoscopy and endoscopy.

The 32HR734S features a 31.5-inch, 4K resolution (3,840 x 2,160) Mini-LED display leveraging thousands of tiny LED diodes as the Back Light Unit (BLU). Delivering 2,000 cd/m² peak brightness and a dynamic contrast ratio of 1,000,000:1, LG’s medical monitor leverages 1,536 local dimming zones to produce clear, detailed images and enhanced visual contrast. The display also provides excellent colour consistency across the screen and boasts 98 percent coverage of the DCI-P3 colour space.

In addition to its impressive visual performance, the 32HR734S delivers the durability and reliability necessary for surgical settings. Employing Optical Bonding technology, along with Anti-Glare, Anti-Reflection and Anti-Fingerprint coatings on its front, LG’s 32HR734S 4K surgical monitor ensures optimal visibility even in brightly lit operating rooms.

What’s more, the front and rear of the product (IP45- and IP32-rated, respectively) offer excellent resistance to water and dust, preventing fluids or particles from disrupting monitor operation during surgeries.

The 32HR734S is also the first LG surgical monitor to incorporate the innovative Clone Screen feature. Clone Screen allows users to duplicate the image being displayed on the
32HR734S on a second monitor (connected via HDMI), significantly enhancing operational efficiency and communication within the surgical environment, especially in situations where multiple medical professionals need to view the same image.

Berhenti, Rehat dan Berjiwa Baharu Bersama Coway BEREX

Coway, syarikat Best Life Solution, telah melakar pencapaian baharu dengan pelancaran jenama kesihatan dan istirahat berinovatif yang dinanti-nantikan, Coway BEREX, yang direka untuk meningkatkan pengalaman istirahat rakyat Malaysia dalam keselesaan di rumah sendiri.

Diilhamkan dari perkataan “Bed & Relax”, rangkaian ini menggabungkan penyelesaian paling maju dengan teknologi tertinggi dan reka bentuk canggih untuk membawa rakyat Malaysia ke era baru dalam beristirahat dan bersantai yang melangkaui kebiasaan.

Coway BEREX mempunyai misi penting untuk meningkatkan tahap berehat di kediaman rakyat Malaysia dengan memperkenalkan dimensi baharu keselesaan untuk semua. Coway BEREX ingin memberi kesegaran, mengembalikan tenaga dan memperkasakan rakyat Malaysia di tengah-tengah kesibukan kehidupan moden.

Dalam usaha untuk mengurangkan tekanan dan memberi rasa santai, Coway BEREX menetapkan penanda aras baharu bagi keselesaan rumah secara menyeluruh, melambangkan masa depan di mana masa rehat dan santai di rumah bukan sebuah kemewahan tetapi satu keutamaan bagi kesejahteraan harian anda.

Berlandaskan inovasi sebagai teras ciptaannya, rangkaian pertama produk Coway BEREX memperkenalkan kerusi urut PEBBLE dan MINE serta MASSAGE BED yang inovatif, masing-masing bertujuan untuk memenuhi pelbagai keperluan rehat dan santai.

Tersedia dalam pilihan warna bergaya seperti Kelabu Mistik, Beige Gurun, Biru Sayup dan Merah Jambu Terracotta, PEBBLE merupakan sebuah kerusi urut hibrid dengan reka bentuk kepompong yang menawarkan 11 mod urutan dengan penggelek urut 3D yang boleh dilaras bagi urutan yang lebih kuat dan pengalaman urutan di rumah yang dipertingkatkan.

Dilengkapi dengan sensor imbasan badan dan tetapan beg udara yang boleh dilaras, PEBBLE memastikan keselesaan yang diperibadikan, dilengkapi dengan 2-zon terapi haba bagi bahagian belakang dan pinggul.

Selain itu, kusyen urutan haba tanpa wayar memberikan keselesaan tambahan di tempat yang memerlukan. Direka dengan rangka SL yang ergonomik, kerusi urut ini menekap sempurna di badan pengguna menerusi trek garisan-S untuk melegakan keletihan dari leher ke pinggang, manakala trek garisan-L melegakan keletihan dari pinggang ke paha.

MINE merupakan sebuah kerusi urut kompak yang direka bagi pengalaman urutan badan secara menyeluruh. Ia merupakan kerusi urut kompak pertama di Malaysia yang menawarkan terapi urut lutut ke betis yang boleh diubah.

Dengan 12 mod urutan, teknologi imbasan badan canggih, rawatan haba 3-zon, kedudukan penggelek boleh laras dan ciri-ciri refleksologi seperti penggelek kaki dan beg udara; semuanya boleh didapati dalam satu reka bentuk menarik dan jimat ruang. Kerusi urut MINE boleh didapati dalam tiga pilihan warna anggun, Beige Champagne, Perang Mawar dan Hitam Mewah, pasti menjadi satu tarikan di mana-mana kediaman.

MASSAGE BED menawarkan urutan seluruh badan bertenaga tinggi dengan konsep trek urutan rata sepanjang 90 sentimeter yang menyasarkan seluruh bahagian tulang belakang hingga ke tulang ekor.

Katil urutan ini mempunyai 30 mod urutan dengan pilihan 12 tahap kekuatan, kusyen urut dengan haba bagi lebih keselesaan serta sistem urutan termal 3D yang canggih dengan penggelek dihangatkan dan kedudukan penggelek boleh laras bagi kelegaan sasaran.

Selain itu, ciri Bluetooth yang ada meningkatkan pengalaman urutan dengan audio yang menenangkan tatkala urutan kaki percuma memberikan kelegaan tahap profesional bagi ketidakselesaan di betis dan paha.

MASSAGE BED ini juga boleh diubah kepada gaya ottoman apabila tidak digunakan, sesuai dengan mana-mana reka bentuk rumah kontemporari dengan pilihan warna Beige Champagne dan Hitam Mewah.

Kyle Choi, Ketua Pegawai Eksekutif Coway Malaysia berkongsi, “Di persimpangan antara teknologi dan kemewahan, Coway BEREX berhasrat untuk mencipta sebuah ruang harmoni yang mengubah setiap kediaman kepada sebuah ruang yang selesa dan menyegarkan. Ini mengukuhkan kepercayaan kami dalam kepentingan rehat yang berkualiti dan semua orang layak untuk berhenti, rehat dan kembali dengan jiwa baharu.”

Bulan November ini, Coway BEREX akan mengadakan lawatan trak berpengalaman dengan hentian di beberapa tempat popular seperti Publika dari 8 hingga 10 November, TRX Exchange dari 15 hingga 17 November, Lot 10 dari 18 hingga 24 November dan Desa Park City pada 30 November

Semua rakyat Malaysia dijemput hadir bagi meneroka “revolusi dalam istirahat” Coway BEREX dengan mencuba PEBBLE, MINE dan MASSAGE BED. Untuk menambah elemen menyeronokkan dan interaktif, lawatan ini turut menampilkan permainan di mana mereka yang hadir boleh mengambil bahagian untuk memenangi teh campuran atau minyak wangi dari Perfume Bar dan Tea Bar yang pasti akan mencipta kenangan manis serta diperibadikan dalam perjalanan istirahat mereka.

Pelancaran Coway BEREX menandakan pencapaian penting dalam misi Coway untuk meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia. Dengan fokus kepada inovasi dan kesihatan, Coway kekal dalam mencatatkan standard baharu bagi keselesaan dan istirahat di rumah.

Selain daripada produk-produk yang baru sahaja dilancarkan, lebih banyak produk baharu bakal dilancarkan di bawah rangkaian Coway BEREX yang akan mengembangkan landskap kehidupan dengan rehat berkualiti.

Untuk maklumat lanjut, layari www.coway.com.my/products/berex.

OPPO Celebrates Global Photography Talent at Paris Photo Fair under the theme of “Dear Life”

This year, OPPO once again shone at Paris Photo 2024. As the event’s global partner, the company celebrated global talents in mobile photography through the award ceremony of
its imagine IF Photography Awards 2024.

By exhibiting a retrospective of the best artworks from the competition, OPPO also showcased its humanistic vision with an elaborately designed exhibition titled “Dear Life.”

Exhibition Photo

“It is a great honor to participate in Paris Photo for two consecutive years and to showcase the exceptional global talents in mobile photography on this prestigious stage. The stunning photos captured with OPPO smartphones from around the world are a testament to OPPO’s dedication to pushing the boundaries of technological innovation.” said Olivella Liu, OPPO Global Brand Director.

“Moreover, with the notion we bring to Paris this year, ‘A perfect day is made of nothing but every extraordinary moment that makes you want to take a shot,’ we also hope to further elaborate on OPPO’s understanding of photography, and more importantly, present the beauty of life and cultural diversity.”

imagine IF Photography Awards: Shining the Spotlight on the Global Stage

With over 1 million entries submitted from 81 countries and regions, the Imagine IF Photography Awards 2024 have brought together a vibrant showcase of global creativity and diversity.

Following an extensive judging process, OPPO brought 56 award-winning works to Paris Photo and held an award ceremony, celebrating the creativity and cultural richness captured through mobile photography.

Continental Rintis Laluan untuk Keyakinan dengan Program Mini TNG eWallet

Continental Tyre Malaysia partners with TNG to launch Mini Program on the TNG eWallet

Continental hari ini melancarkan Program Mini di aplikasi TNG eWallet, merintis laluan untuk keyakinan dalam kalangan pemandu Malaysia bagi membeli tayar dengan hanya beberapa ketikan pada telefon bimbit mereka.

Bagi meraikan pelancaran dan meningkatkan keyakinan pembelian tayar dalam talian,
Continental menawarkan promosi eksklusif dari 7 November hingga 30 November, bertepatan dengan Jualan Mega 11.11 yang amat dinanti-nantikan.

Pelanggan boleh menikmati pulangan tunai sehingga RM1 juta, dengan purata 15% pulangan tunai setiap transaksi. Pelanggan yang membelanjakan minimum RM300 dalam satu transaksi antara 7 Nov 2024 – 31 Jan 2025, secara automatik akan menyertai cabutan bertuah dan memperoleh satu penyertaan untuk setiap RM300 yang dibelanjakan.

Hadiah utama merangkumi jongkong emas bernilai RM10,000, serta hadiah-hadiah menarik seperti tiga iPhone 16 Pro, dua konsol PS5, dua Huawei MatePad 11.5” Edisi PaperMatte, dan dua Baucar Trapo.

Left to right: Andrea Somorova, Managing Director of Continental Tyre Malaysia, and Sheikh Zulfadli, Director of Mobility & Government Relations at TNG, at the signing ceremony for the TnG Mini Program

Pemenang mingguan juga boleh menerima pulangan tunai untuk pembelian tayar Continental mereka (3 pemenang setiap minggu) dan Kad NFC Continental x Touch ‘n Go Edisi Terhad.

“Kerjasama ini menandakan suatu pencapaian yang penting untuk Continental berikutan inovasi digital kami di Malaysia sempena pelancaran Program Mini pada TNG eWallet. Platform baharu ini memudahkan rakyat Malaysia membeli tayar Continental dalam talian, memenuhi permintaan mereka untuk kemudahan, keselamatan dan harga yang kompetitif.

“Melengkapkan kehadiran kami di Shopee dan Lazada, inisiatif ini menunjukkan komitmen kami terhadap inovasi digital dan berada ‘dalam pasaran, untuk pasaran,’ dengan memenuhi keperluan pelanggan kami secara konsisten,” kata Andrea Somorova, Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia.

Alan Ni, Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital, berkata, “TNG eWallet bukan sekadar penyelesaian pembayaran, tetapi aplikasi gaya hidup yang direka untuk memenuhi keperluan setiap hari dengan mudah. Kerjasama kami dengan Continental menunjukkan komitmen kami untuk meningkatkan kehidupan pengguna kami merentasi pelbagai titik sentuh, memberikan mereka perjalanan digital yang lancar, selamat dan holistik.

Touch ‘n Go Perkenalkan Kempen e-Mas dan Rebat Pulangan Tunai RFID

Touch ‘n Go memperkenalkan dua kempen baharu yang bertujuan untuk meningkatkan pengalaman perjalanan harian rakyat Malaysia, dengan menyediakan pulangan tunai (cashback), rebat, dan juga emas digital kepada pengguna.

Kempen e-Mas dan Rebat Pulangan Tunai RFID Touch ‘n Go membukitikan komitmen Touch ‘n Go dalam menggabungkan kemudahan dengan nilai tambah untuk pengguna, menjadikan pembayaran tol dan transaksi harian lebih lancar dan penuh ganjaran.

Mulai 1 Oktober 2024 sehingga 31 Januari 2025, Kempen e-Mas menawarkan pengguna Touch ‘n Go eWallet peluang menarik untuk mendapatkan e-Mas, iaitu emas digital yang dikreditkan terus ke dalam akaun mereka.

Setiap pembelian tag RFID dalah tempoh ini secata langsung melayakkan pengguna untuk menyertai cabutan bulanan (monthly draw) di mana 100 pemenang akan menerima pulangan tunai e-Mas sebanyak RM100.

Dengan ganjaran emas digital, Touch ‘n Go menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengambil pendekatan moden dalam mempelbagaikan simpanan mereka, sambil mengintegrasikan perbelanjaan harian dengan lancar.

Sementara itu, Touch ‘n Go Rebat Pulangan Tunai RFID menawarkan rebat RM5 serta-merta bagi setiap pembelian RFID di Pusat Pemasangan atau Servis sah di seluruh negara pada 1 November 2024 hingga 31 Januari 2025.

Rebat ini mengurangkan harga tag RFID daripada RM35 kepada RM30 bagi 27,500 pelanggan pertama yang layak dengan melakukan pembayaran melalui Touch ‘n Go
eWallet, menjadikan RFID lebih mampu dimiliki.

Tag RFID Touch ‘n Go, yang merupakan fokus utama kempen ini, memudahkan pembayaran tol secara automatik dengan membolehkan laluan bebas tangan di plaza tol.

Pemasangannya yang sangat mudah pada lampu hadapan kiri atau cermin depan kenderaan membolehkan pemandu melepasi tol tanpa tunai atau kad. Kini tersedia di kebanyakan lebuh raya utama seluruh negara, RFID menawarkan pemandu Malaysia alternatif yang boleh dipercayai dan menjimatkan masa berbanding kaedah pembayaran tol secara tradisional.

Fokus Utama Kempen
• Kempen e-Mas : Dari 1 Oktober 2024 sehingga 31 Januari 2025, bagi setiap pembelian tag RFID, pengguna akan secara langsung dimasukkan ke dalam cabutan bulanan (monthly draw) di mana 100 pemenang akan menerima pulangan tunai e-Mas sebanyak RM100, yang menggalakkan simpanan digital dalam kalangan pengguna.
• Touch ‘n Go Rebat Pulangan Tunai RFID: Dari 1 November 2024 hingga 31 Januari 2025, pengguna yang layak akan menerima pulangan tunai RM5 untuk pembelian tag RFID yang dibuat di lokasi-lokasi yang sah menggunakan Touch ‘n Go eWallet, menjadikan penggunaan dan peralihan ke RFID lebih mampu milik.

Kempen terbaru ini membuktikan komitmen Touch ‘n Go bagi meningkatkan pengalaman pengguna melalui inovasi digital. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Kempen e-Mas, Touch ‘n Go Rebat Pulangan Tunai RFID, serta terma dan syarat kelayakan, sila layari laman rasmi Touch ‘n Go.

Post Menarik