Touch ‘n Go memperkenalkan dua kempen baharu yang bertujuan untuk meningkatkan pengalaman perjalanan harian rakyat Malaysia, dengan menyediakan pulangan tunai (cashback), rebat, dan juga emas digital kepada pengguna.
Kempen e-Mas dan Rebat Pulangan Tunai RFID Touch ‘n Go membukitikan komitmen Touch ‘n Go dalam menggabungkan kemudahan dengan nilai tambah untuk pengguna, menjadikan pembayaran tol dan transaksi harian lebih lancar dan penuh ganjaran.
Mulai 1 Oktober 2024 sehingga 31 Januari 2025, Kempen e-Mas menawarkan pengguna Touch ‘n Go eWallet peluang menarik untuk mendapatkan e-Mas, iaitu emas digital yang dikreditkan terus ke dalam akaun mereka.
Setiap pembelian tag RFID dalah tempoh ini secata langsung melayakkan pengguna untuk menyertai cabutan bulanan (monthly draw) di mana 100 pemenang akan menerima pulangan tunai e-Mas sebanyak RM100.
Dengan ganjaran emas digital, Touch ‘n Go menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengambil pendekatan moden dalam mempelbagaikan simpanan mereka, sambil mengintegrasikan perbelanjaan harian dengan lancar.
Sementara itu, Touch ‘n Go Rebat Pulangan Tunai RFID menawarkan rebat RM5 serta-merta bagi setiap pembelian RFID di Pusat Pemasangan atau Servis sah di seluruh negara pada 1 November 2024 hingga 31 Januari 2025.
Rebat ini mengurangkan harga tag RFID daripada RM35 kepada RM30 bagi 27,500 pelanggan pertama yang layak dengan melakukan pembayaran melalui Touch ‘n Go
eWallet, menjadikan RFID lebih mampu dimiliki.
Tag RFID Touch ‘n Go, yang merupakan fokus utama kempen ini, memudahkan pembayaran tol secara automatik dengan membolehkan laluan bebas tangan di plaza tol.
Pemasangannya yang sangat mudah pada lampu hadapan kiri atau cermin depan kenderaan membolehkan pemandu melepasi tol tanpa tunai atau kad. Kini tersedia di kebanyakan lebuh raya utama seluruh negara, RFID menawarkan pemandu Malaysia alternatif yang boleh dipercayai dan menjimatkan masa berbanding kaedah pembayaran tol secara tradisional.
Fokus Utama Kempen
• Kempen e-Mas : Dari 1 Oktober 2024 sehingga 31 Januari 2025, bagi setiap pembelian tag RFID, pengguna akan secara langsung dimasukkan ke dalam cabutan bulanan (monthly draw) di mana 100 pemenang akan menerima pulangan tunai e-Mas sebanyak RM100, yang menggalakkan simpanan digital dalam kalangan pengguna.
• Touch ‘n Go Rebat Pulangan Tunai RFID: Dari 1 November 2024 hingga 31 Januari 2025, pengguna yang layak akan menerima pulangan tunai RM5 untuk pembelian tag RFID yang dibuat di lokasi-lokasi yang sah menggunakan Touch ‘n Go eWallet, menjadikan penggunaan dan peralihan ke RFID lebih mampu milik.
Kempen terbaru ini membuktikan komitmen Touch ‘n Go bagi meningkatkan pengalaman pengguna melalui inovasi digital. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Kempen e-Mas, Touch ‘n Go Rebat Pulangan Tunai RFID, serta terma dan syarat kelayakan, sila layari laman rasmi Touch ‘n Go.