Utama Blog Halaman 177

SUV Volvo Yang Memenangi Pelbagai Anugerah Antarabangsa Bakal Tiba

Volvo EX30 – SUV elektrik sepenuhnya yang dibuat untuk setiap saat dalam hidup – akan dilancarkan tidak lama lagi di Malaysia dan anda boleh mendaftar sekarang untuk menjadi yang pertama untuk menerima maklumat terkini.

Volvo EX30 menampilkan pecutan terpantas bagi mana-mana kereta Volvo setakat ini. Ianya juga dilengkapi dengan teknologi terkini seperti sistem bantuan parkir baharu, antara muka intuitif dengan Google Built-in, sistem Pilot Assist yang dinaik taraf dan kesedaran sekeliling 360° yang lebih selamat dan dibantu oleh kamera, sensor dan radarnya.

Sebagai kenderaan elektrik yang premium dan mewah, Volvo EX30 telah direka dan diuji
dengan perhatian penuh kepada setiap perincian dan diinspirasikan oleh setiap saat yang berharga, daripada pembuatan kereta hingga ke pemanduan.

Reka bentuknya menjadikanya pilihan yang sesuai untuk penggunaan bandar dan ianya juga dilengkapi dengan ruang simpanan pintar. Volvo EX30 juga menampilkan ciri teknologi keselamatan aktif baharu untuk memastikan pemandu, penumpang dan pengguna jalan raya lain selamat.

Selain daripada menghasilkan sifar pelepasan paip ekor, Volvo EX30 telah dihasilkan untuk mengekalkan jejak karbonnya pada tahap minimum merentasi kitaran hayat lengkap kereta.

Emisi CO 2 untuk Volvo EX30 juga dipotong sebanyak 75 peratus berbanding model elektrik sedia ada Volvo dengan pengunaan bahan yang dikitar semula dan mampan yang tinggi.

Volvo EX30 telah memenangi lebih daripada 20 anugerah di peringkat antarabangsa,
memenangi Anugerah Reka Bentuk Kereta 2024 yang berprestij oleh majalah Auto & Design, dinamakan Kereta Bandar Dunia 2024 di Anugerah Kereta Dunia, dan menerima
Reka Bentuk Produk Terbaik Terbaik 2024 yang berprestij di Anugerah Reka Bentuk Red
Dot.

Sejak pelancaranya, Volvo EX30 menyerlah sebagai kereta yang sangat popular di kalangan pelanggan Volvo. Volvo Cars menjangkakan ia menjadi salah satu model terlaris tahun ini, dengan hampir 48,000 kereta dijual di peringkat antarabangsa pada separuh pertama 2024.

“Volvo EX30 mewakili nilai-nilai reka bentuk Volvo Cars dan merupakan contoh reka bentuk Scandinavia premium di mana bentuk menginspirasikan fungsi," kata Jim Rowan, ketua pegawai eksekutif Volvo Cars.

“Volvo EX30 mempunyai jejak karbon terendah daripada mana-mana kereta elektrik Volvo setakat ini dan direka untuk menjadi selamat seperti yang dijangkakan daripada sebuah kereta Volvo. Ia dilengkapi dengan teknologi canggih dan sesuai dengan pasaran hari ini di mana pembeli kereta beralih kepada kereta elektrik,” katanya.

Petronas Launches Supplier Support Programme For Sustainable Practices In Ogse

In encouraging Malaysia’s oil and gas services and equipment (OGSE) suppliers to embrace sustainability principles, PETRONAS today launched the PETRONAS Supplier Support Programme (PSSP) in collaboration with the Joint Committee for Climate Change (JC3) Greening Value Chain Programme, Bursa Malaysia and the UN Global Compact Network Malaysia & Brunei (UNGCMYB).

The programme aims to provide the necessary tools, capability trainings and access to transition financing for suppliers to increase adoption and disclosure of sustainability practices, thus accelerating their sustainability journey in support of the National Energy Transition Roadmap (NETR).

PETRONAS Executive Vice President and Group Chief Financial Officer, Liza Mustapha officiated the launch, accompanied by Bursa Malaysia Chief Executive Officer, Datuk Muhamad Umar Swift, Bank Negara Malaysia Assistant Governor, Dr. Norhana Endut and UNGCMYB Executive Director, Faroze Nadar.

At a panel session held during the event, Liza Mustapha acknowledged the challenges that OGSE suppliers, especially small and medium-sized enterprises (SMEs), face in implementing sustainability practices crucial for the energy transition.

“We recognise that OGSE suppliers especially SMEs, face resource constraints in implementing sustainability practices and these practices are key in enabling the energy transition. We are rallying together with our suppliers in support of a just transition that ensures no one is left behind.

The PETRONAS Supplier Support Programme is a significant milestone, providing a platform for the industry to demonstrate practical action and inspire others to act,” she said.

Through the programme, PETRONAS will be an anchor in the Greening Value Chain (GVC) programme, whereby suppliers are exposed to:
· Environmental, Social and Governance (ESG) knowledge and capacity building programmes specific to the OGSE industry that caters to suppliers of all maturity levels;
· Centralised Sustainability Intelligence (CSI) Platform that provides suppliers with a suite of tools designed to assist businesses in effectively measuring, managing and reporting their carbon emissions and sustainability risks and;
· Access to financing including Bank Negara Malaysia’s Low Carbon Transition Facility and High Tech and Green Facility to support their transition efforts.

The launch of the programme has garnered positive feedback from PETRONAS suppliers, highlighting its impact on supporting SMEs in their sustainability efforts.

“PSSP is what we have been waiting for. As SMEs, we need the guidance and support to help us transition our operations towards low carbon practices. This programme will enable us to do so in a more systematic way and ensure no one is left behind.

We are excited to embark on the journey together with PETRONAS,” said Hammer Engineering Sdn Bhd Managing Director, Lokman Jusoh.

Takaful Malaysia Lancar Kaotim Legasi

Dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia, Nor Azman Zainal; Pengerusi Kumpulan Takaful Malaysia, Datuk’ Mohammed Hussein; Pengerusi Takaful Malaysia Am, Ismail Mahbob; Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Malaysia Am, Mohamed Sabri Ramli; dan Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Takaful Malaysia, Siti Hajar Rizlan di majlis pelancaran jenama Kaotim

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (“Takaful Malaysia”), pengendali takaful PERTAMA di Malaysia, telah melancarkan Kaotim Legasi, pelan Hibah takaful mampu milik dengan nilai perlindungan hayat sehingga RM2 juta. Kaotim Legasi merupakan pelan Hibah takaful mampu milik yang ditawarkan melalui platform digital Kaotim dari serendah RM30 sebulan.

Pelan Hibah takaful ini boleh dilanggan melalui dalam talian untuk memberi perlindungan kepada rakyat Malaysia dan orang tersayang daripada kejadian yang tidak dijangka dan kesulitan kewangan.

Nor Azman Zainal, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia, berkata, “Kami sangat gembira dengan sambutan positif yang diterima sejak pelancaran jenama dan platform digital Kaotim serta pelan Kaotim MediKad pada November tahun lalu.

Kejayaan ini mendorong kami untuk melancarkan Kaotim Legasi sebagai produk terbaharu di bawah jenama Kaotim. Kaotim Legasi merupakan pelan Hibah takaful bertujuan membantu masyarakat merancang keperluan perlindungan kewangan mereka dan kelangsungan hidup ahli keluarga sekiranya berlaku kematian kepada pelanggan produk ini.

Pelan Hibah takaful ini dapat membantu menyelesaikan masalah warisan yang timbul akibat kematian, seperti masalah kewangan yang dihadapi oleh waris si mati samada untuk meneruskan kehidupan, mahupun melunaskan hutang si mati dengan menggunakan pampasan yang diperoleh.”

“Anda boleh melanggan Kaotim Legasi sebagai hadiah kepada sesiapa sahaja, sama ada waris atau bukan, kerana pelan ini tidak tertakluk pada pembahagian harta. Ia berfungsi sebagai pengganti pendapatan jika anda tidak lagi boleh bekerja akibat hilang upaya atau penyakit kritikal.

Manfaat pelan Hibah takaful ini juga boleh digunakan untuk menampung kos pendidikan anak-anak sekiranya hilang sumber pendapatan utama. Anda juga boleh menuntut pelepasan cukai jika melanggan Kaotim Legasi,” kata Nor Azman Zainal.

“Matlamat kami ingin memperkenalkan rakyat Malaysia kepada perlindungan yang dapat membantu kewangan mereka. Kaotim Legasi berbeza daripada produk lain kerana pelan ini menawarkan nilai perlindungan hayat yang tinggi melalui platform dalam talian serta pilihan perlindungan tambahan untuk empat puluh lapan (48) penyakit kritikal. Kami yakin Kaotim Legasi akan menjadi penanda aras dan memberikan perlindungan yang diperlukan oleh para pelanggan kami,” kata Nor Azman Zainal.

“Para pelanggan boleh melanggan Kaotim Legasi dalam talian, pada bila-bila masa, di mana sahaja dengan melengkapkan transaksi dalam hanya beberapa minit untuk terus dilindungi pada hari yang sama. Kami ingin memberikan pengalaman yang lancar dan efisien semasa melanggan Kaotim Legasi.

“Matlamat kami adalah untuk membina legasi penyelesaian perlindungan agar kami terus kekal kompetitif dan dinamik dalam industri insurans dan takaful, sekaligus memperkukuhkan jenama Kaotim melalui rangkaian pelan perlindungan dalam talian yang menyeluruh dan mampu milik,” kata Nor Azman Zainal.

UlikeBeautyTech tiba di SOGO The Mall, Mid Valley Southkey

Susulan kejayaan pelancaran outlet fizikalnya yang sulung di SOGO Kuala Lumpur, Ulike telah merungkaikan outlet runcit berasaskan pengalaman miliknya yang terbesar di SOGO The Mall, Mid Valley Southkey pada 10 Ogos.

Sebagai outlet fizikal kedua oleh jenama Peranti Penyingkir Bulu di Rumah Nombor Satu Dunia 2022, dan jenama isi rumah yang dipercayai dalam sektor kecantikan serta penjagaan badan di rumah di seluruh dunia, Ulike kini lebih mudah diakses olehpara peminat bukan sahaja di rantau selatan Malaysia, tapi juga di Singapura.

Outlet baharu ini akan mempamerkan produk-produk terkini Ulike, daripada Ulike Air
10 Pro Ice Cooling IPL Hair Removal Device dalam warna ungu baharu yang ‘trendy’,
diilhamkan oleh temasya Olimpik, hingga ke ReGlow LED Face Mask dan banyak lagi.

Para peminat akan berpeluang untuk berinteraksi dengan inovasi-inovasi yang terlaris
daripada jenama ini serta menikmati konsultasi kecantikan untuk sebuah pengalaman
yang peribadi lagi interaktif.

K. M. Leong, Pengurus Besar Asia Tenggara bagi Kumpulan Ulike berkata, “Kami berasa amat teruja untuk melebarkan sayap Ulike ke kota Johor Bahru yang menawan, dengan outlet fizikal kami yang kedua di SOGO The Mall, Mid Valley Southkey.

“Kami melihat outlet ini sebagai satu pelaburan strategik untuk menjadikan produk-produk penyingkir bulu dan kecantikan kami yang serba canggih lebih mudah untuk diakses oleh warga Malaysia dan Singapura.

“Kami berasa teruja untuk meneruskan usaha kami dalam menjadikan solusi-solusi kecantikan yang inovatif lebih mudah diakses oleh khalayak yang lebih luas. Kami berbesar hati untuk meraikan detik istimewa ini bersama para pelanggan dan rakan yang kami hargai.”

Mulai hari ini hingga 1 September, para peminat juga berpeluang untuk menyaksikan penampilan khas daripada personaliti-personaliti media sosial seperti Fish (阿鱼), COCO, JOMAMA dan ramai lagi. Mereka bukan sahaja akan berkongsi pandangan mereka mengenai produk-produk Ulike tapi juga pelbagai tip kecantikan untuk membantu para peminat menaik taraf rutin kecantikan mereka.

Siri HONOR 200 Kini Menerima Ciri Fotografi AI Terbaharu, AI Eraser Bermula Pertengahan September

Siri HONOR 200, telefon pintar flagship kelas pertengahan fotografi potret premium telah menerima kemas kini Magic AI terbaharu yang meningkatkan pengalaman pengguna beserta keupayaan Bokeh Adjustment, Group Photo Enhance dan fungsi AI Eraser.

Fokus objek tersendiri dengan Bokeh Adjustment

Ciri baharu Bokeh Adjustment kini tersedia pada HONOR 200 Pro dan HONOR 200, membolehkan pengguna memasukkan efek kabur dalam gambar secara kreatif
dengan menyelaras fokus dan apertur, seperti sistem kamera profesional.

Apa yang mengagumkan ialah ianya memberikan fleksibiliti yang lebih baik bagi pengguna untuk mencipta hasil penggambaran yang kreatif dengan menumpukan kepada bahagian tertentu sesebuah gambar yang diambil secara khusus.

Tangkap “wefie” menarik dengan Group Photo Enhance

Manakala ciri AI Group Photo Enhance menyokong pengayaan ketelitian potret,
membetulkan mata tertutup dan raut wajah tidak seimbang untuk menghasilkan
gambar secara berkumpulan yang sempurna tanpa perlu mengambil gambar
tambahan berulang kali.

Semasa menangkap gambar “wefie”, sekiranya terdapat individu mengelipkan
matanya, teknologi Multi Frame Synthesis yang berkuasa akan membetulkan mata
tersebut secara pintar agar semua orang di dalam gambar tersebut kelihatan
sempurna.

Fungsi ini hanya tersedia pada kamera belakang dan ianya dicipta khas bagi gambar secara berkumpulan untuk dua hingga 50 orang.

Buang objek yang tidak dikehendaki dengan AI Eraser

Fungsi AI Eraser baharu akan dikemas kinikan bagi Siri HONOR 200 pada pertengahan September 2024. Ciri ini berupaya untuk membuang objek yang tidak dikehendaki daripada gambar secara pintar dan lancer.

Contohnya seperti orang, kenderaan dan banyak lagi daripada latar belakang yang boleh menjejaskan keindahan sesebuah gambar. Objek ini boleh dibuang secara manual atau automatik bagi menghasilkan gambar yang bersih dan kelihatan profesional.

Siri HONOR 200 Mendefinisikan Semula Fotografi Potret Tahap Studio

Siri HONOR 200 memanfaatkan penggunaan AI Portrait Engine baharu yang dibangunkan dengan kolaborasi bersama Studio Harcourt yang berpangkalan di
Paris untuk menangkap fotografi potret bertaraf studio dalam bentuk telefon pintar
mudah alih yang kompak.

Siri ini menampilkan Kamera Utama 50MP dengan model Pro menggunakan Kameran Utama H9000 1/1.3 inci, manakala Standard menggunakan sensor Sony IMX906. Kamera Telefoto 50MP pula menggunakan sensor Sony IMX856 dan sistem anti-goyang Dual OIS (OIS+EIS) untuk gambar serta video yang lebih stabil.

Dalam memastikan prestasi yang mantap dan bernilai, Siri HONOR 200 menggunakan paparan AMOLED 120Hz terkini yang mempunyai pensijilan TÜV Rheinland Flicker Free Display Certification dan pensijilan TÜV Rheinland Full Care Display Certification.

Bagi prestasi lebih lancar, Pro menggunakan prosesor mudah alih Qualcomm Snapdragon 8s Gen3 dan cip HONOR C1+RF dipertingkatkan, manakala bagi model HONOR 200 menampilkan prosesor mudah alih Qualcomm Snapdragon 7 Gen 3.

Siri HONOR 200 dikuasakan oleh bateri berkapasiti besar 5,200mAh dengan teknologi pengecasan berwayar 100W Wired HONOR SuperCharge, manakala model Pro didatangkan dengan pengecasan tanpa wayar 66W Wireless HONOR SuperCharge Wireless.

Untuk maklumat lanjut mengenai Siri HONOR 200, ikuti akaun Facebook rasmi atau
kunjungi laman sesawang HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my/

Experience Convenience at Your Fingertips with Samsung Wallet on Galaxy A15/A25 5G

Imagine a day where everything you need is just a tap away. With Samsung Wallet on the Galaxy A15 and A25 5G, this vision becomes reality, transforming your daily routine into a seamless and rewarding experience.

With no minimum spend required, every transaction earns you up to 40 points. Unlike other rewards programs, the points are based on the number of transactions rather than the amount spent. This means every time you use Samsung Wallet, you’re earning points twice – once from your credit card provider and once from Samsung Wallet!

So, how exactly can you rack up these points? Imagine starting your day by tapping your Galaxy A15 or A25 5G at the public transport terminal or passing through a toll station. A quick stop at the mini-mart for a coffee and breakfast earns you more points with just a tap.

Lunchtime brings more rewards at your favorite spot, myBurgerLab, where you  can get RM10 off with just 1 Rewards Point. Asyou drive home, a tap at the petrol station fuels your car and your points balance.

Dinner fromDomino’s Pizza becomes even more rewarding with RM20 off on a Large Pizza using 1 Rewards Point.

realme to Unveil World’s Fastest Charging Technology on 14 August

In conjunction with the annual 828 Fan Festival, realme, the world’s fastest-growing smartphone brand, is set to unveil the world’s No. 1 fast-charging technology on 14 August.

The grand revelation aspires to set new benchmarks for smartphone charging as realme is anticipated to break the world record once again for the fastest charging in history, featuring record-breaking speed, efficiency, and advanced safety.

Four proprietary innovations driving this achievement will also be unveiled for the first time, leading the world in advancements in charging power, battery technology, converter size, and power reduction design.

Apart from the fast-charging technology, realme will also shed light on the cutting-edge technologies in the works, redefining the smartphone experience with AI, performance, and imaging.

These announcements highlight realme’s commitment to innovation and its dedication to empowering young users with unprecedented solutions and tech experiences that exceed their expectations. Call it a miracle; call it realme.

Volkswagen Malaysia Perkenal Golf GTI Edition 50 Eksklusif – Harga Cadangan RM267,990

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) melancarkan model eksklusif Golf GTI Edition 50 yang ditawarkan pada harga cadangan (RRP) RM267,990. Harga RRP itu termasuk Pakej Jaminan Volkswagen (Volkswagen Assurance Package, VAP) yang memberikan pemilik dengan penyelenggaraan, jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun.

GTI Edition 50 dilancarkan sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-50 Golf. Jentera itu dilengkapi pelbagai aksesori yang merangkumi kit badan Oettinger, rim baharu, perumah cermin sisi berwarna hitam, emblem ekslusif Edition 50 dan kemasan sisi sportyyang diinspirasikan daripada rekaan honeycomb signatur model GTI.

Penampilan bahagian luaran GTI Edition 50 disempurnakan lagi dengan tint “Edition 50 VW” dan emblem “50” pada tiang B yang menunjukkan ini merupakan sebuah model edisi khas.

Kit badan Oettinger terdiri daripada spoiler hadapan, spoiler belakang berwarna hitam dan peresap udara yang meningkatkan lagi gaya serta prestasinya. Selain memberi sentuhan berani terhadap gayaan luaran GTI Edition 50.

Ia dipasang dengan rim aloi ringan ‘Pretoria’ bersaiz 18” bersama kemasan hitam berkilat, penutup hub roda “GTI” Dynamic dan penutup injap aluminium VW Design.

Ruang dalaman GTI Edition 50 menyerlahkan elemen yang membezakannya dengan
GTI standard. Antaranya termasuklah emblem “50” pada bahagian tengah stereng multi-fungsi GTI yang sporty, plat sisi aluminium “Edition 50” dan karpet hadapan “Edition 50”.

GTI Edition 50 didatangkan dalam dua warna iaitu Oryx White (putih) dan Moonstone Grey (kelabu).

Pengarah Urusan VPCM, Denyu Bostandzhiev nyata teruja untuk memperkenalkan GTI Edition 50 ke pasaran Malaysia. “GTI edisi khas ini menjadi bukti kejayaan ketika kami meraikan ulang-tahun Golf yang ke-50.

GTI sememangnya sebuah model yang luar biasa. Justeru, naik taraf pada Edition 50 pastinya memberi sentuhan unik yang membuatkannya sebuah model collectible. Kami percaya bahawa Edition 50 akan menarik perhatian para peminat GTI yang mahukan
sesuatu lebih istimewa.”

Sama seperti GTI standard, Edition 50 menawarkan keterujaan dalam setiap pemanduan. Ini kerana ia dijana oleh enjin turbo 2.0TSI yang dipadankan dengan klac basah 7-kelajuan berkuasa 245PS dan tork 370Nm.

Ciri-ciri lain yang perlu diketengahkan ialah sistem bunyi premium Harman Kardon berkuasa 480watt dengan 10 unit pembesar suara. Ia dipadankan dengan sistem infohibur Discovery Media bersaiz 10 inci bersama ketersambungan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar serta kluster instrumen digital berukuran 10.25 inci.

Aspek keselamatan disokong oleh teknologi IQ.DRIVE Volkswagen, di samping sistem bantuan pemandu termaju seperti Travel Assist dengan Adaptive Cruise Control (ACC), Side Assist, Front Assist, Lane Assist dan Paparan Head-Up.

GTI telah menawarkan pengalaman pemanduan yang sporty sejak diperkenalkan buat pertama kali pada acara Frankfurt Motor Show 1975. Selepas hampir lima dekad dan lapan generasi kemudian, nama GTI terus mengekalkan posisinya selaku hatchback paling diminati di seluruh dunia.

GTI Edition 50 akan dipamerkan dalam acara Golf Fan Fest yang diadakan pada 24 Ogos 2024 bertempat di North Paddock Litar Antarabangsa Sepang. Ia juga boleh dilihat secara dekat di pengedar-pengedar Volkswagen bermula 17 Ogos 2024.

Jalan Pahlawan Family Fun Walk 2024 Terima Sambutan Ramai

Lebih 150 penduduk menyertai program Jalan Pahlawan Family Fun Walk 2024 yang julung kali diadakan oleh Persatuan Penduduk Jalan Pahlawan 22/3 hingga 46/3, Bandar Mahkota Cheras, Selangor, semalam.

Program yang mendapat sambutan hangat dikalangan penduduk itu dirasmikan oleh Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ), Lim Kim Eng dan turut bersama-sama melepaskan peserta larian kira-kira jam 7.35 pagi yang terdiri daripada kanak-kanak sehinggalah kepada golongan warga emas.

Keadaan cuaca yang cerah menyaksikan seramai 50 peserta tiba digarisan penamat dan melayakkan mereka menerima medal penyertaan selepas menamatkan larian sejauh kira-kira dua kilometer membabitkan laluan sekitar Jalan Pahlawan 22 dan 24.

Puan Kim Eng dalam ucapannya menyambut baik usaha persatuan penduduk ini yang aktif menjalankan beberapa program melibatkan penduduk dan amat mengalu-alukan program Family Fun Walk ini diadakan.

“Family Fun Walk ini bukan sahaja mengalakkan gaya hidup sihat tetapi mampu mengeratkan hubungan sesama penduduk yang sering sibuk dengan urusan harian malah saya sangat seronok melihat ramai yang membawa ahli keluarga menyertainya,” katanya yang turut mengumumkan sumbangan RM1,000 kepada persatuan ini.

Penduduk yang hadir dan berjaya menamatkan larian atau berjalan kaki kemudian dijamukan dengan sarapan pagi sebelum acara kemuncak iaitu cabutan bertuah diadakan membabitkan hadiah utama berupa sebuah basikal lipat berharga kira-kira RM600.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Jalan Pahlawan 22/3 hingga 46/3, Bandar Mahkota Cheras, Peter Loo berkata, pihaknya amat berbesar hati dan berterima kasih di atas sambutan hangat yang diterima oleh penduduk sekitar taman ini yang menyertai aktiviti berjalan kaki sejauh dua kilometer.

“Saya tidak menjangka penyertaan yang diterima begitu menggalakkan kerana pihak AJK persatuan pada mulanya hanya menjangkakan penyertaan kira-kira 70 orang sahaja malah ada dikalangan peserta yang tiba lebih awal iaitu seawal jam 6.30 pagi sedangkan kaunter pendaftaran hanya dibuka pada jam 7 pagi.

“Justeru, kami merancang mengadakan program ini pada tahun depan dengan menyediakan lebih banyak medal dan hadiah lebih menarik bagi mengalakkan lebih ramai penduduk dapat menyertainya,” katanya.

Sementara itu, pemenang hadiah utama iaitu sebuah basikal lipat, Tan Min Xuan, 11 tahun berkata, dia berjaya menamatkan larian ini dalam kelompok 50 peserta terawal dan menyertai program ini bersama dengan ibunya serta tidak menyangka menang hadiah utama.

Saksikan gambar-gambar menarik sekitar program Jalan Pahlawan Family Fun Walk 2024 dibawah ini.

Johor Plantations Group Marks A New Milestone In Its Target To Plant One Million Trees In 10 Years

Johor Plantations Group Berhad (JPG), in collaboration with Yayasan JCorp and Pertubuhan Sahabat Hutan Bakau Pulau Tanjung Surat (PSHBTS), planted 1,000 mangrove trees at Pulau Tanjung Surat, Kota Tinggi, Johor, to restore and preserve the mangrove ecosystem along the coast.

This initiative is part of JPG’s “One Million Roots for the Future” (1MRFF) campaign, in line with its commitment to protect biodiversity and the ecosystem.

This is the second year JPG is doing this initiative, with the ultimate goal of planting one million trees in 10 years to promote environmental sustainability and encourage active stewardship of natural resources and biodiversity.

This joint initiative between JPG and Yayasan JCorp is in line with their parent organisation
Johor Corporation (JCorp)’s purpose of being custodians of nature’s resources by nurturing and safeguarding them for future generations so that they can continue to reap the benefits.

“As a responsible operator, our environmental management practices aim to minimise
environmental impacts and focus on conserving our nation’s natural habitats. Our Tree
Planting programme under the 1MRFF aims to plant one million trees, including in critical areas to improve the sites’ ecosystems, such as our precious mangrove swamps, by creating habitats for a wide range of marine and terrestrial species, as well as managing the water quality in those areas.

From 2023 to 2033, our target is to plant this number of trees both internally and in collaboration with like-minded stakeholders, contributing to carbon dioxide sequestered
from the atmosphere and helping mitigate climate change,” said Mohd Faris Adli Shukery,
Managing Director of Johor Plantations Group Berhad.

Meanwhile, Chief Executive Officer of Yayasan JCorp, Zaidatul Zurita Abdul Rahman, stated,
“We are thrilled to collaborate with JPG on this important initiative. It aligns perfectly with our ESG goals of creating a better life by fostering a cleaner, healthier environment for local
communities.

We extend our heartfelt gratitude to JPG for partnering with us to ensure the success of this programme. We eagerly anticipate future collaborations that will further enhance the environmental and social well-being of our community.”

Post Menarik