Kunjungan hormat ke atas YB Senator Dato’ Setia Dr Mohd Naim Mokhtar oleh Pengerusi NGO Antarabangsa merangkap Profesor Adjung UMT, Dato’ Dr Mustapha Ahmad Marican di pejabat Menteri Agama di Putrajaya.
Isu-isu yang dibincangkan adalah berkaitan isu semasa umat Islam, isu serantau dan isu antarabangsa termasuk konflik di Palestine.
Mustapha merupakan NGO Antarabangsa yang bergerak aktif. Sehingga kini beliau banyak menyumbang ceramah kesukarelawan kepada graduan dan persatuan belia seluruh negara berhubung dengan jati diri, motivasi, isu scammer online termasuk penipuan pekerjaan di luar negara.
Mustapha juga banyak menyumbang kepada kepentingan ummah antarabangsa dengan membina 6 Masjid, 10 surau 4,100 buah perigi dan membaiki pelbagai kerosakan sekolah dan 3 sekolah Tahfiz telah dibina serta menyediakan 1 tapak perkuburan Islam di Kemboja.
Manakala 2 sekolah agama turut dibantu di Thailand 1 sekolah Agama di Narathiwat, 1 sekolah anak anak yatim lelaki perempuan di Takbai. Beliau juga turut memantu membina sekolah pondok di Indonesia.
Beliau banyak menerima pengiktirafan di luar negara di atas peranannya di dalam kerja-kerja kebajikan, pendidikan & kemanusiaan sejagat dan disegani oleh banyak pihak.
“Mustapha juga menawarkan diri untuk terus memberi khidmat selagi mampu dan membuat kerjasama strategik bersama JAKIM dan agensi di bawahnya di masa hadapan,” katanya.