vivo introduced OriginOS 7 in Shanghai, setting a new benchmark for a smartly smooth experience, engineered across touch response, fluid motion, and peak load performance, and built to stay smooth even after six years of daily use.
These performance enhancements are brought to life through Origin Workbench, redefining the multitasking experience on a smartphone. OriginOS 7 further elevates the user experience with effortless native connectivity across devices, alongside Jovi, a powerful personal AI agent designed to help users get things done across devices.
Its cohesive design language combines varied material textures, light and shadow aesthetics, and physics driven motion with deep customization options, making every interaction feel intuitive and distinctly personalized.
In Malaysia, the X500 Series will be the first to launch with OriginOS 7, with the update subsequently rolling out to other X Series models, followed later by the V and Y Series.
vivo introduces OriginOS 7
OriginOS 7 was designed for the moments that shape how people use their phones, like moving an idea between apps, finding a document while away from your desk, or trying to share dozens of photos with family and friends after a gathering. The goal was to make
these interactions feel effortless and ensure this smooth experience would last for years of daily use.
HONOR baru-baru ini memperkenalkan peranti kelas pertengahan Siri X HONOR menerusi model X9e Pro dengan huruf “e” pada namanya membawa maksud “EXTREME”, sekali gus menandakan penekanan lebih besar terhadap aspek ketahanan peranti.
Ciri ketahanan lasak sudah tentu menjadi antara identiti utama Siri X dan pada X9e Pro, ciri berkenaan dipertingkatkan bagi memberikan perlindungan lebih baik terhadap kejadian terjatuh serta hentakan dalam penggunaan harian.
HONOR X9e Pro hadir dengan lima peningkatan utama yang didakwa sebagai NO.1 dalam kelasnya iaitu melibatkan ketahanan, bateri, perlindungan air, paparan dan perlindungan selepas pembelian.
Lebih menarik, pendekatan HONOR kali ini kelihatan cukup jelas: menghasilkan telefon pintar yang bukan sahaja seronok digunakan, tetapi mampu bertahan dalam situasi penggunaan harian yang lebih mencabar.
Selain bateri, HONOR menggariskan peningkatan utama iaitu ketahanan jatuh yang dipertingkatkan menerusi ciri EXTREME Armor-Tough Drop Resistance serta perlindungan air melalui EXTREME Ultra-Tough Water Resistance.
Ciri Ketahanan
Peranti ini menawarkan ketahanan jatuh sehingga 3 meter, selain menerima pensijilan SGS 5-Star Comprehensive Reliability. Dalam penggunaan sebenar, aspek seperti ini mungkin lebih bermakna berbanding spesifikasi yang sekadar mengejar angka.
Telefon pintar ialah peranti yang sentiasa dibawa ke mana-mana sama ada dimasukkan ke dalam poket, beg, diletakkan di atas meja dan tidak kurang juga terjatuh akibat kecuaian pengguna.
Dengan fokus terhadap ketahanan, HONOR X9e Pro cuba memberikan keyakinan tambahan bahawa peranti ini dibina untuk menghadapi kehidupan seharian.
Bateri 11,000mAh
Jika ada satu spesifikasi yang terus mencuri perhatian, ia tentunya bateri. Peranti ini dilengkapi bateri berkapasiti 11,000mAh, yang menjadikannya antara ciri paling agresif pada peranti ini.
HONOR mendakwa bateri tersebut mampu menawarkan sehingga tiga hari penggunaan, bergantung kepada corak penggunaan. Anda boleh melupakan power bank jika menggunakan peranti ini malah anda boleh mengecas peranti lain menggunakan HONOR X9e Pro ini.
Lebih menarik, pengecasan pantas 80W HONOR SuperCharge turut disediakan. Jadi, kapasiti bateri yang besar tidak semestinya bermakna pengguna perlu menunggu terlalu lama untuk mengecasnya.
Malah, X9e Pro turut menyokong reverse charging untuk iPhone, menjadikan telefon ini bukan sekadar peranti untuk kegunaan sendiri, tetapi berpotensi menjadi ‘power bank’ kecemasan untuk peranti lain.
Bagi pengguna yang kerap bekerja di luar pejabat, melancong atau banyak menggunakan telefon sepanjang hari, kapasiti 11,000mAh ini sememangnya antara ciri yang paling menarik untuk diberi perhatian.
Fotografi dalam air
Satu lagi ciri yang agak luar biasa untuk telefon pintar kelas pertengahan ialah tahap perlindungan airnya. HONOR X9e Pro hadir dengan IP69K, selain menyokong rendaman sehingga 10 meter berdasarkan tuntutan produk.
Lebih menarik, HONOR turut mengetengahkan kemampuan fotografi dalam air. Ini memberikan lebih banyak kelebihan kepada pengguna khususnya mereka yang gemar melakukan aktiviti lasak seperti snorkeling, meredah jeram sungai, berkayak, atau berkelah di tepi sungai.
Sudah tentu, pengguna masih perlu mengambil kira keadaan sebenar dan had perlindungan peranti. Namun, fokus terhadap ketahanan air menunjukkan HONOR X9e Pro dibangunkan dengan sasaran penggunaan yang lebih lasak.
Paparan skrin 10,000 nits
Peranti ini menawarkan kecerahan puncak sehingga 10,000 nits, angka yang sangat tinggi untuk sebuah telefon pintar dalam kelasnya. Secara mudah, paparan yang lebih terang membantu kandungan pada skrin kekal lebih mudah dilihat dalam keadaan pencahayaan yang mencabar, khususnya apabila menggunakan telefon di luar bangunan.
Jadi, angka 10,000 nits bukan semata-mata untuk diletakkan dalam helaian spesifikasi. Ia mempunyai kaitan terus dengan pengalaman penggunaan terutama bagi mereka yang kerap menggunakan telefon di bawah cahaya matahari seperti penghantar makanan yang seharian menunggang motosikal dibawah matahari terik.
HONOR Rakyat Care+
Satu lagi perkara yang menarik perhatian ialah pakej HONOR Rakyat Care+ Warranty. HONOR menawarkan penggantian keretakan bahagian hadapan dan belakang selama 730 hari, selain jaminan kerosakan akibat cecair selama 730 hari, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.
Bagi pengguna, perlindungan sebegini memberikan satu lagi lapisan keyakinan selepas pembelian. Ini penting kerana membeli telefon pintar bukan sekadar soal harga dan spesifikasi. Kos pembaikan juga boleh menjadi pertimbangan besar apabila berlaku kerosakan yang tidak dijangka.
Dengan penawaran perlindungan tambahan ini, HONOR cuba menjadikan X9e Pro sebagai pakej yang lebih menyeluruh — daripada ketahanan peranti sehingga sokongan selepas jualan.
Menurut HONOR, siri X telah mencatatkan prestasi jualan yang kukuh dalam kategori telefon pintar kelas pertengahan untuk empat generasi, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara pilihan utama pengguna Malaysia.
HONOR turut menyatakan bahawa siri ini pernah mencatatkan 33 peratus bahagian pasaran menerusi HONOR X9a, sebelum mencapai kemuncak 77 peratus bahagian pasaran bagi HONOR X9d.
Di peringkat global pula, siri X dikatakan telah mempunyai lebih daripada 130 juta pengguna. Ini memberikan sedikit gambaran tentang skala penerimaan siri X, walaupun prestasi jualan dan bahagian pasaran tersebut perlu dilihat berdasarkan tempoh, kategori dan metodologi pengukuran yang digunakan.
Kesemua ciri ini menjadikan peranti ini bukan sahaja lasak tetapi memiliki ciri fotografi yang tidak kurang hebatnya. Anda boleh melihat sendiri beberapa keping gambar yang berjaya dirakam menggunakan peranti ini. Lihat dibawah.
Semasa lawatan kerja Setiausaha Agung dan Presiden Vietnam, To Lam, ke Amerika Syarikat, Vietjet bersama syarikat-syarikat kumpulannya, Galaxy Holdings dan Galaxy Telecom, telah menandatangani perjanjian perkongsian strategik dengan Starlink, perkhidmatan internet satelit yang dibangunkan dan dikendalikan oleh SpaceX, bagi menyediakan Wi-Fi berkelajuan tinggi secara percuma kepada penumpang dalam penerbangan Vietjet.
Perjanjian ini menandakan satu pencapaian baharu dalam kerjasama teknologi penerbangan antara Vietnam dan Amerika Syarikat, sekali gus meningkatkan kesalinghubungan bagi penumpang Vietjet di seluruh rangkaiannya, termasuk penerbangan antara Malaysia dan Vietnam.
Pada peringkat awal, Starlink akan dipasang pada 120 pesawat Vietjet, termasuk 100 pesawat Airbus A321/Boeing 737 dan 20 pesawat Airbus A330. Vietjet juga merancang untuk melengkapkan semua pesawat baharu yang diterima pada masa hadapan dengan kemudahan internet berkelajuan tinggi, sekali gus memperluaskan kesalinghubungan di seluruh rangkaian domestik dan antarabangsa Vietjet.
“Dengan sambungan berkelajuan tinggi dan latensi rendah serta liputan di kawasan lautan, wilayah kutub dan kawasan terpencil, Starlink akan membolehkan penumpang bekerja, kekal berhubung, menstrim kandungan hiburan dan mengakses kandungan dalam talian sepanjang perjalanan mereka.
Vietjet menyasarkan agar Wi-Fi berkelajuan tinggi dalam penerbangan tidak lagi dianggap sebagai kemudahan premium, sebaliknya menjadi perkhidmatan digital penting yang boleh diakses secara meluas dalam perjalanan udara.
Dr. Nguyen Thi Phuong Thao, Pengerusi Vietjet berkata, engan Starlink, berada di udara tidak lagi bermakna terputus hubungan. Penumpang Vietjet akan dapat terus berhubung sepanjang perjalanan mereka – sama ada untuk bekerja, menikmati hiburan atau berkomunikasi dengan keluarga dan rakan-rakan.
“Ini mencerminkan komitmen berterusan Vietjet terhadap inovasi serta aspirasi kami untuk membolehkan lebih ramai orang menikmati teknologi termaju,” katanya.
Beloved box-office hit Dear You (给阿嬷的情书) returns this Mid-Autumn Festival with a brand-new epilogue, The Sea Between Us (海的两端), once again featuring Wang Yantong returning as the leading role, Zheng Musheng.
This time, the entire heartwarming story was filmed on the yet-to-be-launched HONOR Magic9 Pro Max, showcasing how powerful smartphone imaging can bring life’s most meaningful moments to the screen.
The Unfinished Story Continues Its Next Chapter This Mid-Autumn
Set during Mid-Autumn, The Sea Between Us carries the film’s timeless longing across generations, resonating with those who are far away from home today – from those working late in Kuala Lumpur to students studying overseas, and loved ones unable to return home this year. Back then, those far from home could only write a letter, send it off and wait. Today, a phone call or text message can bridge the distance in an instant.
Reimagine Cinematography with HONOR Magic9 Pro Max X ARRI
The entire epilogue was brought to life using HONOR Magic9 Pro Max, developed in partnership with ARRI, the century-old icon of cinematic imaging.
Renowned for its work on Hollywood blockbusters and award-winning films, ARRI brings its expertise in cinematic colour science to the smartphone, helping to recreate the distinctive look and feel of the big screen. The signature cinematic look is defined by warm, natural skin tones, rich layers of light and shadow, and beautifully balanced highlights and shadows.
Now, this visual language comes to life on the HONOR Magic9 Pro Max, allowing every frame of The Sea Between Us to capture the warmth and emotion of the story with a distinctly cinematic feel.
From the gentle lines around Grandma’s eyes to the soft glow of Mid-Autumn moonlight and lanterns, every detail is rendered with warmth and authenticity – bright without being harsh and detailed without losing its emotional character. Moments that once needed the big screen can now be captured in the palm of your hand with the HONOR Magic9 Pro Max. Just press record, and the story is ready to unfold.
Watch The Sea Between Us in HONOR Malaysia officialFacebook page. Stay tuned with HONOR to get the latest updates on the HONOR Magic9 Pro Max.
For families across Malaysia and Asia, the Mid-Autumn Festival is a cherished time for reunion, togetherness and traditions, marked by gatherings under the full moon and the sharing of mooncakes with loved ones.
As travellers journey home to celebrate with family and friends, Emirates is bringing the spirit of the festival onboard, offering customers a taste of the occasion while travelling between Dubai and Malaysia.
On 25 and 26 September 2026, customers travelling on select Emirates flights will receive a
complimentary mooncake as part of their meal service across all cabin classes. The seasonal treat, featuring traditional red bean paste filling, will be served alongside lunch or dinner.
In First Class and Business Class, customers will receive a specially packaged mooncake gift box following the first meal service. In Premium Economy and Economy Class, mooncakes will be presented as part of the meal tray service.
Alongside the festive culinary offering, customers can also enjoy Emirates’ extensive inflight
entertainment selection on ice, featuring more than 40 Cantonese and Mandarin films, including recent titles such as I Am What I Am 2, Invincible Swordsman, The Way We Talk and I Want to Be Rich.
Travellers can also access more than 300 Hollywood releases with Chinese subtitles, including How to Train Your Dragon, Elio, Materialists and Audrey’s Children.
vivo launched the all-new imaging flagship vivo X500 Series in Shanghai. As the opening chapter of vivo’s company-level strategy to elevate dynamic imaging, the vivo X500, vivo X500 Pro and vivo X500 Pro Max aimed to deliver “dual excellence in photo and video experience”, redefining the boundaries of mobile imaging.
vivo’s imaging strategy has always focused on one goal: continuously elevating and exceeding expectations in scenarios users care about most, such as portraits, telephoto and concerts.
Today, video and live content have become the most natural ways for users to record life, express emotions and share perspectives, and mobile imaging has fully entered the era of dynamic imaging.
Building on a decade of accumulated static imaging technology, vivo continues to deepen its three foundational capabilities, sensors, chips and algorithms to build the complete system capabilities required for dynamic imaging, completing another leap from static to dynamic in smartphone imaging. Huang Tao, Vice President of vivo, stated at the launch event:
“The professional ceiling of the vivo X500 Series must be high enough to become a productivity tool for creators; the barrier to a great user experience must be low enough for anyone to capture cinematic footage effortlessly.”
vivo X500 Pro Max debuts the vivo x Sony LYTIA L910 sensor, delivering 17 EV Ultra-High Dynamic Range in true output; it features the 200 MP ZEISS APO Telephoto Camera, supporting the 400 mm Equivalent vivo ZEISS Telephoto Extender Gen 2 Ultra; it offers exclusive leading imaging specifications including 4K 240 fps Cinematic Slow-Mo Video and 8K Native Live; it is powered by the MediaTek Dimensity 9600 Pro, integrating vivo’s Imaging Chip V3+ & the Pro Imaging Chip VS1+; it is equipped with a 2K ZEISS Master Color Display and an 7,800 mAh BlueVolt Battery.
The entire series runs OriginOS 7, achieving comprehensive breakthroughs in imaging, performance, system and design. Following its global launch, the vivo X500 Series is rumoured to arrive in Malaysia in October 2026. Stay tuned for further updates via vivo Malaysia’s official website and social media.
Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia), penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional, melancarkan SME Jumpstart Workshop 2026 bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan berkembang melangkaui platform e-dagang serta membina model perniagaan terus kepada pengguna atau direct-to-consumer (D2C) yang lebih kukuh.
Walaupun platform e-dagang telah membantu ramai PKS meningkatkan keterlihatan dan momentum jualan, fasa pertumbuhan seterusnya bergantung kepada keupayaan perniagaan untuk memiliki hubungan pelanggan, meningkatkan pembelian berulang dan mengukuhkan keuntungan melalui strategi perdagangan digital, pemenuhan pesanan dan pengekalan pelanggan yang lebih berkesan.
SME Jumpstart Workshop 2026 merupakan bengkel pertumbuhan perniagaan praktikal untuk PKS Malaysia, usahawan dan bakal pengasas perniagaan yang ingin mengembangkan perniagaan melangkaui platform e-dagang.
Program ini memberi tumpuan kepada strategi terus kepada pengguna (D2C), pembangunan saluran jualan milik sendiri, pengekalan pelanggan, peningkatan keuntungan, perdagangan digital, sokongan logistik dan daya tahan perniagaan jangka panjang.
Dianjurkan oleh Pos Malaysia dan disokong oleh rakan penaja utama ZUS Coffee, program sehari ini menghimpunkan pengasas perniagaan, pemimpin industri, pakar bidang, rakan ekosistem dan agensi sokongan bagi membekalkan PKS Malaysia dengan pandangan praktikal, pengalaman sebenar pengasas perniagaan dan penyelesaian perniagaan untuk menyokong pertumbuhan mampan.
Bengkel ini turut mencerminkan transformasi Pos Malaysia daripada penyedia perkhidmatan pos tradisional kepada rakan logistik, pemenuhan dan perdagangan untuk perniagaan di Malaysia.
Dengan rangkaian penghantaran jarak akhir yang meluas, rangkaian runcit di seluruh negara serta keupayaan logistik bungkusan yang kukuh, Pos Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk menyokong PKS dalam membina saluran jualan dalam talian secara langsung, meningkatkan pengalaman pemenuhan dan penghantaran, serta memperkukuh kepercayaan terhadap jenama yang mendorong kesetiaan pelanggan dan pembelian berulang.
Inisiatif ini dilaksanakan ketika semakin ramai PKS Malaysia mencari cara untuk mengurangkan kebergantungan kepada platform pihak ketiga, melindungi margin keuntungan serta membina hubungan yang lebih kukuh dengan pelanggan.
Dengan menggabungkan strategi perniagaan, kesiapsiagaan digital, sokongan logistik dan akses kepada ekosistem yang lebih luas, bengkel ini bertujuan memperkasa PKS untuk bersaing bukan sekadar menerusi harga, tetapi dengan membangunkan model pertumbuhan yang lebih berdaya tahan dan berteraskan pelanggan.
Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia), penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional, kini menghantar satu daripada tiga bungkusan menggunakan kenderaan elektrik (EV), menandakan satu pencapaian penting dalam usaha memperluas penghantaran jarak akhir rendah karbon pada skala besar.
Dengan 1,585 kenderaan elektrik yang beroperasi di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, Pos Malaysia kini mengendalikan armada logistik elektrik terbesar di Malaysia, membuktikan bahawa penghantaran yang lebih hijau kini menjadi sebahagian daripada perkhidmatan penghantaran bungkusan harian di seluruh negara.
Bagi pelanggan dan perniagaan, ini bermakna akses kepada perkhidmatan penghantaran bungkusan yang lebih mesra alam tanpa perlu mengubah cara mereka menghantar atau menerima bungkusan.
Dengan satu daripada tiga bungkusan Pos Malaysia kini dihantar menggunakan kenderaan elektrik, penghantaran harian semakin disokong oleh rangkaian yang lebih bersih, pintar dan cekap.
Ini membantu mengurangkan jejak karbon pilihan logistik mereka sambil mengekalkan liputan nasional dan kemudahan yang mereka harapkan. Pos Malaysia kini mengendalikan 1,253 motosikal elektrik dan 332 van elektrik di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Sejak 2023, armada tersebut telah merekodkan perjalanan sejauh 28.8 juta kilometer, mencerminkan sejauh mana Pos Malaysia menerapkan penghantaran rendah karbon dalam rangkaian nasionalnya.
Program elektrifikasi armada Pos Malaysia menunjukkan bagaimana logistik mampan di Malaysia boleh bergerak daripada aspirasi kepada pelaksanaan. Dengan menggabungkan penggunaan kenderaan elektrik, telematik dan pengoptimuman rangkaian, syarikat ini memperluas penghantaran jarak akhir rendah karbon sambil meningkatkan kecekapan armada dan daya tahan operasi di seluruh rangkaian nasionalnya.
Fakta Utama
• Armada logistik EV terbesar di Malaysia, merangkumi 1,253 motosikal elektrik dan 332 van elektrik.
• Liputan penghantaran EV di seluruh negara merangkumi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
• Perjalanan sejauh 28.8 juta kilometer telah ditempuh sejak 2023.
• Bersamaan kira-kira 719 kali mengelilingi bumi.
• Satu daripada tiga bungkusan dihantar menggunakan kenderaan elektrik, menyokong penghantaran jarak akhir rendah karbon.
• Sebanyak 3,881 tan pelepasan CO₂e berjaya dielakkan sejak 2023 menerusi program elektrifikasi armada.
• Lebih 2,200 kenderaan dilengkapi teknologi telematik bagi menyokong pengoptimuman laluan, keselamatan pemandu dan kecekapan armada.
• Menyokong aspirasi Pos Malaysia untuk mencapai 100% penghantaran hijau menjelang 2030 dan Sifar Bersih menjelang 2050.
Pencapaian ini diketengahkan dalam Kajian Kes Impak Kelestarian yang dibangunkan bersama United Nations Global Compact Network Malaysia, Brunei and Cambodia (UNGCMBC).
Kajian tersebut meneliti bagaimana Pos Malaysia menggabungkan elektrifikasi kenderaan, infrastruktur pengecasan, telematik, perancangan modal dan kesiapsiagaan tenaga kerja dalam mentransformasikan rangkaian penghantaran nasionalnya.
Lebih daripada 2,200 kenderaan kini dilengkapi teknologi telematik yang membolehkan Pos Malaysia memperoleh data operasi untuk meningkatkan kecekapan laluan, keselamatan pemandu, penggunaan armada serta penambahbaikan prestasi secara berterusan. Peralihan ini juga telah membantu syarikat mengelakkan kira-kira 3,881 tan pelepasan CO₂e sejak 2023.
Acer today debuted the Acer Googlebook 14, designed for Gemini Intelligence and the first from the company in a brand-new category of flagship laptops bringing together premium materials, powerful performance, intelligence features, and seamless syncing with Android phones. Designed for the new Googlebook OS, the device works seamlessly with Android-based workflows and supports touch, keyboard, stylus, voice, and traditional laptop interaction methods within a unified user experience and help from Gemini at every step.
The Acer Googlebook 14 is the industry’s first convertible Googlebook and provides users with groundbreaking new features designed to boost productivity and creativity by enabling context-aware actions for personalized, proactive help and a more intuitive, streamlined workflow.
“The new Acer Googlebook 14 puts intuitive and powerful tools with Gemini Intelligence at the fingertips of anyone wanting to boost their creativity and productivity,” said James Lin, General Manager, Notebooks, Acer Inc.
“As a long-standing leader in Chromebooks since their inception 15 years ago, Acer is thrilled to continue our alliance with Google to launch this brand-new category of premium, AI-ready laptops.” “Acer and Google have built an enduring partnership over the last 15 years, driven by a shared commitment to customer-focused innovation.
As we move from a traditional operating system to an intelligence system, Acer is a critical partner in bringing this new category of intelligent computing to life,” said John Maletis, Vice President, Laptops and Tablets, Google.
“The Acer Googlebook 14 pairs premium craftsmanship with Gemini Intelligence from the ground up, and we look forward to continuing our journey together to deliver next-generation computing to our shared customers.”
HONOR hari ini melancarkan HONOR X9e Pro yang dinanti-nantikan di Malaysia, sebagai model terbaharu dalam Siri X yang ikonik. HONOR X9e Pro menetapkan penanda aras baharu untuk Siri X menerusi lima pencapaian No.1 merangkumi ketahanan, rintangan air, bateri, paparan dan pelan perlindungan peranti, di samping menawarkan peningkatan dari segi prestasi, fotografi serta ciri AI baharu.
No.1 EKSTRIM Ketahanan Lasak
Ketahanan sentiasa menjadi teras Siri X, dengan setiap generasi terus meningkatkan tahap perlindungan dan kebolehpercayaan. HONOR X9e Pro membawa ciri ini ke tahap seterusnya menerusi teknologi HONOR Ultra-Bounce Anti-Drop Technology 4.0 yang baharu, diinspirasikan daripada sistem keselamatan Halo yang digunakan untuk melindungi pelumba Formula 1.
Seni bina pengurusan impaknya yang canggih menggabungkan struktur berbentuk lengkungan, pengukuhan logam berketahanan tinggi serta lekatan pelekat pada keseluruhan permukaan bagi membantu menyerap dan mengalihkan daya hentaman daripada komponen kritikal seperti paparan dan papan utama.
Pelekat PUR tahan ricih menawarkan kira-kira 10 kali ganda rintangan ricih berbanding pelekat belakang konvensional, sekali gus membantu memastikan skrin kekal kukuh ketika terjatuh sambil mengagihkan daya hentaman ke kawasan yang lebih luas.
Dengan teknologi ini, HONOR X9e Pro mampu menahan jatuhan dari ketinggian sehingga 3 meter dan membantu mengurangkan risiko kerosakan skrin sehingga 82%, sekali gus memperoleh Pensijilan 5-Bintang SGS untuk Ketahanan Jatuhan dalam Keadaan Ekstrem.
Ketahanan HONOR X9e Pro turut diuji dalam satu sesi taklimat media baru-baru ini apabila peranti tersebut menjalani beberapa ujian ketahanan mencabar bagi memperlihatkan keupayaannya menahan daya hentaman tinggi, termasuk mengetuk paku ke dalam kayu, menahan hentaman bebola logam yang dilancarkan menggunakan lastik dan ditembak secara langsung menggunakan senapang angin*** dalam keadaan terkawal.
No.1 EKSTRIM Ketahanan Air Ultra Lasak
Melangkaui perlindungan daripada jatuhan dan hentaman, HONOR X9e Pro menawarkan tahap rintangan air tertinggi dalam industri dengan penarafan IP68, IP69 dan IP69K. Peranti ini menampilkan seni bina berbilang ruang yang diinspirasikan daripada kapal selam untuk membantu melindungi komponen dalamannya.
Paparan, bingkai tengah dan penutup belakang membentuk ruang kedap yang berasingan, manakala bukaan utama termasuk butang, pembesar suara, port USB-C dan dulang SIM turut dikedapkan secara berasingan bagi mewujudkan perlindungan air berbilang lapisan.
Ini membolehkan HONOR X9e Pro bertahan pada kedalaman sehingga 10 meter berbanding 1.5 meter pada generasi sebelumnya, sekali gus membolehkannya mencapai kedalaman sehingga tujuh kali ganda berbanding keperluan kedalaman standard IP68. Peningkatan ini turut membolehkan fotografi bawah air, termasuk aktiviti selam bebas pada kedalaman sehingga 10 meter dalam keadaan terkawal.
Bagi memastikan keupayaan rintangan airnya secara menyeluruh, peranti ini telah diuji sehingga 100,000 kitaran rendaman dan berjaya melalui ujian semburan garam berterusan selama 24 jam yang menyimulasikan keadaan pesisir pantai yang ekstrem.
No.1 EKSTRIM Bateri Besar 11,000mAh
Dari segi kuasa, HONOR X9e Pro mendahului sebagai telefon pintar pertama di dunia yang dilengkapi bateri berkapasiti besar 11,000mAh, satu peningkatan ketara berbanding kapasiti 8,300mAh pada generasi sebelumnya.
Walaupun mempunyai bateri berkapasiti besar, peranti ini hanya setebal 8.08mm dan seberat 203g. Ini membolehkan pengguna kekal berhubung dan produktif sepanjang hari.
Baterinya mampu menawarkan sehingga 66.8 jam main balik video, manakala satu pengecasan boleh bertahan sehingga tiga hari bagi penggunaan biasa.
Apabila perlu dicas semula, 80W HONOR SuperCharge membantu mengecas bateri dengan pantas, manakala pengecasan berbalik berwayar 27W membolehkan HONOR X9e Pro mengecas telefon pintar yang serasi, termasuk peranti iPhone dan Apple.
Pengurusan kuasa berkecekapan tinggi turut menyokong ketahanan bateri sehingga enam tahun untuk prestasi yang konsisten, memberikan pengguna lebih keyakinan terhadap bateri bukan sahaja untuk penggunaan hari ini, malah untuk tahun-tahun akan datang.
No.1 EKSTRIM Paparan Ultra Cerah
HONOR X9e Pro menampilkan paparan paling terang dalam industri dengan tahap kecerahan puncak 10,000 nits, memberikan paparan yang lebih jelas di bawah cahaya matahari terik. Skrin 6.8 inci bersama kadar segar semula 120Hz memberikan pengalaman lebih lancar ketika menatal media sosial dan menonton video.
Kali ini, HONOR X9e Pro menawarkan rangkaian Eye Comfort Technology yang dipertingkatkan, direka untuk memberikan keselesaan lebih baik ketika penggunaan berpanjangan serta menjaga keselesaan mata pengguna. Ini termasuk AI Defocus Display, Motion Sickness Relief, Circadian Night Display dan DOT Eye Comfort Protection.
No.1 HONOR Rakyat Care+, Pelan Perlindungan Peranti Baharu dengan Perlindungan Berganda
Bagi memberikan lebih ketenangan fikiran kepada pengguna, HONOR memperkenalkan pelan perlindungan baharu HONOR Rakyat Care+, yang menggandakan perlindungan berbanding generasi sebelumnya.
Pelan ini merangkumi 730 Hari Penggantian Skrin Retak Depan dan Belakang, 730 Hari Perlindungan Cecair, serta Jaminan Tambahan Satu Tahun, memberikan pengguna perlindungan tambahan selama dua tahun terhadap kerosakan akibat kemalangan tertentu dan kejadian tidak dijangka.
Rakaman Lebih Stabil dan Jelas dengan Penstabilan Imej CIPA 6.0
Ketahanan tidak menjejaskan keupayaan fotografinya. HONOR X9e Pro menampilkan Kamera Utama Ultra-Jelas 108MP dengan penstabilan imej tahap CIPA 6.0 yang baharu, yang sebelum ini diperkenalkan pada HONOR 600 Pro. Ia membantu menghasilkan rakaman yang lebih stabil dan jelas dalam pelbagai situasi, daripada suasana siang dan malam kepada aktiviti luar serta subjek bergerak.
Bagi fotografi bawah air, Underwater Color Tuning membantu mengurangkan tona warna biru dan hijau, sekali gus menghasilkan imej bawah air yang kelihatan lebih semula jadi.
Prestasi Lancar Sehingga 6 Tahun dengan Snapdragon® 6 Gen 5 Mobile Platform yang Dipertingkatkan
HONOR X9e Pro dikuasakan oleh Snapdragon® 6 Gen 5 Mobile Platform, menawarkan prestasi responsif untuk tugasan harian dan hiburan. Selain cipset, peranti ini menggabungkan pengoptimuman perkakasan dan perisian menerusi HONOR Hummingbird Architecture 2.0, yang direka untuk mengekalkan pengalaman penggunaan lancar dan responsif sehingga 72 bulan.
Ciri AI Baharu
HONOR X9e Pro memperkenalkan rangkaian ciri pengimejan berkuasa AI yang direka untuk meningkatkan pengalaman fotografi harian dan ekspresi kreatif. AI Zoom Enhancement membantu memulihkan perincian pada subjek yang jauh, manakala AI Night Enhancement membantu mengekalkan perincian imej dalam keadaan pencahayaan rendah. AI Enhanced Portrait pula memperhalusi rakaman subjek manusia untuk menghasilkan imej potret yang lebih kemas.
Peranti ini turut memperkenalkan AI Moving Photos, dengan ciri-ciri termasuk Motion Trail, Motion Clone dan Slow Motion, memberikan pengguna lebih banyak cara untuk merakam dan menghasilkan kandungan dinamik.
Selain itu, AI Image to Video 2.0, yang sebelum ini diperkenalkan pada Siri HONOR 600, membolehkan pengguna mengubah imej statik kepada video menarik serta menyesuaikan kandungan yang dijana menggunakan arahan ringkas.
Bagi penggunaan tanpa perlu memegang peranti sepenuhnya, butang baharu AI Free Grip Call boleh dipaparkan pada kedua-dua sisi skrin, membolehkan pengguna menjawab panggilan menggunakan sebelah tangan.
Direka untuk situasi seperti ketika berjalan atau menunggang, ciri ini memberikan cara yang lebih mudah untuk menjawab panggilan sambil membantu pengguna mengekalkan pegangan yang kukuh pada peranti. HONOR X9e Pro turut menyokong Instant NFC Access, membolehkan pengguna menggunakan telefon pintar sebagai kad akses bangunan di lokasi yang menyokong fungsi tersebut.