Utama Blog Halaman 15

HONOR 600 Pro: Bukan Sekadar Telefon Pintar, Rekaan Premium – Reviu Gajet

HONOR kembali mengukuhkan kedudukannya dalam segmen peranti flagship dengan pelancaran model terbaharu dalam siri HONOR 600 iaitu HONOR 600 Pro. Sekali imbas, peranti ini bukan sekadar naik taraf biasa, tetapi membawa pendekatan baharu dalam AI imaging, prestasi dan ketahanan – sesuatu yang semakin menjadi fokus utama dalam industri telefon pintar masa kini.

Reka Bentuk Premium

HONOR 600 Pro tampil dengan rekaan moden yang minimalis tetapi elegan. Dengan ketebalan hanya 7.8mm dan berat sekitar 200gram, ia masih selesa digunakan walaupun memuatkan bateri silikon-karbon yang sebesar 7000mAh manakala pilihan warna seperti Orange, Golden White dan Black memberikan sentuhan premium yang jelas menyasarkan pengguna gaya hidup moden.

Lebih menarik, peranti ini hadir dengan pensijilan IP68, IP69 dan IP69K, menjadikannya antara telefon yang paling tahan lasak dalam kelasnya. Tambahan pula, sijil SGS 5-Star untuk ketahanan jatuh dan tekanan memberi keyakinan bahawa ia bukan sekadar cantik, tetapi juga tahan digunakan dalam situasi ekstrem.

Skrin 

Daripada segi paparan, HONOR 600 Pro dilengkapi skrin AMOLED 6.57 inci dengan resolusi tinggi 2728 x 1264 dan kadar segar semula 120Hz. Pengalaman visual memang lancar sama ada untuk gaming, melayari laman media sosial atau menonton video.

Apa yang benar-benar menonjol adalah kecerahan puncak HDR mencecah 8000 nits — satu angka yang sangat tinggi untuk telefon pintar. Ini bermaksud penggunaan di bawah cahaya matahari terik bukan lagi isu. Sokongan Netflix dan Amazon HDR turut memastikan pengalaman hiburan lebih imersif.

Rekaan Baharu Kamera 

Tampil dengan rekaan serba baharu yang menampilkan tiga kamera utama seakan kamera sebuah peranti pintar popular menjadikan peranti ini sebagai pilihan pengguna masa kini. Dengan warga Orange mendekatkan lagi persamaan kepada peranti ini dengan pesaingnya yang jauh lebih mahal.

HONOR mempertaruhkan kamera utama 200MP dengan sensor besar 1/1.4 inci dan OIS menawarkan rakaman gambar yang sangat jelasn dan stabil. Lebih menarik, model Pro ini turut dilengkapi kamera telefoto 50MP dengan sokongan zoom sehingga 120 kali. Ini diperkukuh dengan AI Super Zoom 2.0, menjadikan rakaman jarak jauh lebih jelas dan tidak kabur. Kelebihan menggunakan zoom ini, anda hanya perlu menekan butang AI Enhance bagi tujuan memastikan hasil gambar lebih baik.

Ciri ini sebenarnya telah diperkenalkan pada peranti flagship HONOR Magic 8Pro yang memiliki keupayaan zoom sehingga 100 kali.

Untuk kegunaan harian, terdapat juga kamera ultra-wide 12MP serta kamera depan 50MP yang menyasarkan peminat swafoto dan pereka kandungan media sosial. Ciri AI imaging generasi baharu seperti AI Image to Video 2.0, AI Photo Agent, AI Enhanced Night & Night Portrait, AI Outpainting, AI Eraser dan Magic Color.

Gabungan ini menjadikan HONOR 600 Pro bukan sekadar telefon pintar tetapi alat pencipta kandungan berasaskan AI.

Cip Berkuasa

Melihat kepada sudut prestasi, HONOR 600 Pro dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite bersama GPU Adreno 830. Ini meletakkannya dalam kategori flagship sebenar, sesuai untuk peminat tegar gaming, multitasking dan penggunaan jangka panjang.

Dipadankan dengan MagicOS 10 berasaskan Android 16, pengalaman penggunaan dijangka lebih lancar dan pintar, terutamanya dengan integrasi AI yang lebih mendalam.

Bateri 

Satu lagi kekuatan utama ialah bateri 7000mAh berasaskan teknologi silikon-karbon. Ini jauh lebih besar berbanding kebanyakan flagship di pasaran. Ia menyokong pengecasan pantas 80W berwayar dan 50W pengecasan tanpa wayar.

Gabungan kapasiti besar dan pengecasan pantas menjadikan peranti ini cukup ideal untuk pengguna yang bergantung penuh kepada peranti yang tahan lasak, sesuai kepada mereka yang terbabit dalam bidang jualan di media sosial mahupun abang-abang e-hailing.

AI Produktiviti & Integrasi Google Gemini

HONOR turut memperkukuh ekosistem AI melalui integrasi Google Gemini, bersama pelbagai fungsi seperti AI Writing & AI Translate, AI Summary & AI Notes, AI Recorder & AI Minutes, Circle to Search dan Magic Portal.

Menariknya, terdapat juga ciri keselamatan seperti AI Deepfake Detection dan Voice Cloning Detection — satu langkah ke hadapan dalam menangani isu keselamatan digital. Ciri ini akan melindungi anda daripada scammer yang menggunakan kaedah panggilan video.

Kesimpulan

Secara keseluruhan, HONOR 600 Pro adalah sebuah peranti flagship yang menumpukan kepada tiga aspek utama — AI imaging, bateri besar, dan ketahanan ekstrem. Ia sesuai untuk pereka kandungan yang mahukan kamera AI canggih, pengguna yang memerlukan bateri tahan lama khususnya pemandu e-hailing dan pengguna yang mahukan peranti premium tetapi praktikal.

Pada tanda harga RM3,299, HONOR 600 Pro berpotensi menjadi antara pesaing paling kuat dalam pasaran flagship tahun ini.

Spesifikasi HONOR 600 Pro:

  • Paparan : 6.57” Super AMOLED, 120 Hz
  • Resolusi: 2728×1264, PP1: 458
  • Pemproses: Snapdragon® 8 Elite
  • OS: MagicOS 10 + Android 16
  • Saiz: 156mm (L) x 74.7mm (W) x 7.8mm (D)
  • Memori: 12GB
  • Storan: 512GB
  • Bateri: 7000mAh HONOR SuperCharge 80W
  • CPU:  Qualcomm Adreno 830
  • Kamera belakang: 50MP + 12MP + 200MP
  • Kamera depan: 50MP
  • Ciri Menarik: SGS 5-Stars Premium Performance Certification of Drop & Crush Resistance IP68 & IP69 & IP69K kalis air dan habuk
  • Warna: Orange, Golden White dan Black
  • Harga:  RM3,299

Bagi menguji sepenuhnya peranti ini, Prebiu.com sanggup terbang ke Pulau Langkawi merakam gambar-gambar menarik menggunakan HONOR 600 Pro ini. Paling mengujakan ialah gambar-gambar yang berjaya dirakam dari aras 30,000 kaki di udara masih kelihatan cantik meskipun tidak menggunakan ciri AI yang dipertingkatkan.

Lihat di bawah ini gambar-gambar menarik yang dirakam pada siang dan malam.

OPPO Find X9s Debuts as Your Hasselblad Travel Companion with 50MP Ultra-Clear Triple Camera, 7025mAh Battery, and AI-Powered Travel Tools

OPPO today expanded its Find X9 Series with the launch of Find X9s, designed to be your Hasselblad travel companion. To eliminate the pain points of travel content creation, Find X9s combines a flagship-grade 50MP triple camera system with a massive 7025mAh battery and intelligent AI tools.

From capturing stunning portraits to lasting through a long day of adventure, Find X9s empowers travelers to document their journeys without compromise.

“Everything we build is driven by one clear goal: to empower you,” said Pete Lau, SVP and Chief Product Officer at OPPO. “With Find X9s, we set out to solve the real frustrations of travel – the heavy cameras, the battery anxiety, the hours spent planning.

In partnership with Hasselblad, we’ve created a pocket-sized companion that lets you focus on what matters most: experiencing the world and effortlessly capturing its beauty.”

Vibrant Refreshed Design That Inspires Exploration
Find X9s draws inspiration from the beauty of travel, resulting in a palette of vibrant, refined colors. Sunset Orange radiates warm energy with its pink-orange gradient. Lavender Sky offers a clean white with subtle purple undertones. Midnight Grey delivers a rich titanium finish with a metallic feel.

With a thickness of just 7.99mm, Find X9s slips effortlessly into any pocket. The 6.59-inch flat display features ultra-thin 1.15mm symmetrical bezels and 3600 nits peak brightness, ensuring clarity even under direct sunlight.

Travel is unpredictable but Find X9s is ready. IP66, IP68, and IP69 1 certifications protect against water and dust, from accidental splashes to high-pressure hot water. The device has earned Swiss SGS five-star certification for drop and bump resistance, while a 3D ultrasonic fingerprint scanner and Splash Touch technology ensure the screen remains responsive even when your hands are wet.

Pricing and Availability
OPPO Find X9s is available for pre-order now until 7 May 2026 across OPPO Malaysia’s official and authorised distribution channels. The OPPO Find X9s (12GB RAM + 512GB ROM) is available in three colour options: Midnight Grey, Sunset Orange and Lavender Sky 4 , priced at RM 3,899.

SEAblings come together on the starting line at the HAIER Women’s Day Run 2026

Modern women today face the dual demands of staying productive while maintaining a balance between physical, mental, and social well-being. As a result, active lifestyles have become increasingly relevant, with running emerging as an activity that not only promotes health but also fosters meaningful social connections.

In line with this movement, Haier Malaysia participated in the Southeast Asia Final Marathon, held during the HAIER Women’s Day Run 2026 in Jakarta. This exclusive category served as an arena for elite runners from Malaysia, the Philippines, and Indonesia, putting Haier’s ‘Play with The Number Ones’ philosophy into action.

By fostering excellence in regional sports, Haier Malaysia reinforces its commitment to promoting active, healthier lifestyles that transcend borders.

Representing Malaysia was Noor Amelia Musa, an experienced endurance athlete. Reflecting the event’s inclusive format where gender equality is championed as a shared responsibility, Haier Malaysia also fielded Nik Fakaruddin Ismail to compete alongside Noor Amelia.

Together, they delivered a strong presence at the Southeast Asia Final Marathon, with Noor Amelia finishing as the 1st Runner-Up (00:45:39) in the Female Category and Nik Fakaruddin securing the 1st Runner-Up position (00:38:37) in the Male Category, underscoring Malaysia’s competitiveness on the regional endurance stage.

UTM, PERODUA JALIN KERJASAMA STRATEGIK PACU TEKNOLOGI xEV

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (PERODUA) hari ini memeterai kerjasama fasa baharu pembangunan automotif negara melalui Majlis Pertukaran Dokumen Memorandum Perjanjian (MoA) bagi pelaksanaan ‘Program Kejuruteraan xEV PERODUA-UTM’.

Kolaborasi strategik itu memfokuskan kepada pemerkasaan modal insan dan penyelidikan teknologi Kenderaan Elektrik (xEV) bagi mendepani cabaran mobiliti hijau di Malaysia. Melalui kerjasama selama lima tahun itu, seramai 10 hingga 15 pelajar cemerlang daripada program Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dengan Kepujian akan dipilih setiap tahun untuk menyertai program khas ini.

Secara keseluruhannya, para pelajar ini keseluruhannya akan mengikuti program ini selama satu setengah tahun bermula semester kedua ketika berada di tahun tiga pengajian. Pelajar terpilih akan menjalani latihan industri di PERODUA selama 10 minggu dan berpeluang memperoleh pensijilan antarabangsa Institute of the Motor Industry (IMI) Level 3.

Selain itu, Projek Sarjana Muda (FYP) mereka akan diselia secara bersama oleh jurutera pakar PERODUA bagi memastikan hasil kajian memenuhi piawaian industri.

Naib Canselor UTM, Prof. Ts. Dr. Mohd Shafry Abdul Rahim menyifatkan kolaborasi ini sebagai anjakan paradigma dalam merapatkan jurang antara akademik dan keperluan industri.

“Melalui penubuhan Makmal Kejuruteraan xEV PERODUA-UTM yang dilengkapi peralatan canggih, graduan kami akan memiliki kelebihan daya saing yang tinggi. Integrasi kursus elektif kejuruteraan kenderaan elektrik bateri (BEV) dalam kurikulum dan akses kepada teknologi simulasi terkini seperti sistem Hardware in the Loop (HIL) pula akan menjadikan graduan UTM sentiasa relevan dan ‘future-ready’,” katanya.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad berkata, inisiatif itu adalah langkah proaktif syarikat dalam membina ekosistem xEV yang mampan serta kompetitif di peringkat global.

“Kerjasama ini bukan sekadar pemindahan teknologi, malah ia adalah pelaburan jangka panjang untuk melahirkan jurutera ‘masa hadapan’ yang mahir dalam kejuruteraan kenderaan elektrik. Dengan bimbingan terus daripada jurutera kami, pelajar akan didedahkan kepada realiti sebenar industri automotif moden,” katanya

Sebagai sokongan kepada program tersebut, PERODUA turut menyumbangkan peralatan teknikal dan dua (2)unit kenderaan PERODUA QV-E bagi tujuan pembelajaran praktikal di Makmal Kejuruteraan xEV PERODUA-UTM.

Menerusi kerjasama ini, UTM akan terus memperkukuh hubungan strategik bersama industri bagi memastikan pembangunan bakat dan inovasi negara sentiasa seiring dengan keperluan semasa, seterusnya menyumbang kepada agenda kelestarian serta kemajuan sektor automotif negara.

Pepper Labs Bekerjasama Dengan AVPN, Google.org dan Asian Development Bank Untuk Memperkasa Pembangunan Bakat AI Bagi 50,000 Rakyat Malaysia

Pepper Labs terus memperkasakan kemahiran rakyat Malaysia dalam menyokong aspirasi negara untuk menjadi sebuah negara AI-Ready menjelang 2030.

Berdasarkan usaha berterusan dalam memperkukuh literasi dan kompetensi AI di seluruh Malaysia, serta kejayaan mencapai lebih 350,000 peserta setakat ini, Pepper Labs telah dipilih sebagai penyedia latihan tempatan di bawah AI Opportunity Fund: Asia-Pacific Phase 2, sebuah inisiatif oleh Asian Venture Philanthropy Network (AVPN) dengan sokongan Google.org dan Asian Development Bank (ADB).

Melalui inisiatif ini, Pepper Labs akan melaksanakan program peningkatan kemahiran AI yang bertujuan melengkapkan 50,000 rakyat Malaysia dengan kemahiran praktikal kecerdasan buatan (AI), yang ditawarkan secara percuma kepada peserta.

AVPN merupakan rangkaian pelabur sosial terbesar di Asia, merangkumi lebih 700 ahli pelbagai latar belakang di 43 pasaran. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen AVPN untuk memperkukuh tenaga kerja digital serantau dengan memperluas akses kepada pembangunan kemahiran AI.

Usaha ini bertujuan membina kesiapsiagaan AI secara inklusif merentasi pelbagai sektor, dengan menyasarkan pelajar pendidikan tinggi dari universiti, politeknik dan kolej komuniti, selain pendidik, jurulatih vokasional serta usahawan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Pengarah Urusan Pepper Labs, Selan Rajendran berkata, pengiktirafan ini mencerminkan komitmen organisasi dalam memperluas akses saksama kepada teknologi baharu.

“Kami berbesar hati dipilih sebagai rakan strategik kepada AI Opportunity Fund: Asia-Pacific. Pengiktirafan ini mengukuhkan komitmen kami untuk memperluaskan peluang AI yang inklusif dan berimpak tinggi, serta memperkasa rakyat Malaysia daripada pelbagai komuniti untuk berkembang dalam masa depan digital yang semakin pesat,” katanya.

Pepper Labs akan menyediakan latihan berstruktur yang direka untuk melengkapkan peserta dengan pengetahuan AI serta kemahiran digital secara praktikal bagi memenuhi keperluan tenaga kerja masa kini, termasuk pendedahan kepada Generative AI, Agentic AI dan Applied AI.

Inisiatif ini memastikan keupayaan AI dapat diakses bukan sahaja dalam sektor teknologi, malah memberi manfaat kepada komuniti dalam bidang pendidikan, keusahawanan dan perkhidmatan awam.

Golongan pendidik, termasuk guru sekolah, pensyarah dan jurulatih vokasional, merupakan fokus utama inisiatif ini.

Dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), inisiatif ini akan melengkapkan pendidik dan pelajar dengan kompetensi AI yang penting, sekali gus menyokong integrasi kemahiran ini dalam persekitaran pengajaran dan pembelajaran serta memberi impak jangka panjang kepada pelajar dan institusi.

Pada masa yang sama, usahawan PMKS juga akan diperkenalkan kepada penggunaan alat AI praktikal yang dapat meningkatkan produktiviti, mengukuhkan daya saing dan memperbaiki kesiapsiagaan digital. Dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), inisiatif ini menyokong pembangunan ekosistem PMKS yang lebih berdaya tahan dan diperkasa secara digital.

Di peringkat serantau, Pepper Labs merupakan antara 18 penyedia latihan tempatan yang dipilih di bawah AI Opportunity Fund Fasa 2 di rantau Asia Pasifik, menyumbang kepada misi lebih besar untuk memperluas akses AI kepada komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan serta menyokong pertumbuhan digital yang inklusif.

Kerjasama ini turut mengukuhkan kedudukan Pepper Labs sebagai pemain utama dalam pembangunan bakat AI dan penyelesaian teknologi di Malaysia, serta sebagai rakan pilihan bagi organisasi korporat dan sektor awam.

Samsung Galaxy A37 5G, Dilengkapi Integrasi Ciri AI – Reviu Gajet

Samsung terus mengukuhkan kedudukan dalam segmen pertengahan menerusi Galaxy A37 5G. Tahun ini, fokus utama jelas diberikan kepada integrasi ciri AI yang sebelum ini eksklusif untuk siri flagship. Namun persoalannya – adakah ia cukup untuk menjadikan peranti terbaharu ini satu naik taraf yang signifikan?

Bagaimana pula persaingan dengan peranti lain yang semakin canggih dengan ciri-ciri terkini yang ditawarkan pada harga yang lebih rendah dan kadang kala tidak masuk akal.

Sebagaimana model keluaran terdahulu, Samsung Siri A kekal menjadi peranti popular rakyat Malaysia kerana prestasi, reka bentuk dan paling penting harga yang berpatutan.

Rekaan Masih Sama, Tapi Lebih Tahan Lasak

Secara luaran, Galaxy A37 5G tidak banyak berubah berbanding generasi sebelumnya. Ia masih menggunakan rekaan minimalis dengan kemasan kaca berkilat serta modul kamera menegak di belakang.

Apa yang menarik, Samsung kini menaik taraf ketahanan dengan penarafan IP68 – satu peningkatan yang jarang dilihat dalam kelas ini. Ciri kalis air dan habuk tetap menjadi keutamaan apatah lagi dalam keadaan cuaca Malaysia yang kadang-kadang hujan serta panas yang tidak menentu.

Jika dilihat secara kasar, rekaan bezel skrin pada sebelah kanan peranti ini diberikan pembaharuan seolah-olah mempunyai tapaknya tersendiri menjadikan rekaannya lebih kemas dan kelihatan eksklusif.

Skrin

Samsung sekali lagi membawakan paparan berkualiti tinggi melalui panel 6.7 inci Super AMOLED+. Kelebihan utama tahun ini adalah tahap kecerahan yang mencecah 1900 nits, menjadikannya lebih mudah digunakan di bawah cahaya terang.

Gabungan Vision Booster dan kadar segar semula adaptif 120Hz menjadikan pengalaman penggunaan harian lebih lancar dan selesa.

Bagi mereka yang memerlukan sebuah peranti yang berfungsi baik dibawah cahaya terang khususnya mereka yang terbabit dalam bidang penghantaran makanan atau barangan, peranti ini mampu membantu memudahkan kerja harian anda.

Prestasi Lebih Baik Dengan Sentuhan AI

Dikuasakan cip Exynos 1480, Samsung A37 5G ini menawarkan prestasi yang sedikit lebih baik berbanding A36. Namun fokus sebenar adalah pada ciri AI seperti:

  • Suntingan gambar pintar (AI editing)
  • Transkripsi suara ke teks
  • Pemprosesan imej lebih baik

Ciri ini memberi nilai tambah namun untuk menikmatinya atau mendapatkan akses anda hanya perlu menghubungkan peranti ini dengan mana-mana akaun Google. Ciri transkripsi suara ke teks memudahkan kerja harian bagi mereka yang memerlukan peranti bagi tujuan merakamkan kuliah tanpa perlu mengambil nota khususnya kepada pelajar kolej.

Kamera Dipertingkat

Kamera utama 50MP kini hadir dengan sensor lebih besar untuk tangkapan cahaya lebih baik. Hasil gambar secara keseluruhan memuaskan, tetapi sedikit kecewa kerana zoomnya hanya ditawarkan pada tahap maksimum 10 kali ganda sahaja.

Bagaimanapun, ciri kamera mod malamnya tidak mengecewakan. Ciri Nightography yang dioptimumkan pada Galaxy A37 5G membolehkan anda merakam momen yang terang walaupun dalam keadaan cahaya rendah.

Kamera sudut lebar yang menyokong ISP yang dipertingkat untuk menghasilkan video yang lebih hidup dengan perincian lebih tajam, walaupun dalam suasana gelap.

Sokongan video Super HDR untuk swafoto pula membolehkan anda menghasilkan kandungan yang dinamik dengan butiran yang jelas, latar belakang yang tajam serta warna dan kontras yang dipertingkatkan.

Rakaman gambar menggunakan mod zoom juga tidak mengecewakan dan ini dapat dilihat menerusi gambar dibawah ini.

Peranti ini juga secara pintar mampu mempertingkatkan butiran foto dengan cepat dan mudah. Sistem kamera belakang secara automatik mengenal pasti latar belakang, subjek hadapan dan langit dalam gambar potret, kemudian meningkatkan kualiti imej pada kulit, wajah, rambut dan banyak lagi.

Lihat hasil gambar-gambar yang dirakam menggunakan mod malam Samsung A37 5G yang lebih jelas berbanding menggunakan mod biasa.

Circle to Search

Gunakan Circle to Search dengan Google untuk mencari pelbagai item hanya dengan melingkari sesuatu pada skrin. Sebagai contoh, anda boleh melingkari pakaian yang dipaparkan dan sistem akan membantu anda mencari setiap komponennya — daripada baju hingga kasut dan aksesori lain — semuanya dalam satu carian. Anda hanya perlu lingkari, cari dan temui gaya tersebut terus dari skrin anda.

Nah…ada satu lagi ciri menarik ialah Oject Eraser dimana anda boleh memadamkan mana-mana gambar yang tidak dikehendaki dengan pantas. Berguna jika ada gemar berswafoto tetapi diganggu oleh kelibat orang yang lalu lalang dibelakang anda.

Perisian

Galaxy A37 5G direka dengan pemproses Octa-core yang canggih, menawarkan prestasi berkuasa sepanjang hari. Anda boleh bermain, mencipta dan menyunting kandungan dengan lancar serta lebih yakin.

Ini adalah hasil daripada peningkatan prestasi CPU sehingga 12 peratus dan GPU sehingga 19 peratus berbanding model sebelumnya. Memori LPDDR5X yang dipertingkat turut membantu meningkatkan keupayaan multitasking, manakala sistem vapor chamber memastikan telefon tidak mudah panas—membolehkan anda kekal sejuk walaupun ketika asyik bermain ‘game’ yang intensif.

Selain peranti ini memberikan prestasi lebih baik untuk tujuan ‘gaming’, reka letak dan susunan setiap pemuka pada peranti ini cukup kemas serta lancar, menjadikan pengalaman menggunakan peranti ini lebih menyeronokkan.

Bagi anda yang gemar menggunakan avatar, peranti ini juga menawarkan pilihan untuk menghasilkan avatar anda sendiri mengikut gaya yang dikehendaki dengan mudah.

Bateri

Menurut spesifikasi dibekalkan oleh Samsung, bateri 5,000mAh bagi peranti ini mampu bertahan sekitar satu hari penggunaan normal dan tahan sehingga dua hari dengan satu cas penuh. Sokongan pengecasan pantas 45W adalah satu kelebihan, tetapi kepala pengecas tidak disertakan dalam kotak.

Anda boleh menikmati kandungan, media sosial atau bermain ‘game’ tanpa perlu mengecas sehingga dua hari. Apabila anda memerlukan tambahan kuasa, sambungkan pengecas dengan sokongan Super Fast Charging 2.0 dan capai sehingga 60 peratus cas hanya dalam masa 30 minit.

Sokongan Perisian

Peranti Samsung A37 kali ini menawarkan sehingga 6 tahun kemas kini, menjadikan A37 antara peranti kelas pertengahan paling tahan lama daripada segi sokongan.

Kesimpulannya, peranti ini menawarkan ciri AI terkini dan peranti yang stabil serta boleh diharap untuk kegunaan harian.

Peranti ini juga dipadankan dengan ciri amaran krisis dimana pengguna akan diberikan isyarat amaran sekiranya berlaku sesuatu bencana melanda kawasan sekitar dengan menetapkan tetapan butang lokasi pada peranti ini.

 

Samsung Malaysia menawarkan Samsung Galaxy A37 5G dalam dua varian memori untuk memenuhi keperluan pengguna yang berbeza.

Varian pertama menampilkan konfigurasi 8GB RAM dengan storan dalaman 256GB, dijual pada harga RM1,899.

Varian kedua pula dengan 12GB RAM dan storan 256GB, ditawarkan pada harga RM1,999. Kedua-dua varian ini menampilkan pilihan warna yang sama iaitu Awesome Lavender, Awesome Charcoal dan Awesome GrayGreen.

Untuk pasaran Malaysia, harga yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Galaxy A37 5G (12GB + 256GB) = RM1,999 (RM1,899 selepas rebat)

Galaxy A37 5G (8GB + 256GB) = RM1,899 (RM1,699 selepas rebat)

Spesifikasi Samsung Galaxy A37 5G:

  • Paparan : 6.7” Super AMOLED FHD+ (1080 x 2340 FHD+), 120 Hz
  • Pemproses: Exynos 1480
  • OS: Samsung One UI 8.5 + Android 16
  • Saiz: 162.9 x 78.2 x 7.4mm
  • Berat: 196 gram
  • Memori: 12GB
  • Storan: 256GB
  • Bateri: 5000mAh Fast Charging 45W
  • CPU:  Octa-core (2.75 GHz + 2GHz)
  • Kamera belakang: 50MP + 8MP + 5MP
  • Kamera depan: 12MP
  • Ciri Menarik: Pengimbas cap jari, surround sound Dolby Atmos, IP68
  • Warna:Awesome Lavender, Awesome Charcoal dan Awesome GrayGreen.
  • Harga:  RM1,999

Meh. Prebiu.com belanja gambar-gambar menarik yang dapat dirakam ketika penulis berada di Pulau Langkawi baru-baru ini. Gambar Menara MAHA dirakam menggunakan mod malam yang kelihatan lebih cantik berbanding mod biasa.

Begitu juga gambar feri Langkawi dan beberapa kapal mewah yang kebetulan berlabuh di jeti Kuah ketika gambar dirakam pada waktu tengahari.

#AYETetapNgam
#NgamChoice
#NgamLaju
#GalaxyA37 5G

Nestlé Malaysia, UIAM Kuantan Ganding Bahu Majukan Pendidikan STEM Halal

Selaras dengan komitmen jangka panjang untuk mengukuhkan ekosistem Halal Malaysia dan memupuk bakat yang sedia menghadapi masa depan, Nestlé Malaysia baru-baru ini telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Kulliyyah Sains, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kuantan, dengan matlamat memajukan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik
(STEM) Halal.

MoU ini menandakan langkah bermakna untuk merapatkan jurang antara industri dan dunia akademik, dengan kedua-dua pihak berpegang pada matlamat bersama untuk melengkapkan anak-anak muda Malaysia dengan kemahiran yang membolehkan mereka menceburi kerjaya dalam industri Halal yang sedang berkembang pesat.

Majlis tandatangan tersebut telah diadakan di Ekspo STEM Halal, UIAM Kampus Kuantan, dengan penyertaan 500 peserta yang mewakili Sekolah Menengah Kebangsaan dari seluruh negeri Pahang.

Kerjasama ini membabitkan pembangunan modul pendidikan oleh UIAM Kuantan dengan sokongan daripada Nestlé Malaysia, di samping pertandingan amali untuk memberikan pengalaman dunia sebenar kepada pelajar yang turut serta.

Sebagai inisiatif utama di bawah MoU, Ekspo STEM Halal melibatkan eksperimen interaktif, membuka reruai pameran serta mengadakan pelbagai pertandingan dan perkongsian yang menarik.

Selain daripada program bertumpukan kepada pelajar, MoU tersebut juga menggariskan bidang-bidang kerjasama lebih luas antara kedua-dua pihak. Antaranya termasuk penyelidikan bersama dalam bidang sains Halal dan inovasi berkaitan makanan, sesi perkongsian ilmu dan juga penyertaan dalam persidangan, bengkel dan penerbitan.

Menerusi pelbagai inisiatif ini, Nestlé Malaysia dan UIAM bertekad untuk mengukuhkan hubungan antara industri dan dunia akademik, mendorong inovasi dan membangunkan rangkaian bakat Halal masa depan bagi Malaysia.

Faster, Real-Time: Enhanced ‘Audio Eraser’ With the Galaxy S26 Series

Audio Eraser on Galaxy devices reduces unnecessary noise in videos and amplifies desired sounds, enabling a more immersive viewing experience. First introduced for editing saved content on the Galaxy S25 series, the feature has evolved significantly over the generations.

Audio Eraser expanded to support playback adjustments within native apps — such as Gallery and Voice Recorder — on Galaxy Z Fold7 and Z Flip7. Now, with the Galaxy S26 series, 2 it has reached new heights by supporting real-time audio control on content streamed across various platforms.

In this article, we’ll dive deeper into these advancements. From Fix it Later to Filter it Now Starting with the Galaxy S26 series, Audio Eraser has evolved into a live audio experience.

It enables real-time sound separation and optimization across voices, music and background noise, not only for recorded content but also for over-the-top (OTT) or social media content you are watching. This advancement shifts the focus from post-recording edits to real-time audio management.

By integrating an AI sound engine with advanced sound separation technology, the Galaxy S26 series allows you to instantly adjust and control sound as it occurs. This ensures a clear, immersive listening experience across various streaming platforms by effectively neutralizing distracting background
noise.

The video below shows how the Galaxy S26 series keeps the sounds you want to hear clear, even in noisy environments.

Galaxy A57 5G and Galaxy A37 5G: Bringing Latest Innovation Within Reach

Samsung Electronics unveiled Galaxy A57 5G and Galaxy A37 5G, expanding access to its latest mobile innovations. The new Galaxy A series reflects Samsung’s commitment to democratizing AI by delivering advanced experiences at a more accessible price point.

Samsung Newsroom explored the devices’ capabilities across AI, camera, design and performance.

Awesome Intelligence: AI for Everyday Tasks
At the core of Galaxy A57 5G and Galaxy A37 5G is Awesome Intelligence — a suite of AI-powered features designed to simplify daily tasks.

One of the most notable additions is Voice Transcription, available on the Galaxy A series for the first time. With the Voice Recorder app, users can record audio, convert speech to text and translate it across multiple languages  — making it easier to review meetings, revisit lectures or organize recorded calls.

Voice Transcription
(View the video here: https://bit.ly/4tkIpUY)

Circle to Search with Google, a Galaxy fan favorite feature, continues to expand and now allows multiple objects to be identified at once. For example, when users spot a look they love, information about each object — from tops to footwear — can be found in one search by simply circling an outfit on the screen.

AI Select 4 suggests relevant actions based on on-screen content, such as creating GIFs, saving images or setting wallpapers. The feature is now accessible by long-pressing the Edge Panel.

Pos Malaysia Raikan Kohort Pertama Lebih 2,400 Graduan Kepimpinan Pos Wira di Seluruh Negara

Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia), penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional, telah menandakan satu pencapaian penting dalam perjalanan pembangunan kepimpinannya dengan penganjuran majlis graduasi melibatkan seramai 2,434 pemimpin di bawah Program Kepimpinan Pos Wira yang julung kali diperkenalkan.

Majlis graduasi dimulakan di Pos Centre of Development (PosCODE) dan dilaksanakan dengan kerjasama Malaysian Institute of Management (MIM), dengan para graduan dianugerahkan Sijil Profesional dalam Kepimpinan dan Pengurusan melalui kaedah Recognition of Prior Experiential Learning (RPL).

Majlis graduasi tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Pos Malaysia, Tan Sri Syed Faisal Albar, bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Charles Brewer, mencerminkan komitmen jangka panjang Kumpulan untuk memperkukuh keupayaan kepimpinan di setiap peringkat organisasi — daripada peranan eksekutif hinggalah ke barisan hadapan operasi.

Walaupun majlis ini meraikan pembangunan kepimpinan dalam skala besar, ia turut membawa makna peribadi yang mendalam kepada ramai graduan. Antaranya ialah barisan hadapan yang telah lama berkhidmat dan buat pertama kalinya menerima pengiktirafan awam selepas puluhan tahun mencurah bakti — berdiri di atas pentas, dengan mengenakan jubah graduasi, dalam satu detik yang tidak pernah mereka bayangkan sebelum ini.

Bagi Muzafar Lockman, Ketua Zon, Pusat Penghantaran Balakong, yang telah berkhidmat selama 23 tahun bersama Pos Malaysia, majlis tersebut merupakan pengalaman pertama beliau menerima pengiktirafan rasmi dalam situasi yang begitu bermakna.

“Ini merupakan kali pertama dalam tempoh 23 tahun perkhidmatan saya di Pos Malaysia, saya
diiktiraf dengan cara sebegini. Saya tidak pernah membayangkan diri saya berdiri di atas pentas
sambil mengenakan jubah graduasi,” katanya.

“Ia merupakan detik yang sangat menyentuh perasaan. Penerimaan sijil ini amat bermakna kerana ia mengiktiraf kemahiran kepimpinan, pengetahuan serta pengalaman yang telah saya bina selama ini. Ia membuatkan segala kerja keras dan tanggungjawab yang saya pikul benar-benar dihargai, dan saya amat berterima kasih atas pengiktirafan ini.”

Post Menarik