Sempena ketibaan bulan Ramadan, yang merupakan masa untuk bermuhasabah, beramal dan bersatu hati, Nestlé Malaysia terus menghulur bantuan kepada golongan yang memerlukan.
Berganding bahu dengan rakan-rakan kerjasama tempatan, termasuk NGO, badan agama, universiti dan pertubuhan masyarakat, Syarikat ini telah menganjurkan program di seluruh
negara untuk berkongsi rezeki dengan keluarga dan komuniti yang kurang berkemampuan untuk memastikan mereka mendapat bekalan pemakanan secukupnya pada bulan yang mulia ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Juan Aranols berkata, “Selama lebih 112 tahun, Nestlé Malaysia telah memberikan komitmen untuk menyokong masyarakat, dan ini amat penting terutamanya semasa Ramadan dan perayaan Aidilfitri yang bakal tiba.
“Melalui inisiatif-inisiatif ini dan seiiring dengan usaha gigih sukarelawan Nestlé dan rakan kongsi yang terlibat secara aktif dengan komuniti yang memerlukan, kami berusaha untuk mencipta impak yang bermakna dan berpanjangan bagi keluarga dan individu yang memerlukan.
“Kami amat bersyukur atas kerjasama yang telah terjalin dan akan terus berusaha untuk mengukuhkan hubungan yang menyatukan rakyat Malaysia dalam semangat Ramadan yang sebenar, dengan harapan untuk terus meneruskan kerja ini pada masa akan
datang.”
Sebagai sebahagian daripada usaha ini, Nestlé Malaysia berganding bahu dengan JAWI Food Bank untuk menyumbangkan 5,000 Bakul Ramadan kepada keluarga-keluarga B40 di Lembah Klang demi manfaat individu yang terkesan seperti penghuni Rumah Teduh, Asrama Darul Falah Orang Asli, dan Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia.
Bakul Ramadan ini mengandungi pelbagai produk makanan asas yang bertujuan memberikan keluarga-keluarga ini keperluan pemakanan yang berkhasiat sepanjang Ramadan, seperti MILO, NESCAFE, MAGGI, NESTUM, dan Susu NESPRAY.
Menerusi usaha sama dengan universiti-universiti tempatan, Syarikat memberikan bantuan kepada pelajar yang kurang berkemampuan untuk memastikan mereka boleh menikmati makanan yang seimbang.
Inisiatif ini juga melibatkan para pelajar dan sukarelawan dalam aktiviti gotong-royong untuk memasak dan mengagihkan Bubur Lambuk MAGGI di Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Malaysia Terengganu, dan Universiti Malaysia Kelantan.