Utama Blog Halaman 137

Raikan Krismas dan Tahun Baru dengan Gaya di Imperial Lexis Kuala Lumpur

Sambut Krismas dan Tahun Baru dengan gaya yang tiada tandingan di Imperial Lexis Kuala Lumpur, mercu tanda mewah setinggi 53 tingkat yang terletak di tengah-tengah ibu kota Malaysia.

Berdekatan KLCC, hartanah ini menawarkan 275 bilik dan suite mewah, setiap satunya dilengkapi kolam renang peribadi serta pemandangan bandar yang menakjubkan. Tarikan ikonik seperti Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur, dan kawasan Bukit Bintang yang meriah hanya beberapa langkah sahaja, menjadikannya destinasi sempurna untuk musim perayaan ini.

Dari hidangan bufet mewah hingga acara santai dan pengalaman makan malam yang mempesona, Imperial Lexis Kuala Lumpur mengajak anda ke dunia penuh kenikmatan kulinari dan keagungan perayaan yang pasti memukau anda dan insan tersayang.

Keceriaan Krismas
Nikmati musim Krismas ini dengan kegembiraan, kemewahan dan keajaiban kulinari di Imperial Lexis Kuala Lumpur, di mana keceriaan perayaan bertemu dengan pengalaman
menjamu selera yang serba eksklusif.

Dengan latar langit bandaraya, nikmati makanan yang lazat dan suasana mewah, menjadikan musim perayaan ini benar-benar magis.

Nikmati Makan Malam Bufet ‘Countdown Cravings’ di Roselle Coffee House

Raikan Malam Krismas (24 Disember) dan Malam Tahun Baru (31 Disember) dengan
bufet makan malam di Roselle Coffee House (Aras 8) dari jam 6PM – 10PM. Nikmati
hidangan perayaan dan akses percuma ke SkyDeck (Aras 51) untuk menikmati pemandangan bandar.

RM268 nett/dewasa (+RM150 nett untuk aliran minuman percuma).
RM168 nett/kanak-kanak (7–12 tahun) warga emas (60+ tahun).

Menu Makan Malam Empat Hidangan ‘Seasonal Sensations’ di Roselle Coffee House Tersedia sehingga 30 Disember (tidak termasuk Malam Krismas (24 Disember), Roselle
Coffee House di Aras 8, mempersembahkan Menu Makan Malam Empat Hidangan ‘Seasonal Sensations’ pada harga bersih RM200 setiap orang. Sesuai untuk pertemuan intim, kumpulan enam orang atau lebih boleh menikmati diskaun eksklusif sebanyak 10%.

Musim perayaan ini, Imperial Lexis Kuala Lumpur menjadi destinasi anda untuk sambutan
yang tiada tandingan dan pengalaman gourmet. Tempat duduk adalah terhad, jadi pastikan anda mendapatkan tempat anda sekarang. Tempah pengalaman anda hari ini dan jadikan musim cuti ini benar-benar ajaib dengan menghantar e-mel ke [email protected] atau WhatsApp +6010 7840 176

Tempah Percutian Ambang Tahun Baru Anda dengan Pakej ‘Skyline Countdown Rendezvous’
Raikan Malam Tahun Baru di Imperial Lexis Kuala Lumpur, dengan pakej ‘Skyline Countdown Rendezvous’. Pakej eksklusif ini menjemput para tetamu untuk menikmati percutian glamor, lengkap dengan penginapan mewah, hidangan kulinari dan pemandangan bandar yang menakjubkan.

Para tetamu boleh memilih daripada pelbagai bilik dan suite mewah yang indah (masing-
masing mempunyai katil bersaiz king dan kolam renang peribadi):
Executive Pool Room: Harga bersih RM 1,988 (2 tetamu)
Premium Pool Suite: Harga bersih RM 2,188 hingga RM 3,388 (2 hingga 4 tetamu)
Panorama Pool Suite: Harga bersih RM 2,388 hingga RM 3,588 (2 hingga 4 tetamu)

Pakej termasuk: Sarapan yang mewah dan akses kepada makan malam bufet antarabangsa di Roselle Coffee House

Untuk tempahan dan pertanyaan, sila e-mel [email protected] atau hubungi +603
2083 0933. Untuk maklumat terkini, sila berhubung dengan Imperial Lexis Kuala Lumpur
di Instagram, Facebook dan TikTok.

Mulakan 2025 dengan bergaya di Imperial Lexis Kuala Lumpur. Sambutan Tahun Baru anda yang tidak dapat dilupakan menanti!

Malaysian Gamers, Feeks and Seerah Share Their Takeaways on the Samsung Odyssey G8 Monitor

In the realm of gaming, every pixel and frame can make a world of difference. Whether you’re a casual player or a seasoned veteran, a high-quality monitor is the gateway to an immersive gaming experience.

It’s more than just a screen—it’s a portal to vibrant, seamless virtual worlds. A gaming monitor, with its stunning visuals, ultra-fast response times, and fluid gameplay, enhancing both performance and overall enjoyment.

It’s more than just a screen—it’s a portal to vibrant, seamless virtual worlds. A gaming monitor, with its stunning visuals, ultra-fast response times, and fluid gameplay, enhancing both performance and overall enjoyment.

Recently, Samsung Malaysia had the pleasure of speaking with two renowned Malaysian gamers: Amirul Shafiq ‘Feeks’ Mohd Amir, a professional Jungler for HomeBoi, and Seerah Mahir, Malaysia’s top female gamer known for her mastery of Mobile Legends.

The duo shared their insightful reviews and engaging perspectives on how cutting-edge technology like the Samsung Odyssey OLED G8 enhances their gaming experience. Equipped with the NQ8 AI Gen3 processor, the Samsung Odyssey OLED G8 is a revolutionary gaming monitor that redefines the boundaries of entertainment.

This cutting-edge OLED display boasts built-in Smart TV functionality, allowing users to seamlessly stream their favorite shows, movies, and games. With ultra-fast response times, incredibly deep blacks, and breathtaking vibrant colors, the monitor delivers an immersive gaming experience that will leave players breathless.

Honor Magic7 Pro, Dipenuhi Ciri AI Yang Canggih – Pandang Pertama

Jenama global terkemuka HONOR dijangka memperkenalkan peranti terbaharunya, Magic7 Pro tidak lama lagi yang penuh dengan ciri kecerdasan buatan (AI). Meskipun belum dilancarkan lagi, HONOR telah memberi peluang kepada media yang dijemput khas untuk melihat lebih dekat dan berkongsi ciri-ciri baharunya.

Kejayaan HONOR memperkenalkan Magic6 Pro pada tahun lalu menyaksikan peranti itu menerima sambutan hangat daripada peminat dan HONOR tidak teragak-agak mempertaruhkan peranti terbaharu ini dengan membawa beberapa peningkatan dalam fotografi, paparan, prestasi dan pengalaman pengguna dikuasakan AI.

Sebagai sistem pengoperasian AI yang diperibadikan untuk semua keadaan yang pertama dalam industri, MagicOS 9.0 memperkenalkan ciri-ciri AI baharu kepada barisan telefon flagship ini.

Dengan kemunculan pertama HONOR Magic7 Pro, telefon pintar flagship baharu yang dikuasakan AI ini menampilkan MagicOS 9.0 dan keupayaan AI yang menarik seperti Magic Avatar, AI Notes Summarization, AI Translation, dan Magic Portal 2.0 yang dipertingkatkan.

Ciri penambahbaikan hebat ini direka bagi memperkasakan pengguna bagi menjadikan setiap interaksi dengan peranti mereka menjadi lebih pintar, lebih kreatif, dan lebih menarik.

REKAAN LUARAN

Melihat keadaan rekabentuk peranti ini kelihatan lebih baik daripada model sebelumnya kerana rekaan badannya kukuh  diperbuat daripada HONOR NanoCrystal Shield malah mudah digengam di tangan atau disimpan dalam kocek seluar.

Panel belakang peranti ini walaupun sedikit licin tetapi permukaan kusam memberikan kelebihan kepada pemakainya dan perlindungan tambahan berupa kerangka silikon lutsinar turut dibekalkan HONOR dalam kotak peranti ini secara percuma.

Peranti ini dipadankan dengan paparan bersaiz 6.8 inci dengan panel OLED digunakan beresolusi FHD+ (1280 x 2800). Kadar segar semula yang dimilikinya adalah hingga 120Hz bergantung kepada kandungan yang ingin dipaparkan. Kecerahan puncak panel ini adalah 1,600nits dan untuk kandungan HDR, ia boleh pergi sehingga 5,000nits.

Rekaan bonggol kamera yang bulat masih dikekalkan dalam kedudukan yang sama dengan model sebelum ini. Ia juga masih besar dan tebal dengan perubahan ketara pada susunan sensor kamera di dalam grid bersama flash yang dilindungi lapisan kaca sepenuhnya.

Kombinasi kamera Matrik peranti ini adalah 50MP (kamera utama), 50MP (ultra lebar), dan 200MP (telefoto) periskop yang ada tiga kali zum optikal dan 100 kali zum digital. Bahagian depan, pengguna diberikan kamera selfie 50MP disamping sensor kedalaman 3D depth sensor untuk pengenalan biometrik.

Secara keseluruhan peranti ini nampak lebih kemas dan tegap berbanding beberapa model sedia ada. Butang kuasa dan laras audio berada di bahagian sisi kanan. Sokongan pemancar infra merah juga masih disediakan pada bahagian sisi atas bersama satu kekisi untuk pembesar suara stereo.

Bahagian sisi kiri tidak menempatkan sebarang port dan butang. Sementara itu port USB-C, kekisi pembesar suara dan talam dwi-SIM bersaiz nano turut boleh ditemui di bahagian sisi bawah peranti.

Peranti ini memiliki ketahanan kalis air IP68/69 yang mampu melindungi peranti dari kerosakan air bertekanan tinggi dan habuk.

PELBAGAI CIRI AI TERSEDIA 

Selain itu ciri AI yang dipertingkatkan turut menjadi nadi utama peranti ini dalam meningkatkan kecekapan, produktiviti dan inovasi. Paling mengujakan adalah ciri AI Deepfake Detection Technology yang pertama kali dipadankan pada peranti mudah alih ini bagi membantu mencegah penipuan dan mengesan kandungan yang di manipulasi secara digital.

Secara teorinya ia menggunakan AI untuk mengesan risiko manipulasi digital lalu memberikan pelindungan kepada pengguna daripada ancaman penipuan pemalsuan wajah yang semakin berleluasa.

Mangsa yang terperdaya akan menyerahkan wang atau maklumat peribadi. Bagi memerangi kandungan penipuan, HONOR Magic7 Pro dilengkapi teknologi AI Deepfake Detection bagi mengesan penipuan dan kandungan digital yang dimanipulasi.

Sebagai telefon pintar pertama di dunia yang mempunyai teknologi pada peranti ini, HONOR Magic7 Pro mampu melindungi pengguna daripada ancaman penipuan digital.

Ketika panggilan video dilakukan, AI Deepfake Detection akan mengimbas pandangan mata, cahaya, kejelasan imej dan ulangan video bagi mengenal pasti kecacatan yang mungkin tidak kelihatan pada pandangan mata kasar. Dengan memeriksa sifat-sifat ini, AI Deepfake Detection mampu mengesan kandungan yang dimanipulasi dengan tepat bagi membezakan antara media sebenar dan pengubahsuaian penipuan.

Jika terdapat sebarang anomali dikesan dalam tempoh tiga saat, HONOR Magic7 Pro akan
mengeluarkan amaran pada skrin dengan segera, mengelakkan pengguna daripada menjadi mangsa kepada penipuan, sekaligus mencipta persekitaran yang lebih selamat
untuk berkomunikasi.

Ciri ini boleh digunakan dalam beberapa pilihan aplikasi yang disokong seperti WhatsApp, Facebook Messenger dan Wechat dengan rangkaian internet yang aktif.

Ciri terbaharu iaitu AI Magic Portal 2.0 yang kini menggantikan fungsi Circle to Search dengan keupayaan Circle to Anything yang lebih serba boleh. Ia membolehkan pengguna mengakses pelbagai perkara serta merta dengan hanya membuat bulatan pada objek atau teks yang berkaitan menggunakan belakang jari telunjuk.

Ciri ini bukan sahaja boleh digunakan untuk membuat carian semata malahan berfungsi bagi tujuan lain seperti navigasi lokasi, perkongsian kandungan, penghantaran e-mel, pembelian barangan dan banyak lagi.

Sebagai tambahannya, imej dipilih turut boleh disunting dan kemudian boleh disimpan di dalam galeri secara langsung. MagicOS 9.0 juga disertakan dengan aplikasi Google Gemini untuk meningkatkan produktiviti dan kreativiti di mana pengguna boleh menulis, menganalisis serta mencipta imej melaluinya.

Terdapat juga ciri Magic Avatar yang menggunakan AI untuk mencipta avatar yang realistik dan unik berdasarkan karakter pilihan pengguna. Ia juga membenarkan pengguna memilih lebih pelbagai gaya dengan tetapan berbeza untuk rupa paras, pemakaian, ekspresi wajah dan latar belakang. Selain turut boleh digunakan sebagai gambar profil dan latar pada peranti untuk lebih menarik.

Tidak ketinggalan juga, ciri AI Notes yang kini lebih serba boleh melalui keupayaan AI Summary yang boleh meringkaskan sebarang kandungan bertulis yang panjang dengan hanya memaparkan perkara penting yang menarik dalam beberapa saat.

AI Minutes pula boleh menghasilkan nota dan transkripsi secara automatik yang diformatkan daripada audio langsung termasuk minit mesyuarat, temu bual dan lain-lain. Sebarang kandungan turut boleh disusun dengan teratur dan kemas mengikut tajuk serta subtajuk yang bersesuaian menggunakan ciri AI Format.

Dalam pada itu fungsi AI Face to Face Translation juga lebih baik melalui tambahan sehingga 13 bahasa berbeza baharu yang termasuk Bahasa Malaysia, Korea, Japan dan Kantonis (Mandarin). Terdapat juga fungsi Interpreter seakan peranti Samsung yang membolehkan pengguna berbual tanpa halangan lalu menjadikan komunikasi lebih mudah diakses oleh individu daripada latar belakang bahasa yang berbeza secara masa nyata.

Berikut ialah apa yang diterima dalam kotak

  • 1x Honor Magic7 Pro.
  • 1x Kerangka silikon.
  • 1x Pengecas 100W.
  • 1x Kabel pengecas USB-A ke USB-C.
  • 1x Manual.
  • 1x Pin SIM.

KESIMPULAN

HONOR Magic7 Pro adalah sebuah peranti yang mengalami revolusi pantas khususnya dengan perisian AI yang dipertingkatkan berbanding model terdahulu.

Keupayaan AI khususnya ciri Interpreter yang sangat berguna untuk perbualan berbeza bahasa secara masa nyata membabitkan lebih daripada 13 jenis bahasa antarabangsa sekali gus memudahkan tugasan harian pengguna masa kini.

Sistem bateri 5,850mAh membekalkan tenaga kepada semua komponen elektronik peranti ini dan untuk mengecas, ia menyokong sistem pengecasan 100W melalui port USB-C yang dimilkinya ataupun 80W secara wayarles.

Di Malaysia, kita boleh jangkakan yang varian RAM 12GB berstoran 512GB akan masuki dan satu-satunya varian yang akan dijual. Tiga warna yang ditawarkan iaitu Lunar Shadow Grey, Breeze Blue dan Black.

  • Nantikan ulasan penuh HONOR Magic7 Pro 

Enjoy Exciting Deals on the vivo V40 & vivo X200 Series During vivo’s Year-End Sale!

vivo Malaysia is thrilled to announce the launch of its Merry Merry Ong! campaign, a festive celebration that brings exciting discounts and promotions to its customers.

This campaign, running from 14 December 2024 to 5 January 2025, offers incredible deals on vivo’s latest smartphones, with up to RM300 off selected models. The campaign, running from 14 December 2024 to 5 January 2025, will feature vivo’s latest smartphones, including the popular V40 series and the powerful X200 series.

To kick off this campaign, vivo is launching a Flash Sale for the popular V40 series, offering significant discounts on the V40 Pro, V40, and V40 Lite models. The vivo V40 and V40 Pro are more than just smartphones; they’re powerful tools for capturing stunning moments.

Boasting advanced ZEISS Optics and an upgraded AI Aura Light, these devices offer professional-grade portrait photography capabilities. With the 50MP ZEISS OIS Main Camera, you can capture every detail in stunning clarity.

Achieve cinematic bokeh effects with ZEISS Cinematic Bokeh Video, and explore versatile portrait shooting with ZEISS Multifocal Portrait. Meanwhile, the V40 Lite 5G offers long-lasting performance and 80W FlashCharge rapid charging.

Its 5000mAh battery, designed to maintain optimal health for up to 4 years, ensures you stay connected all day long. Additionally, the device's robust hardware and software optimization also guarantee smooth and efficient performance for up to 4 years.

On the other hand, the vivo X200 Series, dubbed the ultimate concert smartphone, boasts a 200MP ZEISS APO Telephoto Lens, capturing stunning details from any distance. Powered by a MediaTek Dimensity 9400 chipset and a 6,000mAh battery, it offers powerful performance and long-lasting battery life.

realme Kicks Off Holiday Season with Up to 50% OFF

realme Malaysia is excited to announce its 12.12 sales on Shopee, Lazada, and TikTok Shop. Enjoy exclusive discounts up to 50% off, and special vouchers when you bring home the realme GT 6 Series, realme 12 Series 5G, and more.

For one day only, Shopee shoppers are entitled to discounts of up to 50% off and an extra 10% Shopee cashback on a wide range of realme products on Shopee.

On Lazada, consumers can get up to RM 400 off and up to 15% platform vouchers on select items. In addition, on TikTok Shop, Malaysians can enjoy up to RM 400 off and 8% cashback on various realme devices.

Product RRP Promo Price

*After vouchers

TikTok Shop | 12 December
realme GT6T (12G +256GB) RM1,799 RM1,679
realme 12x (8GB + 128GB) RM899 RM609
realme Note 50 (4GB + 64GB) RM349 RM289
Lazada | 12 December
realme GT6 (16GB + 512GB) RM2,899 RM2,599
realme 12+ 5G (12GB + 256GB)  RM1,499 RM1,019
realme Pad 2 (6GB + 128GB)

*Free casing & adjustable stand (worth RM 138)

RM1,299 RM977
Shopee | 12 December
realme GT 3 (16GB + 1TB)

*Shopee Exclusive

RM2,799 RM1,749
realme 12 Pro+ 5G (8GB + 256GB)

*Shopee Exclusive

RM1,799 RM1,189
realme C67 (8GB + 256GB)  RM899 RM599

 

Don’t miss out on these exciting deals and make the most of this shopping on realme’s official Shopee, Lazada and TikTok Shop now.

HONOR Jenama Telefon Pintar Flagship Paling Pantas Berkembang Di Malaysia

Jenama teknologi global HONOR telah mengukuhkan kedudukannya sebagai antara penggiat tiga teratas dalam pasaran telefon pintar kelas atasan di Malaysia sejak 2023.

Siri HONOR Magic flagship berharga RM4,000 ke atas berjaya menjadi pencabar kepada syarikat-syarikat gergasi seperti siri iPhone Apple dan siri Galaxy Samsung.

Pengarah Negara HONOR Malaysia Justin Li berkata, berbeza dengan jenama telefon pintar China yang lain, HONOR menumpukan kepada model kelas pertengahan ke atasan dengan 70% jualan daripada kategori ini.

“Kejayaan HONOR disebabkan tumpuan strategik terhadap peranti kelas atasan, teknologi berinovatif dan identiti jenama yang kukuh.”

“Tahun ini, HONOR Magic V3 menjadi telefon boleh lipat paling popular di Malaysia dan
mencatatkan peningkatan jualan menakjubkan sebanyak 104% semasa jualan bulan
pertama di pasaran pada September lalu, lebih baik berbanding model sebelumnya, HONOR Magic V2.

“Pencapaian ini didorong oleh kemajuan teknologi pada kedua-dua peranti tersebut dari segi prestasi dan perkakasan. Populariti HONOR Magic V3 juga termasuk badan yang nipis dan ringan,” katanya.

HONOR Magic6 Pro pula menguasai hampir 18 peratus perkongsian pasaran bagi segmen
RM4,000 ke RM5,000 dari Mac ke Julai 2024.

“Membina atas kejayaan tersebut, HONOR menyasar untuk mengatasi jualan HONOR Magic7 Pro apabila flagship terbaharu ini dilancarkan pada suku pertama 2025. Dengan menghasilkan produk dan memberikan pengalaman pengguna yang luar biasa secara konsisten, HONOR telah mengukuhkan dirinya sebagai pemain utama dalam pasaran telefon pintar Malaysia,” kata Li.

Siri HONOR Magic tarik pengguna jenama pesaing

Faktor utama yang mendorong pertumbuhan HONOR dalam pasaran telefon pintar flagship adalah keupayaan untuk menarik pengguna daripada jenama pesaing. Li berkata, “analisis industri menunjukkan ramai konsumer, termasuk pengguna Samsung dan iPhone tertarik dengan telefon pintar siri HONOR Magic kerana menawarkan ciri-ciri AI yang canggih dan inovasi luar biasa.

Terdapat peningkatan yang signifikan dalam peralihan penggunaan ke HONOR Magic6 Pro dan HONOR Magic V2 oleh pengguna yang pernah menggunakan telefon pintar keluaran jenama terkemuka.

HONOR mentakrif semula standard industri dengan portfolio yang pelbagai dan inovasi termaju HONOR terus meneraju industri telefon pintar dengan kepelbagaian portfolio kepada pelbagai segmen pasaran dan kecenderungan pengguna.

Komitmen jenama ini untuk menembusi teknologi peranti lipat terbukti dengan HONOR Magic V3, telefon pintar boleh lipat AI paling nipis dan ringan di dunia yang berjaya mengatasi HONOR Magic V2.

Mempunyai ketebalan hanya 4.35mm, HONOR Magic V3 mengubah tanggapan telefon boleh lipat adalah berat, sekaligus memberikan prestasi tiada tandingan dan jangka hayat bateri yang lama. Bagi telefon HONOR Magic berbentuk bar, siri ini dimuatkan teknologi canggih termasuk keupayaan AI seperti AI Magic Portal, AI Note, dan AI Translation, sistem kamera termaju, dan teknologi penjagaan mata yang dipertingkatkan.

Banyak inovasi teknologi HONOR seperti kejayaan memuatkan teknologi bateri karbon silikon dalam telefon pintarnya turut diikut secara meluas dalam segenap industri. Inovasi ini meningkatkan lagi kepadatan tenaga bateri dengan ketara, seterusnya meletakkan tanda aras yang baharu bagi industri ini.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman Facebook rasmi HONOR Malaysia atau laman sesawang rasmi HONOR di https://www.honor.com/my/.

Five Local Companies Announced As Winners Of MYHackathon 2024 Cohort  2

Ministry of Science, Technology and  Innovation (MOSTI) and its agency, Cradle Fund Sdn. Bhd. (Cradle), today announced  five (5) solutions from local companies as winners of the MYHackathon 2024 Cohort  2 programme.

The announcement was made during the programme’s closing  ceremony, officiated by YB Tuan Chang Lih Kang, Minister of Science, Technology  and Innovation, at the Asian Institute of Chartered Bankers (AICB), Kuala Lumpur.

Each winner of the programme’s second cohort will receive conditional grants of up to  RM250,000 to develop their pilot projects, as well as one-to-one project  implementation mentorship for the next 12 months. All winners will also collaborate closely with respective problem statement owners to refine their solution  implementation plans.

In his keynote speech, YB Tuan Chang stated, “I am truly impressed by the quality of  ideas and solutions presented. The innovations highlighted are not only practical but  also align with the needs of the country’s digital transformation

I am confident that  some of these innovations can be commercialised and scaled up in the future. In this  context, the MYHackathon 2024 programme directly supports the aspiration of  Malaysia MADANI, which emphasises the values of renewal and innovation in  achieving people-centred development.”

Minister of Science, Technology and Innovation YB Tuan Chang Lih Kang, delivered his keynote speech during the closing ceremony of MYHackathon 2024 Cohort 2.

“The usage of open innovation to address the nation’s critical issues represents a  significant opportunity to accelerate Malaysia’s startup ecosystem and improve the  country’s standing in the Global Innovation Index (GII).

“By encouraging collaboration  between the Government, higher education institutions, and the private sector, we can  collectively produce innovative and effective solutions. This approach not only spurs  local startup growth but also enhances the nation’s economic competitiveness.

Through open innovation, we can attract more investments, develop local talent, and  ultimately position Malaysia as a global innovation hub. With the current progress, I am confident we can achieve our goal of ranking among the top 30 countries in the  GII by 2025,” YB Minister added.

For the 2024 edition, MOSTI, through Cradle, launched two cohorts under the theme  ‘Hackathon Nasional Untuk Malaysia MADANI’, on 23 September and 25  November, respectively. These cohorts identified twelve (12) critical problem  statements sourced from various ministries, agencies, and local governments. Seven  (7) problem statements were highlighted in Cohort 1, while five (5) were highlighted in Cohort 2.  

This initiative received an overwhelming response, with a total of 419 inquiries and  applications for the first cohort and 391 for the second, making a combined total of  810. Additionally, MYHackathon 2024 received 3.8% (103) applications from Sabah  and Sarawak for Cohort 1 and 3.9% (101) applications for Cohort 2. The winners of  this challenge will have the opportunity to develop innovative solutions and implement  them through a 12-month pilot programme.

“We are thrilled to witness the creativity, determination, and commitment of the  participants in Cohort 2 of the MYHackathon 2024 Programme. driving innovations  that address real-world challenges.

Since its launch four years ago, MYHackathon has  grown into a vital platform for uncovering Malaysia’s best talents, inspiring them to  develop high-impact solutions that improve Government service delivery,” said  Norman Matthieu Vanhaecke, Group Chief Executive Officer of Cradle.

“Cradle remains committed to being a catalyst in nurturing a generation of innovators  who can make Malaysia more progressive through our mission to create an inclusive  and sustainable startup ecosystem.”  

Since its inception in 2020, the biennial MYHackathon Program has successfully  delivered several innovative and high-impact solutions from Malaysians for adaptation  and application in various government services.  

Among the successful solutions developed under this program are Gajah Safe Sdn.  Bhd. by Satok Bridge Digital Sdn. Bhd., which integrates artificial intelligence (AI)  technology and detection cameras to reduce human-wildlife conflict, and the Anti Drone Detection System (DDS) by FlyBots Technology, which provides solutions for  controlling drone intrusions for smuggling or unauthorised surveillance in restricted access areas.  

Samsung One UI 7 Beta Starts to Roll Out Showcasing the Glimpse of Future of Mobile AI

Samsung Electronics Co., Ltd. today announced the public release of the One UI 7 beta program, boasting powerful AI features, simplified controls and a preview of scalable AI ecosystems of the future.

One UI 7 marks a significant leap forward by integrating leading AI agents and multimodal capabilities into every touch point of the interface, creating an AI platform where every interaction feels natural and intuitive. The beta program offers a first look at an upgraded mobile user experience for greater personalization than ever before.

Enhanced AI Enables More Intuitive User Experiences

One UI 7 brings powerful updates to Galaxy AI features including advanced writing assist tools. Integrated into AI OS, they allow users to boost their productivity where texts can be selected, without needing to switch between applications.

This capability expands on the powerful writing assist tools already available to Galaxy users, offering AI-powered options to summarize content, check spelling and grammar, and automatically format notes into bullet points.

Upgraded call features with One UI 7 push the boundaries of communication and connection through call transcripts, with support for 20 languages. When call recording is enabled, recorded calls will automatically be transcribed for reference later on, eliminating the need to take notes manually while multi-tasking.

Anugerah Rakan Kolaborasi AKPK 2023/2024 – Meraikan Rakan Kolaborasi Dan Membangun Matlamat Impak

Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Azaddin Ngah Tasir, menyampaikan ucaptama sempena Majlis AKPK Collaborators Awards 2023/2024 sebagai penghargaan atas usaha rakan kolaborasi dalam memperkasakan kesejahteraan kewangan masyarakat.

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) meraikan rakan kolaborasi dalam majlis Anugerah Rakan Kolaborasi AKPK 2023/2024, sebagai penghargaan atas usaha sama memperkasakan literasi kewangan melalui tiga perkhidmatan teras AKPK: pendidikan kewangan, nasihat kewangan, dan pengurusan kredit.”

Dengan tema ‘Growing with Purpose’, majlis ini memperlihatkan peranan penting yang dimainkan oleh kesemua pihak yang terlibat dan rakan strategik dalam memastikan kesejahteraan kewangan dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia.

Anugerah disampaikan oleh Pengerusi AKPK, Anuar Mohd Hussan, sebagai penghargaan kepada rakan kolaborasi yang telah memberikan sumbangan signifikan terhadap pelaksanaan inisiatif berimpak besar AKPK.

Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Azaddin Ngah Tasir berkata, kerjasama yang penuh makna ini telah menjadi pemangkin kejayaan kami. Dengan bekerja bersama, kami bukan sahaja dapat membantu individu mengurus kredit mereka, tetapi juga membekalkan mereka dengan kemahiran untuk merealisasikan impian dan menjalani kehidupan yang lebih baik.

“Kesan daripada usaha murni ini telah memperkukuhkan fabrik sosial negara, memastikan pemerkasaan dan kesejahteraan kewangan terus terpelihara untuk generasi akan datang.”

Bagi anugerah utama, Bank Simpanan Nasional menerima Anugerah Usaha Sama Berimpak Penting untuk dedikasi mereka yang tidak berbelah bagi terhadap usaha memperhebat inisiatif literasi kewangan di Malaysia.

Pihak pengurusan tertinggi AKPK dan rakan kolaborasi di AKPK Collaborators Awards 2023/2024.

Anugerah Rakan Komuniti Cemerlang yang buat pertama kali diperkenalkan, mengiktiraf Kampung Kuala Wau di Maran, Pahang, untuk penyertaan aktif dalam inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang memberikan impak kepada usaha pemerkasaan dan pembangunan literasi kewangan di kalangan komuniti.

Bagi kategori pengurusan kredit dan nasihat kewangan, Anugerah Rakan Kolaborasi Bersinergi dimenangi oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Lembaga Zakat Selangor dan TEKUN Nasional.

Anugerah Rakan Usaha Sama Unggul dalam Penyelesaian Kredit dan Sokongan PKS pula dimenangi oleh RHB Bank Berhad dan Malayan Banking Berhad manakala Anugerah Pencapaian Kolaboratif Program Pengurusan Kredit menjadi milik CIMB Bank Berhad, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad dan Public Bank Berhad.

Bagi kategori pendidikan kewangan, Anugerah Kecemerlangan Sokongan Untuk Usahawan Mikro dimenangi oleh Amanah Ikhtiar Malaysia, Yayasan Hijrah dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad.

Bagi kategori Usaha Sama Unggul, pemenang Anugerah Jangkauan Kerajaan & Komuniti ialah Persatuan Takaful Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dan Jabatan Premier Sarawak. FGV Holdings Berhad, HSBC Bank Malaysia Berhad dan Tenaga Nasional Berhad pula memenangi Anugerah Jangkauan Pejabat Korporat & Komuniti, sementara Anugerah Institusi Pengajian Tinggi menjadi milik Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti,  Universiti Teknologi MARA, dan Universiti Malaysia Terengganu.

Bagi menghargai peranan penting kelab AKPK di institusi pengajian tinggi, Anugerah Kelab AKPK Dalam Literasi Kewangan dianugerahkan kepada Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi dan Inovasi Asia Pasifik, dan Universiti UCSI.

Bagi kategori pembangunan penyelidikan, Persatuan Ekonomi Malaysia memenangi Anugerah Kecemerlangan Intelektual, Asia School of Business memenangi Anugerah Kecemerlangan Kolaborasi Antarabangsa, sementara Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia memenangi Anugerah Kecermelangan Penglibatan Dasar.

Bagi kategori jenama dan komunikasi, Anugerah Kecemerlangan Media Visual & Digital dimenangi oleh Astro Awani Network Sdn. Bhd., Anugerah Kecemerlangan Media Suara dan Digital dimenangi oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) sementara Anugerah Kecemerlangan Media Cetak menjadi milik Utusan Malaysia. Satu lagi anugerah untuk sokongan jenama, Anugerah Amplifier Jenama Unggul, dimenangi oleh Kementerian Komunikasi.

Majlis anugerah itu merakamkan detik-detik bangga AKPK bersama rakan-rakan kolaborasi di atas mahupun di luar pentas, dan juga mesej utama AKPK kepada semua rakan kolaborasi tentang komitmen bersama untuk memperkasakan rakyat Malaysia pada setiap peringkat yang penting dalam kehidupan mereka.

Dengan majlis anugerah ini yang bertemakan siri penerbitan baharu AKPK, ‘GROW’, buku-buku penerbitan ini turut dipamerkan sepanjang acara berlangsung. Buku siri GROW menyediakan panduan kewangan yang komprehensif dan mudah diikuti untuk memenuhi keperluan kewangan yang berbeza ketika umur belia, mula bekerja, mula berkeluarga sehinggalah umur persaraan.

Majlis Anugerah Rakan Kolaborasi AKPK menjadi majlis yang bermakna untuk mengakhiri tahun ini buat AKPK kerana ia juga memberikan kesempatan untuk memperbaharui dan mengukuhkan komitmen bersama untuk memberi impak pada tahun 2025 seperti yang ditegaskan oleh Azaddin, “Marilah kita teruskan perjalanan ini dengan matlamat yang seiring, mengukuhkan komitmen kita terhadap satu sama lain. Bersama-sama, kita lebih berdaya maju, lebih inovatif, dan lebih memberi impak.”

Huawei Wrap Up The Year-End Sale With Exciting 12.12 Extravaganza

The most wonderful time of the year just got even better with the HUAWEI 12.12 Year-End Sale! Bringing incredible deals across Shopee, Lazada, and TikTok Shop from 11 to 14 December 2024, shoppers can unwrap the exciting deals with up to RM300 exclusive vouchers and snag Huawei’s innovative products at its lowest price.

Clearing off this year-end sale is the versatile HUAWEI WATCH GT 4 now from only RM699! The WATCH GT 4 combines fashion and functionality, featuring a stunning AMOLED display with premium stainless steel build, making it as stylish as it is practical.

Packed with advanced features like TruSeen™ 5.5+ technology, it offers precise heart rate monitoring, SpO2 tracking, and stress management to keep your health in check. With over 100 workout modes, fitness lovers will love the additions like football and
basketball, while the enhanced route tracking ensures accuracy during outdoor activities.

Shopee Exclusive Huawei 12.12 Livestream

Looking for even more excitement? Grab your snacks and tune in to 12.12 Huawei Shopee livestream on 11 December at 7.00 PM until 1.00 AM with flash deals as low as RM12! Don’t miss the chance to grab Huawei’s latest devices and FREE gifts such as the HUAWEI Pura 70, HUAWEI WATCH GT 5, and HUAWEI WATCH FIT, with exclusive discounts up to RM500 during the Shopee livestream.

Celebrate this year end with a shopping spree during HUAWEI 12.12 Year End Sale, packed with incredible savings and discounts up to RM1,700 across Shopee, Lazada, and TikTok Shop. From stylish wearables and powerful tablets to affordable audio gear, the Huawei 12.12 Year-End Sale has unbeatable deals for everyone.

Don’t miss this opportunity to score the best deals and enter the new year with the ultimate tech collection!

Post Menarik