iQOO secara rasmi melancarkan telefon pintar terbaharu mereka untuk pasaran Malaysia, iQOO Neo 10. iQOO Neo 10 menampilkan konfigurasi dwi-cip berkuasa tinggi yang menetapkan penanda aras baharu dalam kelasnya.
Dikuasakan oleh platform Snapdragon bertaraf mercu dan Cip Superkomputer Q1 termaju, digabungkan dengan bateri berkapasiti tinggi dan teknologi Pengecasan Pantas, serta paparan kadar segar semula yang tinggi dan mesra mata, iQOO Neo 10 memberikan pengalaman menyeluruh bertaraf mercu bagi pengguna yang inginkan segala-galanya.
Prestasi Hebat dengan Gabungan Dua Cip Bertaraf Mercu
Dikuasakan oleh pemproses seni bina semua-teras besar pertama Qualcomm, iQOO Neo 10
memaksimumkan prestasi luar biasa. Platform Mudah Alih Snapdragon® 8s Gen 4 terbaru
menampilkan CPU bertaraf mercu dengan peningkatan prestasi sebanyak 49% dan penjimatan tenaga sebanyak 39% berbanding generasi sebelumnya, dengan skor penanda aras AnTuTu sebanyak 2,426,162.(1) iQOO Neo 10 menawarkan prestasi lebih kuat, penggunaan tenaga lebih rendah, tindak balas lebih pantas, dan kestabilan lebih tinggi.
Sama ada untuk penggunaan multi-tugas atau permainan berat, prestasi kekal lancar dan konsisten. Ia menyokong sehingga 16 GB RAM LPDDR5X Ultra dengan RAM Tambahan diaktifkan, mampu menyimpan sehingga 52 aplikasi aktif di latar belakang.
iQOO Neo 10 juga menampilkan Cip Superkomputer Q1 bertaraf mercu, menawarkan pengalaman permainan imersif dan berkualiti tinggi. Melalui kerjasama mendalam antara cip dan algoritma, ia menyokong resolusi permainan hebat serta Ultra-Low-Latency Frame Interpolation hingga 144 FPS.
Ia juga serasi dengan platform video utama seperti YouTube dan Netflix, dengan visual ultra-jelas yang melebihi resolusi asal. Fungsi permainan khusus turut dipertingkat, termasuk penjadualan utama, paparan visual, dan interaksi deria penuh.
iQOO Neo 10 kini rasmi dilancarkan di Malaysia, bermula pada harga RM1999 menerusi Shopee, Lazada, E-Stor vivo Malaysia dan TikTok Shop. Jualan Pertama Neo 10 akan berlangsung dari 5 Jun 2025, jam 4:00 petang hingga 9 Julai 2025, memberikan peminat di Malaysia akses awal kepada peranti Neo paling berkuasa daripada iQOO setakat ini.

































