Utama Blog Halaman 117

Tempahan Dibuka Untuk SUV EX90 dan XC90, Harga Sekitar RM450,000

Volvo Car Malaysia kini menerima tempahan untuk Volvo EX90 dan XC90 baharu, dua model SUV tujuh tempat duduk yang bakal menyertai rangkaian model elektrifikasi Volvo.

Malaysia merupakan antara pasaran pertama di Asia Pasifik yang memperkenalkan Volvo EX90 selepas pelancarannya di Thailand tahun lalu. Untuk pasaran tempatan, harga runcit bagi kedua-dua model ini dijangka sekitar RM450,000, dengan perincian mengenai varian dan spesifikasi akan diumumkan kemudian.

Volvo EX90 ialah model elektrik sepenuhnya pertama Volvo dengan konfigurasi tujuh tempat duduk untuk pasaran global. Sebagai SUV paling premium Volvo, ia menetapkan penanda aras baharu dengan seni bina pengkomputeran teras, teknologi keselamatan terkini di dalam dan luar kenderaan, serta keupayaan perisian yang akan terus berkembang sepanjang pemilikan.

Selain itu, Volvo EX90 menawarkan keseimbangan antara kemewahan dan keupayaan, dengan jarak pemanduan elektrik melebihi 600km, pecutan dari 0-100km/j dalam masa kurang lima saat, sistem audio Bowers & Wilkins High Fidelity, serta keselesaan tujuh tempat duduk sebenar. Tempat duduknya juga boleh dilipat secara automatik untuk memberikan lebih ruang kargo dengan hanya satu sentuhan butang.

Bagi pelanggan yang mahukan pilihan plug-in hybrid, XC90 baharu hadir sebagai SUV ikonik yang mempunyai warisan daripada SUV pertama Volvo.

Kepraktisannya yang terbukti telah menjadikannya antara model paling popular sepanjang masa. Model XC90 baharu ini menampilkan perubahan besar pertama sejak generasi semasa diperkenalkan 10 tahun lalu, dengan reka bentuk yang diperbaharui dan antaramuka pengguna yang lebih moden – memberikan lebih keserupaan dengan model elektrik sepenuhnya Volvo.

Baik Volvo EX90 mahupun XC90 baharu, kedua-duanya adalah kenderaan elektrik – yang dalam definisi Volvo Cars, merujuk kepada model dengan kabel pengecasan. Volvo Cars komited dalam menawarkan model elektrifikasi sebagai sebahagian daripada usaha mencapai sasaran kemampanan dan pelepasan sifar bersih dalam operasinya di peringkat global menjelang tahun 2040.

Chris Wailes, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia berkata, “Dengan pelancaran Volvo EX90 dan XC90 baharu dalam masa tedekat ini, kami akan terus maju ke arah sasaran global untuk mencapai 90 hingga 100 peratus jualan kenderaan elektrifikasi sebelum akhir dekad ini. Tahun lalu, model BEV dan PHEV kami sudah pun mewakili lebih 80 peratus daripada jumlah jualan.”

“EX90 merupakan tambahan menarik dalam portfolio BEV kami, khusus buat pemilik yang memerlukan lebih ruang, kemewahan, keselesaan dan teknologi dalam sebuah SUV elektrik sepenuhnya. Pada masa yang sama, EX90 melengkapkan XC90 baharu yang telah diberi nafas baharu sebagai model terbaik Volvo – dengan komitmen keselamatan tanpa kompromi bagi memberikan kebebasan bergerak,” katanya.

Lexis Hibiscus Port Dickson Raikan Ulang Tahun Ke-10

Lexis Hibiscus Port Dickson dengan bangganya meraikan satu pencapaian besar, iaitu 10 tahun menjadi sebahagian daripada detik-detik berharga rakyat Malaysia.

Sepanjang sedekad yang lalu, resort ini berbesar hati untuk mengalu-alukan tetamu dari pelbagai lapisan masyarakat, berkongsi percutian romantis mereka, sambutan istimewa, dan percutian keluarga yang penuh kenangan di tepi laut.

Melalui setiap pengalaman yang tidak dapat dilupakan, setiap senyuman, gelak tawa, dan matahari terbenam telah membentuk kisah indah yang menjadikan perjalanan ini begitu istimewa.

Sempena ulang tahun luar biasa ini, Lexis Hibiscus Port Dickson mengambil kesempatan
untuk merenung perjalanan yang telah ditempuhi serta mengucapkan penghargaan
setinggi-tingginya kepada rakyat Malaysia. Ucapan ‘Terima Kasih’ yang Tulus kepada Malaysia Selama 10 tahun, Lexis Hibiscus Port Dickson berbesar hati menjadi destinasi pilihan rakyat Malaysia yang mencari ketenangan dan keselesaan.

Dari lubuk hati mereka, pasukan Lexis Hibiscus ingin menyampaikan ucapan ikhlas “Terima Kasih Malaysia” – atas kepercayaan, sokongan, dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi selama ini.

Ia merupakan satu penghormatan untuk menjadi sebahagian daripada kisah anda, dan kini, tiba masanya untuk memberi kembali.

Jualan Penghargaan Ulang Tahun Ke-10: Hadiah Istimewa Untuk Anda Bagi meraikan pencapaian ini, Lexis Hibiscus Port Dickson dengan sukacitanya mengumumkan Jualan Penghargaan Ulang Tahun Ke-10!

Dari 21 Mac hingga 6 April 2025, penjimatan eksklusif untuk e-Baucar Bilik boleh didapati
di https://shop.lexis.my . Baucar ini menawarkan penginapan satu malam (bilik sahaja) di
Sky Pool Villa (Harga bersih RM568) atau Premium Pool Villa (Harga bersih RM668)
dengan kemudahan premium untuk dua orang tetamu, dan sah sehingga 31 Disember
2025. Ini adalah peluang terbaik untuk merasai kemewahan Lexis Hibiscus dan mencipta
kenangan indah di tepi laut.

Terletak di sepanjang pantai Pasir Panjang yang indah di Port Dickson, Lexis Hibiscus
Port Dickson telah menjadi simbol kemewahan tepi pantai. Hanya lebih kurang sejam dari
Kuala Lumpur, resort pantai bertaraf 5 bintang ini diinspirasikan oleh bunga kebangsaan
Malaysia, Bunga Raya.

Dengan 639 vila kolam, termasuk 522 vila atas air dan 117 bilik menara, resort ini menawarkan keselesaan tiada tandingan dengan kolam renang peribadi, dek matahari yang luas, katil bersaiz king, dan bilik stim peribadi.

vivo V50 Hadir Mampu Merakam Perincian Potret Bertaraf Profesional

vivo Malaysia hari ini melancarkan telefon pintar bertaraf mercu potret paling maju setakat ini, vivo V50, yang mentakrifkan semula pengalaman pengguna dalam ekspresi kreatif.

Dilengkapi dengan keupayaan ZEISS Professional Portrait yang canggih, V50 membawa kualiti visual ke tahap baharu, membolehkan pengguna merakam dan berkongsi kenangan dengan gaya unik serta kejelasan luar biasa.

Selain kehebatan fotografi, V50 menampilkan reka bentuk yang elegan dan estetik, serta bateri 6000 mAh (TYP) BlueVolt yang tahan lama dengan 90W FlashCharge ultra pantas.

Direka untuk pengalaman penggunaan yang lancar dalam pelbagai situasi, V50 menawarkan gabungan prestasi mantap dan kecekapan tenaga yang unggul.

“Siri vivo V sentiasa direka untuk membantu pengguna merakam detik berharga dalam hidup mereka,” kata Mike Xu, CEO dari vivo Malaysia.

“Dengan vivo V50, kami melangkah lebih jauh dalam fotografi mudah alih. Keupayaan potret yang maju, reka bentuk premium dan prestasi berkuasa mentakrifkan semula jangkaan untuk telefon pintar dalam julat harga ini.

Kami komited untuk menyediakan ciri yang meningkatkan setiap aspek kehidupan digital pelanggan kami.,” katanya.

50 MP 3 pada Setiap Lensa: Potret Profesional ZEISS yang Mengagumkan

Dikuasakan oleh Sistem Pengimejan Kejuruteraan Bersama vivo dengan ZEISS, vivo V50 menonjol sebagai flagship potret tahun ini. Dengan kerjasama ZEISS, vivo menetapkan piawaian optik dan prestasi pengimejan yang memenuhi kualiti ZEISS.

Kamera 50 MP ZEISS All Main Camera menawarkan prestasi bertaraf profesional pada semua lensa kamera belakang, menjadikannya gajet yang sempurna untuk merakam dan mengabadikan memori berharga dengan sentuhan sofistikasi.

Kamera Utama ZEISS 50 MP OIS menampilkan Sensor Flagship 1/1.55&” untuk keupayaan menangkap cahaya yang luar biasa walaupun dalam keadaan mencabar. Teknologi VCS Camera-Bionic Spectrum inovatif vivo meningkatkan kualiti imej dengan meniru mata manusia untuk menghasilkan warna yang lebih tulen dan semula jadi.

Gimbal mini terbina dalam dan sistem penstabilan bebas mencapai CIPA 4.0 DSLR-Level Stabilization 4 , mengurangkan gegaran tangan dan membolehkan pendedahan malam lebih lama untuk menghasilkan imej malam yang lebih jelas.

V50 turut memperkenalkan teknologi pencahayaan maya generasi baharu, AI Aura Light Portrait 2.0. Menggunakan algoritma AI dan lampu isian ultra-lembut 5 143x, ia memberikan pencahayaan berkualiti studio dari pelbagai sudut.

Dua gaya pencahayaan potret sinematik baharu, Rembrandt Lighting dan Butterfly Lighting, menambah keunikan pada potret anda. Rembrandt Lighting mencipta kesan dramatik tiga dimensi dengan cahaya sisi lembut, manakala Butterfly Lighting menonjolkan kontur wajah untuk penampilan yang lebih glamor.

HONOR Bakal Perkenalkan Lima Peranti Baharu Dalam Rangkaian Produk Semua Senario di Malaysia

HONOR gembira mengumumkan lima peranti baharu bakal dilancarkan di Malaysia, sekaligus memperluaskan lagi rangkaian produk pelbagai senario yang sedia ada.

Berdasarkan peralihan jenama di bawah HONOR ALPHA PLAN yang diumumkan pada Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) Barcelona 2025, HONOR terus berkembang daripada pengeluar telefon pintar kepada peneraju global dalam ekosistem peranti yang dipacu oleh AI dalam menyampaikan penyelesaian inovatif kepada pengguna di seluruh dunia.

Sejak dulu lagi, HONOR menawarkan portfolio produk yang pelbagai seperti telefon pintar, tablet, komputer riba, fon putik dan jam tangan pintar. Dengan pelancaran akan datang, HONOR akan memperkenalkan produk-produk baharu ke Malaysia, mengukuhkan komitmen jenama ini dalam memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna bagi meningkatkan kehidupan harian mereka.

Justeru, HONOR terus menonjol dalam industri sebagai satu-satunya jenama Android di Malaysia dengan rangkaian peranti yang komprehensif dan saling berhubung.

Dengan wawasan yang berpaksikan insan, setiap produk HONOR termasuk penambahan baharu ini, direka untuk memaksimumkan potensi manusia dalam pelbagai senario.

Daripada meningkatkan produktiviti di tempat kerja, membantu mencapai kecergasan yang diingini, menetapkan matlamat pembelajaran, sehinggalah menyampaikan hiburan yang luar biasa dan mencetuskan kreativiti, rangkaian peranti ini direka untuk menangani cabaran harian dengan lancar menggunakan teknologi termaju.

Maklumat lanjut mengenai produk baharu akan diumumkan tidak lama lagi. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pelancaran rasmi dan bersedia untuk merasai pengalaman teknologi semua senario HONOR yang terkini di Malaysia. Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman Facebook rasmi HONOR Malaysia atau layari www.honor.com/my/.

OMSMC Perkenal Cath Lab 2 Dilengkapi Dengan Biplane Angiography Dan Perkhidmatan PRECISE Pharmagenomics (PGx) 

Dari kiri (kelima), Pengarah Perubatan OMSMC Dr Ong Kheng Wah bergambar bersama rakan perniagaan dan pemenang cabutan bertuah.

Oriental Melaka Straits Medical Centre (OMSMC) memperkenalkan Cath Lab 2 yang beroperasi sepenuhnya dengan teknologi Biplane Angiography (Philips Azurion 7), serta perkhidmatan PRECISE Pharmagenomics (PGx).

Cath Lab 2 berserta Sistem Philips Azurion Biplane Angiography ini merupakan pencapaian penting OMSMC dalam kardiologi intervensi dan elektrofisiologi, menawarkan pengimejan beresolusi tinggi, pendedahan radiasi yang berkurangan dan masa prosedur yang lebih singkat.

Teknologi ini sangat bermanfaat untuk kes jantung pediatrik, membolehkan visualisasi tepat struktur jantung rumit dan memastikan intervensi yang lebih selamat.

“Pelancaran Cath Lab 2 mengukuhkan dedikasi OMSMC untuk merintis bidang penjagaan kesihatan jantung yang termaju di Malaysia. Dengan pelaburan dalam teknologi perubatan terkini, kami komited untuk memberikan penyelesaian penjagaan kesihatan bertaraf dunia bagi menambah baik keadaan pesakit dan mengubah kehidupan,” kata Lee Soon Teck, Ketua Pegawai Eksekutif OMSMC.

Dari kanan (kedua dan ketiga) CEO Lee Soon Teck dan Maria Phang Sue Chieng, Pengarah Operasi Global Precision Diagnostics membentangkan maklumat mengenai perkhidmatan PRECISE Pharmagenomics (PGx).

PRECISE Pharmagenomics: Perubatan Peribadi untuk Hasil yang Lebih Baik

OMSMC juga telah bekerjasama dengan Global Precision Diagnostics (GPD) bagi melancarkan perkhidmatan PRECISE Pharmagenomics (PGx), satu inisiatif cemerlang dalam perubatan peribadi. Ujian PGx merupakan perkhidmatan farmakogenomik genom yang pertama disarankan secara klinikal di Malaysia dan telah menerima pengiktirafan dari Malaysian Book of Records 2023.

Menerusi penganalisaan lebih daripada 1,000 gen dan merangkumi lebih 500 ubat-ubatan biasa yang ditetapkan, PGx memperkasa profesional penjagaan kesihatan untuk menyesuaikan rawatan dengan profil genetik setiap pesakit. Ini sekali gus memastikan terapi yang lebih selamat dan lebih berkesan.

Selain itu, OMSMC telah diiktiraf Anugerah Jenama Terbaik Dunia The BrandLaureate 2024-2025, dalam kategori Kecemerlangan dalam Penjagaan Kesihatan Pelbagai Bidang dan Penyelesaian Pelancongan Perubatan (Excellence in Multidisciplinary Healthcare and Medical Tourism Solutions), sebagai pengiktirafan terhadap kepimpinan dan komitmen hospital dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti tinggi.

Pengiktirafan berprestij ini menunjukkan dedikasi hospital terhadap kemajuan piawaian penjagaan Kesihatan dan mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi perubatan utama di rantau ini.

CEO OMSMC Lee Soon Teck

“Usaha berterusan kami dari segi inovasi perubatan dan penjagaan kesihatan yang diperincikan secara peribadi ternyata membezakan kami daripada yang lain. Pengenalan perkhidmatan PGx dan pengiktirafan terkini daripada BrandLaureate mengesahkan misi kami berada di barisan hadapan dalam kecemerlangan penjagaan kesihatan. Kami sangat berterima kasih kepada rakan kongsi kami, profesional perubatan dan komuniti atas sokongan berterusan mereka,” tambah Lee.

Selain itu, OMSMC berbangga menjadi hospital pertama di Melaka yang menyertai rangkaian Global Green and Healthy Hospitals (GGHH). Pencapaian ini menegaskan komitmen kukuh hospital terhadap kelestarian melalui inisiatif seperti tenaga solar, penyejukan lestari, dan pengurusan sisa, semuanya bertujuan untuk mempromosikan masa depan yang lebih sihat bagi pesakit, kakitangan, dan komuniti.

Semua pencapaian penting ini diumumkan semasa majlis makan malam gala korporat OMSMC di Dusit Princess Melaka, yang dihadiri oleh 300 tetamu terhormat, termasuk rakan perniagaan, doktor am, persatuan industri, wakil korporat, media Melaka, ejen insurans, dan pihak berkuasa tempatan.

Spot the Hidden Galaxy A Series and Stand a Chance to Win a Galaxy Tab S9 FE+ Worth RM2,799!

Bold, colourful, and full of energy — that’s the Galaxy A Series from Samsung, taking over the world like a burst of creativity. This isn’t just a phone; it’s the vibe of youth culture, dominating every scene with style and intelligence.

The A Series is all about bringing the cool back to smart, making innovation fun, fresh, and totally you. Samsung is redefining what it means to be smart. With features like the Best Face and Object Eraser, your phone isn’t just a tool – it’s your best sidekick, helping you level up your game.

Smart never looked this good, so why not make it your vibe? Pilih Galaxy A, Memang Smart Aye! Ready to catch the ultimate vibe? Catch Insomniacks Sabronzo from Dolla, Aziz Harun, and Killa Driz — four artists who’re all about self-expression and pure creativity.

With catchy beats, fire lyrics, and smooth delivery, this track is an absolute banger that’s going to stay stuck in your head. Don’t miss out — hit up YouTube now to watch the full video and vibe to the song: https://www.youtube.com/watch?v=nrkZARZPWVc

Join the AYE Spot & Win Contest!
Ever played “I spy with my little eye”? It’s the classic game that kills time, but here’s the twist — this time, it’s way more rewarding. With the Galaxy A Series, spotting the cool stuff comes with some serious perks.

From 12pm, 13 March to 17 March 2025, watch “Pilih Galaxy A, Memang Smart AYE!” on our YouTube, Facebook, Instagram, TIkTok or X accounts and keep your eyes peeled for hidden Galaxy A Series devices.

Count them, drop your answer in the comments with #AYESpot Win, #KitaPilihAYE, #GalaxyA56 5G, and follow @SamsungMalaysia for your chance to win one of 10 Galaxy Tab S9 FE+ worth RM2,799 each. Let the hunt begin!

The all-new Mercedes-Benz CLA delivers an electrifying performance at its star-studded world premiere in Rome

With the launch of the all-new CLA, Mercedes-Benz elevates its legacy of setting benchmarks and redefining class standards. It’s an innovation powerhouse that stirs the soul with its striking and athletic design.

A launch of this magnitude deserves a backdrop of equal stature, which is why MercedesBenz chose Rome – the metropolis defined by timeless elegance, flair and progressive vision – to unveil the CLA.

“The premiere of the new CLA in Rome – a city just as iconic and timeless as Mercedes-Benz – was more than just another car launch. It marks the beginning of a new era for Mercedes-Benz and for our customers:

The CLA will be the most efficient and the most intelligent Mercedes we’ve ever made. It’s the one-litre car for the electric age – and at the same time will also be available as a highly efficient hybrid version. It is the first in a series of new models we’re adding to the Mercedes-Benz family.” Ola Kaellenius, Chief Executive Officer, Mercedes-Benz Group AG

The new automotive icon brought together a collective of talent spanning multiple creative industries and influential friends of the brand at the stunning Villa Miani. Cultural tastemakers in attendance included Romeo Beckham, Camilla Cabello, Lucien Laviscount, Central Cee, SOMI, ASAP Nast, Peyton List, Jacob Bertrand, Will.i.am, Ice Spice, Colm Dillane, Gustaf Westman, Mimi Keene, Evan Mock, Mustafa the Poet, Daniel Caesar, Kai Isaiah Jamal, Clara Berry, Leo Mandella and many more.

With its commanding hilltop position and breathtaking panoramic views of the ‘Eternal City’, it was the perfect setting for the world premiere. At the reveal, Mercedes-Benz surprised guests with an exclusive live performance from South African singing sensation Tyla.

During the day, a creative multi-collaboration called ‘Class of Creators’, featuring the all new CLA was announced. Cultural trailblazers including four times GRAMMY-nominated, US rapper Ice Spice, interior designer Gustaf Westman from Sweden, US fashion designer and artist Colm Dillane aka KidSuper as well as the gaming platform League of Legends and the toy car brand Hot Wheels, will present future-facing visions and content inspired by the all-new CLA as a creative platform – merging Mercedes-Benz and the artists’ DNA.

Each collaboration will feature its own vehicle art piece, which will be revealed during different events throughout the year.

The ultimate CLA experience

At the exclusive, invitation-only event guests were immersed in a theatrical extravaganza inspired by the vibrant style, rich cultural tapestry and beauty of Italian life. As the music and dance production subsided, all eyes focused on the stars of the show: different versions of the CLA artfully positioned on the patio overlooking the sparkling night lights of Rome

LG Unveils New Artcool AI Air: Stylish, AI-Driven Comfort And Efficiency

LG Electronics (LG) is unveiling the ARTCOOL™ AI Air, an advanced cooling and heating solution designed to deliver optimal indoor comfort, sophisticated style and convenient usability.

Adopting LG’s advanced AI Core-Tech, this impressive residential air conditioner learns from users’ preferences to provide personalised climate control and improved energy efficiency.

The ARTCOOL AI Air leverages AI-powered climate optimisation to create a more comfortable living environment.

Its AI Air mode intelligently adjusts airflow strength and direction in real time, taking into account the room’s layout and occupants’ positions.

Compatible with the ThinQ™ app, users can remotely monitor and customise airflow settings to suit their preferences.

In addition, the Sleep Timer+ function enhances comfort by regulating temperature and airflow based on individual usage patterns, creating the ideal conditions for a restful night’s sleep.

Shell Recharge Lancar Rangkaian HPS Pertama Di Malaysia Dari Pantai Timur Ke Pantai Barat

Shell Malaysia melancarkan rangkaian Pengecasan Berprestasi Tinggi (HPC) pertama di Malaysia dari Pantai Timur ke Pantai Barat, menawarkan pengecasan pantas sehingga 180kW untuk perjalanan EV yang lebih lancar dan tanpa kebimbangan di seluruh Semenanjung Malaysia.

Ini menandakan satu pencapaian penting dalam usaha Shell memperluaskan rangkaian HPC, melengkapkan kesalinghubungan pengecasan Pantai Timur ke Pantai Barat dari Kuala Lumpur ke Terengganu, sambil melengkapi rangkaian Utara-ke-Selatan yang menghubungkan Johor ke Perak.

Sama ada untuk perjalanan harian, perjalanan jarak jauh, atau perjalanan pada waktu puncak seperti musim perayaan, termasuk sambutan Hari Raya yang akan datang, rangkaian ini meningkatkan kemudahan dan mengurangkan kebimbangan jarak (range anxiety) bagi komuniti EV yang semakin berkembang di Malaysia.

“Shell berada di barisan hadapan dalam memperluasan infrastruktur EV di Semenanjung Malaysia, dan kami komited untuk menyokong peralihan tenaga negara serta elektrifikasi sektor pengangkutan.

“Pantai Timur selama ini dianggap sebagai kawasan mencabar bagi pengecasan HPC EV, namun Shell komited untuk mengubah keadaan ini. Dengan pelancaran rangkaian Shell
Recharge HPC terbaharu kami di Pahang dan Terengganu, kami merapatkan jurang penting dalam penyelesaian pengecasan ultra-pantas di sepanjang koridor Pantai Timur.

Daripada tapak HPC Shell Recharge pertama kami di Tangkak, Johor hingga ke hab pengecasan EV yang mencatat rekod di Genting Highlands, rangkaian kami telah diperluaskan untuk memenuhi keperluan pengguna EV di seluruh negara.

“Kami akan terus melabur untuk membina rangkaian pengecasan yang lebih terhubung dan mudah diakses, bagi memastikan pemandu EV di Malaysia boleh memandu lebih jauh dengan penuh keyakinan,” kata Seow Lee Ming, Pengurus Besar, Mobiliti dan Kemudahan, Shell Malaysia.

“Porsche Malaysia kekal komited untuk memperluaskan rangkaian pengecas berprestasi tinggi (HPC) bagi memastikan perjalanan yang lebih lancar untuk pelanggan kami. Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Shell Malaysia untuk memperluaskan rangkaian HPC Timur-ke-Barat, sekaligus memperkukuhkan ekosistem EV di Malaysia,” kata Christopher Hunter, Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Auto Performance.

Terharu Terima Bantuan Makanan Berbuka Puasa – NGO Antarabangsa

“Saya berasa terharu apabila ada di antara penerima bantuan mengalirkan air mata apabila menerima bantuan makanan asas termasuk makanan untuk berbuka puasa,” kata Pengerusi NGO Antarabangsa, Dato’ Dr Mustapha Ahmad Marican ketika berkunjung ke Kampung Chop di Tboung Khamun, pedalaman Kemboja.

Beliau berkata, kawasan terpencil masyarakat Islam di kampung ini didiami kira-kira seramai 300 keluarga dengan rata-rata mereka bekerja mengambil upah menanam padi, menoreh getah dan melakukan kerja-kerja kampung.

“Sebanyak 250 pek makanan berbuka puasa telah diedarkan ke sekitar kampung yang dilihat paling miskin dan daif dengan kebanyakan rumah-rumah kecil mereka di pedalaman dibina tanpa ada kemudahan asas yang mencukupi,” katanya.

Katanya, kebanyakan rumah mereka juga dibina dengan berdindingkan zink dan papan malah ada yang menggunakan daun rembia untuk dijadikan dinding rumah.

Post Menarik