Utama Blog Halaman 115

Proton Tawar Duit Raya Sempena Ramadan Ini

Sempena Ramadan ini, PROTON menjemput semua orang untuk menandakan permulaan baharu dengan kenderaan yang baharu semasa promosi Buka Lembaran Baharu.

Merangkumi semua model Proton, promosi itu memberi ganjaran kepada pembeli kereta baharu dengan rebat tunai “Duit Raya” bernilai sehingga RM10,000 serta menambahnya lagi dengan pakej sokongan overtrade daripada bahagian pengurusan kereta terpakai Proton di cawangan yang tertentu.

PROTON mempunyai tiga model SUV yang menawarkan prestasi, ketersambungan, keselamatan dan nilai, terbukti menjadi gabungan yang memenangi hati ramai pembeli kereta baharu.

Dengan pakej lumayan yang tersedia sepanjang tempoh promosi, kini adalah masa paling sesuai untuk memiliki Proton siri X. Model popular, Proton X50, telah dikemas kini pada Jun tahun lalu dan terus menerajui jualan dan mengatasi semua pesaing dalam segmennya.

Pelancaran Proton X50 SE pula mendapat sambutan memberangsangkan dengan 531 unit telah didaftarkan sejak dilancarkan pada pertengahan Januari ini. Untuk kempen promosi Buka Lembaran Baharu, pembeli akan menerima rebat sehingga RM9,000, dan sokongan tukar beli sehingga RM2,000 daripada cawangan yang tertentu untuk jumlah nilai pakej yang bakal bernilai sehingga RM11,000.

Model ICE PROTON yang terbaharu adalah Proton X70 2025 yang dilancarkan pada 15 Ogos tahun lalu. Menampilkan bahagian luar dan dalam yang dikemas kini serta penjimatan penggunaan bahan api, mereka yang ingin memiliki model “Intelligence That Inspires” boleh membeli kenderaan dengan rebat sehingga RM9,000 manakala sokongan tukar beli yang ada bernilai RM2,000.

Model utama PROTON adalah SUV segmen-D, Proton X90, dan ia mempunyai rebat bernilai sehingga RM10,000 dan sokongan tukar beli bernilai RM5,000. Ini bermakna pakej yang ditawarkan bakal benilai sehingga RM15,000.

Promosi Buka Lembaran Baharu menawarkan sesuatu kepada semua pembeli kereta. Model Proton Saga, Proton Iriz dan Proton Persona akan menerima rebat tunai sebanyak RM1,000 serta sokongan tukar beli bernilai diantara RM800 sehingga RM1,000.

Ini bermakna pembeli dapat menikmati jumlah penjimatan sehingga RM2,000 untuk kenderaan baharu mereka. Peneraju segmen baharu PROTON pada 2024 ialah Proton S70, yang mendahului jualan sedan segmen C pada tahun pertamanya.

Pembeli akan menerima rebat tunai sehingga RM8,000. Pelanggan Flagship X juga menerima Aerokit percuma bernilai RM3,130 dan terdapat juga sokongan tukar beli bernilai RM2,000 untuk memberi nilai pakej sehingga RM13,000.

Akaun Zest-i Tawar Hadiah Lumayan Bernilai RM5 Juta

Akaun Zest-i Maybank Islamic Berhad dengan ciri utama yang menawarkan hadiah bernilai RM5 juta sepanjang tahun kini kembali dengan hadiah utama termasuk wang tunai RM1 juta, kenderaan elektrik (EV), sebuah kondominium dan banyak lagi – semua dipilih berdasarkan maklum balas pelanggan.

Akaun Zest-i yang diperkenalkan pada tahun 2019 merupakan akaun pertama seumpamanya dalam Kumpulan Maybank yang menawarkan cabutan hadiah-hadiah menarik menerusi produk bagi memberikan nilai tambahan dan tawaran unik kepada pelanggan.

Sehingga Disember 2024, jumlah akaun yang dibuka telah mencecah 724,000. Pemilihan hadiah utama tahun ini dibuat berdasarkan tinjauan yang dijalankan di kalangan pelanggan dan bukan pelanggan Zest-i oleh Maybank Islamic tahun lalu, dengan tujuan untuk memahami hadiah idaman pelanggan.

Hadiah paling popular dalam senarai pilihan mereka adalah rumah, diikuti dengan kenderaan elektrik (EV) dan wang tunai.

“Di Maybank Islamic, kami percaya dalam meletakkan pelanggan sebagai keutamaan dalam setiap perkara yang kami lakukan. Keputusan tinjauan ini telah menjadi panduan pemilihan kami, memastikan pelanggan berpeluang memenangi ganjaran yang mereka idamkan.

“Selain itu, kami mahu pengalaman perbankan mereka bersama kami menjadi lebih bermakna dan penuh ganjaran,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic Dato’ Muzaffar Hisham dalam ucapannya pada majlis penyampaian hadiah Zest-i bagi hadiah utama pemenang FY2024, di Kuala Lumpur.

Dato’ Muzaffar juga mengumumkan bahawa bagi tahun 2025, hadiah wang tunai RM1 juta
akan dikekalkan, dan untuk menambah lagi daya tarikan serta mengambil kira maklum balas tinjauan, hadiah utama lain akan merangkumi sebuah hartanah di Kuala Lumpur serta sebuah EV – BYD Seal.

Dalam kategori bulanan, pemenang bertuah akan berpeluang membawa pulang hadiah-
hadiah hebat seperti wang tunai RM50,000, 14 unit iPhone 16 Pro, 14 hadiah wang tunai RM1,000 setiap satu, dan 30 hadiah wang tunai RM500 setiap satu.

Sementara itu, cabutan suku tahun menawarkan ganjaran yang lebih besar, dengan seorang pemenang bertuah akan membawa pulang Honda City Hatchback RS yang serba baharu.

Selain itu, cabutan ini juga termasuk hadiah wang tunai RM15,000, 14 hadiah wang tunai
RM5,000 setiap satu, 30 unit emas 5 gram melalui Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA-i) dan 30 hadiah wang tunai RM1,000 setiap satu.

Score Exclusive Tech Deals Up To 50% Off For One Night Only During The Huawei 3.3 Ramadan Sale!

Malaysians love a good deal, especially during Ramadan, and when it comes to the ultimate shopping experience nothing beats the thrill of uncovering exclusive discounts, limited-time offers, and surprise giveaways.

Whether it’s upgrading your tech, scoring a new gadget, or finally making that wishlist purchase, the upcoming HUAWEI 3.3 Shopee livestream sale promises something special for every shopper, for every hour during the livestream!

Starting from 2 March, 8.00 pm until 3 March, 1.00 am, HUAWEI will be hosting a special 3.3 Shopee Livestream Sale for smart shoppers looking to bag incredible HUAWEI deals and enjoy exciting deals on their latest devices such as the HUAWEI Mate X6, HUAWEI WATCH GT 5 Series and more.

Beyond just discounts, exclusive livestream vouchers will also be up for grabs, allowing buyers to stack up on extra savings for even better prices. To make the experience even more exciting, lucky draws and free gifts will be given away throughout the event—because who doesn’t love free gifts.

One device that’s already making waves is the world’s first tri-foldable smartphone, HUAWEI Mate XT, which has been flying off the shelves as Malaysians rush to get their hands on its cutting-edge triple-fold design.

Discover this revolutionary product and pre-order directly with HUAWEI during the 3.3
Livestream Sale and be among the first to own this ground-breaking smartphone. Don’t miss your chance to experience the latest in foldable technology!

KLCC Celebrates Ramadan With Traditional Flavours And Special Offers

The Kuala Lumpur Convention Centre (the Centre) welcomes guests to embrace the spirit of Ramadan through its signature ‘Tradisi Semarak Rasa’ offerings.

This extraordinary dining experience features a meticulously curated menu of authentic Malaysian dishes, complemented by attractive early bird and senior citizen discounts, all delivered with the Centre’s renowned world-class service.

This public buka puasa experience presents an exceptional feast blending traditional and contemporary cuisine. Culinary highlights include telur sotong goreng mamak, ayam salai nangka muda, masak lemak cili padi, stir-fried chilli garlic prawn, and sayur goreng bersama ikan masin.

Guests can also indulge in the iconic onde-onde gula Melaka cake and refreshing beverages such as teh tarik and Sirap Bandung. Supporting agriculture, the Centre sources 70% from Malaysian farmers, ensuring the finest quality and freshest flavours.

“This year’s menu is a celebration of Malaysia’s culinary heritage, thoughtfully reimagined with amodern twist to create a dining experience that is both nostalgic and innovative,” said Chef Hisham Jaafar, the Centre’s Executive Chef.

The public buka puasa will be hosted on Level 4 from 8 March to 26 March 2025, priced at RM205 nett per person. Early bird bookings between 15 January and 13 March 2025 enjoy a special rate of RM185 nett per person.

Senior citizens aged 55 and above and children aged 5 to 12 years receive a 50% discount, while children under 4 dine complimentary. With evening capacity limited to 250 guests,
reservations are essential.

Rakyat Malaysia Boleh Menuju Terus ke Merdeka 118 Menerusi Belfied Tunnel Baharu

Untuk mengakses Belfield Tunnel dari Jalan Syed Putra, kekal di lorong kanan untuk memasuki terowong bagi akses terus ke Merdeka 118.

Para pengunjung ke Merdeka 118 kini boleh menggunakan laluan yang lebih lancar untuk menuju ke presint ini dengan pembukaan rasmi Belfield Tunnel.

Projek infrastruktur ini, yang dilaksanakan oleh PNB Merdeka Ventures Sdn Berhad (PMVSB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), akan membuka satu lagi jalan masuk ke Menara Merdeka 118, menara kedua tertinggi di dunia, sekaligus dapat mengurangkan kesesakan di jalan-jalan utama di ibu kota.

Meliputi jarak lebih dari satu kilometer, Belfield Tunnel ialah terowong dua tingkat kedua
Malaysia, yang direka secara eksklusif untuk kenderaan yang berulang-alik ke Merdeka 118.

Jalan ini menyediakan laluan masuk dan keluar alternatif, untuk melancarkan aliran trafik dan mengurangkan kesesakan di pusat bandar raya.

Ketua Pegawai Eksekutif PMVSB, Dato’ Tengku Ab. Aziz Tengku Mahmud berkata, “Kami
dengan sukacitanya, mengumumkan pembukaan Belfield Tunnel sebagai satu titik hubungan penting yang akan memudahkan kunjungan ke Merdeka 118 dan mercu tanda di sekelilingnya, termasuk Stadium Merdeka.

Matlamat kami ialah untuk menyediakan perjalanan yang lancar dan menyenangkan ke ibu kota, memudahkan kunjungan untuk semua. Dengan ruang sebanyak 8,000 tempat letak kereta, kami berharap untuk mengalu-alukan kedatangan pengunjung dari segenap lapisan masyarakat, daripada ahli perniagaan profesional kepada pembeli dan pelancong untuk menikmati kemudahan yang disediakan di Merdeka 118 apabila dibuka sepenuhnya kelak.”

Belfield Tunnel boleh diakses menerusi dua jalan masuk, iaitu Jalan Syed Putra dan Jalan
Damansara, yang membawa kenderaan terus ke tempat letak kereta bawah tanah 4 di Menara Merdeka 118. Untuk bergerak keluar, kenderaan boleh dipandu dari tempat letak kereta bawah tanah 5 menuju ke dua jalan keluar, iaitu Jalan Syed Putra dan Jalan Istana.

Untuk mengakses Belfield Tunnel dari Jalan Syed Putra, kekal di lorong kanan untuk memasuki terowong bagi akses terus ke Merdeka 118.

Kemudahan masuk strategik ini bertujuan mengurangkan kesesakan di jalan-jalan utama
bandar raya dan menambah baik aliran trafik di kawasan sekitar, mengurangkan pertambahan lalu lintas kenderaan di sekitar presint Merdeka 118, iaitu Jalan Hang Jebat, Jalan Hang Tuah, dan Jalan Maharajalela.

Dengan pembukaan Belfield Tunnel, pengunjung kini boleh keluar masuk ke presint Merdeka 118 dengan mudah. Sama ada untuk urusan perniagaan, beriadah atau pelancongan, kerja naik taraf yang dirancang rapi ini jelas menambah baik kemudahan perjalanan kenderaan.

Terowong ini juga boleh digunakan oleh pengunjung ke satu-satunya hotel Park Hyatt Kuala Lumpur di Malaysia dan juga ke pusat beli-belah 118 Mall, yang kedua- duanya akan dibuka pada Q2 2025 dan Q2 2026, memastikan laluan keluar masuk yang lancar untuk menikmati penginapan mewah dan pengalaman beli-belah yang menyeronokkan untuk semua.

OCR Kembali Untung Untuk Tahun Kewangan 2024

Group Managing Director of OCR Group Berhad, Billy Ong Kah Hoe

OCR Group Berhad (OCR) syarikat hartanah bersepadu yang mengkhusus dalam pembangunan hartanah dan pengurusan projek, kembali mencatatkan Untung Sebelum Cukai (PBT) sebanyak RM7.1 juta untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.

Keputusan tersebut merupakan pemulihan yang ketara berbandinc Kerugian Sebelum Cukai (LBT) sebanyak RM18 juta pada tahun kewangan sebelumnya.

Keuntungan Kumpulan didorong terutamanya oleh pengurusan kos yang berkesan dan keuntungan nilai saksama ke atas hartanah pelaburan yang mencerminkan komitmennya terhadap pertumbuhan pendapatan yang mampan.

Pengarah Urusan Kumpulan OCR Berhad, Billy Ong Kah Hoe berkata, pemulihan syarikat pada tahun kewangan 2024 mencerminkan daya tahan, pengurusan kewangan strategik dan komitmen untuk menyampaikan pembangunan berkualiti.

“Penyiapan Isola KLCC dalam segmen Kehidupan Mewah kami menandakan satu lagi peristiwa penting bagi Kumpulan, manakala kemasukan kami ke dalam segmen Keperluan Kehidupan dengan Kyra Collection (Kyra) – Residensi Akasia (Fasa 1) dijangka memacu pertumbuhan masa depan.

“Dengan permintaan yang kukuh untuk Kyra dan pelancaran D’Templer Hilltop Residences yang akan datang pada Q2 TK2025, kami berada pada kedudukan yang baik untuk mengekalkan momentum pertumbuhan kami ke 2025 dan seterusnya,” katanya.

Bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2024 (S4 TK2024), OCR merekodkan PBT sebanyak RM3.8 juta, menandakan peningkatan ketara RM23.8 juta berbanding LBT sebanyak RM20 juta pada S4 TK2023.

Walaupun penurunan dalam hasil kepada RM4 juta daripada RM26 juta pada suku yang sama sebelumnya disebabkan oleh sumbangan yang lebih rendah daripada projek-projek seperti Isola KLCC dan The Mate @ Damansara Jaya yang hampir siap, Kumpulan berjaya meningkatkan pendapatannya terutamanya didorong oleh ketiadaan kos pembangunan tambahan yang ditanggung dalam Priya Kuantan dan pasangan pelaburan hartanah bersamaan Isola pada suku tahun sebelumnya.

Melangkah ke 2025, Kumpulan terus komited untuk menyampaikan pembangunan berkualiti, mengoptimumkan struktur kos dan meningkatkan nilai pemegang saham.

Pendapatan Magma Melonjak 24 Peratus Hasil Sumbangan Segmen Hospitaliti

Dato' Sri Thomas Liang Chee Fong, Group Managing Director of Magma

Magma Group Berhad (Magma) kumpulan pegangan hospitaliti dan pelaburan yang dinamik, merekodkan peningkatan hasil 24.04 peratus untuk suku keempat tahun fiskal 2024.

Lonjakan hasil itu mencecah RM17.818 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 didorong oleh prestasi luar biasa dalam segmen hotelnya.

Secara keseluruhannya pendapatan tahunan segmen ini melonjak kepada RM28.549 juta daripada RM12.082 juta pada tahun kewangan sebelumnya (TK2023), peningkatan 136 peratus.

Pengarah Urusan Kumpulan Magma, Dato’ Sri Thomas Liang Chee Fong berkata, segmen hospitaliti telah memberikan hasil yang cemerlang, dengan WOLO Kuala Lumpur memainkan peranan penting dalam pertumbuhan.

“Walaupun menyelesaikan cabaran warisan memerlukan keputusan yang sukar, langkah-langkah ini adalah penting untuk membina platform yang lebih kukuh untuk masa hadapan,” katanya.

Segmen Pengurusan Hotel juga menandakan anjakan positif, mencatatkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM0.632 juta pada S4 TK2024, pemulihan yang ketara daripada kerugian RM4.026 juta pada S4 TK2023.

Bagi TK2024, segmen itu mencatatkan keuntungan sebanyak RM1.843 juta, membalikkan kerugian sebanyak RM2.398 juta pada TK2023.

Walaupun pendapatan turun sedikit kepada RM0.724 juta pada S4 TK2024 daripada RM1.281 juta, keuntungan ini mencerminkan pengurusan kos yang berkesan dan penambahbaikan operasi.

Melihat ke hadapan, Magma berada pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan pasaran pelancongan yang berkembang maju pada tahun 2025, disokong oleh rangka kerja kewangan yang diperkukuh dan jejak hospitaliti yang berkembang.

Rihanna is Here to Play with a Brand-New FENTY x PUMA Collection featuring a Jelly Slide, Avanti LS and Pocket Bag

Meet the brand-new FENTY x PUMA line up: the Cat Cleat Jelly for on-and-off beach days, the Pocket Bag to carry your essentials, and the Avanti LS with beautiful crochet and stitching details.

Crafted in playful orange and neon yellow colors, these pieces fuse sport design with Rihanna’s unique aesthetic for a drop that combines form and fashion.

The new FENTY x PUMA collection drops on March 13 th at PUMA.com and PUMA stores
ranging from RM379 – RM579.

[Unboxing] Galaxy S25 Ultra: Stunning Design Meets Powerful AI Performance

Samsung Electronics has unveiled its latest flagship AI-powered smartphone lineup, the Galaxy S25 series — a testament to relentless innovation and continuous evolution.

The Galaxy S25 Ultra stands out among the collection, returning with a more sophisticated design and powerful performance. Samsung Newsroom unboxed the Galaxy S25 Ultra to reveal the premium colors, refined design and improved performance that set this form factor apart from previous models.

The packaging of the Galaxy S25 Ultra marks a significant departure from its predecessors. While Samsung has traditionally reflected each device’s form factor, color and materials into its packaging, the Galaxy S25 Ultra shifts to a silhouette-driven design instead of a direct depiction of the device.

In line with previous models, the box is made from recycled paper materials — reinforcing Samsung’s ongoing commitment to sustainability.

The Galaxy S25 Ultra box contains the device, an S Pen, a USB-C cable and a simple user manual. Matched to the device’s color, the S Pen seamlessly fits into the lower side of the Galaxy S25 Ultra’s frame to ensure a cohesive design while maintaining practicality.

When held, the device’s metallic finish and subtle blue sheen attract attention. The Titanium Silverblue color exhibits a delicate interplay of gray and blue hues depending on the angle of light, creating a dynamic and sophisticated aesthetic.

A modern titanium color palette gives the Galaxy S25 Ultra a sophisticated appearance. The four standard colors include Titanium Silverblue, Titanium Black, Titanium Whitesilver and Titanium Gray.

Additionally, three colors — Titanium Jetblack, Titanium Jadegreen and Titanium Pinkgold — are available exclusively on Samsung.com.

HONOR Bakal Lancar Penyelesaian AI Agent Eksklusif Untuk Pengkomersialan di Peringkat Global 

Sebagai sebahagian daripada HONOR Alpha Plan yang berfokuskan kepada AI, jenama teknologi global HONOR akan memperkenalkan penyelesaian AI Agent yang eksklusif bagi pengkomersialan global pada Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) 2025 di Barcelona, Sepanyol, 2 Mac 2025.

Dari digital ke agen AI fizikal, di masa hadapan, tugasan dan kehidupan manusia akan ditransformasikan oleh pelbagai AI Agent dengan keupayaan berbeza secara signifikan.

Keupayaan ini merangkumi proses membuat keputusan secara autonomi, pengurusan tugas yang rumit, dan kolaborasi interaktif antara beberapa AI Agent berbeza.

Tahun lalu di IFA, HONOR telah melancarkan AI Agent pada peranti untuk ekosistem terbuka. Kali ini, HONOR akan melancarkan penyelesaian AI Agent sebagai perintis dan terkehadapan, dengan laluan teknikal yang terperinci dan eksklusif, menandakan detik penting dalam evolusi AI mudah alih. 

Untuk pengumuman dan kemas kini menjelang MWC 2025, sila layari https://www.honor.com/global/events/honor-mwc/. Sebagai tambahan, ikuti laman Facebook rasmi dan laman sesawang HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my/.

Post Menarik