vivo V60 telah diumumkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia yang hadir dengan penambahbaikan daripada segi fungsi lebih menarik.
Peranti itu turut mengekalkan sistem kamera ZEISS yang membolehkan penggunaan penuras khas bagi menghasilkan gambar yang lebih berkualiti tinggi.
vivo V60 hadir dengan skrin AMOLED 6.77 inci HDR10+ beresolusi 1.5K yang menyokong kadar segar semula sehingga 120Hz. Skrin ini turut menawarkan kecerahan puncak 1500 nits dan dilengkapi sistem pengimbas cap jari terbina dalam.
Dikuasakan oleh cip Snapdragon 7 Gen 4, peranti disertakan dengan memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman 512GB. Ia menjalankan Funtouch OS 15 berasaskan Android 15 bagi menawarkan pengalaman pengguna terkini bersama pelbagai ciri berasaskan kecerdasan buatan seperti Google Gemini, AI Captions, AI Smart Calls, Weak Signal Enchancement, Block Spam Calls dan banyak lagi.
Peranti ini dilengkapi sistem kamera ZEISS yang merangkumi sensor utama 50MP dengan OIS, telefoto 50MP, ultra-lebar 8MP serta kamera hadapan 50MP untuk swafoto dan panggilan video. Ia masih mengekalkan teknologi Aura Light yang telah digunakan sejak beberapa generasi terdahulu.
Produktiviti dan Kesambungan Lancar dengan AI 15
Sistem operasi vivo V60 telah dipertingkatkan untuk meningkatkan produktiviti dan kesambungan. Dengan Google Gemini 16 , pengguna boleh mengurus tugasan merentas aplikasi melalui perbualan semula jadi—sama ada untuk menyusun jadual harian atau meringkaskan serta menyalin video.
Gemini berintegrasi dengan lancar bersama aplikasi pihak ketiga seperti Google Workspace, Spotify, dan WhatsApp bagi memudahkan aliran kerja.
Bagi panggilan perniagaan antarabangsa atau mesyuarat maya, AI Smart Call Assistant menyediakan Sari Kata Panggilan dan Terjemahan Masa Nyata 17 , menghapuskan halangan bahasa serta memastikan komunikasi berjalan lancar.
Selepas panggilan, AI Intelligent Summary 18 menyorot perkara penting, menjimatkan masa dan meningkatkan kecekapan. Pada masa sama, AI Captions 19 menyalin mesyuarat secara automatik, menterjemah kandungan, serta menjana ringkasan padat—memudahkan pengendalian sebarang mesyuarat.

Kesambungan kini lebih kukuh dengan AI SuperLink, yang meningkatkan kekuatan isyarat di kawasan lemah seperti dalam lif atau tempat letak kereta bawah tanah, memastikan panggilan tidak terganggu dan penstriman berjalan lancar.
Disokong dengan fungsi Sekatan Panggilan Spam 20 berasaskan AI, privasi pengguna lebih terjamin. Khusus untuk Malaysia, AI SuperLink kini dioptimumkan untuk persekitaran laluan MRT Kajang.
Dengan talaan isyarat khas, vivo V60 meningkatkan prestasi rangkaian di sepanjang laluan ini, memastikan panggilan dan penstriman video berjalan lancar
walaupun di kawasan berisyarat lemah seperti lif dan garaj bawah tanah.
Ketersediaan
Bermula hari ini, vivo V60 boleh didapati pada harga RM1,999 untuk varian 12GB + 256GB dan RM2,299 untuk varian 12GB + 512GB. Pelanggan juga boleh menikmati tawaran eksklusif dalam talian pada harga RM1,899 untuk varian 8GB + 256GB.






































