Zurich Takaful Malaysia Berhad (ZTMB), cabang perniagaan Takaful Keluarga Zurich Malaysia, telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Universiti Utara Malaysia (UUM), menandakan permulaan kolaborasi strategik untuk mengukuhkan hubungan akademia-industri dalam aspek pembangunan bakat, penyelidikan dan pemerkasaan komuniti.

Kerjasama ini mencerminkan komitmen bersama dalam membentuk graduan yang berdaya tahan serta bersedia menghadapi masa hadapan, di samping memperluaskan penyelidikan yang menyumbang kepada pembangunan negara.

Dengan menghubungkan akademia dengan pendedahan industri sebenar, kedua-dua pihak berhasrat untuk menyediakan asas yang kukuh bagi generasi pemimpin dan pencetus perubahan masa hadapan negara.

MoU ini telah dimeterai dalam satu majlis menandatangani perjanjian yang dihadirikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif ZTMB, Nur Fatihah Mustafa dan Naib Canselor UUM, Profesor Dato’ Dr. Mohd Fo’ad Sakdan.

Nur Fatihah berkata, pihaknya komited untuk membimbing generasi berbakat masa hadapan serta menyediakan peluang sebenar untuk pembelajaran dan pembangunan diri.

“Melalui kerjasama dengan UUM ini, kami berhasrat untuk membina masa hadapan yang lebih cerah bersama untuk para pelajar, komuniti dan industri secara keseluruhan,” katanya.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini