Memperkukuh evolusinya melangkaui penyelesaian kelengkapan rumah, Coway mengembangkan penawarannya ke kategori peti sejuk dengan barisan premium yang direka untuk gaya hidup moden rakyat Malaysia sempena sambutan Ulang Tahun Ke-20 syarikat.

Bersempena ulang tahun ke-20 Coway di Malaysia dan Coway Innovation Fest, syarikat Best Life Solution ini meluncurkan siri peti sejuk sulungnya.

Menariknya, Malaysia merupakan pasaran pertama dalam ekosistem global Coway yang memperkenalkan siri ini. Pelancaran ini mencerminkan satu pencapaian penting dalam evolusi berterusan jenama tersebut ke arah ekosistem penyelesaian kelengkapan rumah dan gaya hidup yang lebih lengkap dan menyeluruh.

Berteraskan falsafah ulang tahun “Tiada Kompromi”, pelancaran ini membuktikan komitmen Coway untuk terus berinovasi melangkaui penyelesaian kelengkapan rumah konvensional sambil memenuhi perubahan gaya hidup dan jangkaan isi rumah Malaysia.

Berasaskan kepercayaan pengguna yang dibina utuh selama dua dekad di Malaysia, rangkaian Peti Sejuk Coway menandakan pengembangan strategik jenama ke kategori baharu.

Produk ini menggabungkan fungsi canggih, reka bentuk yang teliti dan servis penjagaan jangka panjang dalam satu ekosistem gaya hidup bersepadu. Siri peti sejuk baharu ini memperkenalkan dua model yang disesuaikan mengikut keperluan isi rumah berbeza iaitu Peti Sejuk Empat Pintu 551L dan Peti Sejuk Dua Pintu 715L.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini