realme, jenama telefon pintar paling pesat berkembang di dunia, hari ini secara rasmi melancarkan realme 16T 5G, tambahan berkuasa namun mampu milik melengkapkan barisan siri realme 16.

Direka khusus untuk golongan muda Malaysia terutamanya golongan mengimbangi pelajaran, kerja, permainan, penciptaan kandungan dan kehidupan sosial, realme 16T 5G diposisikan sebagai “8,000mAh 2-Day Powerhouse” terbaik — menawarkan hayat bateri luar biasa, pengimejan AI pintar serta prestasi jangka panjang boleh dipercayai tanpa sebarang kompromi.

Sebagai adik kepada peranti wira, realme 16 5G, realme 16T 5G membawa inovasi bertaraf ‘flagship’ dalam ketahanan bateri serta fotografi sosial ke segmen yang lebih mampu milik, sekali gus menjadikan pengalaman harian premium lebih mudah diakses oleh lebih ramai pengguna di seluruh Malaysia.

Bateri 8,000mAh – Kuasa 2 Hari Sebenar untuk Gaya Hidup Malaysia Tanpa Henti

Di teras realme 16T 5G terdapat bateri 8,000mAh terunggul dalam segmennya, direka bagi memberi hayat penggunaan sebenar sehingga dua hari walaupun di bawah penggunaan berat — sesuai untuk perjalanan jauh menaiki LRT, sesi gaming hujung minggu, melayari kandungan pada waktu malam, atau perjalanan jalan raya merentasi negara.

Peranti ini memperkenalkan teknologi ‘7-Year Battery Health’ pertama dalam segmen, memastikan bateri kekal teguh dan boleh dipercayai walaupun selepas penggunaan harian berpanjangan.

Menyokong pengecasan pantas 45W, pengecasan terbalik 15W, ‘All-Scenario Bypass Charging’, serta perlindungan suhu lanjutan, realme 16T 5G memastikan pengguna kekal bertenaga dengan selamat dan efisien.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini