Berinspirasikan Perpaduan dan Kemajuan Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia), penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional menyambut ketibaan Tahun Baru Cina 2026 dengan pelancaran Pek Cenderamata CNY 2026 sempena Tahun Kuda — simbol kekuatan, ketangkasan dan semangat kemajuan dalam budaya Cina.

Pek cenderamata ini mencerminkan semangat pembaharuan serta aspirasi kemajuan bersama yang menjadi tonggak perayaan Tahun Baru Lunar, di samping menghargai tradisi yang terus menyatukan komuniti merentasi generasi.

Diilhamkan daripada suasana perarakan komuniti, rekaan setem Tahun Baru Cina 2026 menggambarkan masyarakat daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang bersatu dalam suasana perayaan, dengan elemen Kuda sebagai simbol ketabahan, tenaga dan keyakinan untuk tahun yang mendatang.

Rekaan Lembaran Mini diadaptasi daripada karya seni sampul angpow CNY 2026 dan menyerlahkan kegembiraan, keterangkuman dan perpaduan yang menjadi identiti perayaan Tahun Baru Lunar.

Dikeluarkan sempena Tahun Baru Cina 2026, pek cenderamata ini dijual pada harga RM20.00 setiap set, dan merangkumi Lembaran Mini dengan tiga setem bernilai RM0.60 setiap satu, kad ucapan istimewa, sampul surat serta dua sampul angpow CNY 2026 — menjadikannya cenderamata bermakna untuk para pengumpul setem serta tanda kenangan istimewa buat orang ramai.

Pek Cenderamata CNY 2026 boleh didapati mulai 29 Januari 2026 di 90 Pejabat Filateli di seluruh negara, termasuk 13 Pejabat Pos Besar, selain di pejabat pos terpilih dan secara dalam talian di www.pos.com.my/shop, selagi stok masih ada.

Sempena musim perayaan, Pos Malaysia turut memperkenalkan sampul angpow POSperity Parade yang dijual pada harga RM5.80 satu set. Pelanggan juga boleh menerima satu set percuma dengan setiap pembelian minimum RM20 dalam satu resit di Pos Shop seluruh negara.

Orang ramai boleh mencari lokasi Pos Shop terdekat melalui pautan https://bit.ly/POSMYLocateUs. Menambahkan lagi keceriaan musim perayaan, acrylic charm CNY 2026 berharga RM5 setiap satu akan tersedia untuk pra-pesanan secara dalam talian di www.pos.com.my/shop mulai 29 Januari 2026.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini