Kolonel PA Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Dato Dr Mustapha Ahmad Marican yang juga Pengerusi NGO Antarabangsa mengadakan pertemuan dengan Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) DCP Datuk Mazli Mazlan di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya, semalam.
Antara perkara dibincangkan berkaitan isu bencana alam yang berlaku ketika ini khususnya di negara-negara jiran dan negara-negara Asean
DCP Datuk Mazli berkata, banyak negara Asean terdedah dengan pelbagai bencana seperti banjir, gempa bumi, tsunami, ribut dan kebakaran hutan.
Beliau berkata, Malaysia adalah antara negara yang aktif membantu negara jiran yang di timpa musibah termasuk menghantar pasukan di bawah NADMA seperti Pasukan SMART. Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang mampu melaksanakan penugasan penyelamat dan lain-lain tugas diberikan.
“Ini kerana, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa peka dengan situasi ini begitu juga dengan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi yang sentiasa turun padang melihat situasi banjir di beberapa buah negara termasuk usaha membantu sebaik mungkin kepada mangsa yang terkesan.
“Kini sudah sampai masanya Malaysia memainkan peranan utama selaku negara Asean mengadakan pameran atau seminar setiap tahun dan lain-lain perkara berhubung dengan aspek pencegahan.
“Mengatasi masalah bencana secara kerjasama erat antara negara serta pendedahan utama kepada masyarakat negara kita adalah langkah yang perlu jangka masa pendek dan panjang,” katanya.






































