PNB Merdeka Ventures Sdn. Berhad (PNBMV) telah memperoleh pensijilan ISO 9001:2015, iaitu piawaian antarabangsa bagi sistem pengurusan kualiti.
Pensijilan ini mengukuhkan cara kumpulan beroperasi, menyediakan perkhidmatan dan menyokong pembangunan presint Merdeka 118 yang bertaraf dunia..
Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM QAS International Sdn. Bhd, Ts. Md. Adha Katni @ Rahmat telah menyampaikan sijil tersebut di majlis penyerahan sijil ISO 9001:2015 di Menara Merdeka 118.
Ketua Pegawai Eksekutif PNB Merdeka Ventures, Dato’ Tengku Ab. Aziz Tengku Mahmud berkata, pensijilan yang diiktiraf antarabangsa ini mencerminkan komitmen untuk membina proses yang kukuh dan konsisten, sambil memupuk budaya kebertanggungjawaban serta penambahbaikan berterusan meliputi seluruh organisasi.
“Usaha ini juga menunjukkan dedikasi kami untuk menghasilkan keputusan berkualiti,
meningkatkan tahap kepuasan pihak berkepentingan dan mengukuhkan kecekapan
operasi.
“Pencapaian ini tidak akan dapat direalisasikan tanpa dedikasi dan kerjasama warga kerja PNBMV dalam menyelaraskan operasi organisasi dengan piawaian terbaik di peringkat global,” katanya.







































