Continental Tyre Malaysia dengan bangganya mengumumkan pelancaran rasmi jenama General Tire di pasaran Malaysia.

Dikenali dengan ketahanan dan prestasi yang boleh dipercayai, General Tire direka untuk memenuhi keperluan pemandu Asia merentasi kereta penumpang, SUV, MPV dan 4×4 pickups.

General Tire mempunyai warisan lebih 100 tahun dan menjadi sebahagian daripada Continental sejak tahun 1987 sebagai sub-jenama.

General Tire menggabungkan legasi ketahanan serta kebolehpercayaan dengan teknologi Jerman terkini daripada Continental untuk menghasilkan tayar yang direka untuk prestasi tahan lama.

Kesemua model ini merangkumi saiz tayar dari 14” hingga 20”, memenuhi keperluan pelbagai jenis kenderaan, daripada kereta penumpang sehinggalah SUV dan 4×4 pickups.

General Tire mensasar untuk menghasilkan tayar yang boleh dipercayai oleh para pemandu, dengan prestasi yang cemerlang dan tahan lasak, sambil memastikan nilai yang berbaloi untuk pelanggan.

“Pelancaran General Tire di Malaysia menandakan langkah penting dalam menawarkan
gabungan ketahanan, prestasi dan gaya dengan nilai harian yang tepat kepada pelanggan.

Kami amat teruja untuk mengetengahkan jenama ini, yang disokong oleh kepakaran Jerman daripada Continental, kepada para pemandu yang mengutamakan prestasi dan keselamatan dalam setiap perjalanan,” kata Andrea Somorova, Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini