Lembaga Maxis Berhad (Maxis) mengumumkan pelantikan Datuk Johan Idris sebagai
Pengerusi Maxis, berkuat kuasa 1 Mac 2025.
Johan sebelum ini telah memegang jawatan Rakan Kongsi Pengurusan KPMG di Malaysia, ahli Lembaga KPMG Asia Pasifik, ahli Majlis Global KPMG Antarabangsa dan Presiden Institut Akauntan Malaysia.
Beliau kini berkhidmat sebagai Pengerusi (Bukan Eksekutif) KPMG di Malaysia, ahli Lembaga Korporasi Dana Pampasan Pasaran Modal Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, ahli
Lembaga Universiti Kebangsaan Malaysia, ahli Senat dan Lembaga Pemegang Amanah
Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam, yang ditubuhkan oleh Bank Negara
Malaysia, serta ahli Majlis Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia.
Beliau mempunyai lebih daripada 35 tahun pengalaman bekerja, rekod kepimpinan yang terbukti dan pengalaman luas dalam pelbagai industri dan sektor tempatan dan antarabangsa.
Pihak Lembaga merakamkan penghargaan kepada Dato’ Hamidah Naziadin atas manfaat
besar daripada kepimpinan beliau sebagai Pengerusi Interim sejak 1 Julai 2024. Dato’ Hamidah akan meneruskan peranan beliau sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas.
“Saya berbesar hati atas pelantikan sebagai Pengerusi Maxis dan berharap dapat menerajui peranan Lembaga dalam memacu perniagaan teras Maxis dalam bidang Mudah Alih, Kediaman dan Perusahaan sebagai syarikat telekomunikasi bersepadu terkemuka di
Malaysia.
“Nilai-nilai Maxis adalah selaras dengan aspirasi digital negara, dengan kepentingan rakyat sebagai keutamaan,” kata Datuk Johan.




































