Proton New Energy Technology Sdn. Bhd. (PRO-NET) memacu smart Malaysia ke tahap baharu yang lebih tinggi dengan pelantikan strategik lima lagi pengedar berprestij dalam usaha menawarkan kecemerlangan automotif dan solusi mobiliti yang tercanggih.

Selaku pengedar dan pengimport rasmi jenama smart di Malaysia dan Thailand, pelantikan
tersebut dijangka akan meningkatkan jualan kenderaan elektrik berinovasi serba baru syarikat, yang juga merupakan pemenang anugerah, smart #1 yang bakal memukau rakyat Malaysia pada penghujung tahun 2023.

Para pengedar baharu ini mempunyai pengalaman luas dan mempunyai reputasi cemerlang
dalam memenuhi keperluan para pembeli jenama automotif mewah. Mereka terdiri daripada Smart Mobility Sdn. Bhd. (Smart Mobility), GB Auto Sdn. Bhd. (GB Auto), Eleganz Lifestyle Sdn. Bhd. (Eleganz Lifestyle), Lee Motors (Alor Star) Sdn. Bhd. (Lee Motors), dan Sigma Energy EV Sdn. Bhd. (Sigma Energy EV), yang mana masing-masing akan membantu meningkatkan kesedaran dan keterlihatan jenama smart di kalangan pembeli kereta di Malaysia.

“Smart melambangkan penyelesaian mobiliti EV premium yang menggabungkan teknologi terkini dan reka bentuk futuristik. Oleh itu, sangat penting bagi setiap pengedar yang kami pilih untuk memenuhi janji jenama kami dengan memberikan bukan sahaja perkhidmatan terbaik, tetapi juga pengalaman yang unik kepada setiap pemilik kenderaan smart,” kata Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif, PRO-NET.