Blueshark, pembekal skuter elektrik pintar yang terkemuka, bersama EP Manufacturing Berhad (EPMB), telah mengumumkan usaha sama pelbagai hala yang dimeterai dengan beberapa pemain industri tempatan.
Ia termasuk Blueshark Ecosystem Sdn Bhd dan Malaysian Green Technology & Climate Change Corporation (MGTC) atas sebahagian daripada langkah jenama ini untuk memperkenalkan dirinya dalam pasaran Malaysia.
Kehadiran Blueshark di Malaysia bakal mendukung mobiliti lestari buat penduduk tempatan dengan menggandingkan teknologi berimpak tinggi serta pendekatan holistik terhadap mobiliti urban hijau.

Matlamatnya adalah untuk memangkin perniagaan dari sudut logistik dengan memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sambil memudahkan kegiatan ekonomi sambilan; sekali gus membekalkan akses yang lebih baik ke atas pelbagai peluang kerjaya buat komuniti B40.
Zulkefly Baharuddin, Naib Pengerusi Eksekutif (Bukan Bebas) EP Manufacturing Bhd
(EPMB) berkata, “Sementara dunia bergegas ke arah mobiliti hijau dan penyahkarbonan, kami percaya bahawa cara yang paling efektif untuk menggiatkan penerimagunaan EV adalah dengan membekalkan para pengguna akses ke atas produk yang lebih baik dan mampu milik, dikuasakan oleh solusi tenaga yang berwajaran serta ekosistem yang lengkap untuk menyokongnya.
Sehubungan itu, kami percaya bahawa sebagai perintis dalam industri ini, Blueshark merupakan jenama paling diyakini yang memiliki teknologi, infrastruktur dan ketersediaan untuk menembusi pasaran pada saat ini.”

“Pengenalan Blueshark di Malaysia bakal mendukung mobiliti lestari buat penduduk tempatan dan memangkin perniagaan dari sudut logistik dengan memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di samping memudahkan kegiatan ekonomi sambilan.
“Menggandingkan teknologi berimpak tinggi dengan pendekatan yang holistik terhadap mobiliti urban hijau, Blueshark bermatlamat untuk menjana pelbagai peluang buat warga Malaysia dengan membekalkan sebuah alternatif yang selamat, mudah diakses dan neutral karbon bagi pergerakan harian mereka,” katanya.
Jeff Chong Chan, Ketua Pegawai Eksekutif (ASEAN) EP Blueshark Sdn Bhd menyatakan,
“Langkah yang sedang diorak ini adalah asing dalam sejarah automotif dunia, dan kami percaya bahawa berbekalkan ekosistem produk dan model perniagaan kami yang unik, kami dapat menjadikan produk kami lebih mudah untuk diakses oleh semua, terutamanya golongan B40 dan kami akan memberi perhatian khusus untuk memperkasakan golongan yang kurang mendapat perhatian ini dengan subsidi, peluang pekerjaan hijau, program keusahawanan hijau dan banyak lagi.”




































