Keraian 10 tahun Petron Malaysia diteruskan dengan kerjasama antara Petron dan Enrich, Program Perjalanan dan Gaya Hidup Malaysia Airlines yang terunggul untuk memberi hadiah istimewa kepada 500 pemenang bertuah melalui kempen TENtu Happy Ohsem
Treats: Spend and Win.

Berlangsung selama lima bulan sehingga November 2022, TENtu Happy Ohsem Treats akan
memberi ganjaran kepada 10 pemenang hadiah utama pada setiap bulan. Setiap pemenang akan memenangi *50,000 mata ganjaran Enrich yang boleh ditebus untuk tiket penerbangan serta penginapan hotel, dan hadiah wang tunai sebanyak RM500.

90 pemenang juga akan dipilih pada setiap bulan untuk membawa pulang pakej penginapan, *22,000 mata ganjaran Enrich dan mata ganjaran Petron Miles bernilai RM500, pakej kecantikan kereta, beg bagasi serta minyak enjin Petron.

Petron juga bekerjasama dengan Condotti, dikenali untuk kualiti bagasi yang sangat baik dan Trapo, yang menyediakan set kecantikkan kereta untuk pengalaman memandu yang lebih selesa.

“TENtu Happy ialah penghargaan kami kepada pelanggan kami yang setia dan sentiasa
menyokong kami. Bersama Malaysia Airlines, kami ingin memberi pelanggan kami kemudahan perjalanan yang terbaik sambil mencipta kenangan manis bersama orang tersayang.

“Kami gembira dapat mengekalkan kerjasama jangka panjang kami dengan Enrich dan kami berharap dapat menawarkan lebih banyak ganjaran melalui ini serta kerjasama kami yang lain,” kata Ketua Perniagaan Runcit Petron, Shaliza Mohd Sidek.

Selain pembekalan bahan api untuk pesawat Malaysia Airlines sehingga cetusan ide promosi terbaharu, Petron telah bekerjasama rapat dengan Malaysia Airlines untuk menyokong pemulihan ekonomi, mempromosikan sektor pelancongan dan memberi nilai yang tinggi kepada pelanggan.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengalaman Pelanggan Kumpulan Malaysia Airlines, Lau Yin May berkata, Enrich telah bekerjasama dengan Petron Malaysia sejak 2013, dan kami berbesar hati untuk meneruskan kerjasama hebat ini dengan kempen terkini yang menawarkan manfaat lebih besar kepada ahli Enrich di seluruh negara.

Ketua Perniagaan Runcit Petron Malaysia, Shaliza Mohd Sidek (tiga dari kanan) dan Ketua Enrich dan Kesetiaan Malaysia Airlines, Amiroel Shazrie Yussof (dua dari kiri) bersama pemenang-pemenang hadiah pertama bagi Kempen TENtu Happy Ohsem Treats semasa majlis penyampaian hadiah di Akademi Malaysia Airlines Berhad.

Enrich menyumbang sejumlah 1 juta Mata Ganjaran Enrich bernilai RM100,000 melalui kempen sepanjang lima bulan ini untuk pengguna memperolehi dan memaksimakan faedah yang lebih bermakna.

Malaysia Airlines dan Petron pada hari ini menganjurkan majlis penyampaian hadiah di Akademi MAB untuk menyambut dan memberi hadiah yang dimenangi kepada 20 pemenang pertama TENtu Happy Ohsem Treats sejak kempen bermula pada Jun 2022.

Untuk memastikan setiap wilayah mempunyai set pemenang sendiri, pemenang TENtu Happy akan diambil dari Utara, Selatan, Tengah, Pantai Timur, Sabah dan Sarawak.

Semua pemegang kad Petron Miles akan mendapat kemasukan automatik untuk setiap
pembelian bahan api bernilai sekurang-kurang RM50. Untuk mengambil bahagian, pelanggan hendaklah meleretkan Kad Petron Miles mereka semasa membuat pembelian bahan api.

Mata ganjaran Petron Miles juga boleh ditukar kepada mata ganjaran Enrich untuk peluang
kemenangan yang lebih tinggi.

Untuk mendapat maklumat terkini daripada Malaysia Airlines atau memanfaatkan tawaran
hebat syarikat penerbangan itu, lawati laman web rasmi Malaysia Airlines atau muat turun
aplikasi Malaysia Airlines.